Berubah sekelip mata! Begitulah nasib yang menimpa Muhammad Fawwaz Adli, 5, yang kini terlantar di rumahnya selepas parah dihempap peti ais pada 12 Julai lalu.
Selepas tiga bulan berlalu, kehidupan Fawwaz telah berubah 360 darjah setelah doktor mengesahkan yang Fawwaz mengalami masalah pendarahan di kepala dan kekejangan saraf akibat daripada peristiwa hitam itu.
Dari seorang kanak-kanak yang ceria, Fawwaz kini hanya mampu terbaring di atas katil, tiada daya untuk bangun berdiri dan tidak boleh berkata-kata melainkan sesekali mengerang kesakitan.
Ads
Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-5 baru-baru ini (24 Oktober) ibu saudara Fawwaz, Noor Atikah Zainal Anuar telah mencoretkan isi hatinya di Facebook ayah Fawwaz, Mohd Bukhari Zainal Anuar untuk tatapan masyarakat selain minta doa orang ramai untuk kesembuhan adik Fawwaz.
Tarikh 24/10 merupakan hari lahir Fawwaz yang ke-5 tahun. Selamat Hari Lahir Muhammad Fawwaz Adli. Semoga Fawwaz terus membesar menjadi anak soleh yang kuat untuk menempuh hari-hari mendatang. Semoga Allah juga memberikan ketabahan buat abah dan umi Fawwaz menerima qada dan qadar ini. Jikalau Allah izinkan, pasti Fawwaz akan kembali senyum dan ceria seperti dulu untuk meniti waktu riang kanak-kanak sebaya dengannya.
Ads
Peristiwa hampir tiga bulan yang lalu bukan sahaja menggemparkan rakyat Malaysia tetapi mengubah 360 darjah keseluruhan hidup Fawwaz. Kejadian pahit peti ais jatuh menimpa di tepi kepalanya menyebabkan Fawwaz tidak mampu makan dan minum, tiada daya untuk bangun berdiri dan tidak boleh berkata-kata melainkan sesekali mengerang kesakitan.
Kisah Fawwaz terlalu mahal untuk dikongsi dengan masyarakat di luar sana. Majoriti rakyat Malaysia menunjukkan keprihatinan dengan memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk sama ada daripada segi wang ringgit, harta benda dan sokongan moral beserta doa. Hanya Allah SWT sahaja yang selayaknya memberikan ganjaran kepada budi baik dan niat murni orang-orang di luar sana.
Ads
Saat Allah mendatangkan ujian, pasti ada hikmah besar yang tersembunyi. Ujian untuk kita tidak sama. Ada yang diuji daripada segi kesihatan, kewangan, kebahagiaan dan penderitaan hidup. Kita sebagai hamba Allah yang kerdil dan daif ini haruslah saling bermuhasabah sesama sendiri. Teruskan berdoa dalam usaha meraih kasih dan sayang daripadaNya.
Sesiapa yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan masing-masing menerusi akaun Maybank 162433003268 atas nama Mohd Bukhari Zainal Annuar (bapa Fawwaz) atau hubungi talian 013-5027393.
Pelakon Zalif Sidek kini bergelar bapa selepas isterinya, Anis Marzuki selamat melahirkan seorang cahaya mata sulung.
Menerusi hantaran di Instagram, pelakon filem Papa I Love You itu ada memuat naik hantaran dengan memaklumkan dia bersyukur isteri dan bayi perempuan selamat dan sihat.
“Baby girl, terima kasih yang mendoakan kami. Tunggu gambar ok!,” titip Zalif.
“Alhamdulillah, bayi perempuan seberat 3.2 kilogram selamat dilahirkan pada jam 9.15 malam tadi.
Dalam pada itu,menurit laporan Berita Harian, Zalif memberitahu pada mulanya isteri memang nak lahirkan secara normal. Memandangkan kami sudah menunggu selama 13 jam dan saiz bukaan agak kecil iaitu 4 sentimeter, kami akhirnya memutuskan untuk dibedah.
Rakan artis dan peminat masing-masing mengucapkan tahniah dan menitipkan doa buat puteri sulung Zalif.
Sementara itu, isteri Zalif, menerusi Insta Story turut memaklumkan kelahiran anak mereka dan berkongsi sedikit gambar bayi.
“ALHAMDULILLAH IT’S A GIRL. 3.27KG AND SUPER HEALTHY,” tulis Anis.
Anis juga turut meletakkan kapsyen pada gambar tersebut dengan menulis buah hati mummy daddy.
Kalau lihat pada gambar itu, merah sungguh bibir puteri sulung Zalif dan Anis. Tahniah diucapkan buat Zalif dan isteri.
Zalif, 38, dan Anis,26, berkahwin pada 26 Februari 2022 selepas mengikat tali pertunangan pada Ogos 2021.
Kehidupan seorang ibu memang kelam kabut. Mana nak jaga anak, uruskan rumah. Eh, macam-macamlah! Proses untuk membesarkan anak bukanlah mudah, jadi daripada kita nak ‘jatuhkan’ teman-teman kita, apa kata kita juga kongsikan kesilapan kita? Biarkan mereka tahu, semua ibu itu pernah berbuat salah. Kita tidak sempurna.
Mewujudkan grup Whatsapp antara teman-teman ibu sangat membantu. Jangan pula berkongsi tentang bisnes dan berita-berita palsu, tetapi jadikan medium ini sebagai solusi untuk kita selesaikan masalah. Ahli di dalam grup haruslah yang positif dan saling membantu. Sebarang bentuk kecaman dan ejekan (memandang rendah) tidak dibenarkan. Semua ibu tahu bukan mudah untuk menjadi sempurna tetapi kita boleh mencuba untuk jadi yang terbaik. Sebab itulah, grup ini sangat penting untuk kita.
Anda boleh kongsikan apa saja di dalam grup ini tanpa perlu ada rasa segan. Sebagai contoh, “Anak saya ada kutu. Apa nak buat ni?”. Atau, “Hari ni aku termarahkan si Hana sebab berebutkan barang dengan adik dia. Aku terjerit pada dia. Apa aku nak buat untuk pujuk anak aku balik?”. Ibu-ibu lain boleh bantu, jangan ada sikap prejudis.
Grup ini bertujuan untuk membantu dan menenangkan. Sirami kasih sayang antara satu sama lain. Berikan kata semangat kepada teman-teman anda setiap hari. Ayuh, sama-sama bantu teman kita untuk bangkit semula. Kita semua buat salah. Tiada salahnya untuk berkongsi masalah bersama teman-teman, pastikan kita sentiasa bersama.
Jika anda teman anda yang merasakan dia mulai gagal menjadi ibu yang baik, katakan anda juga pernah melaluinya. Paling penting, fokuskan kepada istimewanya dia sebagai seorang ibu. Bersama kita perkasakan kuasa ibu-ibu. Ingat, kita tidak SEMPURNA, tetapi kita boleh jadi yang TERBAIK.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pening kepala sebab bayi susah tidur? Bertenang ada panduan mengenai waktu tidur bayi 1 bulan yang boleh ibu ayah cuba, pasti berkesan!
Bayi susah tidur?
Melihat si manja tidur dengan lena, pastinya mengundang rasa tenang di jiwa. Nampak comel sahaja.
Pun begitu, di sebalik kecomelan tersebut, wujud cabaran bagi ibu ayah apabila terpaksa mencuba pelbagai cara apabila bayi susah tidur.
Lebih-lebih lagi apabila si kecil yang baru lahir kerap berjaga pada tengah malam dan sukar untuk kembali melelapkan mata.
Sememangnya tidurkan bayi bukanlah mudah, namun ia boleh diatasi jika anda memahami tentang waktu tidur bayi 1 bulan.
Waktu tidur bayi 1 bulan: Memahami keperluan mereka
Dalam tempoh 2 bulan pertama, keperluan pemakanan bayi adalah melebihi kemahuan untuk tidur.
Si kecil mungkin menyusu badan hampir setiap 2 jam sekali, tetapi ia sedikit berkurang bagi penyusuan susu formula.
Bagi aspek keperluan tidur pula, si manja memerlukan tidur antara 10 hingga 18 jam sehari. Mungkin untuk 3 hingga 4 jam bagi satu sesi melelapkan mata.
Seperkara yang perlu anda fahami, bayi tidak mengetahui perbezaan antara siang dan malam. Oleh itu, mereka akan tidur tanpa menghiraukan masa.
Jadi terdapat kemungkinan waktu berjaga si manja adalah antara pukul 1 pagi hingga 5 pagi.
Menjelang usia 3 hingga 6 bulan, kebanyakan bayi dapat tidur panjang sehingga 6 jam secara terus.
Kedengaran mudah, bukan? Namun jangan terkejut jika si manja mungkin mengubah rutin tidur mereka apabila menjengah ke usia 6 hingga 9 bulan nanti.
Tetapkan rutin jika bayi susah tidur
Untuk memudahkan waktu tidur bayi 1 bulan, anda disarankan untuk menetapkan rutin yang konsisten.
Sesetengah ibu bapa memulakan rutin tidur bayi pada seawal usia 6 hingga 8 minggu.
Rutin ini boleh melibatkan gabungan aktiviti tidur, seperti:
Pastikan bayi mendapat banyak cahaya dan rangsangan pada waktu siang
Sebaiknya, lakukan aktiviti tetap dan sama mengikut urutan pada setiap malam
Intensiti bagi setiap aktiviti perlu mengikut draf menurun, terutamanya apabila menghampiri waktu malam. Anda pasti tidak mahu si manja terlebih aktif apabila hendak tidur. Ia sudah tentu akan membuatkan bayi susah tidur
Anda juga boleh menyediakan mandian hangat sebelum tidur. Ini kerana ia boleh bantu memberikan ketenangan buat mereka
Pastikan keadaan waktu malam dalam bilik tidur adalah konsisten. Ini kerana sekiranya bayi terjaga pada tengah malam, mereka akan mendapati keadaan bilik sama seperti sebelum tidur, jadi ia dapat mengurangkan rasa terkejut si manja nanti
Tempat tidur bayi
Bermula ketika bayi menginjak usia 6 hingga 12 minggu, anda digalakkan untuk menenangkan si manja sehingga mereka mengantuk.
Sebaik sahaja mereka kelihatan mengantuk, letakkan anak di atas tilam dan biarkan dia tertidur dengan sendiri.
Elakkan daripada menunggu sehingga mereka tidur semasa dalam dukungan anda.
Jika tidak ia boleh menjadi satu tabiat biasa yang sukar diubah dan boleh menyebabkan bayi susah tidur.
Cara ini dapat mengajar anak untuk menenangkan diri sebelum tidur tanpa perlu menggunakan buaian atau mendukung mereka sekiranya terjaga di malam hari.
Risiko SIDS pada waktu tidur bayi 1 bulan
Melelapkan mata bukanlah aktiviti berbahaya namun bagi si manja, mereka terdedah kepada risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).
Perkara berikut boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko tersebut:
Sentiasa meletakkan bayi tidur secara menelentang
Tempat duduk kereta atau carrier tidak sesuai dijadikan tempat tidur rutin
Sekiranya bayi tertidur dalam kereta sorong atau buaian, alihkan mereka dan baringkan di permukaan rata
Bayi sepatutnya tidur sebilik dengan anda, namun bukan atas katil yang sama
Jauhkan sebarang objek lembut seperti bantal, selimut dan anak patung daripada tempat tidur anak
Jangan bergantung sepenuhnya kepada peranti pencegahan SIDS. Ia tidak terbukti dapat mengurangkan risiko sindrom kematian bayi mengejut
Jangan selimut atau menutup kepala bayi
Jangan merokok
Sekiranya anda keletihan, jangan menyusukan bayi di atas kerusi atau sofa. Ia dapat mengurangkan risiko bayi terjatuh sekiranya anda terlelap
Patut atau tidak membiarkan si manja menangis?
Jika si manja terjaga dan menangis pada tengah malam, ada pakar penjagaan kanak-kanak mengesyorkan untuk mencuba pendekatan penyelesaian responsif yang dipanggil sebagai kaedah Ferber.
Namun, kaedah ini TIDAK digalakkan bagi bayi di bawah usia 6 bulan.
Kaedah ini melibatkan:
Jika bayi menangis, biarkan untuk tempoh beberapa minit sebelum masuk ke dalam bilik dan memujuk mereka. Ini dapat memberikan ruang untuk si manja menenangkan diri
Ketika menenangkan anak, elakkan daripada mendukung dan jangan terlalu lama berada di dalam bilik
Sekiranya mereka terus menangis atau kembali menangis, tunggu sebentar sebelum masuk
Jika si manja kelihatan tertekan, beri pelukan kepada mereka sebelum meletakkan kembali ke tempat tidur.
Pentingnya waktu tidur bayi 1 bulan
Sekiranya anda bimbangkan keadaan bayi susah tidur, ada strategi yang boleh anda gunakan untuk mengubahnya.
Jika cara yang dicadangkan di atas tidak membantu, mungkin anda perlu mendapatkan bantuan profesional.
Kerjasama strategik antara RichWorks dan Astro bukan sekadar kolaborasi biasa lantaran bakal membuka lebih banyak peluang, akses kepada ilmu, inspirasi, dan bimbingan yang selama ini mungkin sukar dicapai.