Hampir 60 hari berjuang melawan serangan pertussis (batuk 100 hari) , kesihatan anak Haziq Hussni semakin baik. Chayra Auliya semakin bam bam!
Baru-baru ini puteri kedua Haziq telah dimasukkan ke hospital ekoran daripada batuk dan telah disahkan dijangkiti Bordetella Pertussis atau batuk kokol. Jangkitan itu dikatakan akan sembuh dalam masa 100 hari.
Kini hampir 60 hari, bayi comel ini menampakkan perkembangan yang sangat baik. Menurut Haziq, kekerapan batuk yang dihadapi anaknya semakin berkurangan daripada 6-7 kali sejam kepada 6-7 kali sehari.
Chayra juga makin tembam dan selera untuk menyusu bertambah. Video yang memaparkan Haziq bermain dengan Chayra dan anak kecil itu memberikan responds yang comel dan ketawa.
Ads
haziq_hotfm Suka eh first time dapat main gelak-gelak dgn daddy. Lama tau daddy tunggu nak main dgn Chayra mcm ni! Penat keje pun hilang tgk Chayra gelak tau. Pincess is getting better now. Almost 60 days she’s fight pertussis. From sejam 6 7 kali batuk. Now just 6 7 kali sehari dia batuk. Skrg dah makin bambam sbb dah ada selera nak minum susu kan. Kejap kejap nenen keje dia ? #PincessChayra@heidy.chayra@ayundaputrii
Jangan lupa tonton rancangan TV Pa&Ma yang mengutarakan tajuk Derita Jantung Si Kecil pada 20 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Eh…kasihan baby asyik tersedu. Susukanlah dia”, pernah lalui situasi seperti ini? Tetapi kenapa sedu berlaku kepada bayi? Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui mengenainya.
Sedu dan kawal pernafasan
Sedu dalam kalangan bayi baru lahir adalah satu perkara biasa dan tidak perlu menjadi kebimbangan ibu bapa. Malahan keadaan ini biasanya dialami bayi untuk tempoh lapan minit setiap kali tersedu.
Walau bagaimanapun, penyelidik mencadangkan bahawa keadaan tersedu yang dialami bayi ini berlaku untuk membolehkan si manja belajar bagaimana untuk mengawal pernafasan mereka.
Kajian yang dilakukan oleh Penyelidik dari University College London ini melibatkan 217 bayi. 13 daripada mereka yang didapati mengalami sedu secara berterusan dipasangkan elektrod pada kepala mereka. Ini membolehkan mereka untuk mengenal pasti gelombang otak penting yang tercetus setiap kali tersedu.
Analisis kajian
Kajian berjaya mengesan tiga gelombang otak dalam korteks bayi. Penyelidik yang melakukan kajian ini percaya bahawa dua gelombang pertama menunjukkan bayi mengesan tujuan fizikal sedu, seperti dari bahagian badan mana sedu terjadi. Dan ini merupakan satu maklumat yang berharga yang menunjukkan bahawa tersedu merupakan cara untuk bayi mengawal proses pernafasan mereka.
Menurut pengarang utama kajian ini, Dr Lorenzo Fabrizi, “Daripada pengalaman melihat isteri yang bimbang apabila anak kami tersedu, saya percaya setiap ibu bapa pastinya akan berasa risau apabila bayi mereka mengalami sedu.”
Untuk individu dewasa, tersedu mungkin dianggap sebagai satu gangguan dalam melakukan tugasan harian. Namun keadaan ini berbeza bagi bayi, di mana sedu yang dialami mungkin mempunyai tujuan yang tertentu.
Dr Lorenzo menjelaskan, “Aktiviti yang disebabkan tersedu ini mungkin membantu otak bayi untuk belajar mengawal otot pernafasan supaya proses bernafas boleh dilakukan secara sukarela dengan menggerakkan diafragma ke atas dan ke bawah.”
Bayi mula tersedu sejak di dalam rahim seawal usia sembilan minggu kehamilan. Manakala bayi yang lahir secara pramatang pula dapat menghabiskan masa lebih kurang 15 minit sehari untuk tersedu.
Cara berbeza
Bagi pengarang utama kajian yang diterbitkan dalam jurnal Clinical Neurophysiology, Kimberley Whitehead, “Sebagai individu dewasa, kita mungkin akan belajar mengawal pernafasan melalui proses menyelam di dalam air.”
“Kita juga belajar memperlahankan pernafasan untuk menenangkan diri jika berdepan dalam situasi mencemaskan dan jantung berdegup kencang, sama ada selepas berlari atau disebabkan kegelisahan,” jelas Kimberley.
Kesimpulan
Sememangnya apabila bayi tersedu, sebagai ibu bapa akan timbul rasa kerisauan di hati, walaupun pada dasarnya ia bukan satu keadaan yang membimbangkan. Namun, jika sedu yang dialami berpanjangan untuk tempoh yang lama, anda mungkin boleh membawa bayi anda untuk mendapatkan pemeriksaan daripada doktor atau pakar perubatan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu ibu boleh disimpan dalam pelbagai cara diantaranya dengan menggunakan botol plastic BPA-Free, botol kaca atau plastik menyimpanan susu ibu BPA-Free. Terdapat pelbagai ciri-ciri penting yang harus ditekankan di dalam pemilihan botol plastik untuk tujuan penyimpanan susu ibu.
Faktor yang paling penting jika susu ibu disimpan di dalam botol plastik adalah ia mestilah diperbuat dari bahan BPA-FREE. Bisphenol A (BPA) adalah bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan produk plastik polycarbonate. Ia digunakan sebagai bahan untuk mengeraskan plastik dan mencegah bakteria dari membiak ke dalam makanan.
Banyak kajian yang dibuat menunjukkan kemudaratan ke atas penggunaan bahan BPA. BPA boleh melarut ke dalam susu apabila ia didedahkan kepada kepanasan yang boleh membahayakan kesihatan bayi seperti apabila botol dipanaskan, disteril atau apabila ada kesan calar di dalam botol.
Di Malaysia, kebanyakan botol susu dan botol penyimpanan susu adalah dari bahan BPA-FREE. Kebiasaannya jangka hayat botol BPA-FREE adalah sekitar 6 bulan atau lebih bergantung kepada keadaan botol. Jika botol ada kesan calar atau berubah warna, ia perlu ditukar segera.
Bila botol penyimpanan susu harus ditukar?
#1 Kesan calar
Kesan calar pada botol boleh menyebabkan pembiakan bakteria berlaku pada kawasan yang bercalar dan sekaligus boleh mencemarkan susu yang disimpan. Pembebasan bahan kimia juga boleh berlaku jika terdapat kesan tercalar di kawasan dalam botol susu.
#2 Warna Botol
Warna botol bertukar menandakan telah sampai masa untuk menukar kepada botol yang baru. Kebiasaannya botol bertukar warna disebabkan oleh kekerapan steril secara stim atau menggunakan air yang menggelegak. Pemanasan yang terlampau untuk memanaskan susu juga boleh menyebabkan botol bertukar warna dan dikhuatiri boleh membebaskan bahan kimia dari plastik.
#3 Bau Botol
Jika ada bau yang kurang selesa pada botol, elok ditukar kepada botol yang baru kerana dikhuatiri ada bakteria atau kulat membiak yang menyebabkan bau.
Botol yang tidak digunakan lagi boleh disimpan untuk anak seterusnya hanya jika botol masih elok, tiada kesan calar, tiada perubahan warna, tidak disteril dengan kerap dan tiada bau kurang enak dari botol. Jika ada salah satu dari ciri yang dinyatakan tadi, botol tidak boleh digunakan semula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Garu leher sampai lukaberdarah, Yana Samsudin bimbang keadaan anak ketiganya. Kalau sudah namanya ibu, mana mungkin hati tak risau bila tengok anak mengalami masalah kulit, hingga menggaru sampai berdarah.
Melalui satu hantaran yang dikongsikak oleh Yana Samsudin, pelakon dan usahawan ini meluahkan kebimbangan keadaan anak ketiganya yang mengalami masalah kulit.
Perkongsian Yana melalui video yang dimuat naik di laman Instagramnya menunjukkan anak ketiga Yana yang baru berusia enam bulan itu menggaru bahagian leher hingga berdarah.
“Ya ALLAH digarunya leher sampai luka macam ni. Kuku dah kerap potong tetapi jadi juga.
“Krim leher gatal dah macam-macam sudah.. Aveeno, Ceradan, Bepanthen semua sudah cuba tidak sesuai dengan Hakeem.
“Anak kalian pernah jadi begini tak?” luahnya di Instagram.
Video berdurasi 23 saat itu menunjukkan si kecil itu menggaru-garu ketika sedang tidur.