Selepas mengumumkan kehamilannya, rata-rata seluruh peminat Fatah dan Fazura tidak sabar-sabar menanti perkongsian wajah comel permata hati kesayangan mereka.
Pun begitu, selepas tiga bulan barulah pasangan sama cantik sama padan ini sudi berkongsikan wajah anak mereka. Kini hampir saban hari, ada sahaja wajah si comel Fatima yang dikongsikan Fazura di Instagramnya.
Bukan hanya redup wajah, bahkan wajah persis daddy yang sering dikatakan oleh wargamaya ini sering muncul di Instagram ibunya. Nur Fatima Aisya semakin comel dan kini makin berisi.
Kata Fazura melalui satu akaun rasmi di Instagram, @fattzuralovelife, Fatima kini hampir berusia empat bulan sedikit masa lagi.
“Our happy baby just before she turned 4 months,” tulisnya.
Malah perkongsian video yang dikongsikan Fazura beberapa hari lalu mengundang rasa terhibur wargamaya. Video Fatima yang ketawa tanpa henti kala diagah daddynya, membuatkan semua terhibur.
Ads
“Always obsessed with her daddy,” kongsinya di kapsyen.
Mana tidaknya, dengan hanya satu patah perkataan yang dikeluarkan Fatah, Fatima ketawa tanpa henti. Hilang segala masalah bila mendengar tawa Fatima yang cukup comel.
Dalam pada itu, baik pengikut Fatah mahupun Fazura, masing-masing meninggalkan pelbagai reaksi di komen.
Ads
“Akhirnya dapat tengok Fatima Aisya senyum dan ketawa. Lagi buat aunty geram dengan si comel gebu gebas ni”
“Comel betul Fatima gelak, so sweet, moga mnjadi anak solehah…aamiin”
“Ya Allah comelnya. Happy Fatima tengok daddy”
Ads
Semoga Fatima terus membesar menjadi anak yang membahagiakan mommy dan daddynya.
Terdahulu Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan pasangan ini kini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020 lalu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fattzuralovelife
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malam ini pasti ada mak ayah yang masih lagi mencuba pelbagai usaha dan tip untuk mengajar si kecil berusia tujuh tahun untuk berpuasa esok hari.
Berpuasa tidak memerlukan paksaan namun harus dididik anak kecil kita malah didedahkan dengan apa itu puasa, agar lama-kelamaan anak itu sendiri akan timbul minat untuk berpuasa.
Inilah yang cuba disampaikan oleh Dr Taufiq Razif melalui satu perkongsiannya di facebook.
Kalau anak kita tak bersedia untuk menyambut Ramadhan, mereka akan: – terkejut – tak selesa – bermalas-malasan – anggap bulan puasa tempat berlapar semata
Padahal bulan puasa ni kalau betul persiapannya, ia akan menjadi bulan yang paling anak kita tertunggu tunggu setiap tahun.
Asalkan kita didik dan persiapkan anak kita – kita bagitahu anak kita bulan Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi
– kita cerita pada anak kita tentang nikmat dan ganjaran orang berpuasa
– kita bagitahu anak kita bahawa bulan cuma bukan cuma puasa makan semata tetapi puasa juga mata, kaki, tangan, lidah dan seluruh anggota.
– kita persiapkan ruangan khusus untuk baca Al Quran dan berbuka bersama keluarga.
– kita hiburkan hati anak anak dengan pengalaman lucu kita berpuasa sewaktu kita di usia muda
InsyaAllah anak yang bahagia berpuasa di awal usia akan bahagia untuk berpuasa di umur dewasa.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai seorang ibu, dunia kita seringkali dipenuhi dengan tanggungjawab yang tidak berkesudahan. Dari pagi hingga malam, ibu-ibu sibuk menguruskan keluarga – memasak, mengemas, membantu anak-anak dengan kerja sekolah, dan pelbagai lagi.
Namun, ada satu waktu yang sering kali menjadi ‘satu-satunya’ kesempatan ibu untuk mendapatkan ruang sendiri, iaitu apabila anak-anak sudah terlelap dan malam sudah larut.
Me Time Ibu-Ibu Waktu Tengah Malam Jadi Pilihan
Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Family Psychology menunjukkan bahawa ibu yang mempunyai anak kecil atau berusia bawah 12 tahun sering berhadapan dengan kekurangan masa untuk diri sendiri.
Oleh kerana tanggungjawab yang tinggi untuk menjaga anak-anak, banyak ibu yang hanya dapat menikmati masa “me-time” mereka selepas anak-anak tidur. Dalam kajian ini, lebih daripada 60% ibu mengakui mereka hanya mempunyai waktu untuk diri sendiri pada lewat malam.
Kenapa agaknya? Untuk kebanyakan ibu, waktu selepas anak tidur adalah satu-satunya masa untuk mereka merasakan kebebasan – tanpa gangguan. Mereka mungkin menggunakannya untuk menonton TV, membaca buku, atau hanya berehat sejenak. Ada juga yang menggunakan waktu ini untuk kerja atau hobi peribadi, demi menjaga keseimbangan hidup.
Kepentingan Me Time untuk Ibu-Ibu
Walaupun nampak seperti waktu yang sedikit, sebenarnya me-time sangat penting untuk kesejahteraan mental dan fizikal ibu-ibu.
Menurut American Psychological Association, ibu yang tidak memberi ruang untuk diri mereka berisiko tinggi mengalami tekanan, keletihan mental, dan masalah kesihatan lain. Ketiadaan masa untuk diri sendiri boleh menyebabkan burnout, yang akhirnya memberi kesan buruk kepada hubungan dengan anak-anak dan pasangan.
Kajian Mengenai Pengaruh Me Time terhadap Ibu
Satu kajian yang dijalankan oleh University of Michigan menunjukkan bahawa ibu yang meluangkan sedikit masa untuk diri sendiri menunjukkan peningkatan dalam tahap kebahagiaan, kesihatan mental, dan hubungan keluarga. Ini kerana ibu yang dapat merehatkan minda mereka akan lebih sabar, positif, dan lebih mampu memberi perhatian kepada keperluan anak-anak dengan lebih baik.
Walaupun jelas me time itu penting, cabaran besar bagi ibu adalah untuk mencari masa. Ada ibu yang merasakan rasa bersalah apabila meluangkan waktu untuk diri sendiri, seolah-olah mereka mengabaikan keluarga. Hal ini boleh menyebabkan mereka merasa terperangkap dalam satu kitaran tanpa henti, yang akhirnya memberi kesan negatif kepada kesejahteraan diri mereka.
Selain itu, kebanyakan ibu juga sering berhadapan dengan kekurangan waktu kerana bebanan tugas rumah tangga yang tidak pernah selesai. Mereka merasa bahawa apabila anak-anak tidur, itulah satu-satunya masa untuk menyiapkan kerja rumah atau menyelesaikan tugasan lain yang tertunda. Maka, walaupun me time itu penting, seringkali ia terpaksa dikorbankan demi tanggungjawab yang lain.
Apa pun, setiap ibu perlu mengingatkan diri bahawa mereka juga berhak untuk mendapatkan rehat dan masa untuk diri sendiri. Me-time bukanlah satu kemewahan, tetapi satu keperluan untuk memastikan ibu sentiasa dalam keadaan terbaik untuk menjaga keluarga.
Dengan sedikit perancangan dan sokongan dari pasangan, ibu dapat menemukan keseimbangan yang lebih baik antara keluarga dan masa peribadi. Me-time bukanlah satu kemewahan, tetapi satu keperluan yang boleh membantu ibu untuk menjadi versi terbaik diri mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat daratan yang berubah menjadi lautan sekelip mata meninggalkan trauma yang cukup mendalam di hati mangsa banjir. Pelakon, Diana Rafar turut merasakan hal yang sama malah masih berada dalam keadaan trauma dan masih sukar melupakan kejadian banjir yang melandanya dan anak-anak pada Sabtu lalu.
Kata Diana menerusi perkongsiannya di Berita Harian, insiden itu tidak mungkin dapat dilupakannya sampai bila-bila malah kini dia trauma untuk pulang ke kediaman jenis kondominium yang menjadi rumah persinggahan mereka sekeluarga di Seksyen 13, Shah Alam.
Kedudukan kediamannya yang berada di aras enam membolehkan Diana melihat semua yang berlaku sekelip mata. Malah sempat melihat seorang warga emas yang melambai-lambai meminta bantuan. Semuanya berlaku sekelip mata.
“Hujan sangat lebat dan angin bertiup kencang. Semuanya berlaku terlalu pantas. Dalam sekelip mata, air mula memenuhi kawasan persekitaran kondominium.
“Saya sempat meninjau ke luar tingkap. Saya ternampak seorang warga emas melambai-lambai meminta bantuan kerana keretanya ditenggelami air.
“Saya jadi panik kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Alhamdulillah, lelaki terbabit akhirnya berjaya menyelamatkan diri,” katanya berkongsi.
Mula panik bila ada penduduk terperangkap
Menurut kata Diana, dia kemudiannya mendengar pengumuman dibuat pengurusan kondominium agar semua penduduk turun. Untungnya ketika itu dia berada berdekatan dengan rumah kakaknya, Linda Rafar.
“Saya panik semula. Kebetulan kakak (Linda) tinggal bertentangan rumah saya. Kami kelam-kabut turun tanpa sempat mencapai apa-apa.
“Saya hanya membawa telefon bimbit dan anak. Rumah juga dibiarkan tidak berkunci akibat terlalu kelam-kabut. Kami juga terpaksa turun menggunakan tangga kerana perkhidmatan lif tergendala,” katanya.
Diana berkata, sebaik tiba di arah bawah, keadaan bertambah huru-hara apabila semua penduduk berkumpul dan air di luar kondominium makin deras seperti ombak.
Keadaan bertambah kecoh apabila dua penduduk dikatakan terperangkap dalam kenderaan di parkir aras bawah ketika dipercayai cuba menyelamatkan kereta.
“Saya sangat panik lebih-lebih lagi mendapat tahu ada penduduk terperangkap dan dikhuatiri lemas. Air dari sungai berhampiran melimpah dengan deras lalu memasuki ruang parkir aras bawah,” kongsi Diana yang sempat merakam video ketika situasi cemas itu.
Diana berkata, risau kemungkinan air naik dan mula terfikirkan anak-anak, dia dan Linda kembali ke unit kediaman masing-masing.
“Saya dan Linda sangat bimbang jika keadaan bertambah buruk. Lebih-lebih lagi, bekalan elektrik sudah terputus. Kami tidak mampu bertenang.
“Jantung saya berdegup laju sepanjang malam akibat terlalu risau. Linda pula sukar bernafas disebabkan macam-macam bermain dalam fikiran.
“Ketika itu, kami hanya memikirkan soal mati. Saya hanya mampu berdoa dan berzikir sepanjang malam melihatkan air yang bertakung seperti lautan di sekeliling kondominium,” katanya.
Tak mampu lelapkan mata
Malah kata Diana lagi, sepanjang malam dia tidak dapat melelapkan matanya kerana memikirkan pelbagai perkara buruk tambah pula suaminya ketika itu tidak ada bersama. Dia tidak mampu melelapkan mata.
“Saya merasakan malam terlalu panjang sehingga terfikir apakah dunia akan kiamat. Saya pernah terbaca, sebelum kiamat dunia akan gelap selama tujuh hari,”kongsinya lagi.
Tambah Diana, dia dan Linda masing-masing memakai tudung dan menyarung jaket sepanjang malam supaya andai berlaku kejadian tidak diingini, mereka sudah bersedia. Namun dia bersyukur keesokan harinya, air mula surut.
“Saya dan Linda buat keputusan meninggalkan kediaman kami dan menumpang sementara di rumah kakak.
“Saya sangat trauma. Suami ada mengajak menjenguk kondominium kami, tetapi saya masih belum bersedia.
“Saya terkejut dan tidak sangka sebaik mendapat tahu banyak tempat yang lebih teruk seperti di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam,” kongsinya lagi.
Kata Diana, sehingga kini dia masih trauma dengan insiden itu malah setiap kali mengenangkan kejadian ‘hitam’ itu, hatinya amat tersentuh dan bulu roma berdiri.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...