Intan Najuwa kongsi persiapan sambut baby girl,”I can’t wait to finally hold you in my arms.”Pelakon jelita Datin Intan Najuwa yang kini sedang hamil anak pertama kelihatannya ‘rancak’ membuat persiapan kedatangan anak sulungnya.
Intan Najuwa Kongsi Persiapan Sambut Baby Girl
Intan Najuwa dan suami bakal bakal menimang cahaya mata perempuan. Tambah Intan lagi, dia dan suami tidak sabar untuk menimang cahaya mata malah banyak membeli barangan bayi bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.
Bahkan Intan juga turut mendapatkan pelbagai idea melalui Pinterest untuk memilih kelengkapan buat bayinya. Kebanyakan barang-barang bayinya selain dibeli di Malaysia turut dibeli dari London, Sepanyol.
“I Can’t Wait To Finally Hold You In My Arms”
Melalui perkongsian di laman Instagramnya, Intan berkongsi barang-barang bayi serta bilik untuk anak sulungnya yang bakal lahir tidak lama lagi.
Just keeping it here as memories, so one day she’ll see the small things I did for her.
Counting down the days until I see you, baby girl, and I can’t wait to finally hold you in my arms – tulis Intan di ruangan kapsyen.
Macam-macam cara orang buat simpanan wang. Ada yang suka mengadakan pelbagai jenis tabungan khas untuk kegunaan masa hadapan. Cara simpanan pun ada banyak. Simpan hari-hari. Simpan pada hujung minggu saja. Ikut warna duit pun ada.
Seperti yang dikongsikan oleh Hani Mynis, dia membuat tabung yang diberi nama ‘Tabung 52′ dan ‘Tabung Suamiku Kaya’. Macam mana rupa tabung-tabung ini?
Selalu ada tabung hijau (rm5) dan tabung oren (rm20) kan, tp tahun ni hani tak buat tabung warna warni tu dan hanya buat tabung dua ni iaitu tabung 52 minggu dan tabung “suamiku kaya” 😂
Masuk tahun ni, ni tahun ke 4 hani buat cabaran simpanan duit 52 minggu ni. Masa jadi pelajar dulu, memang dihujung tahun dapat kumpul duit ni sangat berguna. Mcm dpt duit kutu gitu haha so dgn duit ni lah kalau hani nak tebus wish list ke apa. Percaya tak dengan duit tabung ni dua tahun lepas dapatlah sponsor sikit utk hantar mumy pergi umrah (alhamdulillah😊) dan tahun lepas dapat bagi 30 hadiah smpena besday husband yg ke-30. Semua guna duit sendiri cmpur duit tabung ni (padahal student lg tak bekerja gitu 🤣).
Untuk tabung “suamiku kaya”, baru tahun ni hani mula sbnrya. Sbb nak tolong tambah keberkatan rezeki suami berniaga je. Nak tlg je hahaha 🙈. Mcm hani pernah mention dulu, walaupun isteri ada pendapatan / duit sendiri, suami elok juga bagi nafkah @ duit poket utk isteri sblm pergi kerja supaya berkat lagi duit suami. Walaupun dua ringgit insyaAllah ada lah keberkatan dia kat situ kan (tetiba bertukar mode ustazah nak bg tazkirah pulak haha)
Duit poket yg alif beri setiap pagi sebelum kitorang keluar rumah, hani masukkan dalam tabung sambil berdoa semoga Allah limpahkan banyak rezeki buat suami dan diberkati setiap duit yang masuk. Ha Sebab tu nama tabung ni : tabung suamiku kaya 😹😹 mana tahu berkat doa isteri dan masin mulut suami jadi kaya haha
Hanya berkongsi, mana yg nak mula tabung 52 weeks tu smpt je mula lagi. Details dalam caption gambar ye 🤗😘
Feel free to save and print!
Konsep dia setiap minggu masukkan duit ikut lah itu minggu ke berapa kan 🤗
Kalau sekarang ni dah masuk minggu ke 13, boleh masukkan dlm tabung tu rm13. Dan seterusnya. Hani masukkan duit setiap hari Jumaat.
Mana yg baru nak mula minggu ni. Masukkan terus rm91 dalam tabung ni (dah gaji kan haha 😜) so minggu depn teruskan je masukkan rm14 dan seterusnya. Seminggu sekali je masukkan duit bukan hari-hari. Sebab tu tabung ni namanya tabung 52 minggu 🤗😘
Simpan lah dlm bekas apa2. Kalau takut terpakai guna tabung yg tak boleh bukak (jenuh nak bukak, bukan tak boleh haha) kat Eco tu. 🤣
Setiap orang punya ujian dan dugaan yang berbeza-beza. Meskipun tidak diuji dengan kesusahan, kesenangan itu sendiri juga merupakan ujian untuk kita membantu orang-orang yang memerlukan.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Zairul Eizam cukup menyentuh hati. Dalam perjalanan di sebuah lebuh raya, dia terserempak dengan sepasang OKU yang hanya bermotorsikal membawa dua orang anak yang masih kecil.
Pasangan tersebut meredah lebuh raya dari Ampang menuju ke rumah mereka di Bukit Subang selepas mendapatkan rawatan daripada Hospital Ampang bayi mereka mempunyai masalah pendengaran. Lebih menyedihkan anak yang sulung juga walaupun nampak mempunyai masalah speech delay.
Dua kali saya menangis dengan asbab yang berlaku. Luluh hati.
