Bila anak dalam keadaan sihat dengan tak semena-mena hidung anak berdarah pastinya membuatkan ibu merasa panik. Lebih cemas lagi bila darah mengalir tanpa henti. Ketika berdepan dengan situasi ini, sebaiknya ibu jangan cemas. Namun hidung anak berdarah disebabkan beberapa perkara. Salah satunya adalah penggunaan ubat nasal spray yang tidak terkawal.

Menurut Dr. Ezairy M.Sallih, Doktor Otorinolaringologi, Telinga, Hidung & Tekak, hidung anak berdarah disebabkan oleh beberapa perkara. Jika darah masih tidak berhenti, sebaiknya bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Hidung Anak Berdarah Buat Ibu Tercari-Cari Punca, Salah Satunya Kerap Guna Ubat Nasal Spray!

 

Apa Punca Hidung Kerap Berdarah?

Ramai yang bertanya kepada saya, apa sebenarnya punca yang menyebabkan anak mereka mengalami pendarahan hidung secara kerap, walaupun fizikalnya mereka nampak sihat.

Di bawah merupakan beberapa sebab biasa dan common yang boleh menyebabkan pendarahan hidung berlaku. Saya beri sepuluh punca. Antaranya :

Hidung Anak Berdarah Buat Ibu Tercari-Cari Punca, Salah Satunya Kerap Guna Ubat Nasal Spray!

1. Cuaca yang kering

Persekitaran yang kering dan panas akan mengakibatkan lapisan mukosa dalam hidung anda kering dan mudah berdarah. Sekiranya anda sering mengalami pendarahan daripada hidung, pastikan anda mengelak daripada berada di kawasan yang terlalu kering yang boleh menyebabkan pendarahan lebih mudah berlaku.

IKLAN

2. Kerap mengorek hidung

Ini biasa berlaku kepada anak-anak termasuk juga dewasa. Bagi kanak-kanak biasanya mereka akan menggaru hidung akibat gatal dan sebagainya, manakala bagi golongan dewasa tabiat mengorek hidung yang sudah menjadi ‘habit’ perlu dihentikan. Trauma dan luka pada lapisan dalaman hidung boleh mengakibatkan pendarahan.

Hidung Anak Berdarah Buat Ibu Tercari-Cari Punca, Salah Satunya Kerap Guna Ubat Nasal Spray!

3. Terlalu kerap menggunakan ubat nasal spray

Ya, penggunaan ubat nasal spray adalah bagus bagi mereka yang mengalami masalah alahan, alergik dan sinus. Namun, untuk penggunaan sesetengah ubat nasal spray yang digunakan melebihi dan tidak mengikut nasihat doktor, ia boleh mengakibatkan lebih iritasi pada lapisan dalam hidung. Pendarahan boleh juga berlaku.

4. Ubat-ubatan

Hati-hati dalam penggunaan ubat-ubatan khususnya jika anda mempunyai masalah pendarahan. Ubat-ubat seperti ubat tahan sakit jenis NSAIDS (non-steroidal antiinflammatory drug), ubat cair darah dan beberapa lagi yang lain boleh mengakibatkan pendarahan mudah berlaku. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubat seperti ini.

IKLAN

Hidung Anak Berdarah Buat Ibu Tercari-Cari Punca, Salah Satunya Kerap Guna Ubat Nasal Spray!

5. Penyakit hati

Sekiranya anda mempunyai penyakit yang boleh mengganggu fungsi pembekuan darah, seperti organ hati… ia boleh juga menyebabkan pendarahan berlaku. Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya masalah yang anda alami tidak berkurang.

6. Alahan dan resdung

Masalah ini merupakan antara yang biasa ditemui di kalangan pesakit saya. Sekiranya masalah sinus atau alahan anda tidak terkawal, anda memang berisiko untuk mengalami pendarahan hidung. Gunakan ubat yang diberi atas nasihat doktor. Cuba elakkan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan masalah anda bertambah serius.

7. Darah tinggi

IKLAN

Masalah ini biasa berlaku kepada mereka yang mengalami ‘hypertension’ yang tidak terkawal. Pesakit biasa boleh mengalami gejala seperti pening kepala, kabur mata dan mereka juga boleh mengalami simptom pendarahan hidung akibat pressure terlalu tinggi. Kawallah tekanan darah anda. Pastikan anda mendapat follow up yang regular dan teratur bersama doktor.

Hidung Anak Berdarah Buat Ibu Tercari-Cari Punca, Salah Satunya Kerap Guna Ubat Nasal Spray!

 

8. Penyakit dalam darah

Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa pendarahan daripada hidung juga merupakan antara simptom kepada penyakit dalam darah seperti thrombocytopenia, leukemia, hemophilia dan sebagainya. Sekiranya anak anak anda ada tanda-tanda pendarahan atau lebam pada anggota lain selain hidung, dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.

9. Penggunaan bahan dan makanan tradisional

Ada juga di kalangan pesakit saya yang mengalami pendaran hidung akibat masalah ini. Ada yang terlalu percaya pada suplemen atau minunan tradisional berbanding ubat-ubat hospital. Tujuannya untuk supaya badan lebih kuat, memutihkan kulit, mencuci buah pinggang kononnya, mengawal kencing manis. Namun akibatnya, masalah lain pula yang datang. Penggunaan makanan atau minuman seperti ini tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan pendarahan berlaku juga.

10. Kanser

Untuk mereka yang berusia khususnya (walaupun boleh berlaku kepada golongan muda), pendarahan daripada hidung secara tiba-tiba perlu diambil lebih serius. Apabila ia berlarutan melebihi tiga minggu disertai benjolan pada leher, masalah pendengaran, maka dapatkanlah pemeriksaan daripada doktor.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI