Bosan dengan menu yang sama setiap hari, sesekali anak mahukan kelainan dalam sajian pemakanannya.
Bukan hanya untuk sarapan atau minum petang, Garlic Bread mudah ini boleh mama sediakan untuk anak ke sekolah. Pasti anak makan berkeping-keping. Simple tapi cukup sedap.
Bahan-bahan:
Roti gardenia (potong panjang-panjang macam di atas ya)
Bawang putih 1 ulas je dah cukup
Parsley flakes
Unsalted butter
Tumbuk bawang putih sampai lumat.
Ads
Panaskan kuali, masukkan unsalted butter dan tumis bawang putih hingga sedikit garing. Tumis sampai macam ni. Jangan sampai hangit pulak.
Masukkan tumisan bawang putih tadi dengan butter. Butter ni bergantung kepada jumlah roti yang nak digunakan.
Gaulkan sampai sekata. Masukkan daun pasley sedikit demi sedikit. Gaul sebati.
Ads
Ambil roti dan sapukan pada roti.
Bakar dalam oven atau pun pemanggang ajaib.
Ads
Taraaaa siap! Sedia di hidang untuk si kecil anda! Kalau ada mushroom sup lagi sedap kan. Boleh cicah-cicah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Bosan dengan sayur yang direbus setiap hari, apa kata ubah selera berpantang dengan resipi yang cukup istimewa untuk diri sendiri. Blackpaper Roasted Salmon atau Salmon Panggang Lada Hitam ini antara menu istimewa untuk anda yang berpantang. Bukan hanya berpantang, bagi ibu yang sedang berdiet pun amatlah sesuai.
Namun bagi yang berpantang, gantikanlah kentang dengan bawang putih goreng dan nasi panas yang pastinya membuatkan tubuh lebih hangat. Resipi ringkas tapi padu yang dikongsikan oleh Dapur Cheyah ini nampak cukup menarik. Jom cuba.
Haaa selalu dengar chicken roasted je kan kan. Pastu kalau sebut salmon mesti ramai yang grill grill aje. Kalini cheyah buat resepi paling senang atas muka bumi dan paling enak sekali. Jom terjah resepi.
Bahan-bahan
1 keping ikan salmon
1 sudu besar lada hitam
3 ulas bawang putih
1/2 biji carrot potong memanjang
2 biji ubi kentang potong empat
1/3 brokoli
Secubit garam
1. Tumbukkan bawang putih, lada hitam bersama garam. Tumbuk bagi lumat dan biji lada hitam hancur tak berketul.
2. Lumurkan pada ikan salmon. Lumur bagi sebati dan kedua belah kena serta perap selama 2 minit sahaja.
3. Taburkan bahan-bahan sayuran lain tu. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius dengan api atas bawah.
4. Masukkan salmon kita tadi. Bakar selama 25 minit. Tak perlu terbalikkan dia. Biar je dia masak. Hihi
Tak cukup rasanya bila makan sepinggan nasi dengan lauk tanpa sambal belacan yang menghangatkan lagi sajian. Nak lebih terangkat apa kata cuba sambal tumbuk ikan masin ini yang lain dari yang lain.
Sambal ikan masin dengan cili padi yang ditumbuk ini memang lain dari yang lain. Wajib cuba resipi perkongsian Irah Erah.
Restocking sambal. Husband saya ni kalau ada ulam, mesti wajib kena ada sambal. So kita ikut je la seleranya.
Orang tua tua dulu cakap, nak pikat suami, kena ikat perut dia dengan masakan kegemarannya.
Saya ambik resepi mak mertua dari sarawak. Tumbuk-tumbuk, simpan dalam bekas. Tahan lama. Nak makan, ambik je.
Sambal ikan sengelo masin.
Bahan-bahan:
Ikan sengelo masin
Cili (letak ikut kepedasan)
Gula
Ajinomoto sikit (saya tak letak)
Goreng dulu ikan sengelo masin.
Tumbuk ikan sengelo masin bersama cili dan gula, (ikut rasa tekak nak letak pedas manis dan masin secara seimbang).
Biasanya kalau kita goreng ayam, hanya gaulkan serbuk kunyit dengan garam. Kali ini apa kata anda cuba resipi ayam goreng yang dikongsi oleh ibu ini. Memang confirm sedap dan anak-anak akan suka!
Selamat mencuba!
Ayam goreng memang sedap ..kebiasaan orang akan letak kunyit dan garam…tapi setiap kali saya goreng ayam, suami mesti akan mintak. Kalo suami suka,anak-anak lagi la suka.. bahagian kepak, akan serap rasa sampai ke isi…bila goreng, garing diluar, juicy di dalam…saya jamin, sapa yang cuba ayam nih, mesti akan rajin goreng ayam😁😁😁…
Bahan-bahan:
½kilo ayam(bahgian kepak)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari ikan
Serbuk perasa 1 sudu kecil
Garam ½ sudu kecil
Bawang putih 2 ulas ditumbuk halus
Minyak masak
Cara penyediaan:
Perapkan ayam paling kurang 30 minit… goreng sehingga masak. Sedia untuk dihidang.
Kredit : Nurul Ateekah
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang warga emas menanggung kerugian RM1.7 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud sejak Ogos tahun lalu.Memetik Harian Metro, Ketua...