Sekitar waktu maghrib semalam, tengah laju bawa motor dekat Highway Guthrie, perasan ada satu motor ni menunggang macam tak stabil. Dalam hati apa ke halnya ni. Bahaya betul.
Sepintas lalu, saya toleh ke sebelah kiri. Sepasang suami isteri dengan seorang kanak-kanak di depan penunggang dan ada sepasang kaki terjulur di antara pembonceng belakang.
“Allahu, ada baby”.
Saya terus berhenti tepi dan menyonsang ke belakang, pergi ke arah motor tadi. Dalam hati, Ya Allah, nasib tak jadi apa-apa. Kalau sebab tak stabil, boleh jatuh motor tu.
“Bang, kenapa ni”. Tanya saya.Terpinga-pinga nak jawab soalan. Lantas si isteri tadi, bagi bahasa isyarat yang mereka tak boleh bercakap.
Tersepak di lamunan. Pasangan suami isteri ini OKU Pendengaran. Mereka hanya mampu berbahasa isyarat. Saya ke arah tayar belakang. Rupanya angin tayar kurang.
Terus dapat idea, saya keluarkan handphone dan taip apa yang berlaku. Kemudian saya tanya rumah di mana. Si isteri yang sedang kendong baby, cuba membalas soalan saya.
“Bukit Subang”.
Kebetulan ada pakcik turut sama bantu dan bagi cadangan supaya tukar motor. Saya bawa motor mereka dan mereka sekeluarga naik motor saya. Terus setuju, sekurang kurangnya, mereka selamat sampai ke rumah. Pak cik tu sempat hulur not 10 pada si suami.
Saya tonjol dari belakang sampailah ke Caltex Denai Alam untuk bantu isi angin tayar. Sempat juga saya tanyakan pada si isteri kerja di mana.
Yelah saya beranggapan, mungkin mereka bekerja dan hantar ke rumah pengasuh yang berdekatan dengan tempat kerja. Tapi sangkaan saya meleset. Jawab si isteri,
“Tak kerja. Kami dari Hospital Ampang. Check up baby. Ada masalah hearing”.
Terus saya menangis. Berkata dalam hati. Apa Tuhan nak tunjuk pada aku ni. Saya terus taip di Whatsapp, nyatakan bagi saya bawa motor si suami ni, sampai ke rumah. Mereka bersetuju.
Sampai di premis perumahan flat kos rendah berdepan Surau Al Mahdi, Taman Bukit Subang, Shah Alam. Saya parkir dan serahkan kunci motor mereka. Saya nekad nak bantu mereka. Saya nyatakan yang saya nak tulis cerita di Facebook untuk bantu mereka. Dengan izin Allah, bantuan sampai.
Bila mana saya nyatakan begitu, si isteri dan suami tadi mengalirkan air mata. Mungkin merasakan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Mereka juga maklum, anak sulung, sempurna tapi ini speech delay. Tak semena-mena saya sekali lagi menyeka air mata melihat si ibu mengendong Nur Jannah dan si ayah memimpin Muhammad Ziyad Wafi.
Kawan-kawan, jika datangnya peluang untuk kita bantu, kita cepat-cepat hulurkan bantuan. Yakinlah. Dengan kudrat yang kita ada, waimah dengan berkongsi entri ini atau berkongsi wang ringgit yang ada ianya akan memudahkan urusan dan tugasan keluarga ini.
Bagi kalian yang ingin membantu, saya sertakan nombor akaun dan nombor telefon si ayah.
12234020181048 – Bank Islam (Zubair Mohammad)
0129414966 – En. Zubair Muhammad
Facebook – Zubair Muhammad
Selain tu, saya lampirkan foto dan video untuk tontonan kalian semua. Terima kasih. Moga Tuhan permudahkan segala urusan dan tugasan kita semua.
Dalam perkongsian terbaru Zairul di Facebooknya juga, dia turut membantu menguruskan beberapa hal berkaitan pasangan ini termasuklah urusan rawatan anak pasangan ini yang telah ditukarkan ke Hospital Sungai Buloh. Selepas ini mereka tidak perlu lagi ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang daripada Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.
Menurut laporan, Khairul, atau nama penuhnya Khairul Amin Kamaruzaman, telah menerima rawatan di sebuah klinik swasta sebelum ini. Namun, disebabkan simptom yang tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan, beliau terpaksa dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menurut sumber terdekat, Khairul mula mengalami simptom tersebut sejurus kembali dari misi kemanusiaan di mana beliau terlibat secara aktif membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan terjejas.
“Menurut sumber, beliau kelihatan sangat letih selepas selesai misi tersebut, tetapi tetap mengutamakan bantuan kepada orang lain meskipun keadaannya semakin terjejas. Kini, doktor sedang memantau keadaan beliau dan melakukan ujian lanjut,” kata sumber itu.
Khairul Aming, yang terkenal dengan video masakan kreatif dan produk Sambal Nyet yang kini popular, menerima sokongan dan doa yang melimpah daripada peminat di media sosial selepas berita mengenai kesihatannya tersebar.
“Semoga Khairul Aming cepat sembuh dan dapat kembali aktif seperti biasa. Kami tahu beliau seorang yang sangat berdedikasi dalam membantu masyarakat,” tulis seorang pengguna di ruangan komen Instagramnya.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Khairul atau pasukannya, namun para peminat terus mendoakan agar beliau segera sembuh dan pulih sepenuhnya.