Dalam pantang, menu nak makan agak terhad sikit. Kebanyakan ibu risau takut tempat luka gatal, angin dan macam-macam lagi kan. Jadinya rata-rata selesa ambil langkah selamat.
Mungkin untuk menu makan tengah hari dan makan malam bolehlah gilir-gilir cuma untuk sarapan terhad sikit. Jadi bagi ibu yang nak rasa kelainan sikit dan dalam masa sama nak perut kenyang lama, boleh cuba menu Granola Oat Homemade.
Resipi ni dikongsikan oleh Suzy Honey dan bolehlah dicuba. Caranya simple je dan boleh buat stok siap-siap.
Ibu berpantang mesti dah jemu makan roti dan biskut je kan bila bersarapan. Mari sini akak kongsikan adik-adik semua makan Granola Oat Homemade ni. Bila makan ni rasa cergas betul badan dan bestnya perut dapat kenyang lebih lama. Jom masuk dapur akak.
Bahan-bahan:
-2 cawan rolled oat
-1/2 cawan madu
-1/3 buku butter
-10 biji badam @ 1 cawan almond flakes
-1/2-1 cawan dried cranberries
-1 sudu besar chia seeds
Ads
Cara penyediaan:
1- Cairkan butter kemudian gaulkan dengan madu.
Cairkan butter dan dicampur madu. dan campurkan semua bahan kecuali dried cranberries.
2- Jika guna badam sebiji sebiji, ketuk atau cincang kasar aja.
3- kemudian, campurkan semua bahan kecuali dried cranberries dan tuangkan campuran butter dan madu ke dalam adunan.
Ads
Gaulkan sehingga sebati semuanya
4- Gaulkan sebati kemudian ratakan didalam loyang.
Ratakan di dalam loyang dan bakar pada 170 darjah celsius selama 25-30 minit
5- bakar di dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 25-30 minit.
Hasil selepas dibakar selama 30 minit
6- kacau dan balikkan adunan setiap 10-15 minit.
Ads
Gaulkan bersama dried cranberries begini
8- selepas siap, gaulkan sebati dried cranberries.
9- tunggu sehingga sejuk dan sedia dimasukkan ke dalam bekas.
Bila dah siap, tuang pula susu. Memang sedap dimakan! Berselera bukan main lagi. Nyum nyum!
p/sc: boleh guna cranberries segar juga. Jika guna yang segar, boleh gaul bersama semua bahan dan dibakar sekali. Kalau tiada cranberrie, kismis pun dah cukup sedap tau.
Selamat mencuba ya.
Kredit: SuzyHoney
Sarapan sihat untuk badan sentiasa cergas yeah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara membuat:
1. Satukan magerin ( 1 cwn dulu) dan gula halus dan pukul dengan senduk kayu hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata.
4.Masukkan peanut butter dan gaul rata dengan tangan hingga adunan lembut ( Bila dipicit tak merekah. Kalau kurang lembut boleh tambah magerin atau peanut butter hingga lembut.Kalau lembik,tambah sedikit tepung gandum.
5. Bentukkan adunan kepada bebola kecil ikut saiz acuan.13 gm sebiji utk acuan saya.
6. Letakkan kismis ke dalam acuan dan tekan adunan ke dalam acuan.
7.Bakar pada 180 celcius selama lebih kurang 15-20 minit bergantung kpd oven.
Setiap hari menyediakan menu untuk anak kecil kita pastinya terasa buntu. Variasikan menu pilihan yang disediakan kali ini untuk anak-anak kita. Misi ibu pastinya untuk mengenyangkan anak sekaligus menaikkan berat badan si comel.
Apa kata cuba variasi resipi di bawah untuk selera berbeza anak kita. Olah dan jadikan lebih menarik supaya dapat menarik perhatian si kecil kita. Jom cuba.
