Ads

Ibu Nak Pakai Makeup Dalam Labour Room? Doktor Jelaskan Kenapa Lipstik Tebal Perlu Dielakkan!

Ibu Nak Pakai Makeup Dalam Labour Room? Doktor Jelaskan Kenapa Lipstik Tebal Perlu Dielakkan!

Bila tiba hari untuk melahirkan anak, sudah tentu ramai ibu mahu tampil cantik dan berseri, lebih-lebih lagi apabila detik istimewa itu bakal dirakam sebagai kenangan seumur hidup.

Malah, ada ibu yang siap mengenakan solekan lengkap dengan foundation, blusher, lipstik dan bulu mata palsu sebelum melangkah masuk ke bilik bersalin atau labour room.

Namun, pernah tak ibu tertanya-tanya kenapa ada doktor atau jururawat meminta supaya lipstik dan solekan ditanggalkan sebelum proses bersalin?

Rupa-rupanya, permintaan tersebut bukan sekadar prosedur biasa, sebaliknya ada kaitan dengan aspek keselamatan dan pemantauan kesihatan ibu sepanjang proses kelahiran.

Menerusi perkongsian Dr Akmal Hisyam, Pakar Obstetrik, Ginekologi & Kesuburan dari Avisena Specialist Hospital 2, ibu sebenarnya tidak semestinya dilarang untuk bersolek ketika bersalin. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian. Ikuti perkongsian beliau.

Ibu Nak Pakai Makeup Dalam Labour Room? Doktor Jelaskan Kenapa Lipstik Tebal Perlu Dielakkan Ketika Bersalin!

Boleh Ke Ibu Pakai Makeup Dalam Labour Room?

Zaman media sosial ni, memang ramai ibu yang nak nampak cantik sebelum masuk labour room. Nak nampak on point punya pasal, ada yang pakai foundation, blusher dengan lipstik. Yang pakai bulu mata lentik pun ada tau.

Bagi saya, tak salah pun ibu nak nampak cantik. Kalau bersolek boleh buat ibu rasa lebih yakin dan gembira, apa salahnya. Cuma kita kena ingat, masuk labour room ni bukan nak pergi photoshoot semata-mata. Ada aspek keselamatan yang doktor perlu utamakan.

Kenapa Doktor Atau Jururawat Minta Ibu Tanggalkan Lipstik?

Semuanya atas sebab perubatan dan keselamatan pesakit. Warna bibir merupakan salah satu petunjuk yang boleh membantu doktor menilai tahap kesihatan dan keadaan pesakit.

Contohnya, warna bibir yang kelihatan kebiruan boleh menjadi tanda kekurangan oksigen di dalam darah, manakala warna bibir yang pucat boleh menjadi salah satu petunjuk masalah seperti anemia atau kehilangan darah sewaktu bersalin.

Ads

Jadi, sekiranya ibu memakai lipstik yang terlalu tebal, lebih sukar untuk doktor membuat penilaian.

Tetapi, doktor bukan hanya bergantung kepada warna bibir sahaja untuk memantau keadaan pesakit. Doktor menggunakan alat dan mesin perubatan untuk melihat perubahan tekanan darah, kadar denyutan jantung, pernafasan dan paras oksigen.

Doktor juga akan memerhatikan jumlah penggunaan gauze dan pad sekiranya tumpah darah berlaku sewaktu proses kelahiran.

Sebab itulah, pemakaian makeup dalam labour room perlu mengambil kira keadaan kesihatan ibu dan keperluan pemantauan oleh pasukan perubatan.

Ibu Nak Pakai Makeup Dalam Labour Room? Doktor Jelaskan Kenapa Lipstik Tebal Perlu Dielakkan Ketika Bersalin!

Jadi, Selamat Ke Ibu Nak Bermekap Ketika Bersalin?

Untuk ibu yang berisiko rendah yang menjalani proses bersalin secara normal, solekan ringan biasanya tidak menjadi masalah, juga tertakluk kepada polisi hospital.

Bagi ibu yang perlu menjalani pembedahan Caesarean, biasanya kita akan minta solekan untuk ditanggalkan.

Ads

Oh ya, selain lipstik, pengilat kuku atau kuku palsu juga boleh mengganggu bacaan alat pulse oximeter yang digunakan untuk memantau tahap oksigen di dalam badan.

Walau bagaimanapun, kesannya bergantung pada jenis pengilat kuku, alat yang digunakan dan keadaan pesakit. Jadi, ikut sahaja arahan petugas kesihatan jika mereka meminta pengilat kuku atau kuku palsu ditanggalkan.

Jadi nasihat saya, kalau nak bersolek, pilihlah solekan yang ringkas dan mudah dibersihkan. Elakkan lipstik yang terlalu tebal atau sukar ditanggalkan.

Jangan kecil hati andai kata jururawat minta padamkan lipstik. Bukan sebab makeup tak cantik, tetapi sebab mereka nak pastikan ibu dan anak sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Ibu Nak Pakai Makeup Dalam Labour Room? Doktor Jelaskan Kenapa Lipstik Tebal Perlu Dielakkan Ketika Bersalin!

Keselamatan Ibu & Bayi Lebih Penting Daripada Solekan

Kesimpulannya, tidak salah untuk ibu mahu kelihatan cantik ketika melahirkan anak, apatah lagi detik kelahiran merupakan antara momen paling bermakna dalam kehidupan seorang wanita.

Ads

Namun, ibu perlu memahami bahawa setiap arahan doktor dan jururawat mempunyai tujuan tertentu, terutama apabila melibatkan keselamatan sepanjang proses bersalin.

Jika ibu bercadang untuk memakai solekan, sebaiknya pilih solekan ringan dan semak terlebih dahulu polisi hospital tempat bersalin.

Jika masih ragu-ragu tentang penggunaan makeup dalam labour room, ibu boleh bertanya kepada doktor atau jururawat lebih awal, terutama jika ada kemungkinan perlu menjalani pembedahan atau prosedur kecemasan.

Apa yang paling penting, bukanlah secantik mana wajah ibu ketika berada dalam labour room, tetapi memastikan ibu dan bayi melalui proses kelahiran dengan selamat.

Ingat ibu, kecantikan boleh diraikan, tetapi keselamatan ketika bersalin tetap menjadi keutamaan!

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: Dr Akmal Hisyam

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Shila Amzah Biasakan Anak Tidur Sendiri Sejak Bayi, Usia 8 Bulan Dah Asing Bilik!

Shila Amzah Biasakan Anak Tidur Sendiri Sejak Bayi, Usia 8 Bulan...

Shila Amzah kongsi pengalaman melatih anak tidur sendiri sejak bayi dan mengasingkan bilik ketika usia 8 bulan dengan bantuan baby monitor.