Saat dapat tahu diri hamil, apa yang terlintas di fikiran seorang ibu hanya mahukan bayi yang dilahirkan sihat sempurna di samping kesihatan ibu dalam keadaan baik sepanjang mengandung.
Jadi penjagaan diri dan pengambilan makanan berkhasiat penting untuk memastikan semua berjalan lancar. Pastinya setiap ibu akan cuba buat yang terbaik dan mengamalkan pemakanan sihat.
Perkongsian Puan Nadia Ahmad Jani mengenai pemakanan yang diambil sepanjang waktu hamil mungkin boleh dijadikan panduan ibu yang tengah mengandung.
Saya doakan buat semua yang masih menunggu cahaya mata, moga kalian dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Saya percaya dengan izin Allah SWT, selagi masih mempunyai rahim, akan hadir penghuni comel di dalamnya. Bertabah dan berdoa jangan putus asa. Sentiasa percaya rezeki itu akan sampai bila tepat waktunya. InshaAllah.
Masa dah kahwin baru ambil folic acid ni. Rupanya lagi elok kalau ambil folic acid ni dari sebelum kahwin.
Bila kita amalkan folic acid ni kita dah kurangkan risiko keguguran, membantu tumbesaran janin dengan sempurna terutamanya pada saraf tunjang.
Masa 1st check up buka buku kandungan 8 minggu. Doktor bagi suplemen ni, makan sampai Nuh lahir..
Ads
Bagusnya tentang suplemen, bagi saya la Alhamdulillah rasa bertenaga sepanjang hari, dan proses perkumuhan lancar.
Tu yang telan juga walaupun besar, untuk pastikan semuanya okay dan anak dalam kandungan dapat nutrisi yang baik daripada saya.
Yang best enfamama ni, ada versi suam dan sejuk. Jadi macam saya yang payah nak minum susu ni, beli perisa coklat buat dengan air sejuk lepas tu shake-shake je..
Enfamama ni lengkap nutrients. Ada acid folic, DHA, iron dan macam-macam lagi termasuk la ada prebiotik. Jadi dengan harapan kandungan akan lebih sihat. Makanan harian pun tak adalah khasiat sangat sebab saya tak berapa suka sayur.
Sejak amal pati delima ni, HB memang cantik tak pernah low time pregnantkan Nuh..
Lepas tu tak ada masalah loya, muntah, mual, pening.
Ads
Dan untuk mencantik dan menggebukan kulit bayi tu yg Nuh keluar pink gebu. Mommy tak gebu-gebu pun.
Kandungan 8 bulan bru start minum air kelapa dan tiap-tiap hari. Banyak khasiatnya. Masa Nuh keluar bersih tak ada banyak lendir atau darah melekat padanya.
Sesiapa yang tak boleh minum minyak tu, beli yang kapsul macam ni. Orang kata untuk memudahkan proses bersalin, saya contraction 2 jam je dari 4 cm ke 10 cm. Sapu juga kat jalan bawah. Saya bru ambil ni masuk 8 bulan. Ambil awal lagi elok.
Ads
Ni memang kegemaran masa pregnantkan Nuh. Banyak-banyak makan anggur untuk elakkan baby kuning. Nuh memang tak kena kuning.
Alhamdulillah lahirlah putera kami dengan sempurna. Moga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua ibu yang sedang hamil. Apa yang dikongsikan berdasarkan pengalaman sendiri.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keinginan makan makanan yang pelbagai sering terjadi ketika kehamilan. Macam-macam yang diidamkan kadang ada yang tak tercapai dek akal. Tapi itu adalah kebiasaan bagi wanita hamil. Selagi ia merupakan makanan pasti suami akan cuba realisasi apa yang diinginkan isteri yang sedang mengandung.
Walaubagaimanapun, dalam keghairahan memenuhi segala permintaan bakal ibu, ada juga makanan yang perlu dielakkan ketika mengandung.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi akaun Facebook miliknya, menurut doktor tersebut wanita hamil perlu mengelak organ dalaman haiwan terutamanya dalam pemakanan. Hati ayam atau lembu salah satu makanan yang kaya dengan dos Vitamin A yang perlu dielakkan makan ketika kehamilan.
Berikut apa yang dikongsikan oleh beliau:
WANITA HAMIL PERLU MENGELAKKAN MENGAMBIL PRODUK HAIWAN TERUTAMA HATI DALAM PEMAKANAN
Bagi wanita hamil, saya mencadangkan bagi mengelakkan dari mengambil hati haiwan seperti hati lembu dan hati ayam dalam menu makanan. Ini kerana terdapat banyak dos vitamin A di dalamnya. Dos vitamin A yang berlebihan akan menggangu perkembangan bayi dalam rahim.
Tidak Perlu Ambil Makanan Kaya Vitamin A Setiap Hari
Perkataan vitamin A merujuk kepada dua jenis nutrien iaitu retinol (atau juga dipanggil retinoids), dan provitamin A carotenoid. Retinol (atau retinoid) terdapat dalam menu yang berasakan haiwan seperti telur , susu, dan hati. Ia boleh digunakan secara langsung oleh tubuh. Sementara carotenoid pula banyak terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia harus ditukar dahulu kepada vitamin A oleh tubuh sebelum dapat digunakan.
Bagi wanita hamil, keperluan vitamin A yang disyorkan ialah 750 mg (2,500 IU ) dalam sehari. Seorang wanita yang hamil tidak perlu mengambil jumlah vitamin A yang disyorkan setiap hari. Ia hanyalah jumlah purata yang boleh diambil untuk beberapa hari atau dalam seminggu. Ini kerana vitamin A adalah vitamin yang tidak larut air dan akan kekal dalam tubuh untuk beberapa hari.
