Bukan calang-calang keberanian anak kecil ini. Baru berusia empat tahun, tapi keberanian anak kecil bernama Aira yang mencuba permainan aktiviti terjun udara atau indoor skydiving ini dipuji ramai.
Mengalahkan keberanian anak lelaki bahkan si comel Aira menyahut cabaran untuk terbang sendirian tanpa ditemani ahli keluarganya memang hebat.
Malah dia juga antara penerbang paling kecil mencuba aktiviti extreme itu.
Melalui perkongsian akaun Tik Tok ibunya, @ara_aaira, langkah Aira nampak cukup yakin kala dipakaikan sut skydiving.
“Ha main la puas-puas.
“Dia enjoy, mak dia yang seram tengok,” kongsinya menjawab pelbagai pertanyaan ramai.
Ads
Menurut ibunya, anak kecil itu mulanya hanya menonton video aktiviti skydiving ini dan kemudiannya menyatakan hasrat untuk mencuba sendiri.
“Kalau anak berani boleh bawak, sebab anak kita pun tengok vid dulu sebelum pergi. Memang dia ajak,” kongsinya lagi.
Malah anak kecil ini sempat berposing sambil tersenyum sebelum mencuba melakukan aktiviti itu bersama jurulatih ditempat berkenaan.
Ads
Lihatlah sahaja aksi Aira yang begitu yakin mencuba. Riak wajah dan bahasa tubuhnya langsung tidak menampakkan ketakutan dan ragu-ragu ketika hendak terbang.
Malah ketika diruang menunggu, iaitu sebelum memulakan penerbangan, Aira turut menunggu giliran bersama yang lain dengan wajah penuh yakin. Hebat!
Bermula dengan latihan terbang di paras bawah, Aira kemudiannya dibawa untuk terbang tinggi sambil dibantu jurulatih yang bertugas. Penuh keyakinan diri.
Autisme bukan sekadar kelewatan perkembangan, tetapi satu spektrum yang mempengaruhi cara seseorang berfikir, berkomunikasi, dan berinteraksi dengan dunia sekeliling. Setiap anak ASD (Autism Spectrum Disorder) adalah unik, dengan tahap kemampuan dan cabaran yang berbeza.
Khairul Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Super Daddy, berkongsi tentang Autism berdasarkan pengalaman peribadinya. Ramai yang bertanya mengenai cabaran membesarkan anak ASD (Autism Spectrum Disorder), dan beliau berkongsi maklumat penting yang boleh membantu ibu bapa mengenali tanda-tanda awal serta memahami intervensi yang diperlukan.
Malam ni aku nak share sikit pasal Autism, sebab ramai pm tanya pengalaman aku. Psikiatrist dan psikologist buat ujian Autism melalui penilaian CARS (Childhood Autism Rating Scale). Patient akan dinilai mengikut skala 1-4.
1 adalah nilai paling rendah iaitu untuk mild (high-functioning) dan 4 merupakan nilaian paling tinggi untuk tahap yang paling ‘severe’ (low-functioning). Jadi, Autism ni dibahagikan kepada 3 lah senang cakap. Ringan (mild), sederhana (moderate) dan teruk (severe). Jom kita belajar sikit.
A. Severe Autism (Low-Functioning) Low functioning bermaksud pesakit berfungsi pada tahap paling rendah. Banyak perkara kita kena uruskan untuk dia. Depa ni biasanya dikategori sebagai Classis Autism, Childhood Disintegrative Disorder atau Rett’s Syndrome.
Kebanyakan depa ni kena dibantu seumur. Tak boleh berfungsi sendiri. Ciri-ciri kategori ini ialah : 1. Terjejasnya fungsi mental dan kognitif. Ada yang sampai ada ke paras terencat akal. Mempunyai IQ kurang dari 70 dan kurang upaya menguruskan diri juga berkomunikasi. 2. Masalah komunikasi. Ada antara depa yang tak dapat bercakap langsung (non-verbal). Ada yang boleh bertutur tapi ada masalah besar menggunakan perkataan dalam komunikasi. 3. Masalah Tingkah Laku. Kebanyakannya ada masalah sensori yang serius. Sensori ni adalah masala deria seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sebagainya. Sensori depa ni sangat sensitif atau tidak sensitif langsung. Masalah sensori ini boleh sebabkan depa jadi tantrum. 4. Masalah Sosial. Sukar nak berinteraksi dengan depa ni sebab depa tak ambil perhatian terhadap percakapan/perbuatan pihak lain di sekeliling depa.
B. Moderate Autism Depa ni didiagnos sebagai Classic Autism, Childhood Disintegrative Disorder, Rett’s Syndrome atau juga PDD-NOS. Yang moderate ni pula masih kena bantu, namun ada banyak benda depa boleh uruskan sendiri. Antara ciri-ciri depa ni ialah : 1. IQ Normal Atau Bawah Normal Biasanya depa ni IQ 100 (normal) atau bawah dari tu. Sukar nak menguruskan diri sendiri. 2. Kesukaran Berkomunikasi Depa ni juga ada masalah untuk berkomunikasi secara berkesan. Depa selalu cakap berulang-ulang atau bahasa ‘repetitive’. Depa lebih suka berkomunikasi dengan bahasa isyarat atau gunakan gajet. 3. Masalah Tingkah Laku Antara yang jelas boleh kita nampak adalah depa suka berpusing (spinning), menggoyangkan badan kedepan dan belakang berterusan (rocking), mengibaskan tangan di muka atau depan mata (hand flapping) atau jalan berjengket. Benda ni biasa depa akan buat bila sensori atau deria depa seperti pendengaran (bunyi bising), penglihatan (cahaya terang)terdedah secara berlebihan. 4. Masalah Sosial Depa ni lone ranger. Suka bersendirian dan tidak pandai berinteraksi dengan pihak lain. Susah nak dapatkan attention dari depa ni walaupun depa sedar ada orang lain di sekeliling depa.
C. Mild Autism (High-Functioning) Depa ni biasanya didiagnos sebagai Asperger’s Syndrome, Classic High-Functioning Autism, PDD-NOS. Depa ni nampak normal dan boleh hidup, bekerja dan ada tanggungjawab macam orang lain. Antara ciri-ciri membezakan depa ni ialah : 1. IQ Normal Atau Lebih Dari Normal. Kebanyakan depa ni IQ normal atau sampai tahap genius. Namun depa tetap bergelut atau susah bila kena buat keputusan yang mendadak, kena tukar rutin dan sebagainya. 2. Skill Verbal Dan Cabaran Komunikasi. Depa yang didiagnose sebagai ‘high-functioning autism’ mesti boleh bercakap. Namun ada antara depa yang bercakap macam robot atau cara intonasi dia bunyi pelik. Depa ni susah nak faham bahasa berkias dan sebagainya. 3. Masalah Tingkah Laku Yang Minimum Masalah sensory depa ni agak minimum. Depa tak suka perubahan rutin, atau apa sahaja yang berubah dalam susunatur, perletakan dan sebagainya. Kadangkala nampak depa buat pergerakan berulang ‘repetative’ jika sensory depa tak selesa . Depa ni suka topik-topik tertentu sahaja. Ada suka sains, ada suka math, ada suka drawing dan sebagainya. 4. Abnormal Dalam Bersosial Masalah utama Asperger ni adalah interaksi sosial. Depa takut dengan ‘eye-contact’, so depa tak suka pandang mata bila bercakap. Depa tak pandai tafsir body language orang lain. Depa juga sukar terima pandangan atau perspektif pihak lain.
Haa, begitulah sedikit sebanyak. Boleh berubah atau diubati ke? Depa ni boleh berubah jika parents buat intervensi dari awal usia lagi. Jangan bertangguh-tangguh. Gali dan dapatkan ilmu serta nasihat dari pakar serta dariparents yang ada pengalaman membesarkan anak istimewa ini.
Biasanya hanya intervensi yang boleh mengubah atau membentuk depa ni. Antaranya adalah Terapi Pertuturan dan Terapi Cara Kerja, sangat-sangat membantu depa. Autisme ni bukan jenis penyakit, ia adalah sindrom. Takdak ubat yang makan dan dia jadi baik. Hanya INTERVENSI sahaja yang dapat bantu depa.
Anak sulung aku Khaleef ambil masa hampir 2 tahun untuk didiagnos sebagai ASD (Autism Spectrum Disorder). Beberapa pertemuan awal dengan psikiatrist, beliau off hand bagitau yang Khaleef ni Asperger.
Namun dia tak mahu buat keputusan official. Yelah nak diagnos anak orang lepas tu nak bagi status OKU kan, mestilah dia nak buat keputusan yang tepat. Kebetulan waktu tu Khaleef tengah sedih sebab mak dia meninggal, so mungkin impak emosi dan depression yang buat dia jadi macam tu. Namun selepas 2 tahun berulang alik buat terapi barulah doktor nampak sendiri ciri-ciri autustik dia tu.
So, teruslah doktor diagnose dia dengan ASD. Sekarang ni depa dah tak guna terma Asperger tu katanya. Semua yang autism dikategorikan sebagai ASD atau Autism Spectrum Disorder
So, korang kalau ada anak yang ada ciri-ciri yang korang rasa pelik maka jangan bertangguh. Dapatkan nasihat pakar agar dapat didiagnos segea dan buat intervensi, demi masa depan anak-anak.
Banyak test online untuk saring Autism ni. Boleh jer google dan buat. Kalau result kata positif maka bawalah jumpa pakar yer. Semoga bermanfaat. KHAIRUL ABDULLAH #SuperDaddy. NOTA: Jika ada pakar yang membaca dan jika ada kesalahan dalam maklumat yang saya sampaikan, mohon tegur saya. Terima kasih.
Ketika dalam fasa semakin nak membesar ni, bukan mudah nak tidurkan anak. waktu bayi, cukup susu dan lampin pun dah ditukar, bayi akan rasa mengantuk sendiri. Letak saja dan boleh tidur. Lain pula dengan anak-anak yang dah mula suka bermain ni, memang payahlah kita nak ajak tidur kan?
Baru-baru ini viral cara seorang ibu menunjukkan kaedah untuk menidurkan anak. Dengan hanya menyebut perkataan tidur dan kemudian menyapu lembut muka anak sudah boleh membuatkan si anak mamai dan kemudian terlelap.
Tertarik dengan kaedah yang dikongsikan ibu tersebut, seorang ayah mahu mencubanya. Selepas menonton video itu, dia lantas mengambil anaknya di bahagian hadapan rumah dan mula mengikut cara seperti dalam video.
Selepas 2-3 kali percubaan, tak nampak seperti anaknya mengantuk. Yang pasti, dapat dilihat anaknya itu cuba mengalihkan wajahnya dari disentuh si ayah. Yang lucunya, tanpa diduga si anak kemudian menampar wajah ayahnya!
Kedengaran suara wanita yang merakan momen tersebut ketawa ketika kejadian itu berlaku. Si ayah kemudiannya terus membawa anaknya itu ke hadapan semula.
Mendapat sokongan daripada isteri tersayang adalah salah satu kunci dalam kehidupan rumah tangga yang bahagia dan harmoni. Pelakon Nadzmi Adhwa sangat terharu apabila isterinya Ardell Aryana menghadiahkan sebuah komputer untuknya sebagai tanda sokongan buat Nadzmi yang akan melanjutkan pelajaran ke peringakat Ijazah Sarjana atau Master.
Nadzmi dalam postingnya di Instagram berjanji akan lakukan yang terbaik dan menanam niat untuk ke peringkat tertinggi seterusnya iaitu PHD.
“Balik balik je dia tinggalkan nota kecik atas meja.
“Terima kasih sebab selalu support saya in everything. Dia (Ardell) kata dia dengan Urwa (anak) peminat number satu saya.
“Insyaallah saya akan buat yang terbaik untuk sambung Master ni. Kalau ada rezeki sampai PHD Insyaallah!
“Kawan baik saya tahu segalanya tentang saya, dari dulu sampai sekarang. Kawan baik saya ialah isteri saya. Saya sayang awak isteri,” katanya.
Nadzmi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video rakaman menunjukkan computer yang dimiliki dan sekeping nota.
Dalam nota tersebut tertulis, “This is for you! Saya dan Urwa support awak sambung belajar,”
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan agar urusannya untuk sambung belajar dipermudahkan.
Terdahulu, Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.
Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak sulung pada Disember lalu.
Urwa selamat dilahirkan pada 5 June 2020, jam 2.22.22.
Sumber: Gempak & Ig Nadzmi Adhwa
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.