Ketika ini, lalu sahaja di mana-mana jalan raya pasti akan kelihatan gerai yang menjual buah durian.
Untuk golongan ibu menyusu sering kali timbul persoalan sama ada boleh makan durian atau tidak? Ikuti perkongsian daripada kaunselor laktasi ini.
Sejak kebelakangan ni, banyak betul orang kongsikan gambar durian di facebook, instagram dan media sosial yang lain.
Ada beberapa orang ibu menyusu tanyakan kepada saya, Boleh ke ibu menyusu makan durian?
Tak bahaya ke untuk baby nanti?
Betul ke durian ni milkbooster?
✓ Ibu menyusu boleh makan durian dan sebenarnya tiada pantang makanan untuk ibu menyusu kecuali anak memang ada alahan atau masalah kesihatan yang memang doktor nasihatkan supaya ibu elakkan makan.
✓ Tiada kajian yang menunjukkan makan durian memberi kesan kepada susu ibu atau baby. Jika ada ibu yang cakap bila makan durian, susu ibu jadi panas dan nanti baby meragam sakit perut. Tunggu dulu! Setiap baby tidak sama. Ibu cubalah dulu dan tengok jika ada kesan pada baby sendiri.
Ads
✓ Durian adalah milkbooster jika durian adalah buah kegemaran ibu. Bila ibu dapat makan durian, hati ibu gembira dan rasa seronok. Bila emosi ibu happy dan seronok, nah! itulah milkbooster nya! 😍
Kalau ibu tak suka bau apatah lagi makan durian, tapi paksa diri juga makan durian semata-mata anggap durian ini adalah milkbooster, maka milkbooster tersebut tidak berkesan sebab ibu tak enjoy pun makan durian tu.
Enjoy your breastfeeding journey. Penyusuan ibu tidak sepatutnya membebankan ibu sehingga terpaksa patuh kepada banyak pantang larang.
Ambilah pendekatan konsep bersederhana. Nak makan durian, kubis, kari, masakan pedas ke, makanlah. Tapi jangan berlebihan dan ambil dalam kuantiti yang sederhana ya. 😉
Fakta tentang buah durian:
1. Durian boleh meningkatkan berat badan
Ads
Buah durian mempunyai kalori yang tinggi. Sebiji durian yang purata beratnya 1kg mengandungi jumlah kalori 1400 kalori. Manakala seulas durian beratnya lebih kurang 40g mengandungi 59kalori.
2. Durian kaya dengan nutrien
Durian kaya dengan potassium, serat, vitamin C dan vitamin B kompleks, asid amno tryptopan (mungkin membantut tidur) tinggi potasium berbanding buah pisang.
3. Durian boleh memberi tenaga segera
Kandungan karbohidrat yang tinggi dalam bentuk gula ringkas boleh menjadi sumber tenaga segera.
Disebabkan durian mempunyai kandungan gula yang tinggi (gula ringkas seperti sukros, frusktosdan dan glukosa), buah ini memang tidak sesuai diambil oleh pesakit diabetes kecuali dalam kuantiti yang sedikir.
Elakkan pengambila berlebihan. Hanya 2 ulas durian untuk setiap hidangan,
Dalam era media sosial, trend makanan viral seperti tiramisu, boba dan ramen pedas bukan sahaja menarik perhatian orang dewasa, malah turut menjadi kegilaan kanak-kanak. Namun di sebalik rupa yang cantik dan rasa yang ‘trending’, ramai ibu bapa tidak sedar bahawa makanan sebegini boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan anak, terutama jika diambil secara kerap dan tidak terkawal.
Artikel ini mengupas bahaya makanan viral kepada anak-anak dari aspek kesihatan fizikal, perkembangan psikologi serta tanggungjawab ibu bapa dalam membuat pilihan yang bijak untuk pemakanan anak-anak.
Kesan Jangka Pendek & Panjang Makanan Viral Terhadap Kesihatan Anak
Tiramisu
Mengandungi kafein daripada kopi yang boleh menyebabkan anak sukar tidur, hiperaktif, degupan jantung tinggi dan susah fokus.
Gula yang tinggi dalam tiramisu pula boleh sebabkan gigi rosak, obesiti dan mengurangkan selera makan.
Boba / Bubble Tea
Sangat tinggi kandungan gula dan kadangkala mengandungi kafein.
Boleh ganggu tidur, tingkah laku dan menyebabkan anak menjadi ‘picky eater’.
‘Pearl’ yang kenyal dan kecil berisiko tinggi untuk anak bawah 5 tahun tersedak.
Kandungan pewarna dan perasa tiruan juga boleh menjejaskan sistem tubuh.
Ramen Pedas
Ramen tular kaya dengan capsaicin, MSG dan garam tinggi.
Mengganggu sistem penghadaman, menyebabkan sakit perut, mual, cirit-birit.
Garam dan MSG berlebihan boleh ganggu fungsi buah pinggang, naikkan tekanan darah dan menyebabkan dehidrasi.
Menggalakkan anak suka makanan masin dan pedas – dan membentuk tabiat pemakanan tidak seimbang.
Apa Berlaku Jika Pemakanan Anak Tidak Dijaga?
Jika ibu bapa terus mengabaikan kawalan pemakanan anak-anak, kesan jangka panjang yang timbul bukan kecil. Antara keburukan besar termasuk:
1. Masalah Kesihatan Kronik
Obesiti sejak kecil.
Risiko diabetes jenis 2 yang meningkat.
Masalah jantung awal akibat kolesterol dan tekanan darah tinggi.
2. Tumbesaran Terencat
Kekurangan nutrisi penting (zat besi, kalsium, vitamin).
Ketinggian, berat badan, sistem imun dan perkembangan otak terjejas.
3. Masalah Tingkah Laku & Fokus
Anak lebih mudah meragam, agresif dan tidak boleh fokus.
Terdedah kepada gangguan emosi dan kesukaran belajar.
4. Cita Rasa Pemakanan Tidak Seimbang
Anak menolak buah & sayur, hanya memilih makanan bergula, masin dan berperisa kuat.
Sukar dibentuk semula pada usia remaja.
5. Gangguan Emosi & Keyakinan Diri
Anak obes lebih berisiko menjadi mangsa buli, menyebabkan kemurungan dan rendah diri.
Trend Media Sosial & Bahaya ‘Ikut-Ikutan’
Menurut Dr. Putri Zainab, kanak-kanak belajar melalui pemerhatian, ini dipanggil modeling. Bila ibu bapa sendiri terikut-ikut trend tanpa menilai, anak akan menganggap semua yang tular itu normal walaupun tidak sihat. Lama-kelamaan, anak tidak tahu beza antara makanan sihat dan sekadar ikut trend.
“Bagi setiap makanan yang viral, ibubapa perlu mengkaji dahulu isi kandungan makanan tersebut, untuk membuat penilaian sama ada makanan tersebut sesuai untuk anak mereka ataupun tidak” Katanya.
Panduan Sebelum Benarkan Anak Cuba Makanan Viral
Periksa bahan kandungan – pastikan tiada bahan allergen, kafein, pengawet atau gula melampau.
Nilai sumber trend – adakah ia dimulakan oleh pakar atau sekadar influencer?
Lihat umur dan keupayaan anak – elak makanan yang mudah menyebabkan tercekik.
Rujuk pakar jika ragu-ragu – berbalik kepada pakar pemakanan atau doktor kanak-kanak.
Adakah Makanan Viral Boleh Diolah Jadi Selamat?
Ya! Contohnya tiramisu boleh diganti kopi dengan serbuk koko, ditambah buah-buahan segar. Bubble tea boleh dibuat sendiri dengan jelly dari jus buah dan kurang gula. Yang penting adalah Fahami ramuan, olah dengan bijak.
Isu Amaran ‘Cancer Harm’ Pada Ramen Tular – Kenapa Ibu Bapa Perlu Ambil Serius?
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila netizen menjumpai tulisan amaran “may cause cancer” di belakang peket ramen tular dari luar negara. Ramai yang terkejut kerana ia tidak pernah diberi perhatian sebelum ini, dan lebih membimbangkan – ramai anak-anak telah pun mencuba makanan tersebut.
Menurut Dr. Putri Zainab, isu ini bukan sekadar “gimik label”, tetapi berpunca daripada kandungan bahan kimia dan pengawet tertentu yang jika diambil dalam jangka masa panjang, boleh menyumbang kepada risiko kanser, seperti yang dibuktikan melalui kajian ke atas haiwan makmal.
Walaupun pendedahan sekali atau dua kali tidak terus menyebabkan kanser, amalan membiarkan anak-anak mengambil makanan berisiko secara berulang adalah satu bentuk kelalaian yang boleh membawa kesan besar di masa hadapan.
“Pengambilan bahan-bahan kimia atau pengawet secara berlarutan dan berlebihan boleh menyebabkan kanser berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap haiwan. Oleh sebab berita yang tular tersebut, ibubapa sudah mula cakna bahawa ramen ini sebenarnya tidak sihat untuk semua golongan apatah lagi kanak-kanak. ” – Dr. Putri Zainab
Didik Anak Fikir Secara Kritis
Latih anak bertanya dan menilai makanan:
“Adakah makanan ni sihat?”
“Kenapa makanan ni tular?”
“Apa kesan kalau saya makan banyak?”
Berikan pilihan makanan alternatif dan puji apabila mereka membuat pilihan bijak.
Tanggungjawab Ibu Bapa Kekal, Walaupun Trend Sentiasa Berubah
Trend makanan akan sentiasa datang dan pergi. Tapi anak-anak kita tetap bergantung kepada kita dalam membuat pilihan yang betul. Jangan biarkan media sosial menentukan apa yang masuk ke dalam perut mereka.
Bermula dengan rumah, bermula dengan ibu ayah. Kawal pemakanan anak hari ini dan demi masa depan mereka esok.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu-ibu cubalah ajar bayi makan telur. Perkenalkan bayi dengan variasi menu berasaskan telur. Mungkin ada ibu yang tertanya-tanya apa relevannya telur dalam pemakanan bayi. Untuk pengetahuan ibu, bayi berumur setahun akan diberikan suntikan MMR (Measles, Mumps, Rubella) mengikut jadual yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Suntikan MMR mengandungi kolostrom seperti mana yang terdapat dalam telur kuning. Sebelum bayi diberikan suntikan MMR, dia mestilah terlebih dahulu diperkenalkan pada telur kuning untuk mengesan tindak balas terhadap kolostrum tersebut.
Ibu Ajar Bayi Makan Telur Untuk Tahu Tindakbalas Alahan
Sekiranya bayi tiada sebarang masalah alahan jadi tiada masalah untuk terus menerima suntikan. Tetapi jika ada tanda-tanda alahan seperti ruam atau bintik-bintik merah pada kulit maka ibu perlu maklumkan kepada jururawat atau doktor.
Telur adalah antara lapan makanan popular yang boleh menyebabkan alahan tetapi ramai Pakar Pediatrik berkata memperkenalkan telur kuning adalah okay untuk bayi usia lapan bulan yang tiada sebarang masalah alergi.
Bila Boleh Perkenalkan Telur
Ramai pakar pemakanan menyarankan lebih selamat untuk perkenalkan telur kuning kepada bayi apabila berumur lapan, elakkan beri putih telur sehingga bayi genap usia setahun.
Telur mestilah direbus untuk memudahkan ibu memisahkan bahagian kuning dan putih. Pastikan anda hanya bagi anak makan telur yang betul-betul bersih dan direbus sehingga masak. Ini bagi mengelakkan risiko pencemaran bakteria oleh patogen berbahaya seperti salmonella
Seorang ibu, Rai Lee berkongsi dengan ibu-ibu lain di facebook Geng Memasak Untuk Anak (GMUA) bagaimana langkah untuk perkenalkan telur kepada bayi.
Kuning telur sebenarnya makanan mudah dan ringkas yang boleh menaikkan HB anak.
Mula perkenalkan telur selewat-lewatnya umur bayi lapan bulan.
9 LANGKAH PERKENALKAN TELUR KEPADA BAYI
Ramai juga yang masih belum tahu tentang cara nak memperkenalkan telur kepada bayi Sembilan langkah yang wajib dibuat untuk memkenalkan telur kepada bayi.
Minggu 1: 1 sudu besar kuning telur 1 kali seminggu
Minggu 2: 1 sudu besar kuning telur 2 kali seminggu
Minggu 3: 1 biji telur kuning sahaja
Minggu 4: 1 biji kuning telur 2 kali seminggu
Minggu 5: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 1 kali seminggu
Minggu 6: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 2 kali seminggu
Minggu 7: 1 biji penuh telur
Minggu 8: 1 biji penuh telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-9 dan seterusnya sudah boleh beri bayi makan sebiji telur penuh tapi tak boleh lebih daripada 3 kali seminggu.
