Madu sememangnya diketahui akan khasiatnya pada semua tetapi tidak pada bayi kita di bawah usia 1 tahun ke bawah. Bahaya! Ini yang dikongsikan oleh Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, suami kepada pelakon Ummi Nazeera di instagramnya.
Sebagai tanda prihatin kepada permasalahan bayi dan kanak-kanak, Dr Izzar tampil menjelaskan mengapa madu tidak boleh sama sekali diberikan kepada bayi.
Racun Untuk Anak
Madu tu kita tau memang pemanis semulajadi yang baik untuk kita. Tetapi, bagi baby normal (1 tahun ke bawah), ia merupakan RACUN untuk depa. Awat pulak? Meh saya cerita.
Ads
Madu ni sebenarnya mengandungi spora daripada bakteria Clostridium botulinum. Untuk kanak-kanak besar dan dewasa, salur penghadaman kita sememangnya boleh mencerna/memproses spora tersebut ?
Tetapi buat baby-baby ni, masalah akan terjadi sebab sistem penghadaman baby belum cukup matang dan ini boleh menyebabkan baby mendapat BOTULISM?
Ads
BOTULISM ni memberi kesan kepada sistem saraf baby yang boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan lumpuh. Botulism ni jarang berlaku, tapi kalau kena memang boleh MENGANCAM NYAWA?
Kat USA ada company menjual pacifier berisi madu (honey pacifier) kepada baby-baby. Terus naik kes botulism kat sana. Rata-rata parents sana tak tahu bahaya madu untuk baby mereka. Harap-harap tak masuk Malaysia produk tu?
Tanda-tanda Botulism pada bayi.
So kepada parents, elakkan la kasi baby tu makanan yang ada madu (madu asli/ madu proses). Makanan yang dah bakar dengan madu pun elakkan ye. Sebab spora Colostrium botolinum ni memang tahan panas.
Ads
Swipe kiri untuk check tanda-tanda botulism kat baby. Kalau baby dah termakan madu dan ada tanda-tanda botulism, bawalah jumpa Doktor ya. Jangan PM saya pula. Kami doktor mana boleh beri khidmat nasihat kesihatan kat DM message. Scammer je boleh!
Semoga ilmu dan informasi yang dikongsikan oleh Dr Izzar ini dapat dijadikan panduan buat semua ibu dalam membesarkan anak-anak. Madu memang baik tetapi bukan pada bayi kita. Take note mama!
-ends-
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa mana yang tidak teruja apabila anak sudah memperlihatkan minat membaca dan menulis, bukan? Pasti ramai parents, terutamanya ibu bapa baharu mencari cara ajar anak menulis. Mari kita lihat perkongsian Puan Mastura Abd Halim ini berkenaan cara mengajar anak menulis dengan berkesan.
Nur Medina Khalishah, anak kecil yang manja dan lemah lembut
Puan Mastura Abd Halim dan suaminya, Encik Jasmil Kamal telah dikurniakan dua orang cahaya mata sepanjang perkongsian hidup mereka.
Anak sulungnya, Nur Medina Khalishah lebih mesra dipanggil dengan nama manja Kakak Asha di rumah, kini berusia 5 tahun.
Menurut Puan Mastura, Khalishah merupakan seorang kanak-kanak yang ceria, manja dan juga lemah lembut.
Seperti kebanyakan ibu bapa baharu yang lain, membesarkan anak pertama bukanlah satu perkara yang mudah kerana banyak perkara yang perlu dipelajari sepanjang proses membesarkannya.
Hal ini juga yang dilalui oleh Puan Mastura terutamanya dalam penyediaan proses pembelajaran untuk anaknya, Khalishah.
Sebelum ajar menulis, biasakan anak dengan aktiviti melibatkan motor halus
Puan Mastura mula tergerak hati untuk mencari cara ajar anak menulis setelah banyak melihat ibu-ibu yang berkongsi pengalaman tersebut seawal usia tiga tahun.
Disebabkan itu, dia juga mula mengambil pendekatan untuk mengajar anaknya menulis sejak awal usia.
Namun, sebelum mula mengajar anaknya menulis, Puan Mastura telah memperkenalkan beberapa aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus terlebih dahulu.
Antaranya ialah aktiviti-aktiviti yang banyak melibatkan pergerakan otot dan jari serta koordinasi mata serta tangan.
Tidak dinafikan bahawa proses mengajar Khalishah ini ada kalanya mempunyai masa-masa sukar dan senang.
Namun, Khalishah mudah faham dengan apa yang diajarkan ibunya itu, selain dia sendiri suka dengan pelbagai aktiviti yang disediakan.
Ini 5 cara ajar anak menulis yang dikongsikan Puan Mastura!
Setelah melihat pelbagai tip dan cara ajar anak menulis yang dikongsikan di media sosial, Puan Mastura menggabungkan teknik-teknik ini dan mengaplikasikannya semula kepada si anak.
Berikut adalah 5 cara mengajar anak menulis yang telah Puan Mastura gunakan:
#1. Kenalkan aktiviti pratulis
Sebelum mengajar menulis dengan betul, Puan Mastura memperkenalkan aktiviti pratulis terlebih dahulu kepada anaknya seawal umur 2 tahun.
Aktiviti seperti ini banyak melibatkan penggunaan motor halus otak dan ia memerlukan lebih banyak kawalan dan pergerakan otot.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti mengoyakkan kertas, menampal kertas, mengepit penyepit pakaian, menyusun blok, menulis di atas pasir dan sebagainya.
