Sawan tarik kanak-kanak ialah antara perkara yang paling menakutkan bagi ibu bapa bila anak tiba-tiba kejang atau sawan tarik di rumah  terutama kalau tak pernah lalui situasi itu sebelum ini. Panik, takut, serba tak tahu nak buat apa dulu. Tapi yang penting, ibu ayah perlu tahu langkah kecemasan yang betul, sebab tindakan awal boleh menyelamatkan nyawa anak.

Sawan tarik atau febrile seizure biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga enam tahun, dan sering dikaitkan dengan demam tinggi secara mendadak. Walaupun nampak menakutkan, kebanyakan kes sawan tarik tidak berbahaya jika ditangani dengan betul dan cepat.

Deman sawan berlaku apabila seseorang kanak-kanak berumur di antara 3 bulan sehingga 6 tahun mendapat sawan ketika demam tanpa bukti kecederaan atau jangkitan kuman di dalam otak.

Kajian di negara Eropah telah menunujukkan bahawa kadar kejadian demam sawan adalah diantara 3 hingga 4% dikalangan kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun.

Jenis-Jenis Demam Sawan

Sawan Tarik Kanak-Kanak: Panduan Pantas Selamatkan Anak

Terdapat 2 jenis demam sawan iaitu demam sawan ringkas (simple) dan demam sawan kompleks. Perbezaannya adalah seperti berikut:

Demam sawan ringkas

  1. Berdurasi kurang 15 minit sawan
  2. Sawan menyeluruh / ‘generalized’
  3. Tidak berulang ketika demam tersebut

Demam sawan kompleks

  1. Berdurasi lebih 15 minit
  2. Sawan yang lebih fokus
  3. Lebih daripada sekali sawan berlaku ketika demam

Langkah Kecemasan Kalau Anak Kena Sawan Tarik Kanak-Kanak

Sawan Tarik Kanak-Kanak: Panduan Pantas Selamatkan Anak

Berikut antara tindakan penting yang ibu ayah perlu lakukan segera di rumah jika anak mengalami sawan tarik:

Baringkan anak mengiring.

Ini langkah pertama yang sangat penting. Posisi mengiring membantu memastikan anak tidak tertelan air liur atau muntah sendiri semasa kejang.

Ads

Buka pakaian anak.

Tujuannya untuk menyejukkan badan dan memastikan tiada tekanan pada dada atau pernafasan.

Perhatikan mulut anak.

Jika mulut berbuih, cepat-cepat baringkan anak mengiring untuk keluarkan buih atau air liur. Jangan biarkan anak tertelan air liur sendiri kerana boleh menyebabkan lemas atau tercekik.

Jangan biar anak ketap gigi.

Ramai ibu ayah panik dan cuba buka mulut anak, tapi jangan paksa. Risau nanti lidah anak terketap atau cedera.

Jangan masukkan ubat bontot (suppository) semasa anak tengah kejang.

Tunggu hingga dia sedar atau menangis, baru boleh masukkan ubat bontot (jika ada disimpan di rumah). Sebelum tu, boleh basahkan kaki dengan air biasa untuk bantu turunkan suhu.

Jika tiada ubat bontot di rumah, sebaik anak sedar, segera bawa ke klinik atau hospital.

Doktor akan beri rawatan susulan dan pantau suhu anak.

Ads

Jangan goncangkan badan anak semasa kejang.

Badan anak sedang dalam keadaan tegang sepenuhnya. Sebaliknya, terus baringkan mengiring dan mandikan dengan air sejuk untuk bantu sedarkan dia.
Alirkan air dari kaki ke atas, kemudian bawa segera ke klinik atau hospital berdekatan.

Kenapa Anak Perlu Dibawa Ke Hospital Walaupun Dah Sedar?

