Banyak kajian yang dilakukan membuktikan anak yang rapat dengan ayah akan membesar sebagai anak yang cerdik dan berkeyakinan bila dewasa nanti. Dalam perkembangan seorang anak, perlu diingat yang peranan ayah sama pentingnya seperti peranan ibu.
Walaupun kebanyakan anak memang rapat dengan ibu kerana ikatan telah terbina sejak dari dalam kandungan dan semasa proses menyusu tetapi tak semestinya ayah tak boleh rapat dengan anak.
Salah satu kajian yang dilakukan oleh Father Involvement mendapati ikatan yang erat antara anak dan ayah akan melahirkan anak yang cerdik dibandingkan dengan anak yang langsung tidak rapat dengan ayah atau hanya rapat dengan salah seorang daripada orang tuanya.
Walaupun sibuk dengan kerja, ayah janganlah balik ke rumah tanpa mampu melemparkan senyuman atau bertanya khabar pada si kecil. Mereka sangat menantikan kepulangan ayah dari kerja untuk bercerita banyak perkara yang berlaku pada hari tersebut.
TIP ERATKAN HUBUNGAN DENGAN ANAK
1. Sediakan waktu khusus untuk bonding time dengan anak
Kualiti masa lebih penting berbanding kuantiti. Itu jika anda seorang ayah yang sangat sibuk. Pastikan anda menyediakan waktu khusus untuk anak antara 20 hingga 30 minit sehari untuk bonding time. Masa ini anda buatlah apa aktiviti yang anak suka. Kegembiraan yang mereka alami dalam jangka masa yang singkat tapi berkualiti ini mampu memberikan kesan positif dalam diri mereka.
2. Tak perlu kos yang mahal atau perjalanan yang jauh
Untuk menghabiskan masa berkualiti bersama anak tak semestinya anda perlu merancang percutian ke tempat yang jauh dan pastinya memerlukan kos yang mahal dan perjalanan yang panjang. Kadang-kala aktiviti membasuh kereta di depan rumah pun dah boleh menjadikan anak gembira kerana dapat bersama ayah. Paling penting masa bersama si kecil.
3. Bermain dan bersiar-siar bersama adalah saat yang dinantikan oleh anak
Jadikan masa hujung minggu sebagai waktu untuk bermain dan bersiar-siar dengan anak. Mungkin anda boleh pilih waktu awal pagi untuk keluar beriadah di taman. Bermain bola sepak, main kejar-kejar, layan si kecil bermain di taman permainan sambil melihat keindahan alam semula jadi adalah waktu berharga yang sangat disukai oleh anak. Selain mengeratkan hubungan ayah dan anak, mereka juga boleh belajar mengenali pelbagai jenis haiwan dan tumbuh-tumbahan.
4. Sentiasa peluk anak
Anak yang sentiasa dipeluk lebih tenang, kurang degil, dengar cakap dan ceria, jadi ayah pastikan anda sentiasa peluk anak setiap hari. Pelukan dari seorang ayah akan merembeskan sejenis hormon oksitoksin di mana sel saraf pada badan akan memberi isyarat kepada otak untuk berada dalam keadaan tenang. Pelukan kepada anak lelaki akan membantu ia mengurangkan perlakuan agresif selain bagus untuk perkembangan IQ mereka.
5. Berbual dengan anak
Pernah tak ayah berbual dengan anak? Walaupun ayah sibuk tapi carilah masa untuk berbual-bual dengan anak. Ayah boleh bercerita hal-hal berkaitan pembentukan karektor diri anak. Daripada ayah, anak belajar tentang disiplin, keyakinan diri, skil kemahiran hidup dan bagaimana menjadi individu yang berani dengan cabaran hidup.
6. Dengar cerita anak
Anak-anak memang suka bercerita. Walaupun kadang-kala kita tak berapa faham dengan cerita si kecil tapi cubalah layan dan memberikan respon pada ceritanya. Ayah, tolong letak seketika handphone dan beri tumpuan pada cerita anak. Ia penting untuk membina keyakinan diri anak meluahkan perasaannya.
Ads
7. Sesekali keluar berdua dengan anak
Mungkin ramai ayah yang tak yakin untuk keluar berduaan dengan anak sahaja. Tapi tak salah cuba cara ini sebagai salah satu kaedah merapatkan hubungan. Sesekali cuba bawa anak anda keluar tanpa ibu mereka bersama. Selain anda dapat meluangkan masa bersama, cara ini juga membantu ayah menjadi lebih cekap menguruskan keperluan anak. Kalau tak confident, cuba keluar dengan anak dalam masa sekejap dan tempat yang tak jauh. Bila dah okay mungkin boleh keluar lebih lama dan ke lokasi yang jauh sedikit dari rumah.
8. Uruskan keperluan anak
Sebaiknya mulakan sejak anak masih bayi. Walaupun kekok sebab pertama kali bergelar ayah tapi berusahalah untuk belajar menguruskan keperluan si manja. Percayalah, seorang ayah punya cara dan kehebatan tersendiri menguruskan keperluan si manja walaupun mungkin kali pertama boleh jadi kelam-kabut.
Membina ikatan erat bukanlah satu perkara yang mudah dan cepat. Ia mengambil masa yang lama dan memerlukan kesabaran. Paling penting anda tidak mudah berputus asa untuk terus rapatkan diri dengan anak. Ingatlah, peranan ayah sangat penting dalam perkembangan karektor seorang anak.
Air nabeez ialah minuman yang diambil Nabi Muhammad SAW. Ia dikatakan dapat memulihkan tenaga, sesuai diambil ketika bersahur.
Memberikan tubuh nutrien daripada bahan semula jadi adalah perkara yang terbaik yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan.
Bagi memastikan tubuh badan kekal bertenaga ketika berpuasa, amalan pemakanan yang sihat adalah amat penting dan perlu dititikberatkan terutamanya ketika bersahur dan berbuka.
Rendaman kurma atau kismis
Amalan meminum air nabeez iaitu air rendaman kurma atau kismis dalam air masak semalaman dalam bekas yang tertutup dan kemudiannya diminum keesokkan harinya. Selain tersimpan banyak khasiat, air nabeez adalah minuman sunnah dan merupakan minuman kegemaran Rasullullah SAW.
Namun bagi ibu hamil, penting bagi anda mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pemakanan, terutama sekali yang mempunyai diabetes kerana gula dalam kurma agak tinggi.
Selain menggunakan kurma, air nabeez juga boleh disediakan menggunakan kismis.
Penyediaan air nabeez
Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insyaallah, perut mampu bertahan.
Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama2 sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.
Cara-cara:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carikkan isi kurma. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan Ramadhan. Amalkan masa perut kosong.
Khasiatnya air nabeez
1. Pemberi & pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).
2. Tinggi kandungan fiber- menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit).
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya akan pottassium- penting dalam menjaga jantung & menstabilkan tekanan darah.
Disebabkan air nabeez tinggi akan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Selebriti, Nubhan mengakui momen menjadi seorang ayah adalah momen yang paling berharga. Malah dirinya sendiri sebolehnya ingin mendidik anak dengan penuh kelembutan agar tiada trauma dalam diri anak-anak ketika mereka sedang membesar.
Baginya, anak-anak kecil masih lagi dalam proses mengenal dunia, menangis, melasak itu perkara biaasa dan mereka perlukan bimbingan bukanya amarah yang tidak dapat dibendung oleh orang dewasa.
Sentiasa menghargai keluarga, anak, isteri dan ibunya sendiri, Nubhan mempunyai sisi yang hebat jadi tidak hairanlah kenapa dia dipilih sebagai Penerima Anugerah Best Papa Millennial untuk Pa&Ma Gala Award 2023, yang mana perkongsian dari Nubhan boleh dijadikan inspirasi buat papa-papa lain.
Nak Anak Sentiasa Happy
“Saya suka anak-anak saya happy. Saya tak suka anak-anak saya sedih, menangis sebab mereka baru kenal dunia kan? Banyak benda yang dia tak tahu.”
“Saya selalu nasihatkan isteri agar lebih berlembut dengan anak-anak, nasihat dengan baik.”
Sebelum berkahwin, Nubhan juga turut mendalami ilmu keibubapaan, ilmu agama supaya dapat membimbing keluarga tercinta.
“Setiap hari saya akan peluk anak-anak saya, saya akan cium anak-anak saya. Saya akan berbual dengan anak-anak saya. Kalau saya diberi masa yang banyak, saya akan lebih banyak spend masa dengan anak saya.”
