Dikurniakan dua orang anak lelaki, pelakon Anzalna bersyukur kerana dapat menumpang kasih anak saudara perempuannya yang sudah dianggap seperti anak sendiri.
Kongsi Anzalna menerusi Instagramnya, dia bersyukur kerana dapat merasa ada anak-anak perempuan disekelilingnya.
Kesemua anak-anak saudara perempuannya, adalah anak kakaknya Diana Nasir dan juga anak kepada adiknya Anzalna, Nazirah Nasir yang baru sahaja melahirkan anak beberapa bulan yang lalu.
“Alhamdulillah dapat juga merasa ada anak-anak perempuan. Sayang sama macam anak sendiri.
“Thank you @diananasir86 @nazirahnasir97 hasilkan anak-anak perempuan yang complete package,” tulisnya meluahkan rasa syukur.
Menerusi perkongsian itu, Anzalna turut memuat naik beberapa keping gambar anak sulung Anzalna, Eidrees bersama sepupu-sepupunya, The Anggun dan Ella yang kelihatan cukup cantik dan bergaya ketika majlis perkahwinan adik Anzalna, Afifah Nasir baru-baru ini.
Ads
Apa yang menarik perhatian pastinya gaya keempat-empat mereka yang berbusana cukup indah malah seperti putera dan puteri yang mengiringi pengantin di pelaminan. Comel-comel belaka.
Malah kesemuanya cukup akrab terutama Eidrees dan Ella yang begitu mesra dan baik.
Malah Anzalna turut mengusik anak lelakinya, Eidrees yang kelihatan begitu akrab bersama sepupunya, Ella.
“Kesian pula kat Eidrees dah berkenan kat Ella rupanya cousin…hahaha,” tulisnya berseloroh.
Ads
Meninjau diruangan komen, gelagat empat sepupu ini sudah pasti mencuri perhatian semua. Semuanya comel-comel belaka dan kacak bergaya.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak, berisiko lahirkan anak yang ‘entitle.’ Anak yang mempunyai sifat ini sering kali sukar untuk menghadapi cabaran, tidak menghargai usaha orang lain, dan mudah merasa kecewa apabila keinginan mereka tidak dipenuhi.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, namun ada kalanya niat yang baik boleh mengakibatkan kesan yang sebaliknya. Salah satu risiko yang semakin menjadi perhatian adalah melahirkan anak yang bersifat “entitle” atau merasa berhak terhadap segala-galanya tanpa usaha yang sewajarnya.
Sifat ini boleh membawa pelbagai masalah dalam kehidupan anak tersebut, termasuk dalam hubungan sosial, akademik, dan kerjaya.
Beberapa hari ini, banyak terlintas video berkenaan anak-anak yang ‘entitled’.
Video pertama, tentang seorang mak yang sudah tak tahan nak besarkan anaknya yang sudah dewasa.
Dari kecil, diberi segala yang dimahu. Dimewahkan. Dan dibuatkan segala.
Anak buat salah pun, dia back up. Sekarang, dia nak let go anak dia bekerja sendiri. Meraung-raung anak dia taknak..sebab dah hidup selesa.
Video kedua, tentang seorang anak yang bagi syarat kat mak ayah. Kalau nak dia ke sekolah, belikan kereta mewah. Bukan 18 tahun pun anak dia. Baru 5 tahun.
Video ketiga, anak gadis kaya melanggar orang sampai mati. Walaupun ditahan polis dia tetap dengan pendiriannya yang dia tak bersalah.
Geram sangat-sangat saya tengok yang ini. Tak ada langsung rasa bersalah. Malah dia rasa dirinya kebal dan untouchable.
Urut dada saya. Takkan sengaja Allah lintaskan video ini kepada saya. Melainkan buat peringatan untuk diri. Dan berkongsi ingatan ini dengan yang lain.
Di bahagian komen, ada ramai yang cakap,
“Ni la kesan bila manjakan sangat anak. Berlembut sangat.”
Betullah tu.
Cuma tolong jangan samakan ‘berlembut’ itu dengan Gentle Parenting. Gentle Parenting tak membesarkan manusia yang entitle. Sebab dalam Gentle Parenting masih ada ketegasan. Masih bergantung pada peraturan yang tegas.
Berlembut yang di atas itu adalah Permissive Parenting. Terlalu berlembut dengan anak sampaikan takut untuk kecewakan anak. Biarkan anak buat sukati. Tanpa letak sempadan/ kawalan/peraturan.
Ya. Permissive parenting berisiko melahirkan anak yang perangai diva. Serba betul. Narsisistik. Dan rasa diri entitled.
LIMA kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak sehingga berisiko melahirkan anak yang entitle.
Memberi Apa Saja Yang Anak Ingini
Tak salah nak gembirakan anak. Saya pun bagi aje. Takut jugak kalau tak bagi apa dia nak, anak belajar panjang tangan.
Cuma, kita beringat. Kita berpada. Terlalu banyak dapat benda yang diingini, lama-lama anak makin hilang rasa menghargai.
Terlalu memewahkan membuatkan anak melihat dunia dari aspek material semata-mata.
Kalau boleh letakkan ini sebagai reward atas kerjasama anak yang baik selama ini. Bukan anak yang letak syarat sampai pandai mengugut kita.
Tak ada kawalan/sempadan/peraturan
Anak nak buat apa, buatlah. Asal bahagia. Asal tak menangis mengamuk. Itu yang paling utama. Sehingga mak ayah takut nak letak peraturan pada anak.
Anak yang begini pandai memanipulasi mak ayah dengan rajuk dan tangisnya.
Tanpa peraturan yang jelas, anak tidak belajar untuk menghormati peraturan. Sampai besar dia rasa dia berhak buat apa saja.
Overprotective
Lawnmower parenting adalah antara ciri mak ayah yang overprotective.
Terlalu takut anak susah dan gagal. Sampai mak ayah jadi tukang buatkan semua untuk anak-anak.
Kehidupan anak terlalu senang. Hasilnya, anak tak belajar untuk menghadapi cabaran dan belajar bersusah-susah sikit untuk capai sesuatu.
Tak diajar tanggungjawab
Anak perlu diajar untuk membantu kerja-kerja rumah. Supaya mereka belajar bekerjasama dan menyumbang tenaga dalam hidup bekeluarga.
Pun begitu, jangan sampai deligate kebanyakan kerja di rumah. Sampai anak hilang kehidupan kanak-kanak dia. Ada beza parentified kids dengan responsible kids.
Puji Berlebihan Untuk Usaha Anak Yang Sedikit
Anak akan lihat apa saja yang dibuatnya adalah sesuatu yang betul. Anak tak rasa mereka perlu berusaha. Sebab mereka tak belajar bahawa untuk dapat sesuatu, kita perlu berusaha keras.
Kelima-lima ciri ini sebenarnya adalah ciri-ciri mak ayah Permissive. Penting untuk kita jadi mak ayah yang bijak. Iaitu mak ayah penyayang dan berlembut Tapi ada sempadan dan peraturan yang jelas.
Ini untuk ingatan saya sebagai ibu yang tak sempurna. Jangan biarkan anak-anak kita membesar dengan rasa entitled tanpa rasa tanggungjawab.
Dengan pendekatan yang seimbang, kita boleh membantu anak-anak menjadi individu yang bertanggungjawab dan menghargai setiap usaha yang dilakukan.
Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa yang memberi kasih sayang dengan penuh bijaksana.
Mendidik anak untuk menjadi individu yang bertanggungjawab dan berdikari memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan. Ibu bapa perlu berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan yang boleh membawa kepada sifat “entitle” dalam diri anak-anak mereka.
Dengan memberikan didikan yang seimbang antara kasih sayang, disiplin, dan tanggungjawab, ibu bapa boleh membantu anak-anak membesar menjadi individu yang matang, berdikari, dan menghargai setiap usaha dalam hidup.
*Wawa Shauqi merupakan seorang penulis yang gemar berkongsi ilmu yang dipelajarinya dari seminar, bengkel dan konvensyen serta kelas yang dihadirinya. Hasil penulisannya adalah berdasarkan ilmu yang diperolehi dari ahli-ahli yang berkaitan dalam bidang pendidikan awal kanak-/kanak, psikologi kanak-kanak dan perkembangan kanak-kanak.
Bila anak yang masih dibangku suka sekolah sudah mula pandai melawan, ibu bapa bukan sahaja jadi hilang sabar tetapi juga sedih. Anak yang dijaga dengan penuh kasih sayang akhirnya mula bercakap menyakitkan hati selain menunjukkan perlakuan yang menguji kesabaran.
Tidak dapat dinafikan bukan mudah untuk mendidik anak-anak. Pelbagai kerenah dan cabaran bakal ditempuh. Antara yang sering dihadapi oleh ibu bapa ialah anak yang masih bersekolah suka melawan Ikuti penjelasannya berikut.
JIKA ANAK YANG BERSEKOLAH RENDAH SUKA MELAWAN
1- Anak yang suka melawan ni satu kerana personalitinya. Namun jika dari kecil anak dididik dengan memberi penerangan apa pun personalitinya tidak menjadi masalah.
2- Pendapatnya tidak diberi perhatian. Maka dia akan melawan kerana mahukan pendapatnya didengar.
3- Ada kemarahan yang tersimpan yang tidak dikendalikan dengan baik. Kemarahan disebabkan bila dapat adik, dia asyik kena marah atau buat itu dan ini. Kena mengalah dan sebagainya.
1- PERLAHAN-LAHAN rapatkan kembali diri dengan anak. Dia masih kecil, maka dia masih mahu dijaga, dibelai dan dimanjakan. Maka boleh melakukan perkara begini berpada-pada dahulu dan test and measure tengok tindakbalasnya.
3-Berakhlak mulialah dengan anak-anak bila bercakap. Bercakap dengan suara yang baik dan ambil masa menerangkan.
4- Bila anak melawan, cuba tanya dengan baik dan dalam nada ingin tahu apa yang anak mahu sebenarnya.
5- Anda juga jangan melawan cakap ibu bapa atau bercerita buruk mengenai seseorang. Sebab anak akan mengikut.
Usahalah, anak tidak dilahirkan untuk menjadi degil dan melawan cakap ibu bapa. Cara dia dibesarkan itu mencorakkan sikapnya yang sedemikian. Maka ambil masa untuk membetulkan. Semoga dipermudahkan.
Sumber: Ibu Rose – Unleash Your Child’s Greatness.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Atikah Suhaime bukan asing dalam dunia hiburan. Memulakan kerjaya lakonan sejak usia muda, wajah lembut dan lakonannya yang bersahaja sering mencuri perhatian peminat drama Melayu tempatan.
Namun, sisi hidup Atikah berubah sepenuhnya selepas dia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Lokman Teh pada tahun 2022. Kini bergelar isteri dan juga ibu kepada si comel Lyla Mulan Teh, Atikah perlahan-lahan membina babak baru dalam hidupnya – lebih tenang, lebih matang, dan lebih bermakna.
Buat pertama kali menyambut Hari Ibu sebagai seorang ibu sebenar, Datin Atikah Suhaime mengimbau kembali detik yang mengubah seluruh hidupnya — saat melahirkan Lyla Mulan Teh.
Walaupun dirinya seorang yang sentiasa yakin dalam setiap keputusan besar hidup, namun bila tiba di bilik bersalin dan diminta menandatangani borang kelahiran, hatinya mula berbelah bagi. Dalam diam, dia hanya berharap satu — agar ibunya segera tiba ke hospital untuk memegang tangan dan menenangkannya.
“Rasanya sejak saya pregnant, saya selalu rindu my mom. Selalu nak clingy dengan dia. tiba-tiba macam tu, padahal sebelum tu selalu bergaduh. semua dah tahu saya bersalin ambil epidural, tapi orang tak tahu sebelum tu saya kena sign satu borang in case berlaku apa-apa komplikasi. Saya seorang yang sangat yakin tapi bila tengok borang tu terus rasa serabut, tertanya-tanya betul ke pilihan saya.”
Ketika itulah dia sedar, tiada siapa yang boleh mengganti tempat seorang ibu di sisi anaknya, terutama dalam saat paling mencabar dan penuh emosi seperti melahirkan zuriat sendiri.
“Suami saya pula sejenis yang dia cakap dia takut tengok jarum, jadi dia minta nak keluar. Masa tu ibu saya masih di airport tak sampai lagi, kebetulan saya bersalin mengejut. saya rasa keseorangan dan menangis je. Waktu tulah saya sedar yang saya perlukan ibu saya.”
Menjadi ibu bukan hanya tentang bayi, tapi tentang perkahwinan yang juga melalui fasa baru. Itulah realiti yang Atikah lalui selepas kelahiran Lyla. Hubungannya bersama suami tercinta, Datuk Lokman Teh, turut berubah. Perselisihan faham menjadi biasa — dua jiwa yang sama-sama belajar cara baru hidup sebagai ibu dan ayah.
Namun, daripada cabaran itu, Atikah mula melihat sisi baru suaminya. Seorang ayah yang penyayang, rajin membantu, dan penuh empati terhadap keadaannya yang masih dalam fasa menyesuaikan diri.
“Dugaan lepas bersalin ni, hari-hari nak gaduh. Kenapa tak ada yang cerita tentang hubungan suami isteri lepas ada anak? Saya rindu suami tapi pada masa yang sama tak mahu jauh dari anak. bila dah ada anak ni, hubungan suami isteri dah lain tak sama macam kita bercinta dulu. Kalau dulu we’re partners in crime tapi sekarang partners in diapers.”
Katanya, cinta itu bukan hanya tidak berkurang — malah bertambah kerana dia jatuh cinta sekali lagi, kali ini dengan versi ‘ayah’ kepada suami yang dikasihi.
“Tak sangka saya nampak sisi lain suami saya. Yalah, dia lahir-lahir anak orang kaya. Jenis dia, dia bayar dan orang buatkan untuk dia semuanya. Menakjubkan bila hari pertama bersalin tu, saya tengok dia salinkan lampin anak. Bila tengok sisi dia yang lain tu, dah tentulah saya bertambah sayangkan dia. Dan syukur dia juga sangat memahami saya sebagai ibu yang baru bersalin dengan emosi yang tak menentu.”
Sebagai seorang ibu, pastinya ada harapan dan impian untuk si kecil. Atikah juga tidak terkecuali. Dia mahu segalanya terbaik buat Lyla Mulan Teh — dari segi pendidikan, peluang hidup, hingga kebahagiaan masa depan.
“Kalau boleh Atikah nak control hidup dia. Atikah nak dia jadi ballerina, kahwin dengan orang kenamaan, go to the best school. Kita akan plan macam-macam for our kids tapi apa yang kita rasa terbaik untuk dia tak semestinya terbaik untuk diri dia.”
Namun, dalam hatinya, dia juga sedar… apa yang ibu fikir terbaik, tak semestinya itu yang anak mahukan. Maka, dia hanya mahu Lyla tahu satu perkara: apa pun keputusan yang dibuat hari ini, semuanya lahir daripada kasih sayang dan harapan yang tulus. Dan satu hari nanti, dia hanya berharap anaknya akan faham, bukan membenci.
“I always thinking, apa yang mak dia buat sampai anak dia marah sangat dekat dia. I hope Mulan will always love me forever. I harap dia takkan jadi macam saya dulu yang selalu marah-marah mak saya. Baru saya tahu, ibu hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya. Harap-harap dia tak benci saya bila dia dah besar nanti.”
Kisah Datin Atikah Suhaime ini menjadi refleksi indah buat semua wanita yang melangkah masuk ke dunia keibuan. Ia bukan perjalanan mudah, tapi ia adalah perjalanan yang membina semula cinta, diri, dan pengertian.
Selamat Hari Ibu buat Datin Atikah Suhaime dan semua ibu hebat di seluruh Malaysia!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.