Gambar famili Intan Salleh, gelagat anak ketiga curi perhatian, “Nanti dah besar biar dia tengok muka dia nangis.” Intan nampak cukup bahagia dengan kehidupannya sekarang. Masanya banyak dihabiskan bersama anak-anak. Gelagat anak-anak mencuri perhatian warga maya.
Gambar Famili Intan Salleh, Gelagat Anak Ketiga Curi Perhatian
Nanti dah besar biar dia tengok muka dia nangis tu.
Now we are 6 alhamdulillah .. semoga keluarga kecil kita terus dikurniakan kasih sayang, iman dan kekuatan untuk membesarkan mereka di jalan yang diredai..Amin..- tulis Intan di ruangan kapsyen.
Intan sebelum ini merupakan bekas isteri kepada pemain muzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 11, dan Ariq Muqri, 9. Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya pada 20 Disember 2021.
Perkahwinan kedua ini, Intan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 4 September 2022, yang kini berusia 2 tahun.
Intan Ladyana bertuah dapat suami rajin, jaga masa pantang, Harris Alif muda tapi matang. Selain ingin melihat wajah si kecil dan juga Intan, warga maya tertarik dengan sikap keprihatinan Harris Alif yang menjaga isteri kesayangannya itu dengan penuh kasih sayang.
Hantaran dilaman Instagram Intan Ladyana mengenai perkembangan bayi keduanya yang baharu lahir menarik perhatian warga maya. Namun apa yang lebih memancing perhatian warga maya ialah tingkahlaku Harris Alif.
Intan selamat melahirkan anak kedua seorang bayi lelaki pada 26 April lalu. Anak sulung mereka, Evie Khadeeja baru berusia 2 tahun lebih. Kini pasangan berbeza usia 17 tahun ini sudah mempunyai sepasang cahaya mata.
Intan berkongsi suaminya, Harris banyak membantunya dalam urusan rumahtangga seperti menjaga bayi, mengemas rumah dan menyediakan makanan berpantang untuk Intan.
“Itu tanggungjawab I jaga u dan anak-anak,” ujar Harris sambil memeluk Intan. Dalam video yang dikongsikan oleh Intan juga, dapat dilihat Harris melakukan Kerja-kerja rumah.
Intan kini berusia 42 tahun sementara Harris Alif berusia 25 tahun. Usia bukanlah halangan untuk memikul tanggungjawab dalam rumah tangga. Paling penting tahu soal tanggungjawab.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Kadang-kadang dalam rumahtangga, kita terlajak kata bila emosi dan badan tidak sihat. Itulah yang dilalui oleh penyanyi Syasya Rizal, yang berkongsi pengalaman dirinya bergelar seorang isteri di media sosial baru-baru ini.
Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal menceritakan bagaimana dia secara tidak sengaja mendoakan suaminya, Nasrullah Mohd Sapie, ketika dirinya sedang demam.
“Beberapa hari lepas saya demam. Bila sakit dan emosi, saya tidak sengaja buat sesuatu yang tidak patut. Masa tengah demam, saya terasa hati dengan suami. Mulut terlepas cakap, ‘saya doakan awak pula demam, biar awak rasa macam mana sakit’. Masa itu saya ingat gurau kasar sahaja, tak sangka betul-betul jadi. Allahu, terus rasa berdosa,” kongsinya.
Menurut Syasya, kata-kata seorang isteri bukan sekadar luahan kosong. Malah, doa isteri sangat mustajab dan kadang lebih cepat dimakbulkan daripada yang disangka.
“Jangan doa yang tak baik untuk suami, walau dalam keadaan marah atau sakit hati. Daripada doa benda yang tak elok, lebih baik gunakan kuasa doa isteri untuk kebaikan. Itu doa paling cepat Allah makbulkan,” nasihatnya.
Dalam perkongsian itu juga, Syasya menitipkan pesanan kepada para isteri , jangan biarkan emosi menguasai diri hingga mulut melepaskan kata-kata negatif. Sebaliknya, gunakan kuasa doa untuk mendoakan kebaikan dalam rumah tangga.
Dalam rumahtangga, pasti ada pasang surutnya. Kadang kala kita penat, stres dengan anak-anak, atau sakit badan sehingga mudah rasa kecil hati dengan pasangan. Tetapi sebagai isteri dan ibu, doa kita sangat kuat kesannya. Doakanlah kesihatan, rezeki, dan kebahagiaan untuk suami dan keluarga.
Kerana setiap doa yang baik, insya-Allah akan kembali semula kepada kita dan anak-anak tersayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak darjah 1 mengamuk tak nak pergi sekolah, ini tip bantu mak ayah. Melihat anak menangis, meronta, dan enggan ke sekolah boleh menjadi satu cabaran besar bagi ibu bapa, terutamanya apabila anak baru masuk darjah satu.
Situasi ini bukan sahaja meletihkan fizikal, tetapi juga menguji kesabaran dan emosi ibu bapa. Jangan panik! Masalah ini biasa berlaku dan ada cara untuk menanganinya dengan tenang dan bijak.
Sebelum mencari penyelesaian, penting untuk memahami sebab anak menolak ke sekolah. Antara sebab utama ialah:
*Takut berpisah dengan ibu bapa – Ini biasa bagi anak kecil yang belum biasa berjauhan dalam tempoh lama.
*Takut dengan persekitaran baru – Sekolah adalah dunia asing bagi mereka. Guru, rakan, jadual, dan peraturan semuanya berbeza daripada suasana di rumah atau tadika.
*Rasa beban dengan pelajaran – Walaupun darjah satu masih peringkat awal, ada anak yang tertekan dengan tugasan atau tak biasa dengan cara pembelajaran baru.
*Kurang kawan atau rasa tersisih – Anak mungkin belum jumpa kawan yang dia selesa, atau dia rasa tak diterima dalam kalangan rakan sebaya.
*Pengalaman negatif di sekolah – Mungkin dia pernah dimarahi guru, diejek rakan, atau mengalami sesuatu yang buat dia takut ke sekolah.
Jika anak meragam setiap pagi dan enggan ke sekolah, cuba langkah-langkah berikut:
Marah atau paksa anak dengan paksaan fizikal hanya akan buat dia lebih trauma. Sebaliknya, peluk anak, cakap dengan nada lembut, dan yakinkan dia bahawa sekolah adalah tempat yang selamat.
Bantu anak faham bahawa perasaan takut atau gementar itu normal. Katakan, “Mama pun dulu takut nak ke sekolah, tapi lepas kenal kawan-kawan, sekolah jadi seronok!” Ceritakan pengalaman anda untuk meyakinkan dia.
Bantu anak bersiap dengan tenang setiap pagi. Pastikan dia tidur awal supaya tak bangun dalam keadaan letih. Elakkan terburu-buru atau menakut-nakutkan anak dengan kata-kata seperti, “Kalau lambat, cikgu marah!”
Jika anak masih enggan ke sekolah selepas beberapa hari, bincang dengan guru kelasnya. Guru mungkin boleh bantu dengan memberi perhatian lebih atau memastikan anak lebih selesa di sekolah.
Tanya anak tentang rakan-rakan di sekolah dan galakkan dia berkawan. Jika perlu, aturkan playdate dengan ibu bapa lain supaya anak lebih selesa bergaul.
Beri galakan kepada anak dengan cara yang positif. Contohnya, jika anak berjaya pergi ke sekolah tanpa menangis, puji dia atau beri sesuatu yang dia suka, seperti stiker comel atau makanan kegemaran.
Jangan hanya kata “Kena pergi sekolah sebab wajib.” Sebaliknya, ceritakan bahawa sekolah adalah tempat untuk bermain, belajar perkara baru, dan bertemu kawan-kawan.
Jika anak masih mengalami ketakutan melampau atau menunjukkan tanda-tanda kecemasan yang serius (seperti sakit perut atau muntah setiap pagi sebelum sekolah), mungkin ada masalah yang lebih mendalam. Dapatkan nasihat daripada pakar psikologi kanak-kanak atau kaunselor.
Masalah anak enggan ke sekolah bukan sesuatu yang luar biasa. Yang penting, ibu bapa perlu sabar dan memahami perasaan anak. Dengan pendekatan yang lembut dan positif, lama-kelamaan anak akan mula menerima rutin sekolah dengan lebih baik.
Ingat, fasa ini sementara sahaja. Dengan bimbingan dan kasih sayang, anak akan membesar menjadi pelajar yang gembira dan bersemangat!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.