Karies botol susu terjadi apabila bayi atau kanak-kanak dibiarkan tidur ketika sedang menghisap susu atau air manisan daripada botol susu. Cecair yang tidak dibersihkan daripada dalam mulut bayi ini akan menyelaputi gigi dan menyebabkan kerosakan pada gigi.
Gigi yang sering kali menjadi mangsa ialah gigi susu hadapan atas.
Rata-rata ibu bapa mengendahkan perkara ini dan membiarkan sahaja gigi susu ini rosak, dengan alasan boleh diganti dengan gigi kekal.
APA LANGKAH TERBAIK IBU BAPA?
Ads
1. Jangan biarkan bayi tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan.
2. Bersihkan mulut bayi selepas meminum susu dengan menggunakan kain lembap yang dibalut pada jari manis anda dan digosok pada gigi dan gusi bayi untuk membuang sisa susu.
3. Kurangkan penggunaan botol susu secara berperingkat. Galakkan minum menggunakan cawan atau sudu seawal usianya 6 bulan.
Ads
4. Bilas mulut bayi anda dengan menggalakkan meminum air kosong selepas menghabiskan susu.
Ads
5. Elakkan memasukkan gula ke dalam susu bayi anda.
6. Ibu bapa digalakkan memberus gigi anak-anak berusia di bawah 6 tahun.
7. Bawa anak untuk pereriksaan gigi di klinik gigi setiap 6 bulan.
Sebagai seorang ibu, kita akan mengutamakan semua perkara sehingga terlupa untuk beri perhatian pada diri sendiri. Bila buat sesuatu, ada masanya melebihi kemampuan diri kerana kita mahukan yang terbaik buat keluarga tercinta. Jangan lupa untuk beri penghargaan kepada diri sendiri.
Sebagai seorang ibu, kita menjadi tunggak kekuatan keluarga. Andainya seorang ibu jatuh sakit, habis urusan lain akan tergendala. Untuk menggembirakan diri sendiri, ada beberapa perkara yang boleh dibuat. Bila ibu happy, satu keluarga akan turut rasa bahagia.
Sejak ada anak, rutin tidur anda tidak lagi seperti dulu. Dalam kebanyakan masa, tidur anda tidak lagi benar-benar lena. Betul bukan?
Kesihatan fizikal dan dalaman penting untuk membolehkan anda meningkatkan produktiviti diri sama ada menguruskan hal kerja ataupun rumah tangga. Jadi, cari masa untuk tidur sebentar di siang hari. Dapat 10 – 15 minit tidur berkualiti sudah cukup untuk anda ‘mengecas’ tenaga.
2. Keluarkan Peluh
Luangkan sedikit masa, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk bersenam ringan. Tidak perlu ke gimnasium pun. Cukuplah sekadar membawa anak ke taman permainan di dalam kawasan perumahan. Anda boleh bermain bersama anak sambil mengeluarkan peluh.
Dengan bergerak aktif, anda kurang berisiko jatuh sakit seperti demam, batuk dan selesema. Malah, pakar perubatan mengakui aktiviti bersenam membantu anda merembeskan hormon endorfin yang turut digelar hormon gembira.
Kebanyakan ibu lebih mengutamakan keperluan anak-anak apabila ada duit lebih. Naluri ibu memang begitu. Anda akan akan belikan pakaian mahupun alat permainan untuknya. Walaupun ada masanya teringin membeli baju, tudung, beg tangan atau kasut baru, semuanya dipendamkan kerana mahu menggembirakan si anak.
Jangan begitu. Apa kata ada peruntukkan wang yang ada dengan sebahagian daripada untuk diri sendiri dan separuhnya pula untuk anak-anak. Baru adil. Bukan apa, diri anda sendiri pun perlu diutamakan juga.
4. Buatlah Apa-Apa Untuk ‘Me-Time’
Jangan sesekali menganggap masa ‘me time’ sebagai tanda anda mementingkan diri. Anda perlukannya. Ahli psikologi juga menekankan hal ini. Setiap manusia memerlukan masa bersendirian untuk membantu diri kembali segar selepas meluangkan masa untuk diri berseorangan tanpa memikirkan hal-hal lain yang mengusutkan fikiran.
Untuk merealisasikan hal ini, cuba berbincang dengan suami dan alihkan sementara tanggung jawab yang biasa anda lakukan kepadanya. Sebaik-baiknya pada hujung minggu atau waktu hari minggu yang bersesuaian. Dapat satu jam dalam seminggu pun sudah cukup.
5. Buat Benda Yang Kita Suka
Dahulu mungkin anda ada hobi tersendiri. Namun, sejak ada anak, ia terpaksa dikuburkan lantaran kekangan masa. Mungkin ada yang suka membaca buku, melukis, berkebun, berenang dan sebagainya. Jadi, cari masa yang sesuai untuk terus melakukan aktiviti ini terutamanya ketika anda diberi lampu hijau oleh suami untuk ada ‘me time’ sendiri.
6. Belajar kemahiran baru
Anda sebenarnya perlu meningkatkan kualiti diri dan menambah kemahiran tertentu. Jadikan ini sebagai salah satu manfaat buat diri. Anda boleh belajar membuat kraf, menjahit, membuat kek dan lain-lain.
Nampak remeh, tetapi ia secara tidak langsung dapat memotivasikan diri untuk berasa lebih yakin diri Manalah tahu, boleh juga ia dimajukan sebagai sumber pendapatan melalui perniagaan suatu hari nanti.
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Ibu yang menyusukan bayinya pasti akan memuat stok perahan susu ibu. Cara penyimpanan yang betul sangat penting agar kualiti susu tidak terjejas dan selamat diminum oleh anak kita. Sebenarnya jika ada pengetahuan tentang cara simpanan susu, ia tidaklah sukar.
Kaunselor penyusuan, Nor Azura ada berkongsi lima persoalan popular dalam kalangan ibu tentang cara penyimpanan susu perahan.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu yang sedang berusaha untuk mengumpul stok susu perahan buat si manja. Dengan cara simpanan yang betul, kualiti susu akan bertahan lebih lama dan selamat diminum oleh bayi anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anda melahirkan anak melalui pembedahan caesaraen selepas dua tahun dan menerima suntikan bius pada tulang belakang dan anda sering mengalami sakit belakang terutamanya di bahagian bawah berhampiran punggung membuatkan anda tertanya-tanya adakah disebabkan oleh suntikan bius.
Anda juga tidak boleh berdiri lama dan mengangkat berat. Sakit akan berlarutan dua hingga tiga hari sehingga perlu berbaring dan berehat untuk melegakannya. Mungkin anda tertanya-tanya adakah sakit belakang yang anda alami ini berpunca daripada suntikan bius tersebut? Penerangan ini mungkin boleh membantu anda.
Masalah sakit belakang yang anda alami berlaku dua tahun selepas pembedahan caesarean kemungkinan besar tidak disebabkan oleh prosedur bius semasa bersalin.
Terdapat dua jenis bius yang melibatkan suntikan di tulang belakang bagi pesakit yang bersalin melalui prosedur ini iaitu spinal anaesthesia dan epidural anaesthesia.
Spinal anaesthesia lebih kerap digunakan dalam kes-kes pembedahan caesarean. Teknik memberi bius melalui spinal anaesthesia menggunakan jarum yang amat halus iaitu pencilpoint spinal needles meninggalkan kesan yang amat minimum kepada pesakit.
Bagi teknik epidural anaesthesia pula, garis pusat jarum lebih besar tetapi sakit belakang itu akan berlaku sejurus selepas pembedahan, bukannya dua tahun kemudian.
Tempat jarum spinal dan jarum epidural disuntik adalah lebih jauh iaitu atas daripada paras punggung! Jika anda mengalami masalah sakit di bahagian bawah berhampiran punggung tetapi kawasan ini tidak pernah digunakan untuk prosedur bius bagi mana-mana pesakit yang melahirkan menerusi pembedahan caesarean.
Masalah sakit belakang atau low back pain yang dialami perlu pemeriksaan dan rawatan pakar ortopedik. Kebanyakannya disebabkan oleh masalah otot. Sesetengahnya akibat prolapsed intervertebral disc di mana kesakitan dari belakang akan menjalar ke kaki (sciatica). Jika masalah ini berlarutan tiga hingga empat minggu, segera dapatkan rawatan.
Ia sering berlaku apabila:
Sekiranya mendapatkan rawatan, imbasan sinar X akan dilakukan. Rawatan fisioterapi adalah langkah pertama sebelum ubat-ubatan diberi. Langkah-langkah lain seperti yoga juga pernah digunakan untuk menguatkan otot dan kawasan tulang belakang. Pembedahan hanya dilakukan adalah untuk kes-kes tertentu. Berbincanglah dengan doktor sebelum memberi kebenaran untuk pembedahan.
3 cara atasi sakit belakang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!