Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan lagi ke fasa keempat bermula 29 April sehingga 12 Mei nanti. Ternyata PKP yang dijalankan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 turut tersembunyi hikmah yang tersendiri buat sesetengah orang.

Hikmah PKP, Arrian Dah ‘Naik’ Al Quran. Isteri Tomok Ajar Sendiri Anak Mengaji Selama Sebulan

Buktinya pada anak Tomok, Arrian Akid Shah yang kini sudah naik Al Quran setelah sebulan PKP dilaksanakan. Perkara tersebut dikongsikan oleh isteri Tomok, Ayu Abas menerusi Instagram miliknya.

Artikel menarik: Sejuk Perut Ibu Mengandung, Usia 2 Tahun Sudah Hafal 42 Surah, Ibu Ini Kongsi Cara Dididkan Yang Boleh Jadi Panduan Buat Ibu Ayah Lain

Menurut Ayu dalam postingnya, dia tiada harta untuk ditinggalkan, namun ilmu agama yang diajar sendiri untuk anak-anaknya diharap cukup untuk kejayaan dunia dan akhirat.

Hikmah PKP, Arrian Dah ‘Naik’ Al Quran. Isteri Tomok Ajar Sendiri Anak Mengaji Selama Sebulan

Turut menitipkan pesanan buat anak-anaknya agar tidak meninggi diri dan menjadi orang yang sombong. Sentiasa bersederhana dalam apa yang dibuat supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

IKLAN

Tambahnya lagi sentiasalah berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.

Hikmah PKP, Arrian Dah ‘Naik’ Al Quran. Isteri Tomok Ajar Sendiri Anak Mengaji Selama Sebulan

“Alhamdulillah…Hasil sebulan PKP….Semalam 21/4/2020 Arrian naik Al-Quran…

“Anak-anakku sayang, tidaklah dibu tinggalkan harta yang banyak melainkan ilmu yang ada pada dibu….rezeki dibu untuk mengajar sendiri anak-anak dibu

“Walaupun dengan deraian air mata masa belajar (dibu sangat garang ) tapi dibu harap ilmu inilah yang bakal membawa kamu berdua berjaya di dunia dan akhirat

IKLAN

Hikmah PKP, Arrian Dah ‘Naik’ Al Quran. Isteri Tomok Ajar Sendiri Anak Mengaji Selama Sebulan

“Jadilah manusia yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri, bijaksana dan bertanggungjawab kepada keluarga, agama dan bangsa…jangan meninggi diri, bermegah-megah dan menjadi orang yang sombong….sentiasa wasathiah (berserdehana) dalam segala apa yang kita buat.

“Jika kita merasa kekurangan, ada lagi orang yang merasa keperitan..sbb tu dibu selalu pesan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki….dan jangan pernah mengeluh jika datangnya musibah…sebaik-baiknya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat…

Hikmah PKP, Arrian Dah ‘Naik’ Al Quran. Isteri Tomok Ajar Sendiri Anak Mengaji Selama Sebulan

IKLAN

“Sekian ceramah pagi rabu..nanti dah ada instagram sendiri baca apa yang dibu warkahkan ni ok…dibu sayang arrian,andra,baby & ayah,” tulisnya di Instagram.

View this post on Instagram

Alhamdulillah…Hasil sebulan PKP….Semalam 21/4/2020 Arrian naik Al-Quran… . . Anak-anakku sayang, tidaklah dibu tinggalkan harta yang banyak melainkan ilmu yang ada pada dibu….rezeki dibu untuk mengajar sendiri anak-anak dibu…walaupun dengan deraian air mata masa belajar (dibu sangat garang 🤪)tapi dibu harap ilmu inilah yang bakal membawa kamu berdua berjaya di dunia dan akhirat…jadilah manusia yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri, bijaksana dan bertanggungjawab kepada keluarga, agama dan bangsa….jangan meninggi diri, bermegah-megah dan menjadi orang yang sombong….sentiasa wasathiah (berserdehana) dalam segala apa yang kita buat….jika kita merasa kekurangan, ada lagi orang yang merasa keperitan..sbb tu dibu selalu pesan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki….dan jangan pernah mengeluh jika datangnya musibah…sebaik2nya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat… . . Sekian ceramah pagi rabu 🤗..nnt dah ada instagram sendiri baca apa yang dibu warkahkan ni k…dibu sayang arrian,andra,baby & ayah 😘😘😘😘😘

A post shared by @ ayu_abas on

Artikel menarik: Hebatnya Kuasa Pelukan Kasih Sayang. Anak Jadi Bijak & Hebat Bukan Lembik

Contoh sebegini yang perlu ditunjukkan pada anak-anak dalam mendidik mereka untuk menjadi insan yang soleh dan sentiasa merendah diri bila dewasa. Semoga anak-anak Tomok dan Ayu menjadi anak-anak yang soleh dan menjadi kebanggaan dibu dan ayahnya.

Sumber: Media Hiburan & Ayu Abas

https://www.youtube.com/watch?v=ce1vL8Hbp0s

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI