Garlic Bread Mudah Untuk Bekal Anak Sekolah, Tak Cukup Makan Satu, Sedap Sangat!

Share

Bosan dengan menu yang sama setiap hari, sesekali anak mahukan kelainan dalam sajian pemakanannya.

Bukan hanya untuk sarapan atau minum petang, Garlic Bread mudah ini boleh mama sediakan untuk anak ke sekolah. Pasti anak makan berkeping-keping. Simple tapi cukup sedap.


Bahan-bahan:

Roti gardenia (potong panjang-panjang macam di atas ya)
Bawang putih 1 ulas je dah cukup
Parsley flakes
Unsalted butter

Tumbuk bawang putih sampai lumat.

Panaskan kuali, masukkan unsalted butter dan tumis bawang putih hingga sedikit garing. Tumis sampai macam ni. Jangan sampai hangit pulak.

Masukkan tumisan bawang putih tadi dengan butter. Butter ni bergantung kepada jumlah roti yang nak digunakan.

Gaulkan sampai sekata. Masukkan daun pasley sedikit demi sedikit. Gaul sebati.

Ambil roti dan sapukan pada roti.

Bakar dalam oven atau pun pemanggang ajaib.

Taraaaa siap! Sedia di hidang untuk si kecil anda! Kalau ada mushroom sup lagi sedap kan. Boleh cicah-cicah.

Selamat mencuba resepi simple tapi sedap ni!

Artikel berkaitan: Sarapan Anak Paling Ringkas, Garlic Bread Dengan Scramble Egg Dicampur Susu Cukup Sedap!

Kurang Gemar Makan Nasi Tapi Suka Roti, 12 Resipi Roti Ibu Ni Memang Awesome

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: Aya Zuki

IKLAN