Ubi kentang yang sudah naik tunasnya sememangnya tidak elok lagi untuk di makan kerana mengandungi toksid semulajadi yang tidak sihat untuk tubuh.
Dari terus dibuang apa kata anda gunakannya sebagai pembantu cucian pada cermin kereta. Perkongsian akaun Tik Tok, @jason_jezi yang berkongsi langkah demi langkah mencuci ini anda boleh cuba.
Ubi kentang yang ada tunas ada kegunaannya. Jangan buang.
Kalau hujan, titisan hujan akan melekat di cermin kereta. Bahaya kerana boleh halang pemanduan.
Ibu bapa harus selalu memuji dan memberi dorongan kepada anak. Mengikut kajian, terdapat jenis ayat yang kita gunakan ketika memberi pujian yang membuatkan anak kita lebih bermotivasi . Apabila kita puji anak berumur 0-7 tahun, cuba cara ini!
Bagusnya abang!
✅ Ibu tengok abang bersihkan sendiri je kotoran dekat kaki abang! Wah.
Pandainya anak ayah ni!
✅ Anak ayah dapat cari sendiri hurufnya ye. * Tepuk tangan *
Terima kasih, baiknya kakak.
✅ Gembira mama lihat kakak tolong mama kemas barang.
Pandainya anak Papa melukis!
✅ Tengok , warna warni sungguh lukisan kakak. Cantik.
Fokus pada cara dan perbuatan anak kita.
Elakkan bagi signal pada anak-anak ,kejayaan datang dengan semulajadi.
Tanamkan mindset, jika mereka usaha dan usaha, mereka akan pandai, akan jadi baik.
Carol Dwerck, professor di Universiti Stanford, menyebut tentang “fixed mindset” , di mana manusia percaya kejayaan mereka adalah hasil kepandaian mereka atau terhad kepada bakat.
Sedangkan, kita boleh didik anak kita percaya kepandaian, bakat dan kemampuan mereka akan terbina apabila mereka belajar dan belajar.
Darjat mereka yang berusaha juga berbeza di sisi Allah. Allah ciptakan manusia sebaik-baik ciptaan, jadi peranan ibu ayah untuk mendorong anak belajar dan gali potensi diri. Semuanya bergantung pada tekad dan sikap.
Amalan membedung bayi sejak dulu diamalkan dalam masyarakat Melayu kita. Selain membuatkan bayi selesa, amalan ini begitu banyak kelebihannya.
Pun begitu kata Kaunselor Laktasi, Pn Nad Masrom, bedung bayi bukan dilakukan tanpa sebab namun perlu mengikuti kesesuaiannya dengan cuaca di negara kita. Ikuti perkongsiannya.
Menerusi perkongsiannya, beliau juga turut menjelaskan perbandingan antara bedung bayi di Malaysia dan luar negara.
Perbandingan tersebut dijelaskan kerana terdapat satu komen daripada pengguna media sosial yang menghentam bedung bayi di Malaysia.
“Benda paling pelik saya pernah tengok. Tak pernah buat dekat anak saya macam ini,” komennya.
Difahamkan bedung dipakai di Malaysia adalah tidak sama dengan luar negara kerana kain lebih nipis mengikut kesesuian suhu semasa.
Bedung di Malaysia tak sama dengan bedung luar negara?
Semalam saya terbaca satu komen dari ibu di Malaysia yang membalas komen nenek mat salleh. Saya kira dah level nenek sebab nampak berusia.
Ya jenis bedung yang dipakai tidak sama. Kebiasaanya di Malaysia kita akan memakai kain yang nipis sesuai dengan suhu di Malaysia.
Dan kebiasaanya kita akan menggunakan teknik bedung yang ‘membalut’ dengan kemas untuk mengelakkan tangan bayi mudah terkeluar atau terjaga sewaktu tidur.
Dan kalau di barat biasanya mereka menggunakan bedung jenis instant dan sebahagiannya berkain tebal. Matlamatnya masih lagi sama. Untuk memberi rasa hangat dan selesa seperti di dalam rahim untuk bayi 0-3 bulan.
Secara tidak langsung ia membantu bayi tidur lebih lama tanpa terganggu oleh pergerakan refleks. Faktor utama dalam membedung bayi adalah pastikan bayi selesa, boleh bernafas dengan baik, dan tidak terlalu panas semasa dibedung.
