Ada masanya ibu perlukan ‘me time’ untuk diri sendiri, nak rehatkan minda dan badan yang penat uruskan anak-anak saban hari. Pun begitu bila dah me time, hati teringat pula pada anak-anak dan suami yang ditinggalkan di rumah. Inilah masalah wanita bergelar ibu. Betul tak?
Inilah yang berlaku kepada Ozlynn Wati, isteri kepada pelawak, Johan Raja Lawak. Ibu kepada lima anak ini terlalu rindukan anak-anaknya ketika bercuti bersama rakan-rakan rapat. Bercuti namun hati sentiasa dengan anak-anaknya. Seronok membaca perkongsiannya di instagram miliknya.
Sebenarnya aku sendiri yang macam pompuan gila, kengkawan pergi shopping, aku dok dalam bilik dok membelek muka semua anak-anak, Tengok video ni pastu sendiri yang tersengeh-sengah macam kerang busuk.
Padahal masa nak pergi beria nawww..dah beli tiket je trus fikir apa yang aku buat ni eh. Normal kan mother-mother punya feelings ni. Kadang-kadang bila penat tu sampai boleh cakap kat diri sendiri.. haissh aku kena ada me time, aku kena pergi holiday.. aku kena lepaskan semua kat laki aku. Biar dia pulak ganti rasa dan tanggungjawap tapi bila baru je confirm jadi yang keluar mulalah rasa bersalah.
Ads
Ads
Rasa kesian kat anak dan suami, mulalah fikir anak aku makan apa?? Laki aku masak apa.. on time tak masakkan kat dorangg, mandi dah ke? Gosok gigi ke tak tah tu, baju dalam bakul tu dah basuh dan lipat ke belum, dah cuci bilik air ke, bibik aku korek idung pastu pegang puting botol anak aku tak? Ahhh semua nak pikir lelebih, padahal anak ko ok jek. Mengadakan?
Ads
Tapi itulah naluri seorang mak, ke aku je yang macam ni? Lepas tu video nih.. terus rasa sabar nak balik. Ari ni satu hari suntuk dok belek fon tak mau keluar. Kejap-kejap lagi baru fikir nak belikan dorang hadiah. Moga anak-anak mama sihat dan elok perangai bila mama tak ada dan tak menyusahkan org??.
Ozlynn dan Johan berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata yang comel-comel belaka iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.
Tugas membesarkan anak tidak mudah. Namun untuk mendidik dan memastikan mereka membesar menjadi insan yang baik adalah lebih sukar. Ada yang mengatakan banyak cabaran untuk membesarka anak perempuan, tapi sebenarnya anak lelaki juga sama. Tambahan pula sekarang, banyak pengaruh persekitaran yang memberi kesan kepada anak-anak.
Untuk membesarkan anak lelaki, ibu ayah harus menerapkan lima perkara penting dalam diri mereka. Kesemua perkara ini jika berjaya diajarkan kepada mereka, dapat membentuk anak lelaki menjadi insan yang dihormati kelak. Ikuti perkongsian dari Taufiq Razif ini:
Ajar Anak Lelaki 5 Perkara Ni Secepatnya Sebelum Dia Menjadi Remaja
1. Ajar anak lelaki untuk jadi Respectful pada wanita terutamanya pada ibunya sendiri
– contohnya ajar anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, jaga nada suara terhadap adik beradiknya & berbuat baik dan lemah lembut pada semua wanita
2. Ajar anak lelaki untuk ada Sense Of Responsibility
– ajar anak lelaki untuk simbah & cuci bila dah lepas hajat di tandas awam, cuci pinggan dan lap tumpahan air di meja makan, kutip sampah yang dia sengaja buang pun adalah salah satu latihan untuk bentuk Sense of Responsibility dalam diri anak
3. Ajar anak lelaki tentang Personal Hygiene & Cleanliness
– banyak anak lelaki bertukar menjadi pengotor bila berjauhan dengan mak ayah contohnya di asrama. Rupanya kerana kita lupa nak ajar anak lelaki kita tentang disiplin menjaga personal hygiene & cleanliness
– personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara berinstibra’ & berinstinjak. Antara ilmu istibra’ yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem & urut kemaluannya sebelum membasuh kencing
4. Ajar anak lelaki Coping Skills
– coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita tu stress ke, kena ejek ke kena buli ke
– Sebab kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, anak kita akan mudah terjebak dengan Coping Skills yang negatif. Coping Skills negatif ni contohnya adalah ambil dadah dan juga minum arak
– bila tengok pasangan kita penat, cuba suruh anak kita tengok dan fahami kepenatan pasangan kita tu
– amalkan dialog ni pada kita untuk asah Empathy anak kita “Adik, cuba tengok Mama tu. Penat kan dia lipat baju kita berdua kan? Nampak tak muka Mama dah redup dah tu jaga kita berdua tiap hari. Jom kita gi tolong Mama lipat baju nak? “
– bila anak kita dah mampu faham & rasakan emosi orang di sekelilingnya, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak kita. InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang hebat Emotional Intelligencenya. Inilah yang kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi
Tolong sangat ajar ilmu ni pada pasangan dan anak kita sendiri. Kongsi ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye sebab saya rasa masih ramai lagi mak ayah di luar sana belum tahu tentang ilmu ni.