#2. Buat aktiviti sambungkan garisan
Selain itu, Puan Mastura juga memberikan latihan menyambung garisan putus-putus kepada anaknya, Khalishah.
Latihan ini bertujuan untuk memudahkan anaknya menulis mengikut garisan atau corak yang akan diberikan kelak.
Selain itu, latihan ini juga boleh membiasakan kanak-kanak untuk memegang pensil dengan betul.
#3. Biarkan anak melukis atau menconteng
Ada kalanya, Puan Mastura akan memberikan kebebasan kepada anaknya untuk menulis, menconteng atau melukis.
Namun bukanlah di merata-rata tempat, tetapi pada kertas A4 yang telah diberikannya itu.
Cara ini juga boleh menggalakkan kanak-kanak untuk berkarya dan menulis apa sahaja mengikut imaginasinya.
Pendekatan secara kreatif seperti ini juga merupakan antara cara ajar anak menulis.
#4. Mula ajar huruf dan nombor ketika 4 tahun
Apabila Khalishah sudah mula memasuki umur 4 tahun, barulah Puan Mastura mula mengajarkannya menulis huruf, nombor dan lain-lain lagi.
Ini kerana pada ketika ini, anaknya itu telah faham dan tahu memegang pensil dengan baik.
#5. Belikan buku atau hadiah
Apabila anaknya sudah mula pandai menulis, Puan Mastura mula membelikan buku yang sesuai dengan peringkat umur anaknya bagi merangsang kemahiran motor halus dan juga berfikir.
Selain itu, jika Khalishah selalu membuat latihan menulis dan pandai menulis dengan baik, Puan Mastura juga memberikan hadiah dan ucapan penghargaan kepada anaknya sebagai ganjaran dan galakan.
Khalishah mula pandai susun suku kata, hantar surat selepas guna cara ajar anak menulis di atas
Apakah kelebihan amalkan cara ajar anak menulis sejak awal usia? Menurut ibu ini, dia dapat melihat tulisan anaknya itu menjadi lebih baik dan kemas berbanding hari-hari sebelumnya.
Selain itu, anaknya juga sudah mula pandai menyusun huruf menjadi suku kata, perkataan dan juga ayat pendek.
Bukan itu sahaja, apabila Khalishah sudah mula pandai menulis, anaknya itu juga kerap memberikan surat kepada Puan Mastura dan suami walaupun belum benar-benar pandai menyusun ayat dengan baik.
Ia merupakan satu perkembangan yang baik dan amat menarik bagi seorang kanak-kanak yang baru berusia lima tahun.
Cara ajar anak menulis: Ibu bapa perlu bijak tangani emosi anak sewaktu latihan menulis
Sewaktu Khalishah berumur antara 2 hingga 5 tahun, ia merupakan fasa yang agak sukar untuk mengajar anak menulis.
Ini kerana pada waktu itu, kanak-kanak lebih gemar bermain dan kurang fokus dalam proses pembelajaran.
Jadi, Puan Mastura sentiasa berfikir berkenaan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan umur anaknya bagi merangsang perkembangan daripada pelbagai sudut.
Menurut Puan Mastura,
“Kita perlu lihat emosi anak. Ada waktu anak menjadi rajin dan ada waktunya anak menjadi letih dan kita tidak boleh memaksa anak membuat aktiviti atau latihan menulis pada waktu tersebut. Untuk bagi anak seronok membuat aktiviti menulis, berikan ganjaran selepas anak selesai menyiapkan latihan menulis. Antaranya seperti keluar membeli alat permainan atau dibenarkan untuk menonton televisyen”.
Kelibat anak kedua penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza jarang-jarang muncul di Instagram ibunya. Namun video comel dengan senyuman paling manis dari Muhammad Afwa ini membuatkan ramai cair.
Menerusi Insta Storynya, Tok Ti berkongsi video comel Afwa yang ketawa dan mempamerkan senyuman paling manis ternyata amat mencuit hati semua.
Lebih tertarik lagi bila mana si comel Afwa yang memiliki lesung pipit dalam serta dagu persis ibunya ini ketawa ketika diagah ibunya.
Bukan hanya tersenyum, bahkan Afwa yang kini sudah pun berusia lapan bulan lebih ini sudah pandai bereaksi kala diagah ibunya.
“Siapa good boy angkat tangan,” kata Dato’Siti.
Terhibur dengan agahan ibunya, Afwa cepat-cepat mengangkat tangannya sebaik diminta ibunya. Paling cair tentunya senyuman Afwa yang tidak lekang di wajahnya. Ditambah pula dengan belahan dagu persis ibunya.
Perkongsian Dato’ Siti itu sudah semestinya membuatkan wargamaya geram dengan Afwa, yang sememangnya jarang-jarang muncul di IG Story ibunya.
Video comel itu turut sama dimuat naik di beberapa akaun Instagram kelab peminat Dato’ Siti malah menerima pelbagai reaksi dari peminat.
“Pandainya Afwa, dahlah comei dengan senyumannya. Semoga mmbesar sihat, jadi anak yang soleh, buat ibu dan ayah tak lupa juga kakak Afiyah jadi anak solehah ya.”
“MashyAllah so happy Baby.”
“Masha Allah. Cerdiknya Afwa. Gebu pulak tu. Sayangnya ibu pada Afwa. Auntie sayang Afwa juga.”
“Issshhhh geram lah good boy ni.”
“Pandainya dia.”
Semoga Afwa terus sihat membesar malah menceriakan hari-hari bahagia keluarga kecilnya.
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.