Masalah angin dalam badan atau sembelit biasa berlaku dalam kalangan ibu. Rasa sengkak bila badan berangin atau sakit perut tapi susah nak ‘keluar’ memang menyakitkan. Boleh buat kita hilang mood!
Melalui perkongsiannya di laman Facebook, Lainatul Aisyah berkongsi satu resipi yang menggunakan lemon dan halia untuk membantu mengatasi masalah ini. Cara untuk membuatnya juga mudah. Tambah menarik, jus ini juga membantu proses menurunkan berat badan.
Jom saya kongsikan sedikit tips untuk kurangkan berat badan
Angin-angin dalam tubuh terkeluar lepas minum jus ni. Lega weh
Yang paling best perut boroi dah tak de Timbangan pun dah turun. syokkkk tauuu.
Senang dan menjimatkan. Tak payah beli produk mahal2 Buat sendiri kebersihan terjamin.
Jom pakat-pakat amalkan. Semoga bermanfaat
Ads
Resepi di gambar yer
Tak faham nanti leh tanya tau.
BAHAN-BAHAN: 1-2 biji lemon (bergantung pada banyak mana kita nak buat) Halia seketul ikut kesesuaian. Banyak pun takpe nanti angin lgi cepat keluar.. Haha 3-5 keping Asam 5-7 biji asam boi putih (bergantung pada masing2. Saya letak k asam boi sebab tak nak rasa masam asam keping tu banyak sangat. Nak seimbangkan rasa masam tuu)
CARA-CARA: 1. Basuh bersih semua bahan tadi. Toskan.
2. Siap basuh dan potong bahan bahan tadi.
3. Masukkan air sebanyak 5 cawan. Rebuskan semua bahan2 tadi.
Ads
4. Biarkan mendidih sehingga paras air surut mencecah 2-3 cawan Kacau sebati. Tutup api
5. Biarkan sejuk suam2 gituuu.. Hihi
Jangan terus minum tau. Nanti melecur mulut susah pulak cari ubat lain.
Ok.. Bila dah sejuk leh lah simpan yang lebih dalam peti ais tau
Nanti nak minum keluarkan jer.. Biarkan habis suhu sejuk tu dulu baru leh terus minum..
Ads
Tadaaa..
Dah buleh minum. Rasa sedap masam2 pedas gitu.
Masuk dalam mulut memang masam tapi masuk dalam perut terasa kehangatan nye tuu. Maklumlah ada halia kan..
Tak sampai 15 minit dah sedawwaa tau. Keluar sgala angin2 monsun dalam tubuh.
Sebut sahaja Dodol, pastinya ramai yang menggemari kuih tradisiona ini. Namun untuk menyediakan dodol bukanlah mudah. Sebagaimana semua maklum setengah hari juga proses untuk membuatnya.
Pun begitu tahukah jika di Pahang, menyediakan Dodol sedikit berbeza di mana ianya dimasak secara kukus. Kuih ini mirip seperti dodol tradisonal tetapi yang membezakan ialah cara memasaknya. Ia dimasak menggunakan cara kukus dan tidaklah dikacau seperti dodol biasa.
Ini sekali gus menjadikan proses penyediaan dodol begitu ringkas dan mudah dengan menggunakan bahan utama seperti tepung pulut dan gula merah. Jadi buat anda yang teringin untuk menikmti rasanya dodol yang digemari ramai ini, bolehlah mencuba untuk memasaknya sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Puan Saadiah Ahmad ini.
Dodol Kukus
Bahan A :
Satu cawan santan pekat untuk buat tahi minyak
Sedikit garam
Cara Buat Tahi Minyak
Cara membuat tahi minyak, santan dan sedikit garam dimasak sampai pecah minyak menggunakan api sedang selama lebih kurang setengah jam.
Bahan B
Daun pisang dilayu supaya lembut agar tak pecah semasa dijadikan alas dodol .
Bahan C
Satu cawan gula merah
Setengah cawan gula pasir
Satu cawan air
Satukan semua bahan c ke dalam periuk. Masak sampai hancur semuanya dan sejukkan
Bahan D
Dua cawan tepung pulut
Satu sudu tepung ubi
Satu setengah cawan santan (1.5 cwn)
Masukan semua bahan D, gaulkan sampai sebati. Bila dah rata dan sebati, masukkan bahan C (suam2 ). Kacau lagi sampai rata dan sebati. Selepas itu, tapis.
Cara Buat Dodol Kukus
Panaskan periuk kukus.
Ambil minyak dari tahi minyak yang telah disediakan dan sapu pada daun pisang
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah dialas menggunakan daun pisang.
Kukus sampai masak (15 – 20 minit)
Dah siap, taburkan tahi minyak di atas dodol kukus. Nak tahu dodol kukus dah masak, ia cantik licin serta tidak melekat di jari. Warna kehitaman mengikut warna gula. Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alahan susu formula pada bayi, ketahui punca, tanda dan cara rawatan. Susu formula merupakan alternatif yang biasa digunakan oleh ibu bapa apabila penyusuan badan tidak dapat dilakukan atau jika ibu memilih untuk menggunakan susu formula sebagai sumber nutrisi untuk bayi.
Alahan Susu Formula Pada Bayi, Ketahui Punca, Tanda & Cara Rawatan
Bagaimanapun, ada kalanya bayi mengalami alahan terhadap susu formula, yang boleh menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa.
Punca Alahan Susu Formula
Protein Susu Lembu
Sebahagian besar susu formula dihasilkan daripada protein susu lembu, yang merupakan alergen utama bagi sesetengah bayi. Sistem imun bayi yang alah kepada protein susu lembu menganggap protein ini sebagai ancaman dan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi, menyebabkan reaksi alergi.
Protein Soya
Bagi bayi yang alah kepada susu lembu, susu formula berasaskan soya sering digunakan sebagai alternatif. Namun, ada juga bayi yang mengalami alahan terhadap protein soya. Walaupun lebih jarang, ini boleh menyebabkan gejala alahan yang serupa dengan alahan terhadap susu lembu.
Keturunan
Jika salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mempunyai sejarah alahan, bayi tersebut berisiko lebih tinggi untuk mengalami alahan terhadap susu formula. Genetik memainkan peranan penting dalam perkembangan alahan.
Tanda-tanda Alahan Susu Formula
Bayi yang alah kepada susu formula biasanya akan menunjukkan beberapa tanda-tanda berikut:
Masalah Pencernaan
Bayi mungkin mengalami muntah, cirit-birit, atau perut kembung selepas mengambil susu formula. Kadangkala, najis bayi juga boleh mengandungi darah, menandakan iritasi usus yang serius.
Masalah Kulit
Bayi yang mengalami alahan sering kali menunjukkan tanda-tanda seperti ruam kulit, ekzema, atau gatal-gatal pada badan. Ini biasanya muncul di sekitar muka, leher, atau punggung.
Masalah Pernafasan
Sesetengah bayi yang alah mungkin mengalami kesukaran bernafas, hidung tersumbat, batuk, atau bunyi berdesis semasa bernafas. Ini merupakan tanda-tanda serius yang memerlukan perhatian perubatan segera.
Tangisan Berterusan
Bayi yang merasa tidak selesa akibat alahan akan menangis secara berterusan, sering kali tanpa sebab yang jelas. Mereka mungkin kelihatan gelisah atau tidak selesa sepanjang masa.
Penyelesaian dan Rawatan
Jika bayi anda disyaki mengalami alahan terhadap susu formula, langkah-langkah berikut boleh diambil:
Berunding dengan Pakar Pediatrik
Langkah pertama adalah mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pediatrik. Mereka akan melakukan pemeriksaan dan, jika perlu, mencadangkan ujian alahan untuk mengenal pasti punca sebenar alahan.
Tukar kepada Susu Formula Hipoalergenik
Bagi bayi yang alah kepada protein susu lembu, doktor mungkin mencadangkan susu formula hipoalergenik. Formula ini menggunakan protein yang telah dihidrolisis, menjadikannya lebih mudah diterima oleh bayi yang mempunyai alahan.
Susu Formula Berasaskan Asid Amino
Dalam kes alahan yang lebih teruk, susu formula berasaskan asid amino mungkin disyorkan. Formula ini bebas daripada protein susu lembu dan soya, menjadikannya sesuai untuk bayi yang alah kepada kedua-dua jenis protein.
Penyusuan Badan
Jika masih boleh, ibu bapa boleh kembali kepada penyusuan badan. Susu ibu adalah yang terbaik bagi bayi, dan alahan terhadap susu ibu sangat jarang berlaku. Jika bayi alah kepada makanan yang diambil ibu, ibu boleh mengubah diet mereka untuk membantu mengelakkan alahan pada bayi.
Alahan terhadap susu formula adalah masalah yang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi dan kebimbangan kepada ibu bapa. Dengan pengesanan awal dan rawatan yang betul, bayi yang mengalami alahan ini boleh diberikan alternatif yang lebih selamat dan sesuai. Sentiasa berunding dengan pakar perubatan untuk mendapatkan nasihat terbaik mengenai penjagaan bayi yang mempunyai alahan.
Alahan Protein Susu Lembu
CMPA adalah berbeza daripada ketidaktahanan laktosa ataupun “lactose intolerance”. Ketidaktahanan laktosa berlaku apabila usus kita tidak boleh menghadam gula laktosa yang terkandung dalam susu. Ia akan menyebabkan cirit-birit.
CMPA merupakan tindak balas luar biasa yang berlaku apabila tubuh kita terdedah kepada protein susu lembu. Tindak balas ini dicetuskan oleh sistem imunisasi tubuh kita dan oleh itu boleh menjejaskan pelbagai bahagian dalam tubuh kita; seperti kulit, paru-paru dan usus.
CMPA adalah berbeza daripada ketidaktahanan laktosa ataupun “lactose intolerance”. Ketidaktahanan laktosa berlaku apabila usus kita tidak boleh menghadam gula laktosa yang terkandung dalam susu. Ia akan menyebabkan cirit-birit.
Susu lembu adalah pengganti susu ibu yang utama. Oleh itu, ia merupakan penyebab alahan yang paling biasa di kalangan bayi. Kebanyakan bayi yang mengalami alahan kepada susu lembu akan sembuh apabila menjangkau umur 3 hingga 4 tahun.
Walau bagaimanapun, bayi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami CMPA yang berterusan, jika :
Terdapat ahli keluarga lain yang mengalami masalah alahan.
Bayi juga mengalami masalah alahan lain seperti asma, ekzema dan resdung (allergic rhinitis).
Gejala-gejala CMPA
Kulit:
Ekzema – kulit kering, merah, gatal. Biasanya di leher, pipi, pelipat siku dan pelipat lutut.
Bengkak bibir, muka dan mata, dan juga ruam gatal. Biasanya timbul sejurus selepas bayi minum susu lembu.
Paru-paru
Sesak nafas, berdehit.
Usus
Cirit-birit.
Muntah.
Najis berdarah.
Komplikasi dan tanda-tanda bahaya CMPA
Jika bayi anda mengalami gejala-gejala seperti sesak nafas, muka pucat ataupun biru, bibir/lidah bengkak ataupun pengsan, bayi anda mungkin mengalami “anaphylaxis shock”. Keadaan ini adalah amat bahaya dan anda harus membawa bayi anda untuk mendapat rawatan serta-merta.
Bayi yang mengalami CMPA juga boleh mengalami masalah tumbesaran – berat badan yang meningkat secara perlahan ataupun tiada peningkatkan berat badan.
Rawatan
Penyusuan susu ibu merupakan langkah terbaik untuk mencegah CMPA.
Susu ibu adalah disyorkan untuk diberi kepada bayi untuk 6 bulan pertama.
Jika memerlukan susu pengganti, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor untuk mengesahkan diagnosis CMPA. Ini kerana terdapat pelbagai keadaan lain yang boleh menyebabkan tanda-tanda yang telah disenaraikan di atas.
Selain itu, jika mengalami alahan protein susu lembu, bayi anda juga mungkin alah terhadap susu soya dan susu kambing.
Oleh itu, bayi anda biasanya memerlukan susu khas yang hanya boleh diberi selepas mendapat nasihat doktor.
Susu soya juga tidak disyorkan untuk bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Resipi Mango Shake Leleh ini antara yang boleh dicuba di rumah. Mana tidaknya, rasa hebatnya pasti buat anak-anak teruja.
Air tangan, Pn Norliza Razali dengan gabungan susu dan aiskrim vanila buat mango shake leleh ni begitu hebat rasanya. Jom cuba. Memang sedap!
Baiklah. Kak Liza lagi sekali bagi resepi Mango Shake Leleh ni untuk hangpa na. Semoga bermanfaat. Ampun maaf mana yang terliuq tu.
Resepi Simple Mango Shake Leleh Matpet
Bahan-bahan:
Susu segar (wajib na)
Mangga masak (nak sedap boh banyak sikit untuk kita blander)
(sediakan pelam/mangga potong dadu untuk setiap hidangan)
Air
Susu pekat
Susu cair
Ais krim vanilla
Ais secukupnya
Sunquick perisa mangga -kak liza guna brand sunquick sebab memang sedap lah
Blend semua skali dan adjust rasa masam manis & lemak. Siap untuk di hidang dengan buah mangga potong.
Nak sedap lagi letak la aiskrim vanilla.
Tapi dalam shake tadi memang ada letak dah ais krim vanilla.