Sawan Tarik Kanak-Kanak: Panduan Pantas Selamatkan Anak

Ramai mak ayah rasa lega bila anak dah sedar semula, tapi sebenarnya bantuan perubatan masih perlu segera. Ini kerana ketika sawan berlaku, otak anak berhenti menerima oksigen seketika. Jika oksigen tidak cukup dalam tempoh beberapa minit, ia boleh menyebabkan kecacatan kekal atau gangguan perkembangan otak.

Oleh itu, walaupun rawatan awal dah dilakukan di rumah, tetap penting untuk doktor periksa dan pastikan tiada komplikasi lain. Biasanya doktor akan pantau suhu badan, beri ubat tahan sawan, atau jalankan pemeriksaan tambahan. Penilaian ini juga membantu menilai risiko sawan tarik kanak-kanak berulang.

Sawan Tarik Kanak-Kanak: Panduan Pantas Selamatkan Anak

Ads

Punca & Faktor Risiko Sawan Tarik

Sawan tarik boleh terjadi kepada mana-mana kanak-kanak, tapi ada juga yang lebih cenderung disebabkan faktor tertentu. Berikut antara punca utama dan sebab-sebab sawan tarik berlaku:

  • Demam tinggi secara mendadak. Ini punca paling biasa, tapi ada juga kes di mana sawan berlaku walaupun suhu tidak terlalu tinggi.
  • Jangkitan pada saluran pernafasan atas atau telinga (seperti otitis media).
  • Kecederaan dalaman kepala akibat jatuh atau hentakan kuat, yang boleh menyebabkan pendarahan otak.
  • Cirit-birit berpanjangan dan dehidrasi. Bila badan kekurangan air dan garam galian, sistem saraf boleh terganggu.
  • Persekitaran panas melampau. Contohnya bilik tertutup tanpa pengudaraan walaupun ada kipas.
  • Kekurangan oksigen. Misalnya, bayi dibiarkan lama dalam kereta walaupun penghawa dingin hidup.
  • Kekurangan gula dalam badan. Anak yang enggan makan atau minum dalam tempoh lama boleh mengalami hypoglycemia.
  • Menangis terlalu lama hingga kebiruan.
  • Tercekik makanan atau objek kecil dalam mulut.
  • Faktor genetik. Jika ada ahli keluarga yang pernah alami sawan tarik, risiko anak untuk mengalaminya juga lebih tinggi.

Apa Yang Ibu Ayah Perlu Ingat

Untuk elakkan panik semasa berdepan sawan tarik kanak-kanak:

➡️ Jangan panik. Cuba bertenang dan fokus pada langkah pertama — baringkan anak mengiring.
➡️ Jangan letakkan apa-apa dalam mulut anak. Ramai salah faham konon kena masukkan sudu atau jari — ini boleh mencederakan lidah atau gigi anak.
➡️ Pantau suhu anak setiap kali demam. Anak yang pernah kena sawan tarik lebih berisiko untuk mengalaminya semula, jadi penting untuk pastikan suhu badan sentiasa terkawal.

Boleh sediakan ubat bontot (diazepam suppository) di rumah jika anak jenis mudah kena sawan tarik, tapi pastikan guna ikut nasihat doktor.

Kesimpulan

Sawan tarik memang boleh buat ibu ayah trauma, tapi pengetahuan dan tindakan pantas boleh jadi penyelamat. Setiap saat sangat berharga — semakin cepat anak dibantu, semakin tinggi peluang untuk elak komplikasi.

Jadi, jangan ambil ringan bila anak demam. Pantau suhu, pastikan anak minum air secukupnya, dan segera ke klinik kalau suhu tak turun atau ada tanda-tanda mencurigakan. Panduan ini membantu ibu ayah lebih bersedia menghadapi sawan tarik kanak-kanak di rumah.

Moga perkongsian ini bermanfaat dan jadi panduan kalau situasi kecemasan ini tiba-tiba berlaku pada anak sendiri. Kadang, ilmu kecil boleh selamatkan nyawa besar.

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads