Garu leher sampai lukaberdarah, Yana Samsudin bimbang keadaan anak ketiganya. Kalau sudah namanya ibu, mana mungkin hati tak risau bila tengok anak mengalami masalah kulit, hingga menggaru sampai berdarah.
Garu Leher Sampai Luka Berdarah
Melalui satu hantaran yang dikongsikak oleh Yana Samsudin, pelakon dan usahawan ini meluahkan kebimbangan keadaan anak ketiganya yang mengalami masalah kulit.
Perkongsian Yana melalui video yang dimuat naik di laman Instagramnya menunjukkan anak ketiga Yana yang baru berusia enam bulan itu menggaru bahagian leher hingga berdarah.
Yana Samsudin Bimbang Keadaan Anak Ketiganya
“Ya ALLAH digarunya leher sampai luka macam ni. Kuku dah kerap potong tetapi jadi juga.
“Krim leher gatal dah macam-macam sudah.. Aveeno, Ceradan, Bepanthen semua sudah cuba tidak sesuai dengan Hakeem.
“Anak kalian pernah jadi begini tak?” luahnya di Instagram.
Video berdurasi 23 saat itu menunjukkan si kecil itu menggaru-garu ketika sedang tidur.
Bila anak alami cirit birit dan muntah-muntah berpanjangan, jangan dibiarkan sahaja sebaiknya perlu periksa keadaan anak. Bimbang anak terkena jangkitan Rotavirus tanpa mama sedar. Banyak bahayanya malah mengundang nyawa anak lebih-lebih lagi bayi di bawah usia 2 tahun. Mama kena sentiasa pantau keadaan anak.
Perkongsian ibu ini, Puan Siti Baizura ini mama boleh jadikan panduan buat anak-anak kita. Cuba kenal pasti samada anak kita dijangkiti Rotavirus atau tidak. Penting bagi kita.
MENJAGA ANAK KENA JANGKITAN ROTAVIRUS
Minggu lepas ketiga-tiga anak saya kena jangkitan rotavirus, teruk sangat sampai diorang kena kuarantin. Kena pastikan sentiasa cukup air dan persekitaran kena sentiasa dinyah kuman.
Korang tahu tak level bahaya penyakit Rotavirus ini pada bayi dan anak-anak? Korang rasa berjangkit kepada orang dewasa tak?
Penyakit rotavirus ni kebiasaan ada kaitan dengan persekitaran atau pengendalian makanan dan minuman yang tak bersih dan boleh berjangkit melalui sentuhan.
So boleh jadi time korang bawak anak keluar main kat taman mainan atau pergi kedai makan ke, so banyak faktor la asbab boleh terkena ni.
Yang paling bahaya virus ni boleh tersebar kepada barangan yang pernah disentuh seperti perabot dan alat permainan. Tak pelik la kalau ketiga-tiga kena.
Tanda-tanda anak kena rotavirus adalah apabila mereka alami
-cirit (najis agak berbau) -muntah teruk yang boleh menyebabkan dehidrasi (kurang air dalam badan). -demam
So parent kena tahu, sebab macam saya awal-awal anak-anak kena saya ingatkan demam biasa sebab bermula dengan demam dan muntah dulu. Kitaorang dah ke klinik dah tapi doktor kata demam biasa dan muntah biasa.
Lama kemudian baru berak-berak pulak, saya ingat cirit birit pulak. Bila my husband call tanya salah sorang kawan doktor dia, terus kawan dia point mungkin anak korang kena rotavirus. Then lepas tu terus kami terus ke hospital.
Sepanjang dalam perjalanan ke hospital tu anak saya yang berumur 3 tahun memang muntah teruk sangat. Bawak la bag decathlon tu terus ha, dan baby pn memang muntah tak berhenti sampai la kat hospital sementara tunggu giliran pun masih muntah-muntah lagi.
Korang tau tak actually rotavirus ni boleh bawa maut tau untuk bayi bawah 2 tahun sebab asyik muntah dan boleh mengalami kekurangan air dalam badan, so tak mudah sangat la nak jaga anak-anak ni pun.
Yang paling susah hati dan risau, asal minum susu ja muntah terus, sampai one time baby reject terus minum susu. Pada waktu ni saya banyak bagi air kosong dan bagi makan bubur je. Tu pun saya suap sikit-sikit sebab kalau makan banyak terus akan muntah.
Penyakit ni boleh berjangkit kat orang dewasa jugak tau tapi kesannya taklah seteruk kena anak-anak yang kecik ni.
Rawatan pulak doktor kata memang takde sebarang antibiotik ka antivirus yang boleh bagi, hanya kena make sure anak-anak cukup air dan persekitaran bersih sahaja. Ubat yang dapat hanya ubat demam, ubat tahan muntah supp, dan air garam sahaja.
Anak-anak akan kena warded sekiranya mereka takda selera makan dan muntah berlanjutan. Anak-anak saya pulak nasib baik diorang mau makan dan mau minum air, cumanya tetap muntah berak. Solution saya macam saya kata tadi, bagi makan sikit-sikit tapi kerap. Taknak diorang rasa perut terlalu penuh dan muntah balik. Then bagi makan ubat tahan muntah dan minum air elektrolit.
Untuk anak yang alami muntah berak macam ni performance drink iaitu minuman elektrolit yang sangat sesuai diberi untuk menggantikan balik cairan dalam badan yang hilang dan gantikan tenaga yang hilang.
Bila dah setel semua fuhh time cuci karpet cuci habis segala cadar. Rumah mop habis dari atas sampai bawah. Baju tu tak payah cakap la muntah sikit salin, berak bocor sikit salin, maka berbakut bakul la kain baju nak kena basuh.
Solutionnya korang tau tak saya basuh kain rendam air panas dulu, then baru masuk mesin basuh campur dettol satu cap tu.
Untuk mop lantai kalau korang ada anak kecik yang masih merangkak takut chemical dan terjilat lantai boleh la pakai pencuci lantai yang organik dan selamat untuk baby. Sekarang ni Alhamdulillah semua anak-anak dah sihat. Memang lega sangat-sangat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak semua suami berpeluang menemani isteri di dalam bilik bersalin. Ada yang bila sampai di bilik bersalin, isteri sudah selamat melahirkan anak. Namun bagi suami yang berkesempatan dan berpeluang untuk masuk ke bilik bersalin, berilah sokongan sepenuhnya kepada isteri anda.
Sakit kontraksi sebenarnya lebih sakit berbanding saat melahirkan, ketika inilah sokongan suami amat diperlukan dan sentiasalah berada disamping isteri jika mempunyai peluang tersebut.
Bagi isteri pula, pastikan anda tidak memakai sebarang barang perhiasan ketika masuk ke bilik bersalin. Pastikan gelang, cincin, rantai dan sebagainya dibuka siap-siap di rumah untuk mengelakkan sebarang masalah ketika proses melahirkan.
Bercerita tentang pengalaman suami menemani isteri ketika bersalin, pelbagai perkara yang lucu sering kita dengar. Ada yang pertama kali menemani isteri dan tidak mempunyai pengalaman, ada juga yang sudah terbiasa dengan keadaan di dalam bilik bersalin. Suami lah insan yang paling penting saat itu untuk memberikan sokongan kepada isteri. Ikuti perkongsian ini.
Abang nak share pengalaman teman wife dalam labour room. Nasihat abang, masa isteri tengah tahan contraction, pasrah jelah apa dia buat. Kalau dia genggam tangan sekuat hati, biarkan. Tapi pastikan cincin tak pakai, takut cincin pub boleh pecah.
Readykan Fizikal, Kuatkan Mental
Jangan risau, contraction datang kita boleh predict. Ada mesin dekat sebelah katil, kalau nampak bacaan makin naik hampir ke 99, readykan fizikal, kuatkan mental. Nampak graf dekat paling bawah dalam gambar? Itu graf contraction/minit. Paling tinggi = sedang contraction.
Graf Contraction
Rezeki abang dapat temankan 2 kali wife dalam labour room, nasihat abang.. Pastikan jaga makan/minum wife. Tenaga guna banyak dalam proses kelahiran. Rasakan pengalaman dalam labour room, readykan siap-siap kata semangat untuk wife dan relakan badan untuk di lepaskan rasa sakit isteri.
Masa anak pertama abang bisikkan kata semangat dekat wife, “sayang, sayang kena tolong Mieshal (maksudnya push kuat-kuat lagi) untuk Mieshal tolong diri dia keluar.” Abang ingatkan sweet habis dah cakap macam tu, lepas wife abang cakap dia rasa nak smackdown abang masa abang cakap macam tu.
Masuk anak kedua, abang lebih berpengalaman ecewah. Setiap kali wife nak push, abang tolak sama-sama belakang badan wife. Apa yang penting? Kerjasamaa. Dalam labour room, abang pun penat. Tak ada masa rehat walaupun sesaat. Abang dah macam part time nurse + guru kaunseling untuyk wife.
Sebagai Suami Kena Bantu Hilangkan Rasa Takut
Pertama kali masuk, abang pun seriau tengok semua ni. Tapi make sure hati & badan focus ke isteri. Dia yang nak bertarung, kita sebagai suami macam shield untuk hilangkan rasa takut & kurangkan rasa sakit isteri. Anak pertama abang sempat berlawak dengan isteri, laju anak keluar.
Bila selesai semua, Wife pun dah masuk bilik berehat. Boleh dah check tangan sendiri. Anak pertama abang, bercalar jugak sikit lengan abang. Anak kedua, tangan rasa sakit sebab wife genggam kuat. Apa pun, hargailah pengorbanan isteri. Dia pembawa zuriat & keturunan kita. Thanks Sayang!
Penyakit tangan, kaki dan mulut juga dikenali sebagai Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) adalah penyakit yang sering berjangkit dalam kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan virus daripada kumpulan enterovirus. Ia merebak melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan objek atau alatan permainan yang tercemar dengan virus ini.
Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja terutama kanak-kanak bawah umur lima tahun. Jangkitan ini biasanya disebabkan amalan kebersihan diri kurang baik dan pendedahan kepada tempat atau persekitaran sesak yang mungkin meningkatkan lagi risiko penyebaran virus ini. Virus mudah merebak terutama pada awal minggu pertama jangkitan.
Taska adalah tempat yang sering berlaku penyebaran penyakit HFMD. Aktiviti harian seperti sukaneka dan kerja berkumpulan menyebabkan mereka bergaul rapat dan mudah dijangkiti.
Simptom
Individu yang dijangkiti penyakit HFMD biasanya akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, ruam melepuh pada kaki, tangan atau ulser pada mulut dan lidah. Kanak-kanak juga mungkin mengalami muntah, cirit-birit dan kurang selera makan.
Kebanyakan kejadian penyakit ini tidak serius. Namun, ada sesetengah kes membabitkan komplikasi teruk seperti masalah sistem saraf dan jantung. Dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya timbul sebarang tanda dan gejala penyakit HFMD pada kanak-kanak agar rawatan yang sesuai dapat diberi.
Rawatan
Penyakit HFMD biasanya sembuh tanpa rawatan menggunakan ubat-ubatan dalam masa tujuh hingga 10 hari. Bagaimanapun, ada keadaan jangkitan yang menyebabkan komplikasi teruk dan memerlukan rawatan intensif.
Ada juga kes kematian disebabkan oleh jangkitan penyakit HFMD, namun ia jarang berlaku.
Tiada rawatan khusus untuk merawat penyakit HFMD. Bagaimanapun, rawatan untuk melegakan simptom boleh diberikan kepada pesakit. Ubat demam seperti Paracetamol boleh diberikan bagi mengurangkan suhu badan dan sebagai ubat tahan sakit sekiranya pesakit mempunyai simptom sakit-sakit badan dan sebagainya.
Selain itu, gel mulut juga boleh digunakan untuk mengurangkan rasa pedih yang disebabkan oleh kewujudan ulser di bahagian dalam mulut. Ruam di bahagian tapak tangan dan kaki lazimnya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Seterusnya, pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya bagi mengelakkan gejala dehidrasi berlaku.
Pencegahan
Pada masa kini masih belum ada vaksin untuk mencegah jangkitan HFMD. Bagaimanapun, kita boleh mengawal penyebaran virus ini dengan mengamalkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Ibu bapa dan penjaga seharusnya meningkatkan kebersihan diri dan persekitaran serta mengamalkan tabiat mencuci tangan dengan betul guna air dan sabun sebelum menyentuh anak-anak, sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis anak. Ini adalah penting bagi mengelak penyebaran penyakit HFMD.
Bagi mengelakkan kanak-kanak yang dijangkiti menyebarkan penyakit ini, ibu bapa dan penjaga kepada pesakit HFMD dinasihatkan untuk elakkan daripada membawa pesakit HFMD ke tempat awam agar penyakit ini tidak merebak.
Ibu bapa atau penjaga juga dinasihatkan untuk membawa anak yang disyaki menghidap jangkitan HFMD berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Penting untuk mengelakkan sentuhan secara langsung dan tidak langsung pesakit HFMD dan orang lain.
Anak juga harus diajar untuk menutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan apabila bersin dan batuk. Tingkatkan kawalan disinfeksi dengan mencuci alat permainan anak dengan agen pembasmi kuman serta elakkan perkongsian peralatan peribadi seperti tuala, sudu dan sebagainya kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Sumber: Nurul Nasrah Mohd Ariffin dan Pegawai Farmasi Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar (Metro)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.