Perkongsian ini amat mudah difahami dan sememangnya sangat berguna kepada ibu dan ayah untuk mendidik anak lelaki. Anak yang dibesarkan dalam persekitaran yang positif dan diberikan didikan yang betul pasti dapat membentuk sahsiah diri yang baik.
Perasaan berdebar, risau pasti ada dalam diri setiap ibu bapa yang pertama kali nak hantar anak ke sekolah.
Tak kisahlah nak masuk tadika atau tahun satu, pelbagai perkara difikirkan. Bimbang anak ditinggalkan bersama rakan-rakan yang tak dikenali, menangis, nak buang air dan sebagainya. Semua ini makin membuatkan mama tak tidur malam.
Jika ini jadi kebimbangan siang malam anda, cikgu Mohd Fadli Salleh, yang cukup dikenali dan suka melakukan kerja-kerja amal untuk anak muridnya ini kongsikan pesanan. Bukan pesanan baru, tapi boleh juga dijadikan ingatan kembali untuk mama papa yang baru pertama kali menghantar anaknya ke sekolah.
Buat ibu bapa yang kali pertama hantar anak ke sekolah. Ini pesanku.
1. Anak ni tak kira nombor berapa kadang-kadang manjanya lain macam. Kat rumah bukan main seronok. Sampai ke sekolah bertempek peluk pinggang ibu / ayah tak nak lepas.
2. Jika dia menangis tak nak pergi beratur bersama kawan, panggil cikgu untuk ambil anak kalian.
3. Sebaik anak ditangan guru, lepaskan tangan dan teruslah berlalu pergi. Jangan ditoleh lagi. Jangan rasa tak sampai hati walau anak meraung-raung memanggil kalian. Pandai la guru uruskan.
4. Jika ditunggu, tangisan makin menggila dan makin tidak terkawal. Sebaik ibu bapa hilang dari pandangan, murid mula reda dari tangisan itu. Usah risau, guru-guru berpengalaman. Mereka takkan cubit la anak kalian nak bagi diam. So, serah saja dengan kepercayaan penuh.
5. Sekiranya anak kalian memang tidak dapat dikawal guru (sangat-sangat jarang berlaku), jangan risau, guru pasti call kalian. Yang penting, tinggalkan no phone pada guru kelas. In case memang menangis meraung berjam-jam dan semua guru gagal pujuk. Kami akan call tuan puan untuk tenangkan anak. So, sekali lagi, jangan bimbang!
6. Jangan mengintai dari tingkap kelas. This is the big NO!
Cikgu dah rasa macam ikan dalam akuarium je. Diperhati oleh mata-mata kalian ikut tingkap. Nak kawal kelas pun jadi payah bila ramai mata memandang, rasa seram semacam! ?
Jangan risau. Jangan risau. Jangan risau, kami takkan rotan anak kalian walau dia buat hal. Gigit jauh sekali. Ini tahun satu, kali pertama pula jejak kaki.
7. Sekiranya pakai spek hitam bukalah ketika berurusan dengan guru.
Senyumlah pada guru-guru walau kadangkala guru tak sempat nak membalas senyuman kalian sebab terlampau sibuk urus itu ini. Maafkan kekurangan kami.
8. Satu rahsia nak beritahu. Ibu bapa yang sangat bekerjasama dan mesra dengan guru pasti jadi buah mulut para guru. Ramai guru nak kenal anak kalian dan pasti anak kalian digemari oleh guru-guru.
Kredit: Mohd Fadli Salleh
Kredit Gambar: GPS Bestari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi seorang ibu tidaklah mudah. Kadang-kadang akan hilang sabar dek kerana keletihan dan banyak tekanan yang dirasai. Tak kisahlah sama ada ibu bekerja mahupun suri rumah, kedua-duanya akan melalui perkara yang sama.
Banyak sangat buat kerja, mulalah rasa stres. Terlalu penat sehingga jatuh air mata, ingatlah kita manusia biasa. Menangis dan stres adalah perkara normal yang kita rasai.
Kebanyakan ibu lebih suka memendam perasaan, ia sebenarnya tak bagus untuk emosi mereka. Sebenarnya tak salah untuk memberitahu apa yang kita supaya orang lain lebih peka dengan keadaan kita.
Penulis keibubapaan, Wawa Shauqi ada berkongsi tentang hal ini. Ikuti penjelasan beliau ini;
Jadi mak ni, ada waktu yang saya akui, saya lost balance. Nak jadi mak, nak jadi isteri, nak jadi life planner, nak cope dengan kepenatan mengandung. Semua nak pikul dalam satu masa.
Beberapa minggu lepas, saya burn out. Kepala rasa tepu sangat. Tak terpikul dah rasa. Malam tu saya menangis teruk. Kebetulan, husband pula sibuk mengurus hal hantar ambil abah dari Pahang ke IJN, balik ke Pahang.
Saya tinggal semua kerja rumah dan menangis di bilik. Datang Aqlan si 6 tahun tu memujuk. Macam anak kecik, saya terus peluk dia. Bahu saya digosok-gosok lembut. Beberapa minit lepas tu, lega sikit rasa. Agak-agak dah reda, Aqlan tanya saya.
“Mama ok?” “Mama overwhelmed. Mama stres. Rasa tak larat dah nak kerja.” Kata saya. Tak segan dah tunjuk muka huduh, berselaput air mata. “Kalau mama tak larat, mama rehatlah dulu. Mama ajar Aqlan. Nanti boleh Aqlan tolong mama sikit-sikit.” Katanya.
Dengan anak saya yang ni, memang saya sejenis telus je cerita hal ehwal perasaan. Dah macam kaunselor saya buat dia. Bila dia pulak datang mengadu, saya pulak jadi kaunselor dia. “Mama kena buat apa ye Aqlan? Mama kena berenti kerja ke? Mama kena usaha lagi?” Saya cuba menguji dia. “Ikut mama la. Mama nak berenti boleh. Tapi Aqlan suka mama usaha lagi.” Katanya dengan tenang. Sambil tangan menepuk-nepuk belakang saya.
Waktu awal-awal jadi mak dulu, saya skeptikal juga. Takut sangat, bila kita mudah zahirkan air mata depan anak, anak pun ikut fragile. Tapi, pandangan saya berubah, bila dengar sendiri dari nasihat psikologis. “It’s healthy. As long as we model healthy coping strategy.”
Meluahkan tak sama dengan mengeluh. Bila kita mengeluh, anak pun belajar mengeluh. Tapi meluahkan emosi yang dihadapi, ia berbeza.
Maknanya, 1) Lebih baik kita telus dan terbuka dalam meluahkan kita punya masalah dan perasaan. Berbanding kita sorok dan tidakkan perasaan sendiri. 2) Bila kita lebih terbuka, dan validate perasaan sendiri, anak pun lebih terbuka dengan masalah yang dia hadapi. Dari situ datangnya rasa selesa untuk mereka datang berkongsi. Dan jadikan kita tempat nak merujuk. 3) Sebaliknya, bila kita sorok masalah, dan tidakkan kesedihan yang kita lalui, anak cenderung untuk ikut sorok masalah dan perasaan sendiri. Itu lebih berbahaya dan meningkatkan risiko depres dalam diam. 4) Kajian dari Journal of Psychology pernah memetik, mak ayah yang selindungkan stres dan masalah yang dihadapi, interaksi di antara anak-anak lebih dingin. Dan hubungan sihat antara anak-anak dan parents susah terjalin. 5) Apa yang terbaik adalah, kita terus terang pada anak. Dan tunjukkan cara kita handle rasa stress tu. 6) Antara ‘coping strategy’ yang boleh kita modelkan pada anak adalah : 🟡 Selesa luahkan perasaan pada anak 🟡 Positive self talk : “Insya Allah, mama akan usaha lagi.” 🟡 Bertaawuz 🟡 Berdoa minta petunjuk Allah 🟡 Deep breathing 🟡 Peluk untuk dapatkan support 🟡 Tulis list strategi/ solusi, macam mana nak selesaikan masalah tu.
Awal tu memang tak yakin. Takut anak pun ikut fragile dan tisu macam kita. Sebaliknya saya nampak anak saya ni lebih pandai ekspresikan apa yang dia rasa. Syukur alhamdulillah.
Especially Aqlan. Sebab dia lebih banyak dapat kesempatan berbicara secara terbuka bab emosi dengan saya. Dia tak sempurna. Kuat merengek juga. Kalau marah tu, keluar juga suara singa
Tapi alhamdulillah, dia mampu terbuka ekspresikan apa yang dia rasa. Dia tak kekok nak minta tolong untuk cope emosi yang dia rasa susah nak cope. Dan masya Allah, dia boleh namakan emosi kompleks yang dia lalui.
It’s hard. But possible. Semoga anak-anak kita jadi anak-anak yang beruntung. Sebab ada mak ayah sendiri sebagai tempat yang selamat untuk mereka tuju. Dan bahu untuk anak bersandar bila rasa perlu.