BUBUR JAGUNG PULUT
BAHAN-BAHAN:
150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)
100gm isi jagung manis
100gm isi jagung pulut
150ml santan
Air untuk mereneh secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Didihkan beras dan air. Reneh sehingga lembut dan hancur. Kacau sentiasa.
2. Masukkan jagung manis dan jagung pulut lalu direneh lagi sehingga semuanya empuk dan sekata.
3. Seterusnya, tuangkan santan dan kacau sebati.
4. Tambahkan air jika perlu sebelum dihidangkan. Enak dimakan sejuk mahupun hangat.
Info: Rasa lemak santan dan manis jagung dapat memecah selera anak-anak untuk makan lebih daripada biasa. Bubur ini boleh menjadi puri apabila dikisar halus.
BUBUR AYAM BROKOLI
BAHAN-BAHAN:
150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)
5 biji bebola ayam cendawan |dipotong kiub kecil
100gm brokoli |dipotong kecil
2 ulas bawang putih |dicincang
Air untuk mereneh secukupnya
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan beras dan air dan biarkan mendidih. Kacau sentiasa.
3. Masukkan bebola ayam cendawan dan brokoli. Reneh lagi dan kacau sekata.
Info: Untuk rasa yang lebih asli, gunakan isi ayam yang dipotong kecil untuk menggantikan bebola ayam cendawan.
BUBUR GANDUM SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
200gm gandum
1 biji bawang merah |dicincang halus
1 ulas bawang putih |dicincang halus
50gm lobak merah |dihiris memanjang
2 helai daun bawang |dihiris
1 sudu makan sos tiram
300ml air
Stok ayam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan gandum bersama lobak merah yang telah dihiris.
5. Setelah kesemuanya sebati, hidangkan bersama hirisan daun bawang.
Info: Pastikan sayuran dimasukkan pada saat akhir dan dimasak tidak terlalu lama agar khasiatnya terjaga.
Menu Anak 9 Hingga 12 Bulan
SUP AYAM DAN NASI PUTIH
BAHAN-BAHAN:
200gram isi ayam |potong dadu
Lobak merah |potong bulat
½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga |rempah 3 serangkai
1 cawan air
1 mangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
1. Rebus lobak merah, kentang sehingga empuk dalam periuk. Tabur sedikit garam.
2. Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, jintan putih, serbuk ketumbar.
3. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang kisar bersama rempah 3 serangkai. Biarkan hingga wangi.
4. Masukkan ayam ke dalam periuk rebusan lobak merah dan biarkan hingga ayam separuh masak.
5. Kemudian masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk dan biarkan mereneh dalam 20 minit dan angkat.
SECRET FRENCH BAGUETTE
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti french baguette
3 biji telur
4 biji bawang putih |di cincang halus
1 sudu makan mayones
Sedikit mentega
Sedikit daun sup dan bawang- dipotong halus
CARA MEMASAK:
1. Potong sedikit bahagian atas roti dan keluarkan isi roti sehingga menjadi seperti sebuah lubang.
2. Ratakan sekeliling roti dengan mentega. Bakar selama 20 minit hingga garing.
3. Sementara itu, pecahkan telur dan kacau. Masukkan bawang putih, hirisan daun sup serta daun bawang, mayones. Masukkan juga isi roti yang dikeluarkan tadi. Gaul sehingga semua bahan sebati.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam roti.
5. Akhir sekali, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun sup serta sedikit cheese untuk rasa yang lebih enak. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit, 180’ Celsius.
Info: Penambahan keju pada hidangan ini akan membangkitkan selera si kecil anda kepada makanan yang baru diperkenalkan. Keju kaya dengan kalsium dan baik untuk anak anda.
STIK KEJU
BAHAN-BAHAN:
Pastri segera
3 sudu keju parmesan
3 sudu keju cheddar
Sebiji telur-dipukul
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Sapukan mentega di sekeliling pastri segera.