“Sebab waktu dia membesar ni waktu yang saya akan ingat dan tak akan berulang lagi, jadi itulah momen-momen yang saya nak kumpul sebanyak yang boleh dengan anak-anak yang merapatkan lagi anak-anak dengan saya agar mereka rasa tak takut dengan mak ayah, agar anak rasa dilindungi, tempat bergantung dengan kita.”
“Anak baru lahir, bila saya dapat tahu anak saya punya progress. Bila balik rumah, anak berlari peluk kita, sayang kita. Seronok sebab bila tak ada dekat rumah, rasa sunyi.. rindu gelagat anak.”
“Nubhan pernah menghadiahkan sebuah klinik buat isteri tersayang dan juga pengubahsuaian rumah buat ibu tercinta, namun baginya duit bukan ukuran kebahagiaan.”
“Bila kita tengok orang kita sayang tu bahagia, itulah kebahagiaan kita. Jangan nilai seseorang itu berdasarkan berapa duit yang dia ada, berapa aset dia ada. Itu bukan, tidak dinilai dari situ langsung.”
Untuk saksikan perkongsian lanjut dari Nubhan sebagai Penerima Anugerah Best Papa Millennial, Pa&Ma Gala Award 2023 tonton di bawah ini.
Nantikan episod seterusnya untuk Pa&Ma Gala Award setiap hari pada bulan Julai ini!
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Comelnya si kecil Nur Azura Yamani, anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah dan Datin Zai Izzati Khairuddin. Baru berusia enam bulan si kecil Azura ini memang tak puas dipandang. Mempunyai raut wajah yang comel berkulit putih kemerahan dan bermata bundar, pantang diagah Nur Azura Yamani pasti tertawa manis. Tentu buatkan hati sesiapa sahaja cair memandangnya.
Dilahirkan pada 10 Oktober lalu merupakan cahaya mata pertama Datin Zai Izzati sementara zuriat ketiga bagi Datuk Jamal Abdillah. Awal kehamilan, baik Datuk Jamal mahupun isteri memilih untuk tidak mengumumkan berita gembira tersebut kepada peminat.
Ini kerana ujar penyanyi yang berasal dari Perak itu, isterinya pernah mengalami kegugvuran sebanyak tiga kali dan mendapatkan rawatan pakar bagi menguatkan rahim.
Syukurlah kerana kehadiran Nur Azura Yamani ini menyerikan lagi rumah tangga Datin Zai Izzati dan Datuk Jamal Abdillah. Mereka sah bergelar suami isteri pada tanggal 1 April 2017 di Ipoh, Perak selepas berkenalan selama dua bulan dan berjumpa hanya sekali sebelum bernikah.
Tiga tahun berkahwin, kehadiran Nur Azura Yamani pelengkap hidup
Tiga tahun melayari bahtera perkahwinan dan kini diserikan dengan kehadiran cahaya mata comel, pastinya pasangan selebriti ini sedang diulit bahagia!
Bercerita tentang suri hati Datuk Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati yang sedang meniti usia 26 tahun sememangnya seorang wanita yang cukup sempurna. Rupa paras beliau yang sarat dengan kelembutan dan berkulit mulus mampu membuatkan sesiapa sahaja toleh beberapa kali.
Walau sudah bergelar ibu, Datin Zai Izzati tetap mementingkan kecantikan diri dan memastikan penampilannya dari hujung rambut ke hujung kaki tetap terjaga. Untung Datuk Jamal!
Kali pertama Datuk Jamal dikurniakan anak perempuan
Ini merupakan perkahwinan keempat Datuk Jamal Abdillah selepas pernah mendirikan rumah tangga dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad. Walau jarak usia 35 tahun dengan Datin Zai namun ia bukan halangan buat kedua-duanya melayari perkahwinan bahagia sama seperti suami isteri lain.
Perkahwinan yang diatur keluarga itu juga diterima baik anak-anak lelaki Datuk Jamal iaitu Osama Yamani, 18 tahun hasil pernikahan dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 12 tahun anak dengan isteri ketiganya iaitu Fatimatuzahrah.
Semoga Nur Azura Yamani membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan ibu bapa kelak. Mesti Datuk Jamal teruja dengan kelahiran Nur Azura kerana ia adalah kali pertama beliau menimang cahaya mata perempuan.
Tarikh 14 April 2025 akan terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dikenali sebagai...