Hamil pada usia 35 tahun agak berisiko, Fasha Sandha memberitahu keguguran yang dialami bukan kerana dia membuat pengumuman tentang kehamilannya terlalu awal.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 35, berkata dia menganggap apa yang terjadi bergantung kepada nasib dan rezeki seseorang itu.
GUGUR BUKAN SEBAB UMUM AWAL
“Sebenarnya ia bergantung kepada nasib dan rezeki seseorang itu sebelum. Sebelum ini saya hamil Raysha saya ada umum juga ketika kandungan peringkat awal.
“Ada orang hamil lima bulan pun boleh mengalami keguguran. Semuanya adalah rezeki. Tak ada pun orang mengatakan kalau umum hamil awal nanti ada sesuatu tidak baik berlaku.
Ads
“Tapi saya tidak kisah apa orang nak kata. Ikut pada mereka yang ingin menilai sebab semuanya berbalik kepada soal rezeki,” kata Fasha.
Fasha yag ditemui di majlis hari terbuka sebelum ini mengalami keguguran pada usia kandungan hampir mencecah tujuh minggu pada 7 Jun lalu.
Ads
AKAN LEBIH BERJAGA-JAGA JIKA HAMIL LAGI
Ibu kepada dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima ini memberitahu dia akan lebih berjaga-jaga sekiranya diberikan rezeki untuk hamil sekali lagi.
Ads
“Pada usia ini memang mempunyai risiko untuk hamil tapi apa yang saya belajar selepas ini supaya tidak terlalu aktif di masa hadapan.
“Jika hamil lagi, saya perlu berehat dan tak boleh lakukan banyak aktiviti sehingga tidak sedar diri sedang mengandung,” ujar Fasha yang melangsungkan majlis perkahwinan dengan aktor Aidil Aziz pada 30 Mac lalu.
Pengalaman pertama kali melahirkan anak pastinya sebuah pengalaman yang cukup berharga bagi semua ibu malah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Nikmat yang Allah berikan tiada taranya. Namun pengalaman ibu yang berkali-kali melahirkan anak pastinya lebih berganda.
Bagi penceramah bebas terkenal, Da’i Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Abdul Razak, pengalaman melahirkan anak sulungnya dua tahun lalu adalah detik terindah bagi dirinya untuk menjadi yang lebih baik.
Kini penceramah cantik manis ini sedang menanti kelahiran anak keduanya yang kini sudah pun memasuki usia kandungan 34 minggu.
Kata Da’i Hamidah lagi, ketika sakit hendak bersalin, apa yang dilakukannya adalah dengan cuba mengawal diri dengan berzikir dan bertawassul pada Allah Taala. Dan inilah yang sebaiknya.
“Di saat sakit melahirkan saya cuba kawal diri dengan berzikir & bertawassul kepada Allah Taala. Setelah itu, Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan.
“Ya Allah, andai engkau redho dengan kebaikan yang pernah kita buat kepada ibu bapa kita, jadikan anak ini anak yang solehah.
“Tetiba teringat pengalaman melahirkan anak, bersyukur sebab ketika ini mak saya masih ada. Mak tak henti- henti berdoa dalam keadaan menunggu, syukur ada ayah ummi ( mertua ) yang sangat-sangat baik.
“Syukur suami menemani dari awal sehingga selesai. Nampak muka dia pucat selepas anak ini dilahirkan dan diminta di azankan kami berdua mengangis. Syukur sangat proses bersalin menjadi mudah , anak lahir secara normal dan urusan menjaga anak pertama ini juga mudah Alhamdulillah.
“Boleh dikatakan perjalanan saya menuntut ilmu, menyampaikan ilmu dan semua urusan kami , anak inilah peneman setia,” kongsinya panjang lebar.
Malah kata Da’i Hamidah lagi, anak pertama mengajarnya pelbagai perkara menjadi ibu. Dan perkongsian ini ditulisnya untuk tatapannya dikemudian hari.
“Saya rasa nak kongsi kat sini untuk tatapan saya kemudian hari. Anak pertama adalah anak yang banyak bantu diri kita menjadi lebih baik. Dengan mereka kita di ajar semula banyak perkara.
“ Semoga Fatimah Zahra membesar menjadi anak yang solehah ya Allah. Allahumma Aaamin. ( Sekarang Fatimah Zahra dah nak masuk 2 tahun),” kongsinya lagi.
Kini ibu cantik ini bakal menanti kelahiran anak keduanya tidak lama. Malah kata Da’i Hamidah juga, dia kini sudah pun memperlahankan aktiviti dakwahnya melalui atas talian demi memberi laluan pada proses kelahiran bayi keduanya.
Malah katanya lagi, dia juga mahu berehat dengan tenang sepanjang proses berpantang anak kedua nanti.
” Cuma nak cakap bagi mereka yang pakat dok tanya tentang nak jemput ceramah, untuk tahun ini sampai bulan April 2021 saya terpaksa stop semua talk atau apa saja program kerja kerana saya nak bagi tumpuan sepenuhnya untuk bersalin dan baby baru.
“Saja tak nak terikat dengan apa- apa jadual sebab nak berpantang tenang dan buat persediaan sebaik mungkin untuk menyambut permata ummah kami In Sya Allah🏻.
“Walaupun saya stop semua jemputan ceramah atau program tetapi saya masih lagi akan berkongsi ilmu di media sosial saya ni.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @daihamidah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan cahaya mata buat penyeri hidup. Namun ramai yang mengambil langkah untuk merancang kerana kewangan yang belum stabil lebih-lebih lagi yang bekerja di bandar besar dan baru memulakan hidup setelah berkahwin.
Untuk memiliki anak, banyak kos yang difikirkan termasuklah kos asuhan yang agak tinggi jika di bandar besar. Namun jika anda percaya pada rezeki anak, semuanya akan menjadi mudah dan tenang. Begitu juga yang berlaku pada Unisa Mohd melalui perkongsianya yang percaya pada rezeki anak.
Ingatkan UPT Rosak
Suami Risau Tak Mampu
Tiba-Tiba Semua Mampu
Anak Tu Punca Rezeki
Nak murah rezeki?
1. Selalulah belanja anak-anak makan. Kita kerja susah payah pun sebab nak bagi anak-anak kita dapat makan sedap-sedap macam orang lain.
2. Minta anak-anak doakan kita selalu. Bebudak kan tiada dosa. Doa mereka cepat sampai pada Rabb tanpa halangan. Makbul.
3. Kalau anak minta sesuatu jika mampu belikanlah. Jika tak mampu bagitau mereka nanti ada rezeki lebih mummy akan belikan. Janji tau.
4. Jangan sombong dengan anak, jangan sombong dengan ALLAH. Jika sombong, semua rezeki tersebut boleh ditarik ALLAH.
5. Jangan takbur dengan anak, setiap rezeki ada bahagiannya untuk anak. Anak jadi penyebab kepada rezeki. Bukan datang dari usaha keras kita semata-mata.
6. Sediakan keperluan yang terbaik buat mereka. Prihatin terhadap perkembangan dan emosi anak-anak.
7. Ketika sedang marah, jangan keluarkan kata-kata kesat pada anak-anak kerana mereka akan belajar dari sikap kita. Lebih baik diam, minum air dan istighfar banyak-banyak.
8. Bersyukurlah kerana di kurniakan anak. Ramai orang yang masih tidak di berikan rezeki mempunyai anak. Jadi hargailah kurniaan Ilahi yang tak ternilai dengan wang ringgit ini.
Akhir kata, setiap anak yang lahir itu sudah Allah tetapkan rezekinya sejak dari awal kandungan lagi. Apa kita nak risau, anak adalah magnet rezeki, penyejuk hati.❤️
Kredit: Unisa Mohd, Maryam Salleh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi ibu sememangnya tidak mudah. Tanpa persediaan mental dan fizikal, momen berharga menjadi seorang ibu seakan diketepikan oleh diri sendiri. Semuanya kerana kepenatan melampau.
Bagi pelakon, Hannah Delisha yang sudah pun mendirikan rumah tangga selama tiga tahun, memiliki anak pada waktu terdekat ini bukan dirasakan sesuai bagi dirinya.
Malah Hannah yang mendirikan rumah tangga bersama suaminya Imam Shah berhasrat menimang empat orang cahaya mata jika diberikan rezeki nanti.
Akui pelakon cantik manis ini lagi, dia dan suami bagaimanapun masih merancang mengenai soal zuriat dan tidak ingin tergesa-gesa untuk memiliki zuriat sendiri buat masa terdekat ini.
“Saya dan Imam memang dah fikir pasal ada zuriat. Tapi itu semua atas keizinNya juga. Alangkah baik jika dikurniakan dua anak tapi kalau Allah nak bagi rezeki lebih, empat anak sudah cantiklah.
“Tanggungjawab ada anak ini sangat besar. Bahkan, jaga kucing sekali pun tanggungjawab sangat besar. Apatah lagi seorang anak.
“Kami nak pastikan betul-betul bersedia kerana bila ada anak, saya mahu luangkan masa sebaiknya dengan anak saya. Juga beri perhatian penuh kepadanya,” akuinya lagi.
Hannah atau nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch berkata dia dan suami menyerahkan segalanya kepada rezeki dari Allah.
Namun dia mengakui cabaran dan tanggungjawab bergelar ibu tidak mudah. Dek kerana itulah dia masih mencari kekuatan untuk bergelar ibu suatu hari nanti.
“Kita tengoklah nanti, bila saya rasa kerja macam tak terlalu sibuk, kami cubalah. Tapi itulah, apa sekalipun, akhirnya nanti ia bergantung kepada keizinan Allah,” katanya.
“Saya memang kagum sangat dengan ibu-ibu yang kerja dan pada masa sama jaga anak. Bukan mudah sebab mak saya sendiri pun seorang ibu tunggal. Saya nampak cabaran dia jaga dan besarkan anak sambil bekerja.
“Setakat ini, orang sekeliling tak menekan saya pasal zuriat. Kalau diaju soalan itu, saya cuma minta mereka doakan agar saya beroleh rezeki kelak,” katanya lagi.
Terdahulu, Hannah dan Imam yang juga pelakon dari Singapura mendirikan rumah tangga sekitar Feb 2021.