2. Taburkan keju parmesan dan cheddar di atas pastri tadi.
3. Kemudian potong pastri dalam bentuk memanjang.
4. Pintal pastri yang dipotong tadi sehingga ke hujung.
5. Sapukan sedikit telur di atas pastri yang telah dipintal.
6. Taburkan juga lebihan keju.
7. Bakar di dalam ketuhar selama 10 hingga 15 minit sehingga kekuningan dan masak.
Info: Cheese stick ini sangat mudah untuk anda buat sendiri di rumah. Ia tidak memerlukan proses dan waktu yang lama. Sesuai untuk dijadikan snek anak anda.
LEMPENG MADU
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
250ml air
Sedikit minyak zaitun
Madu secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bancuh tepung gandum bersama air secukupnya.
2. Gaulkan hingga menjadi adunan yang cair namun sebati.
3. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, sendukkan adunan dan leperkan menjadi bulat.
4. Biarkan dimasak seketika kemudian terbalikkan. Biarkan masak.
5. Apabila masak angkat dan hidangkan bersama madu (jika perlu) di atasnya.
Info: Pastikan penggunaan api perlahan ketika memasak lempeng.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak suka makan badam bersalut coklat, resipi yang dikongsikan ini cukup mudah. Ia ala-ala ferrero rocher yang menggunakan almonds nibs sebagai bahan utamanya.
Resipi yang dikongsikan oleh Intan Najwa Othman cuma guna dua bahan sahaja.
Ramai rupanya yang suka dengan almond nibs aka ferrero rocher homemade ni. Mama kongsi resipi kat sini ye. Boleh cuba buat sebab sangat mudah dan cuma pakai 2 bahan je.
Resipi dan tips ‘sure menjadi’ ada kat setiap gambar. Selamat bercoklat badam. Kalau nak guna resipi ni silakan. Saya halalkan untuk semua.
Resipi Ferrero Rocher Homemade
Bahan dan cara membuatnya:
Badam cincang dibakar atau disangai untuk bagi masak dan rangup. Ada jual kat kedai jual barang kek. Kuantiti agak-agak ikut naluri je.
Oh, tempoh bakar tu pun mama ikut sedap tangan nak pulas button oven je. Baca bismillah, insyaAllah tak hangus. Tapi realistik la. Janganlah set suhu 200 selama sejam pastu tawakal je. Kang takut jadi lada hitam pula.
Cairkan coklat masakan. Mama guna beryls milk coin. Kuantiti agak-agak juga. Rasa sedap hati kira on la tu. Kalau tak cukup kirim la kat tok laki suruh beli. Tapi make sure bgtau detail jenisnya. Takut salah beli kang hilang terus mood
Badam yang dah bakar/sangai tadi biarkan sejuk kejap. Biasanya sementara nak siap cairkan coklat tu badam dah cool down. Dah tak marah-marah sebab dah sejuk. Dah ok, terus rapatkan silaturahim dorang dalam 1 bekas. Gaul bagi mesra dan sejahtera.
**badam tu mesti bagi sejuk dulu sebab takut tak jadi ranggup lepas gaul dengan coklat.
Pastu masukkan dalam paper cup comel-comel tu. Kalau nak bubuh dalam tupperware sedebuk terus pun boleh. Boleh la feeling makan macam ceduk aiskrim bekas tu ha.
Oh ya, nak bagi korang tak gaduh dengan anak sebab makan comot abis kotor sofa, korang simpan jap dalam peti. 10 minit cukup. Lepastu keluarkan boleh la menikmatinya..
LEPAS 5-10 MINIT KELUARKAN DARI PETI, SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA. JANGAN RISAU, COKLAT TU TAKKAN CAIR KALAU DAH KERAS. Melainkan korang letak kat tempat panas la.
Jangan lupa diri sebab makan ni biasa tak ingat dunia. Tengok-tengok tinggal sarung je.. eh, dah habis..?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.