Bius epidural banyak diambil oleh ibu-ibu ketika proses kelahiran sama ada secara pembedahan atau normal. Ambil tahu tentang bius ini, cara suntikan dibuat dan kesan sampingan yang mungkin boleh dihadapi selepas bius ini diambil.

Kefahaman yang jelas dan pengetahuan tentang epidural boleh memberikan anda pilihan dalam mendapatkan alternatif melegakan kesakitan ketika bersalin.  Poliklinik Az-Zaara berkongsi info mengenai bius ini.

EPIDURAL ANESTHESIA. OK KE TAK?

Ramai ibu bersalin ambil bius epidural ini. Statistik menunjukkan lebih 50% ibu bersalin normal menggunakan epidural.

Yang belum pernah ambil tu, pastikan faham dulu apa itu epidural, sebelum request nak ambil epidural. Sebab nanti tengah sakit nak bersalin, susah dah nak concentrate masa Doktor explain pasal epidural ni.

Epidural ini tujuan dia untuk menghalang rasa sakit. Kalau bagi full epidural, ibu yang nak bersalin tu boleh senyum je. Thats why masa c-zer, ada ibu yang sedar, boleh borak-borak dengan husband sambil doktor buat operation. Memang langsung tak sakit.

CARA EPIDURAL BERFUNGSI

Jom fahami bagaimana epidural berfungsi.

Rasa sakit adalah berpunca dari receptor sakit yang diaktifkan. Jadi receptor sakit ini akan menghantar isyarat menggunakan elektrik impulse, impulse ini akan melalui saraf peripheri, ke saraf tunjang di tulang belakang dan akan sampai ke otak.

Otak akan proses isyarat tersebut dan kenal pasti ia sebagai isyarat dari pain receptor dan memberi rasa sakit pada bahagian tersebut.

Jadi, epidural ni bertindak dengan menghalang receptor dari saraf peripheri ke saraf tunjang. Jadi otak tidak menerima sebarang isyarat sakit, jadi ibu tersebut pun tidak merasa sebarang kesakitan.

Epidural, Pelega Kesakitan Yang Efektif Masa Bersalin. Fahami Cara Ia Berfungsi & 5 Kesan Sampingan

BAGAIMANAKAH EPIDURAL DIBERIKAN?

Epidural diberikan di bahagian belakang pinggang. Ia boleh diberikan dalam posisi duduk dan membongkok ke depan atau dalam posisi baring.

Kawasan belakang pinggang akan dibersihkan untuk mengelakkan jangkitan. Kemudian suntikan “local anesthesia” akan diberikan di tempat epidural akan dicucuk supaya tidak menyebabkan kesakitan semasa jarum dimasukkan. Selepas kawasan tersebut kebas, barulah jarum halus untuk bius epidural akan dimasukkan sehingga keluar cecair air tulang belakang.

IKLAN

Ini menunjukkan jarum berada pada lokasi yang tepat.

Selepas itu, satu tiub yang kecil akan dimasukkan melalui jarum ke dalam ruang epidural. Selepas itu, jarum dengan berhati-hati akan dikeluarkan, meninggalkan kateter di dalam sebagai laluan untuk memasukkan ubat bius ke epidural.

Epidural, Pelega Kesakitan Yang Efektif Masa Bersalin. Fahami Cara Ia Berfungsi & 5 Kesan Sampingan

 

 

KEBAIKAN BIUS EPIDURAL

  1. Membolehkan anda untuk berehat jika proses bersalin anda berpanjangan.
  2. Dengan mengurangkan ketidakselesaan melahirkan anak, ada wanita yang mengalami pengalaman kelahiran yang lebih positif.
    Biasanya, epidural akan mengekalkan anda sedar dan berinteraksi dengan orang di sekeliling.
  3. Jika anda perlu melalui caesarean, bius epidural akan membuatkan anda sedar dan juga menghilangkan kesakitan yang semasa pembedahan tersebut.

Epidural, Pelega Kesakitan Yang Efektif Masa Bersalin. Fahami Cara Ia Berfungsi & 5 Kesan Sampingan

5 RISIKO BIUS EPIDURAL

 #1. TEKANAN DARAH MENURUN

IKLAN

Epidural boleh menyebabkan tekanan darah anda untuk tiba-tiba jatuh.

#2. SAKIT KEPALA TERUK

Anda mungkin mengalami sakit kepala yang teruk akibat dari epidural. Sakit kepala ini mungkin berpanjangan walaupun selepas bersalin dan berlarutan. Namun amat sedikit mereka yang mengalami simptom seperti ini.

#3. MENGGIGIL, LOYA & SUKAR BUANG AIR KECIL

Anda mungkin mengalami kesan sampingan seperti menggigil, deringan dalam telinga, sakit belakang, kesakitan di mana jarum dimasukkan, loya, atau sukar membuang air kecil.

#4. PERLU DIBANTU KERANA BAHAGIAN BAWAH BADAN KEBAS

Untuk beberapa jam selepas kelahiran, bahagian bawah tubuh anda mungkin berasa kebas dan memerlukan anda untuk berjalan dengan bantuan.

IKLAN

#5. PROSES KELAHIRAN MUNGKIN PANJANG & PERLU VAKUM/ FORSEPS

Risiko proses bersalin mungkin berpanjangan sehingga menyebabkan perlunya bantuan untuk melahirkan anak seperti forceps dan vakum. Ini berlaku kerana epidural tersebut menghalang rasa sakit, jadi ibu tidak dapat meneran sewaktu rahim tengah contraction. Jadi baby susah nak keluar.

Epidural, Pelega Kesakitan Yang Efektif Masa Bersalin. Fahami Cara Ia Berfungsi & 5 Kesan Sampingan

Kalau ini berlaku, midwife/ Doktor akan bantu dengan mengenal pasti waktu contraction sedang berlaku dengan bantuan CTG, Dr akan arahkan ibu untuk meneran sewaktu contraction sedang berlaku.

Jadi, fahami kebaikan dan risiko epidural akan membantu anda membuat keputusan terbaik semasa bersalin nanti.

Sumber: Poliklinik Az-Zaara

Artikel berkaitan: [Epidural Punca Sakit Belakang & Lumpuh? Doktor Ini Jelaskan 3 Kelebihan & 7 Risiko Penggunaan Epidural]

[10 Info Bius Epidural Anda Perlu Tahu Semasa Pembedahan Caeserean]

[Doktor Jelaskan Punca Sakit Belakang & Cara Untuk Atasinya]

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI