Garu leher sampai lukaberdarah, Yana Samsudin bimbang keadaan anak ketiganya. Kalau sudah namanya ibu, mana mungkin hati tak risau bila tengok anak mengalami masalah kulit, hingga menggaru sampai berdarah.
Garu Leher Sampai Luka Berdarah
Melalui satu hantaran yang dikongsikak oleh Yana Samsudin, pelakon dan usahawan ini meluahkan kebimbangan keadaan anak ketiganya yang mengalami masalah kulit.
Perkongsian Yana melalui video yang dimuat naik di laman Instagramnya menunjukkan anak ketiga Yana yang baru berusia enam bulan itu menggaru bahagian leher hingga berdarah.
Yana Samsudin Bimbang Keadaan Anak Ketiganya
“Ya ALLAH digarunya leher sampai luka macam ni. Kuku dah kerap potong tetapi jadi juga.
“Krim leher gatal dah macam-macam sudah.. Aveeno, Ceradan, Bepanthen semua sudah cuba tidak sesuai dengan Hakeem.
“Anak kalian pernah jadi begini tak?” luahnya di Instagram.
Video berdurasi 23 saat itu menunjukkan si kecil itu menggaru-garu ketika sedang tidur.
Apabila bayi anda sakit atau tidak sihat disebabkan oleh masalah kesihatan seperti demam atau selesema, pastinya ia akan menerbitkan rasa bimbang dan risau di hati anda. Bagi ibu bapa baru, mesti pernah timbul persoalan di fikiran anda, apakah yang dikatakan suhu normal bayi?
Bagaimana untuk mengetahui bahawa sama ada bayi anda demam atau tidak? Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui perihal mengenai suhu normal bayi.
Adakah suhu normal bayi dan dewasa sama bagi setiap peringkat usia?
Badan anda akan mempunyai keupayaan untuk mengawal perubahan suhu selaras dengan peningkatan usia. Secara umumnya, individu dewasa yang lebih berusia akan berdepan kesukaran dan kesulitan untuk mengekalkan haba, malah mereka juga lebih cenderung untuk mempunyai suhu badan yang lebih rendah.
Suhu normal individu dewasa
Suhu badan normal bagi individu dewasa yang diambil secara oral adalah sekitar 36.4 ℃ ke 37.5 ℃, bergantung kepada kaedah pengukuran, kerana kaedah yang berbeza akan memberikan angka yang sedikit berbeza.
Suhu normal kanak-kanak
Suhu badan normal bagi kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 10 tahun adalah pada 35.5 ℃ ke 37.5 ℃ apabila diambil secara oral. Kanak-kanak cenderung untuk mempunyai suhu badan normal yang sama dengan seorang individu dewasa.
Ada masanya, seorang bayi dan kanak-kanak akan mempunyai suhu badan yang lebih tinggi daripada seorang individu dewasa bagi pengambilan suhu melalui bacaan ketiak dan telinga.
Suhu normal bayi yang berusia 0 hingga 2 tahun adalah sekitar 36.6 ℃ hingga 38 ℃ apabila diambil secara rektum. Suhu normal bayi akan meningkat sedikit apabila bayi sedang melalui proses pertumbuhan gigi. Secara puratanya suhu normal bayi yang baru lahir adalah sekitar 37.5 ℃.
Suhu badan bayi adalah lebih tinggi berbanding individu dewasa atau kanak-kanak kerana mereka mempunyai permukaan badan yang lebih besar berbanding dengan berat badan mereka. Badan mereka juga lebih aktif secara metabolik, yang mana akan menghasilkan lebih banyak haba.
Badan bayi tidak mengawal selia suhu badan seperti mana yang dilakukan badan individu dewasa. Bayi akan kurang berpeluh walaupun dalam cuaca atau keadaan panas, ini bermakna badan mereka menyimpan lebih banyak haba.
Ini sekali gus bermakna situasi adalah lebih sukar untuk mereka menyejukkan badan sekiranya mereka mengalami demam.
Mengenal pasti julat atau bacaan normal badan menjadikannya lebih mudah untuk memahami dan mengetahui kebarangkalian anda demam.
Apa yang dimaksudkan suhu panas bayi?
Menurut Ketua Pegawai Perubatan Residen dan Pediatrik di Royal Children’s Hospital di Melbourne, Dr Daniel Golshevsky, seorang bayi yang berada di bawah usia 3 bulan dengan suhu 38 ℃ dianggap mempunyai demam.
Manakala suhu 38.5 ℃ pula adalah tahap bacaan bagi bayi berusia lebih 3 bulan dan kanak-kanak untuk dianggap sebagai demam.
Sejarah kesihatan, sebarang tanda dan simptom seorang bayi merupakan antara faktor yang boleh menentukan sama ada suhu badan tinggi yang dialaminya merupakan satu perkara yang harus dibimbangkan atau tidak.
Ini kerana jelas Golshevsky lagi, ada kalanya bayi berkemungkinan akan mempunyai suhu badan yang tinggi disebabkan pakaian yang dipakai secara berlebihan, iaitu banyak lapisan atau mungkin dibaluti selimut.
Suhu badan bayi
Secara purata suhu normal bayi dan kanak-kanak adalah antara 36.4 ℃, tetapi ia mungkin berbeza sedikit bagi setiap bayi mahupun kanak-kanak. Seorang bayi atau kanak-kanak akan dianggap sebagai demam apabila mengalami suhu badan pada 38 ℃ atau lebih tinggi.
Bayi anda mungkin mengalami demam sekiranya:
Bagaimana untuk mengambil suhu badan bayi?
Secara idealnya, anda memerlukan termometer digital untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat dan cepat.
Cara untuk mengambil suhu badan bayi anda:
Bagaimana memastikan bacaan adalah tepat?
Sekiranya anda menggunakan termometer digital pada bahagian ketiak anak anda dan mengikut arahan pengeluar dengan teliti, anda kebiasaannya akan mendapat bacaan yang tepat.
Namun terdapat beberapa perkara yang turut boleh mengubah bacaan, antara beberapa contoh keadaan atau perkara yang boleh mengubahnya adalah seperti:
Jika perkara yang disenaraikan di atas berlaku, sila biarkan mereka untuk menyejukkan badan selama beberapa minit, tetapi elakkan untuk membiarkan mereka menjadi sejuk atau menggigil, kemudian ambil semula suhu badan mereka untuk melihat sekiranya terdapat perubahan.
Bagi anak yang asyik demam, batuk, sakit-sakit dan susah nak sembuh, PU Amin kongsikan ayat bacaan yang boleh meredakan kesakitan.
Anak-anak yang sedang membesar suka meneroka apa yang ada di sekelilingnya. Kadang tu sampai cederakan diri. Seperti sekeping gambar yang dikongsikan oleh Adam Corrie Lee tentang anaknya Adam Fateh Lee.
Dalam gambar tersebut kelihatan anak Corrie, Adam Fateh luka di bahagian mata. Menurut posting di Instagram Corrie, anaknya itu aktif dan dalam proses membesar.
Dia mendoakan anaknya itu cepat sembuh dan membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat.
Tambah Corrie lagi, kita hendaklah selalu senyum dan bersangka baik, insyaAllah hati akan tenang.
anak abah kuat.. nak membesar kan 💪🏼💪🏼💪🏼 kisah semalam. . siapa kata anak abah nakal? anak abah tak nakal la.. anak abah aktif dan anak abah dalam proses membesar akan lalui pelbagai pengalaman. .
semoga anak abah cepat sembuh dan membesar dengan sihat, dan berjaya di dunia & akhirat.
senyum selalu
selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang
Sementara itu, di Instagram milik anaknya Adam Fateh Lee yang mempunyai pengikut hampir 100,000 orang, menerangkan keadaan sebenar apa yang terjadi kepada Fateh yang kini berusia 1 tahun sembilan bulan.
Tengahari tadi Fateh jatuh terkena tepi meja.
kelopak mata Fateh terkoyak.
pergi hospital doktor gam bahagian yang terkoyak.
Semoga mata Fateh cepat sembuh dan dapat bermain aktif kembali. Untuk makluman Adam Corrie Lee berkahwin dengan Fazima Fuad pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Adam Fateh Lee.
Memang ia menyakitkan blocked duct. Susu tidak dapat keluar kerana tersumbat.
Hanya yang pernah mengalaminya tahu bagaimana sakitnya apabila liang susu tersumbat. Panduan yang diberikan Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom ini boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu. Berikut ialah perkongsian beliau;
BOLEH TERJADI BILA PELEKAPAN SALAH ATAU HISAPAN PAM YANG KUAT
“Nipple bleb atau disebut juga nipple blister satu keadaan di mana lapisan epidermis kulit pada puting tertarik disebabkan oleh friction (sama ada kesan penggunaan suction pam yang kuat atau improper latching).
SUSU TERSUMBAT DI SEBALIK LAPISAN KULIT
“Susu akan tersumbat di sebalik lapisan kulit yang tertarik tadi. Bila ‘lubang’ aliran susu ini tersumbat maka lebih mudah menyebabkan masalah blocked duct bila susu tidak dapat keluar dengan optimum.
Sejak dari Korea hari tu, saya beberapa kali kena blocked duct. Ditambah dengan nipple bleb. Berganda sakitnya.
Mula-mula memang saya massage dan buat hot compression + marmet. Lama-lama tak tahan juga. Maka pergilah ke farmasi mencari epsom salt.
CARA MENYEDIAKAN LARUTAN
Saya campur epsom salt dalam air panas sampai larut. Kemudian saya tambah air sejuk sikit untuk bagi larutan suam dan soak cik B dalam mangkuk berisi larutan epsom salt.
(Ratio campuran : lebih kurang dua sudu teh epsom salt + secawan air. Saya buat lebih kurang 2 cawan air + 4 sudu teh). Rendam 10 minit.
Sambil rendam sambil massage, sambil compress. Lega! Rasa ketulan yang besar tadi berkurang.
GUNA MILK COLLECTOR LEBIH PRAKTIKAL
Lepas menyusukan Fatimah, saya cuba ulang lagi tapi dengan cara berbeza. Google tadi dan terjumpa pula inovasi ni.
Lebih mudah dan tak basah kuyup ?
Cuma letak larutan epsom salt tadi dalam milk collector kemudian biarkan milk collector ‘bekerja’ sambil saya buat breast compression.
Nampak dengan jelas air susu keluar lancar macam air terjun!
Seriously terus lega blocked duct saya. Allahu. Macam ni lah agaknya perasaan mak-mak yang saya selalu attend untuk masalah blocked duct.
EPSOM SALT MEMBANTU
Patutlah muka diorang berkerut. Memang sakit rupanya. Bila sendiri rasa, memang berkerut-kerut muka setiap kali nak buat massage.
Tapi jujur, epsom salt tu sangat membantu. Mak-mak yang tengah alami blocked duct/nipple bleb tu boleh cuba ya.
At least dapat melegakan rasa sakit dan bantu lancarkan semula aliran susu dengan cepat dan kurang menyakitkan.
Saya ada attach video cara nak guna milk collector dengan epsom salt. Harap membantu.
Tutorial penggunaan milk collector yang diisi dengan larutan epsom salt