Fatimah Tak Nangis Di Hari Pertama Sekolah, Siap Pujuk Ali Yang Menangis Tak Nak Berpisah. Pandainya Dia Pujuk, Nampak Matang Dari Usia

Share

Wah, Fatimah si kecil yang petah dah masuk sekolah. Ini bermakna dia dan Ali perlu berpisah dengan Ali sementara ke sekolah. Tapi tindakan Fatimah ini menakjubkan, dia tidak menangis pun!

Sudah menjadi kebiasaan bagi anak kecil yang menempuh hari pertama persekolah di peringkat tadika, mesti akan ada drama menangis atau tak mahu ibu ayah pulang ke rumah. Tapi apa yang ditunjukkan Fatimah ialah sebaliknya, dia tak menangis pun. Sebaliknya masuk sendiri ke kelas. Ini adalah catatan keluarganya di Instagram;

Fatimah di hari pertama sekolah (reception)…tak percaya masa berlalu begitu pantas. Rasanya seperti semalam kami menggendongnya di pelukan. Hari ini anak perempuan 4 tahun kami sedia untuk ke sekolah. Tiada perkataan yang boleh menyatakan sukarnya untuk kami melepaskan Fatimah.

Tapi kami bangga dengan kematangan dan kuatnya dia. Semasa menghantarnya ke sekolah semalam, ramai kanak-kanak menangis, normal lah di hari pertama sekolah. Tapi amat mengejutkan Fatimah tidak menitiskan air mata. Dia berikan kami pelukan dan berjalan ke kelasnya sendiri.

Ali Susah Nak Berpisah Dengan Fatimah, Tapi Pandainya Fatimah Pujuk Ali, Nampak Matang Sangat

Bila Fatimah nak ke sekolah, Ali menangis tidak mahu berpisah. Maklumlah kedua-duanya sangat rapat dan Ali tidak pernah berpisah dengan Fatimah. Tapi cara Fatimah memujuk Ali sangat matang bagi kanak-kanak seusianya. Comel sangat aksi kedua-duanya!

Momen menyedihkan ini dirakam ketika Fatimah hendak meninggalkan rumah ke sekolah semalam. Seperti yang dijangka, Ali menangis.

Kami tahu yang momen ini akan berlaku kerana kedua-dua mereka sangat akrab seperti pasangan kembar, tidak boleh dipisahkan.

Amat tersentuh apabila melihat kematangan Fatimah memujuk Ali. Dia memujuk Ali lebih dari setengah jam dalam keadaan dia sendiri pun sebak menahan tangisan.

Pujian untuk Fatimah kerana dia adalah kakak yang baik dan selalu kuat untuk Ali. Diharapkan Ali cepat-cepat membiasakan diri dengan perubahan ini.

#PrayForAli ?

Netizen memberikan ucapan selamat maju jaya kepada Fatimah.

Malah mereka memuji tindakan Fatimah yang pandai memujuk Ali. Nampak sangat ciri seorang kakak dan kematangannya.

Sumber: Instagram thefamily.uk

 

IKLAN