Kenapa perlu dimulakan dengan kuning telur? Ini kerana kuning telur tidak mengandungi protein yang boleh menyebabkan bayi mengalami alahan kepada telur. Putih telur mengandungi empat protein yang boleh menyebabkan alahan.
Ibu mana yang tak teruja bila mana anak sudah pun menghampiri usia enam bulan. Seronoknya anak sudah boleh makan!
Apa tip untuk anda memilih makanan terbaik? Sebelum itu kenal pasti dahulu bila anak sudah cukup bersedia untuk makan.
Dah bersedia ke anak makan makanan pejal?
Bayi boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi.
Ini adalah penting bagi bayi kekal dalam posisi tegak dan stabil sekiranya dia mahu mengambil makanan dan disuap dengan sudu.
Melakukan pergerakan mengunyah.
Bayi boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi sudah pandai menelan dengan efisien, dimana bila anda perhati bahawa air liur sudah kurang meleleh.
Bayi anda kelihatan seperti minat dengan makanan yang anda makan.
Bayi mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut.
Sebelum mempersiapkan menu dan segala kelengkapan, beberapa perkara ibu harus bersedia dan ambil tahu. Barulah percubaan pertama anak untuk makan lebih berjaya. Apa mak ayah perlu lakukan?
Masak sendiri guna bahan segar
Sebaik-baiknya makanan pertama si kecil kita di masak sendiri menggunakan bahan – bahan segar dan tiada bahan pengawet. Pilihlah sayur-sayuran dan buah-buahan yang masih segar untuk percubaan pertama anak.
Sayur-sayuran perlulah di rendam sebaik yang mungkin manakala buah-buahan seharusnya di cuci serta dikupas dengan elok bagi menjaga sistem pencernaan bayi dan memastikan selamat untuk bayi kita.
Perkenalkan puri dengan tekstur lembut
Pada usia enam bulan bayi hanya disarankan makanan dalam bentuk puri, separa pejal, bubur atau makanan yang hanya dikisar. Makanan pertama bayi digalakkan yang kurang sensitif kepada bayi serta perutnya.
Dari segi rasa juga tidak digalakkan meletakkan penambah perisa yang boleh mendorong bayi menjadi suka kepada benda yang tidak bernutrisi. Rasa makanan yang semulajadi atau rasa asli lebih baik untuk bayi.
Pastikan buah direbus atau kukus
Bagi makanan dalam bentuk puri, buah-buahan perlu dikukus atau direbus terlebih dahulu. Elakkan merebus terlalu lama kerana ia akan menghilangkan nutrisi makanan tersebut. Sekiranya anda merebus sayuran ubi-ubian seperti kentang, brokoli, lobak merah, sebaik-baiknya gunakan air rebusan tersebut untuk mengisar makanan kerana ia mengandungi nutrisi (vitamin dan mineral) yang tinggi untuk keperluan bayi.
Selepas dikisar pastikan tekstur makanan tersebut tidak terlalu pekat. Biarkan sedikit cair supaya ia serasi dan lebih kurang dengan tekstur susu ibu. Bila bayi sudah terbiasa lama kelamaan barulah ibu memekatkan tekstur tersebut secara berperingkat.
Elakkan Tiga Perkara Ini
* Jangan terus memberi makanan kepada bayi anda sekiranya dia tidak mahu (memalingkan kepalanya atau tidak mahu membuka mulutnya). Bayi mungkin sudah kenyang atau tidak suka dengan makanan tersebut. Jika kita terus memaksa, ini akan membuat kan bayi tidak mahu mencuba makanan lain.
* Elakkan makanan yang terlalu manis, terlalu masin, makanan berlemak, makanan pedas serta terlalu berempah. Ini akan menyebabkan kerengsaan kepada perut bayi seperti kembung atau cirit.
* Jangan jadikan makanan sebagai hadiah atau dorongan. Seeloknya gunakan pelukan, ciuman dan berikan perhatian sepenuhnya kepada bayi kita.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.