Untuk ibu menyusu, bedung sangat membantu untuk bayi diposisikan dengan betul dan menyumbang kepada kejayaan penyusuan awal kelahiran.
Apa yang tidak kena sebenarnya dalam rumah tangga kita? Dimana silap kita yang mungkin kita terlepas pandang? Dalam kita menjaga hubungan suami isteri, ada beberapa perkara yang sangat perlu diberikan perhatian.
Ini kerana ada sebahagian tindakan kita, tanpa disedari mungkin menyumbang kearah keruntuhan rumah tangga.
Sedang kita menzahirkan kasih sayang kepada pasangan, jangan sesekali cuba merisikokan perhubungan tersebut.
Elak lakukan kesilapan besar yang biasa dibuat dan pantang-larang dalam perhubungan suami isteri supaya keharmonian rumah tangga terpelihara.
1. Jangan berlebih-lebih dalam memberi gambaran dan memuji orang lain Bagi seorang isteri, janganlah terlalu memuji suami orang lain dihadapan suami sendiri.
Begitu juga dengan suami. Jangan sesekali memuji isteri orang lain berlebih-lebihan. Ia boleh menyebabkan isteri terasa hati dan berjauh diri. Disamping itu, isteri juga janganlah terlalu memuji wanita lain dihadapan suaminya.
Jangan diceritakan semua perkara berkenaan wanita lain tambahan lagi sekiranya melibatkan aurat atau perkara sensitive. Ingat, ia boleh terdedah kepada banyak perkara.
2. Elakkan melontarkan kritikan pedas dan tidak menghargai pandangan pasangan masing-masing.
Memberikan komentar terhadap pasangan masing-masing adalah normal. Namun melontarkan kritikan yang pedas adalah sangat tidak wajar. Kritikan yang boleh mencalar perasaan perlu dielakkan kerana ia menyebabkan berlakunya perbalahan diantara suami isteri.
Walau tidak sempurna mana sekalipun pasangan kita, pasti ada kelebihannya. Maka, disebalik kelemahannya yang kita dapat lihat, maka lihatlah jua pada kelebihannya.
Cara ini dapat mengelakkan kita daripada memfokuskan kepada kelemahannya dan menjauhkan kita daripada mengkritiknya.
Kita boleh melihat diri kita dihadapan cermin. Kita boleh melihat kekurangan wajah kita melalui cermin.
Namun, apa aib kita dibelakang, kita tidak mampu untuk melihatnya. Orang yang Nampak aib kita itu tidak lain tidak bukan adalah isteri atau suami kita.
Disebabkan itu, pasangan kita Nampak apa yang kita tidak perasan. Maka apabila pasangan menegur kita, maka terimalah teguran berkenaan. Perlu diingat, teguran yang diberikan kepada kita langsung tidak berniat buruk. Ia adalah dengan niat yang baik kerana sudah pasti pasangan kita mahukan yang terbaik untuk kita.
Sebaliknya, jika kita menggunakan kaedah kekerasan, maka ia hanya mendatangkan kekasaran dan pasangan akan menjauhkan diri daripada kita.
PUJI ISTERI
Sebak juga bila tengok tudung isteri saya ni. Bila saya fikirkan balik, banyaknya kurang saya ni sebagai suami.
Bila isteri beli tudung dan pakai cantik cantik. Dia tak harapkan lelaki tepi jalan puji dia. Dia tak harapkan lelaki lelaki tempat dia bekerja untuk puji dia. Dia tak harapkan lelaki di luar sana untuk puji dia.
Rupanya yang dia harapkan adalah pujian suaminya sahaja. Saya la tu. Tapi Allahu beratnya mulut saya untuk memuji. Beratnya hati saya untuk memahami.
Padahal pujian seorang suami kepada isteri adalah pujian berpahala. Pujian ni lah yang akan membuatkan hati si dia berbunga bunga. Pujian ni lah yang akan memenuhkan tangki emosinya.
Lebih penting lagi, pujian ni juga yang membuatkan dirinya menjadi lebih yakin dengan diri sendiri. Ramai rupanya tak tahu yang si isteri ni kena RASA dirinya cantik di mata suami. Baru lah mereka lebih yakin untuk mencintai suaminya sendiri dengan sepenuh hati.
Terlupa yang rupanya pujian saya kepada isteri, kebaikannya akan kembali balik kepada diri saya sendiri
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.