Bila anak-anak atau sesiapa pun melakukan kesalahan, kita sering bertanya begini, “Kenapa buat macam tu, mama nak tahu, cuba beritahu mama”.
Walaupun kita bercakap penuh kasih-sayang perkataan KENAPA ATAU MENGAPA itu menyebabkan orang salah itu berkelakuan ‘defensive’ cuba mempertahankan diri.
Maka nampak dia seperti melawan atau degil.
Soalan mengapa itu, bagi pesalah merasakan dia dituduh dan dia tidak diberi ruang mempertahankan diri.
Ads
Oleh itu bertanyalah begini, ” Semasa Angah buat perkara itu, apa yang Angah hendak capai?” atau ” Semasa Angah berkelakuan seperti itu, apa yang Angah maksudkan?”, contohnya.
Soalan begini memberi dia ruang untuk menerangkan kepada kita.
Pernah berlaku kepada suami Ibu semasa bermain dengan cucu sulung kami. Sedang bermain, tiba-tiba dia memukul muka suami Ibu (Grandfathernya). Suami Ibu terkejut lalu terus bertanya, “Why you did that?” (Kenapa buat macam tu?) Nampak terkejut dan hairan muka cucu kami kenapa itu perbuatan itu salah.
Ads
Cepat-cepat mamanya bertanya kepada Az-zahraa cucu sulung kami,
.”Az-Zahraa when you did that, what do you mean by that?” (Az-zahraa, bila sayang buat tu apa yang Az-Zahraa maksudkan).
“It is a happy hit” , “Main pukul-pukul” , kata Az-Zahraa.
Jawapan Az-zahraa menyedarkan kami dia hanya hendak bermain. Cuma belum bijak untuk mengetahui batasan.
Ads
Selepas itu mama dia pun menjelaskan batasannya dimana muka janganlah dipukul. Cepat-cepat Az-zahraa meminta maaf kepada Grandfathernya dan Grandfather pun meminta maaf kepada Az-Zahraa kerana tersilap cara bertanya.
Banyak salah laku anak-anak kecil ini adalah kerana mereka belum bijak mengenai apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak. Oleh itu kita mesti bijak berkomunikasi dengan mereka untuk dapat membimbing mereka.
Kredit: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon terkenal, Diana Danielle menerusi instagramnya telah memuatnaik gambar bersama anak-anak melakukan aktiviti membersih alam sekitar. Mereka mengutip sampah sarap untuk dibuang ditempat yang betul.
Cara didikanya harus dipuji kerana bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, mendidik anak harus bermula sejak kecil lagi. Diana Danielle yang mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah, Farid Kamil dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel Muhammad dan Nur Aurora.
Kekayaan Tak Bermakna Jika Kita Pentingkan Diri
Bagi D, kekayaan dan keselesaan yg kita selalu mimpikan x bermakna kalau kita terlalu pentingkan diri & biarkan alam sekitar kotor, busuk dan mati sehingga tidak dapat dinikmati oleh makhluk Tuhan yg lain.
Peliharalah Alam Sekitar Dengan Baik
Kuatkan hubungan bersama alam sekitar dan alam ni jugalah yg akan pelihara kita dgn sebaiknya. Ajar anak2 kita untuk hormati alam, semoga apa yang kita tinggalkan kepada generasi seterusnya bukanlah hanya sisa sisa sampah sarap kita sendiri.
Selalu Terapkan Tentang Kepentingan Menjaga Alam
#setulusikhlas dari keluarga kecil kami, DD Aurora & Muhammad serta mama/Tokma kami yang selalu terapkan ttg kepentingan menjaga alam yg dianugerahkan Allah
Rata-rata netizen memuji cara didikan Diana. Cara didikannya boleh dicontohi oleh ibu bapa yang lain dan jadikan aktiviti seperti ini sebagai riadah dan dapat mengeratkan bonding bersama keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ubi kentang yang sudah naik tunasnya sememangnya tidak elok lagi untuk di makan kerana mengandungi toksid semulajadi yang tidak sihat untuk tubuh.
Dari terus dibuang apa kata anda gunakannya sebagai pembantu cucian pada cermin kereta. Perkongsian akaun Tik Tok, @jason_jezi yang berkongsi langkah demi langkah mencuci ini anda boleh cuba.
Ubi kentang yang ada tunas ada kegunaannya. Jangan buang.
Kalau hujan, titisan hujan akan melekat di cermin kereta. Bahaya kerana boleh halang pemanduan.
Di tempat kerja asyik ingatkan anak-anak dan tak dapat beri yang terbaik. Sedangkan, macam mana rezeki nak jadi halal jika buat kerja tak fokus dan low standard. Makan gaji buta dan makan diri namanya tu.
“Nak pergi kerja, tapi rasa bersalah nak tinggal anak!”
Bila balik rumah, anak yang dirisaukan dan dirindui tadi pulak dimarah kerana penat kerja. Rasa bersalah lagi!
Begitulah saban hari hidup dalam rasa bersalah dan rasa terperangkap dengan keadaan hidup.
Ada pula yang mengatakan, kalau anak tak membesar depan mata, nanti anak jadi bermasalah bila besar nanti. melawan cakap, ketagih itu dan ini, berkawan dengan salah kawan dan banyak lagi… Rasa bersalah lagi si ibu yang bekerja ni. Namun, si ibu ini PERLU pergi kerja atas sebab-sebab tertentu!
Stop! Betul ke itu sebab anak menjadi bermasalah?
Jangan cepat sangat terpengaruh dengan kata-kata begitu. Fikir dulu!
Tidak salah seorang ibu itu untuk pergi kerja dan meninggalkan anak-anaknya di dalam jagaan orang lain. Ini bukan punca anak menjadi berakhlak buruk.
Tidak perlu ibu-ibu yang bekerja berasa tidak tentu hati bila terpaksa pergi kerja dan meninggalkan anak di dalam jagaan orang lain.
Tidak perlu serap habis, kata-kata yang mengatakan kalau anak tidak membesar depan mata; nanti akan menjadi masalah dikemudian hari.
Mari kita lihat, ramai saja anak-anak yang dibesarkan depan mata dan menjadi bermasalah juga. Ramai saja ibu-ibu yang bekerja mencari rezeki halal dan anak membesar menjadi manusia yang berjaya dan berjasa!
Apa maksudnya itu? Maksudnya, ibu-ibu yang berjaya membesarkan anak-anak di rumah atau bekerjaya mempunyai rahsia kejayaan mereka. Dan melalui kajian Ibu dan ramai lagi pengkaji. Ibu-ibu ini ada 2 rahsia penting.
Rahsianya bukanlah kerana ibu itu bekerja di luar atau tidak. Rahsianya ada dua;
1- Ibu itu ada ILMU, SKIL dan SIKAP BERJAYA dalam mendidik anak-anaknya.
2- Ibu itu ada SISTEM SOKONGAN yang baik. Termasuklah suami yang prihatin. Namun, jika tiada suami yang prihatin, ibu itu ada sistem sokongan yang baik, seperti pengasuh yang juga berilmu, berskil dan bersikap yang sama.
Inilah yang Ibu bincangkan di dalam Topik Ceramah Ibu di JPN. ” Bahagia di rumah; Sejahtera di Pejabat.”
Kita tidak boleh EFEKTIF, CEKAP dan BIJAK mendidik anak-anak, jika kita tidak ada ILMU. Jika kita tidak ada SKIL berkomunikasi yang relevan. Jika kita tidak ada SIKAP yang yakin anak-anak boleh berjaya.
ILMU, SKIL dan SIKAP berjaya ini sangat penting untuk diraih dan dipunyai. Tak sama seorang ibu yang mendidik dengan 3 perkara ini dengan yang tidak.
Anak menjadi terurus, terjaga dan membesar dengan baik, bukanlah kerana sayang duduk di rumah atau bekerja di luar. Rahsianya dah Ibu beri di atas.
Apakah ilmu yang sangat perlu ibu bekerja kuasa dalam mendidik anak-anak agar tak susah hati bila pergi kerja?
Diantara Ilmu yang perlu dikuasai adalah mengenai:
1- Perkembangan Kepandaian anak-anak untuk bersedia sebelum melalui usia anak itu
2- Keperluan fizikal, minda, hati dan jiwa anak untuk anak seimbang pembesarannya
3- Faham mengenai 3 lapis otak
4- Faham mengenai komunikasi
5- Nak bina kekuatan diri
6- Membina sabar
7- Membina kasih sayang tanpa syarat yang besar pada diri dan diri anak-anak
8- Aktiviti management untuk manage time dengan lebih baik
Apa pula skil yang diperlukan:
1- Bagaimana nak berkomunikasi dengan berkesan.
2- Bagaimana nak membina pertalian yang erat dengan anak sehingga bila-bila
3- Skil mendidik mereka suka belajar
Apakah sikap yang diperlukan:
1- Jelas mengapa kita ibu kepada anak itu. Apa tujuan kita sebagai parent.
2- Anak adalah amanah dan bukan untuk menyusahkan.
3- Anak kita mempunyai potensi yang hebat.
4- Menjadi penyokong: Anak bukan untuk hidupkan impian kita kerana mereka mempunyai impian mereka sendiri
5- Saya ada orang yang membantu saya mendidik anak-anak dengan baik. Saya ada sistem sokongan
6- Ilmu, skil dan sikap adalah kunci utama kejayaan saya mendidik anak-anak selepas doa saya kepada Yang Maha Berkuasa
Jangan ambik mudah perkara ini, dapatkan dan jadikan ia azimat mendidik anak yang dikasihi. Dan kemudiannya boleh share dengan pengasuh dan sistem sokongan ibu itu. InsyaAllah lepas ni, lebih bahagia di rumah dan sejahtera di pejabat. You win both world. InsyaAllah boleh!
Ibu doakan semua ibu yang membaca posting ini akan bermula langkah menjadi ibu yang BIJAK, TENANG dan SABAR mendidik.
Kredit: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!