Pengambilan Vitamin A yang banyak boleh sebabkan kecacatan pada bayi
Oleh kerana menu pemakanan kita banyak terdapat daging merah, tenusu, ikan, dan telur, juga sayur-sayuran yang mempunyai banyak vitamin A, maka wanita yang hamil harus berhati-hati supaya tidak mengambil terlalu banyak vitamin A. Pengambilan vitamin A yang banyak dari sumber produk haiwan, boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam rahim.
Namun harus difahami, vitamin A yang berbentuk carotenoids pada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh diambil sebanyak mana yang disukai kerana sifatnya tidak bertindak terus kepada tubuh. Pengambilan vitamin A sebanyak 10,000 IU adalah pengambilan vitamin A yang maksima dibenarkan.
Oleh itu saya menasihatkan ibu yang hamil agar berhati-hati apabila mengambil suplemen vitamin tambahan, apabila telah mengambil menu produk haiwan dalam makanan. Pastikan dos yang diambil tidak berlebihan.
Masa mula-mula pergi check up mengandung, mesti doktor atau jururawat suruh ambil darah dan urine kan? Dia orang nak check apa sebenarnya dengan darah tu? Pernah tak tanya? Untuk apa test tu? Mesti ramai yang tak tahu kan?
Ini test yang biasa dilakukan masa mula-mula buat checkup. Biasanya semua klinik akan buat test yang sama, cuma mungkin ada tambahan sikit-sikit.
Full blood count
Tujuan utama nak tengok Hemoglobin (Hb) atau jumlah darah merah. Yang ni akan di ambil secara berkala sepanjang proses mengandung sebab takut Hb rendah. Kalau Hb rendah, kenalah makan ubat tambah darah.
Ujian syphilis
Syphilis adalah sejenis penyakit kelamin, yang boleh menyebabkan kecacatan pada janin. Jadi, jika pesakit ada syphilis, rawatan akan diberikan.
Hepatitis B
Hepatitis B berjangkit dengan cara menerusi hubungan seks, perpindahan darah, berkongsi jarum suntikan dan dari ibu kepada bayi.
HIV
Cara berjangkit sama macam Hepatitis B.
Rubellla
Rubella juga sejenis penyakit yang berbahaya kepada janin. Boleh menyebabkan kecacatan. Biasanya vaksin diberikan kepada remaja perempuan di sekolah menengah.
Kumpulan darah dan rhesus
Kumpulan darah penting kerana proses mengandung, risiko berlaku pendarahan yang menyebabkan perlunya blood transfusion sering berlaku. Jadi sebagai langkah persediaan, semua ibu mengandung perlu diketahui jenis darah mereka.
Urine test
Macam-macam boleh dikesan dari urine test, kencing manis, kebocoran buah pinggang, jangkitan salur kencing, kurang air akibat muntah-muntah dan lain-lain lagi.
Jadi penting untuk buat test-test ni. Jangan merungut atau anggap doktor saja-saja buat test sebab nak charge extra ya.
Journey kehamilan adalah sesuatu yang sangat indah buat seorang wanita bergelar ibu. Setiap kali mengandung, ibu akan melalui pengalaman yang berbeza. Itulah yang menjadikan detik kehamilan satu memori indah untuk dikenang.
Morning sickness, naik berat badan, perubahan hormon yang menjejaskan penampilan fizikal dan banyak lagi adalah sesuatu yang pasti akan dilalui setiap ibu. Antara lain adalah kenangan sukar tidur malam atau kerap ke tandas.
Sumber foto: www.freepik.com
Sebagai ibu sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk anak yang dikandung. Sering tertanya-tanya bagaimana agaknya posisi anak dalam perut, adakah dia selesa atau tidak.
Ikuti penjelasan dari Dr. Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi tentang hal ini;
🦋 Fakta Femina : Variasi Kedudukan Bayi
#1 Fetal Presentation = bahagian tubuh bayi yang mula-mula masuk ke dalam rongga kelahiran. • Cephalic = kepala • Breech = punggung • Face = muka • Brow = dahi ✅️ ‘Cephalic presentation’ adalah kedudukan bayi yang paling selamat & sesuai bagi kelahiran normal.
#2 Fetal Lie = hubungan antara paksi panjang janin & ibu. • Longitudinal = menegak • Transverse = melintang • Oblique = serong ✅️ Hanya bayi dalam kedudukan ‘Longitudinal Lie’ boleh bersalin secara normal.
Sumber foto: www.freepik.com
#3 Fetal Position = kedudukan kepala janin semasa menghala keluar dari rongga kelahiran. • Occipito-anterior (OA) = muka menghadap bawah • Occipito-posterior (OP) = muka menghadap atas • Occipito-transverse = (OT) muka menghadap sisi ✅️ OA adalah ‘Fetal Position’ yang paling ideal untuk bayi keluar dengan mudah dari rongga kelahiran
#4 Kesimpulan : Bayi dalam kedudukan ‘Longitudinal Lie with Cephalic Presentation and in OA Position’ adalah kedudukan bayi yang paling ideal untuk membolehkan ibu bersalin normal ✅️
Untuk melihat dengan lebih jelas apa yang dikongsikan oleh Dr. Maiza, bolehlah tonton video ini;
Semoga dengan penjelasan ini dapat memberi idea kepada bakal ibu tentang posisi bayi anda di dalam kandungan. Jaga diri dan kandungan sepanjang kehamilan, semoga urusan bersalin anda semua dipermudahkan!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.