Bila ada adik-beradik kembar ni memang seronok. Boleh buat ramai yang keliru terutamanya kembar seiras. Susah nak cam, hanya yang betul-betul kenal boleh bezakan. Sama seperti video ini yang menunjukkan seorang bayi keliru dan tidak mengenali ibunya sendiri.
Memandangkan si ibu ada kembar dan mereka pula sangat serupa, dengan cermin mata dan pakaian yang lebih kurang sama membuatkan bayi tersebut tidak cam yang mana satu ibunya.
Difahamkan wanita yang bertudung maroon merupakan ibunya tetapi bayi tersebut tidak mahu melepaskan makcik yang sedang mendukungnya.
Apabila si ibu mendekati dan cuba mendukungnya, dapat dilihat bayi tersebut mengelak. Dia juga memegang erat makciknya dan tak mahu melepaskan tudung yang dipegang. Sampai menangis dibuatnya!
Ads
Berikut komen yang ditinggalkan warganet;
Ads
Melihat rupa kedua-dua wanita ini yang terlalu mirip, bukan sahaja si anak, rasanya ramai juga yang pernah keliru dengan identiti mereka ini.
Penampilan sopan dan lebih manis isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia yang dilihat mula bertudung ketika bercuti bersama keluarganya di Genting Highland baru-baru ini mencuri tumpuan ramai.
Video mereka sekeluarga itu dimuat naik menerusi akaun Instagram milik kelab peminat Almy dan Datuk Fizz Fairuz ketika membawa anak-anak makan angin sempena minggu cuti persekolahan.
Dalam rakaman tersebut memaparkan ibu kepada empat cahaya mata perempuan ini bersama suami sedang menaiki kereta kabel sambil menikmati pemandangan sekitar lokasi tanah tinggi berkenaan.
Apa yang mencuri tumpuan, Almy kelihatan cantik dan ayu sekali memakai tudung bawal berwarna biru gelap sambil mendukung anak keempatnya.
Menerusi ruangan komen, kebanyakannya memberi pujian terhadap penampilan terbaru Almy yang nampak semakin berseri-seri.
“Datin memang dah cantik, pakai tudung lagi bertambah ayuu❤️❤️❤️”
Sementara itu, dalam satu posting di Instagram milik Almy beberapa hari lalu turut memperlihatkan dia memakai tudung ketika pergi mengambil anak sekolah sewaktu melakukan panggilan video bersama anaknya yang kecil.
Bagaimanapun, setakat ini Almy Nadia belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penampilan terbarunya namun ramai mendoakan semoga Almy terus istiqamah.
Setiap kali melihat anak membesar, perasaan sebak pasti akan dirasai oleh setiap ibu bapa. Lagi-lagi bila dulunya anak itu seorang yang manja, kini dah pandai berdikari dan boleh diharap.
Sama juga situasinya pada pelakon Norman Hakim apabila anak daranya, Marissa Dania kini telah genap 17 tahun usianya.
Marissa adalah anak perempuan Norman dengan bekas isteri pertamanya, Abby Abadi. Seperti yang ramai sedia maklum, walaupun Norman dan Abby sudah membina kehidupan baru, namun masing-masing tetap menjaga hubungan baik demi kebahagiaan anak-anak.
Hubungan mesra antara dua keluarga ini satu kelebihan buat anak-anak mereka dan ramai yang kagum melihat keakraban dan sikap sporting satu sama lain.
Menerusi perkongsian video di instagram Norman, momen yang cukup menyentuh hati dimana pelukan dan kucupan seorang ayah pada Marissa Dania sungguh sebak sempena hari lahirnya.
Dalam video itu, walaupun malu-malu, kelihatan Marissa Dania dirai dengan penuh kasih sayang oleh papanya.
Ni la my ‘tanggecey’ @marissadania_ yang saya sambut lahirnya dalam kereta 17 tahun lepas. Setiap tahun rasa macam baru je semalam ‘scene’ @mamayebbyyabadi berjuang lahirkan ‘tanggecey’ ni berlaku. Dan kereta ni jugaklah yang hari-hari ulang alik hantar ‘tanggecey’ papa dan adik- beradik yang lain pergi balik sekolah.
Adik dah besar tapi tetap baby kat mata & hati papa. Adik sangat matang dari usia.Adik sangat penyayang dan kadang2 sikit2 garang untuk survival. Papa sayang adik sangat2. Hari2 papa tak pernah lelah doa segala yang terbaik utk adik & anak2 papa yang lain. Bf adik pun papa sayang mcm anak sendiri. Papa nak dia sama2 belajar erti kasih sayang dari papa, cinta pertama adik ni.
Percayalah dengan kasih sayang, kita mampu takluk jiwa dengan izinNya. Dengan kasih sayang jugak,kita mampu takluk akhirat & dunia dengan izinNya.Itu peninggalan papa buat kesayangan papa semua.
Semoga ‘tanggecey’ papa sentiasa dalam lindungan, rahmat & kasih sayangNya sepanjang masa Aamiin Ya Rabb. Adik perlukan doa-doa papa, mama, mummy, abah untuk barakah duniawi, sama seperti kami perlukan doa-doa adik & anak-anak kami semua ketika saat terputus kami dengan alam duniawi sebagai bekalan ukhrawi.
Sementara itu, dalam satu video lain yang dikongsikan Norman, mereka sekeluarga meraikan ulang tahun kelahiran Dania di salah sebuah restoran dengan kehadiran semua ahli keluarga.
Dalam video itu, terukir senyuman di wajah Dania setelah dikelilingi, papa, mama, mummy dan abah serentak.
“Alhamdulillah syukur nikmat. Terima kasih Allah s.w.t Maha Perancang untuk segalanya. Kasih sayang permata paling bernilai mengatasi harta & wang ringgit. Itulah nikmat berkasih sayang keranaNya,” tulis Norman.
Sementara itu, di ruangan komen ramai yang tumpang gembira melihat kebahagiaan keluarga ini.
“Sebak…. It’s good to share the kindness. Moga Allah membuka mata kita semua supaya tak putus kasih sayang keluarga ❤️”
“Untung dia dapat 2 mak 2 ayah yang baik dan sayangkan dia😍happy family❤️semoga jdi ank yang baik solehah berjasa pada mak ayah..diorang dah buat yang terbaik untuk anak2..best je tengok semua baik-baik je walaupun bekas suami isteri kan🥰”
“Alhamdulillah… Anak-anak bahagia dengan orang tua yang Always ada. Itulah keluarga… Lebih bernilai dari wang ringgit”
Siapa cakap mak-mak yang ada anak kecil tak boleh jadi penyokong pasukan bola sepak dan menontonnya di stadium. Bagi yang minat bola sepak, ada anak kecil bukan penghalang untuk sama-sama membangkitkan semangat skuad bola sepak Malaysia dalam Sukan SEA 2017.
Puan Rohaizah Maulud atau lebih mesra dikenali sebagai Ezo membuktikan ada anak kecil tetap boleh menonton perlawanan bola sepak di stadium. Menyokong minat suami dan dua anak perempuannya yang sudah remaja dan amat meminati bola sepak, Ezo turut membawa Rayqarl Daniyal, 3 tahun menyaksikan perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Shah Alam baru-baru ini.
Dia mula membawa anak bongsunya, Rayqarl ke stadium menonton bola sepak ketika si kecil berusia 2 tahun lagi. Ibu tiga anak ini yang juga penyokong tegar skuad bola sepak JDT berkongsi tips yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu lain apabila hendak membawa anak kecil ke stadium menonton bola sepak.
Pastikan anak cukup rehat sebelum pergi ke stadium. Tidur dan rehat yang cukup membantu si kecil ceria dan kurang tantrum.
Bawa bekalan makanan dan minuman yang cukup sebelum perlawanan bermula.
Ajak anak sama-sama join penyokong lain bersorak supaya dia tak rasa bosan dan mula meragam.
Kena selalu beritahu dia tentang bola sepak dan rancangan untuk pergi menonton bola sepak di stadium.
Awasi pergerakan dan keselamatan anak sepanjang masa semasa di stadium bola sepak.
Sediakan kipas kecil untuk mengurangkan anak rasa tak selesa dengan suasana stadium yang panas.
Katanya lebih mudah dia dan suami membawa Rayqarl ke stadium kerana si kecil itu sendiri sangat meminati bola. “Jadi tak ada masalah bagi saya nak bawa dia ke stadium,” akhirinya yang berharap supaya pasukan negara dapat menggondol pingat emas dalam Sukan SEA kali ini.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.