Hadiahkan Senyuman Untuk Jururawat & Borak Dengan Mama; Ramai Teruja, Doa Ainul Cepat Sembuh

Share

Senyuman yang terukir mencairkan siapa sahaja yang melihat. Ainul Mardhiah, bayi 10 bulan yang mengalami kanser Germ Cell Tumor makin menunjukkan perkembangan yang baik selepas pembedahan. Semua mahukan Ainul cepat sembuh.

Ainul yang menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat 200gram yang memakan masa 5 jam Isnin lalu dikhabarkan menunjukkan kemajuan positif.

 

Menurut ibunya, Nurul Erwani Zaidi menerusi Instagram, Ainul Mardhiah semakin baik dan bertenaga dua hari selepas pembedahan.

Ainul juga memberikan respons baik semasa sesi ‘borak-borak’ dengan mamanya. Malah  Nurul Erwani turut menyatakan hasrat untuk mengajar permata hatinya itu bertutur tak lama lagi.

Rabu, 12 Jun 19
London, 9:00 malam.

“Alhamdulillah keadaan Ainul Mardhiah semakin baik dan bertenaga. Baru lepas berborak dengan Ainul tadi.

“Nurse pun beritahu Ainul baik harini, dah senyum senyum dekat nurse?. Nanti mama ajar Ainul cakap sikit sikit ya.”
❤️❤️❤️

Follower melahirkan keterujaan, gembira dan bersyukur atas perkembangan positif yang ditunjukkan Ainul.  Ainul dihujani doa daripada warganet dan berharap Ainul pulih segera daripada pembedahan dan kanser yang dialami sembuh.

Ainul Anak Yang Kuat

Semoga Ainul Sihat Sepenuhnya

Cepat-Cepat Sembuh

Ainul sebelum dibedah.

Semoga Lebih Banyak Lagi Perkembangan Positif

Ainul Kuat Semangat

Keadaan Ainul sebelum pembedahan.

Ketabahan Mama Ainul Jadi Inspirasi

Doakan Ainul Sembuh Dari Kanser & Panjang Usia

Sumber: _nrlerwani

Artikel berkaitan: [“Tak Tahu Dah Nak Kata Apa Pada Dr Amalina”. Dialah Bersungguh Nak Ainul Ke UK]

[Ainul Mardhiah Stabil & Direhatkan. Dah Boleh Respons Mama Panggil, Cuba Bagi Senyuman]

[Hebatnya Perjalanan Ainul Mardhiah. Dari Tiada Harapan Kuasa Doa Mengatasi Segalanya]

IKLAN