Seorang pelajar cemerlang dalam bidang perakaunan, Aysar Zahran Saiful Alimin, yang terlibat dalam kemalangan tragis membabitkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat-Ampang semalam, pernah menyimpan impian untuk menjadi akauntan di salah satu firma audit terbesar dunia.
Memetik Sinar Harian, bapanya, Saiful Alimin Mohd Mokhtar, 58, Allahyarham pernah berkongsi cita-citanya itu berkali-kali, terutamanya selepas kejayaan luar biasanya dalam peperiksaan Program Asas Perakaunan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA-FIA) pada 2023. Ketika itu, Aysar meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Management Information 1 (MA1).
“Saya memberi galakan sepenuhnya kepada dia kerana ia merupakan peluang kerjaya yang baik malah saya juga mempunyai beberapa rakan yang bekerja sebagai akauntan. Jadi, saya selalu beritahu Allahyarham supaya mengambil contoh daripada mereka.”
“Walaupun sangat sedih kehilangannya, saya reda dengan kejadian ini,” katanya yang kelihatan sugul ketika ditemui di Masjid Al-Muttaqin di sini hari ini.
Ads
Saiful Alimin menyifatkan Aysar Zahran seorang anak yang baik dan lemah lembut selain sentiasa menunggang motosikal dengan berhemah.
PENSYARAH AKUI ARWAH PELAJAR HEBAT
Sementara itu, pensyarah Gary Danny, 29, berkata, Aysar Zahran pernah memberitahu mengenai cita-citanya untuk bekerja di satu daripada empat firma audit terbesar di dunia dikenali sebagai ‘the big four’ untuk meningkatkan ekonomi keluarganya.
Ads
“Setahu saya Aysar Zahran bukan datang daripada keluarga senang dan dia turut menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Saya mengenalinya sebagai seorang yang peramah dan mudah tersenyum serta mempunyai usaha tinggi untuk berjaya, dalam kelas dia memang suka duduk di barisan paling hadapan,” katanya.
Gary berkata, dia pernah mengajar Aysar Zahran bagi kertas MA1 dalam peperiksaan ACCA-FIA, yang membawa kejayaan cemerlang buat Allahyarham.
“Kenangan paling manis dikongsi bersama Aysar Zahran ialah apabila saya menghubunginya menerusi telefon untuk memberitahu keputusan peperiksaan tersebut dan kami sama-sama menjerit gembira di telefon,” katanya.
Ads
Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di Masjid Al-Muttaqin untuk disolatkan pada kira-kira jam 4.30 petang seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 16, Hulu Langat.
Media sebelum ini melaporkan pelajar terbabit maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Alza yang memasuki laluan bertentangan dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan kira-kira 4.45 petang semalam.
Sumber: Sinar Harian & Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi seorang ibu bukanlah kerja yang mudah. Menguruskan keluarga, menyediakan segela keperluan suami dan anak-anak sememangnya meletihkan. Sesekali perlu juga recharge tenaga, dapat rehat sekejap pun dah puas hati.
Dapat suami yang sentiasa bertolak ansur dan memahami, memang beruntung. Isteri diberi ruang untuk berehat dan segala kerja rumah diambil alih bagi meringankan beban isteri.
Badminton Tetap Onz, Main Sambil Dukung Anak
Menerusi sebiah video yang dikongsikan oleh qilahbenny, kelihatan seorang lelaki sedang bermain badminton.
Main badminton itu perkara biasa tetapi yang mencuri perhatian adalah lelaki tersebut yang dengan selamba ‘libas’ raket sambil sebelah tangan mendukung anaknya.
Jom tonton video ini;
@qilahbennyLaaaa kita keluar ngn kawan kita angkut anak sekali tau.
Ramai Kongsi Buat Benda Sama
Menerusi ruangan komen dapat dilihat banyak komen yang berkongsi pengalaman mereka melakukan hal yang sama. Ketika suami keluar bermain badminton dan sebagainya, si isteri meminta mereka membawa anak-anak bersama.
Pada ketika itulah para isteri dapat berehat sebentar atau melunaskan mana-mana kerja yang belum selesai.
Antara komen yang ada;
Baguslah kalau ada sikap tolenransi begini, kedua-dua suami dan isteri dapat melakukan apa yng mereka mahu sambil bergilir-gilir menjaga anak. Para suami yang memahami keperluan isteri untuk ada ‘me-time’ sememangnya sangat sweet dan tidak mahu membebankan isteri mereka. Syabas untuk anda!
Hari ini, seluruh dunia menyambut insan yang paling agung dalam hidup ibu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mengambil kesempatan ini untuk berkongsi momen peribadi yang cukup bermakna di akaun Instagram miliknya, @anwaribrahim_my.
memuat naik sekeping gambar lama bersama ibunya, disertai kapsyen ringkas namun sarat dengan makna dan kasih sayang seorang anak.
Beliau menulis:
“Ibu bukan sekadar permaisuri dalam keluarga, tetapi tunjang utama dalam membentuk serta mencorak generasi penerus yang berakhlak, berilmu dan bersedia memimpin masa depan dengan sikap belas yang tinggi beserta curahan bakti dan kasih sayang.
”Saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh kaum ibu yang menjadi asas kepada lahirnya keluarga dan masyarakat yang bermaruah, unggul dan madani.”
Ayat ini bukan hanya sekadar ucapan, tetapi satu pengiktirafan besar terhadap peranan ibu dalam membentuk masa depan bangsa. Dalam kelembutan, terselit kekuatan. Dalam pelukan ibu, lahirlah keberanian seorang pemimpin.
Anwar Ibrahim, seorang anak yang tidak pernah melupakan akar didikan ibunya, jelas memperlihatkan bahawa kejayaan dan nilai yang dipegang hari ini adalah hasil daripada bimbingan dan kasih seorang wanita hebat yang dipanggil ibu.
Selamat Hari Ibu buat semua ibu di luar sana.
Semoga setiap pengorbananmu terus dikenang dan disanjung tinggi, selamanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi pendidikan di Sekolah Berasarama Penuh (SBP) dan Institut Pengajian Awam (IPTA).
Beliau memaklumkan, kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran kedua institusi berkenaan kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.
Anwar yang juga Menteri Kewangan mengenakan baju Melayu berwarna kelabu menegaskan bahawa kenaikan yuran itu tidak akan menjejaskan kumpulan B40 dan M40.
Untuk makluman, Belanjawan ini juga adalah yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.
Sebelum ini, Anwar membentangkan Belanjawan 2023 bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’ membabitkan peruntukan RM388.1 bilion.
Pada Belanjawan 2024 bertemakan ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ pula memperuntukkan RM303. 8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion pula disediakan untuk simpanan luar jangka.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.