Pelakon cantik, Intan Najuwa yang kini hamil anak pertama berpuas hati apabila akhirnya dapat menikmati teh Thailand yang diidamkannya ketika mengandung.
Pun begitu perkongsian Intan menerusi Insta Storynya dikecam wargamaya yang prihatin dan meminta Intan untuk tidak minum selalu air viral itu kerana tidak sihat untuk ibu hamil.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Intan memuat naik ‘screenshot’ mesej individu yang mengatakan pewarna dalam minuman tersebut boleh memudaratkan kesihatan ibu mengandung.
Jelas Intan, dia hanya sekadar ingin memenuhi kehendak mengidamnya pada waktu itu sahaja dan dia sebenarnya begitu mengambil berat tentang pemakanan dan sering mendapatkan nasihat doktor.
“Hai semua, kalau awak tanya tentang teh ini, nak beritahu saya tak minum setiap masa.
“Saya minum bila ada rasa nak minum dan biarkan saya nak menikmati mengidam saya semasa mengandung.
“Kadang-kadang kita nak sesuatu yang tak biasa dapat, tapi saya berhati-hati dan saya dah pun merujuk pada doktor dan keluarga saya. Mereka kata tak apa jika hanya bersederhana. Saya pun makan makanan sihat, jadi sedikit kelainan tak mengapa,” tambahnya.
Ads
Intan yang hamil di trimester kedua ini amat berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan keadaan dirinya dan meminta agar membiarkan ibu mengandung menikmati keinginan mereka sepanjang tempoh kehamilan ini.
“Terima kasih kerana ambil berat tapi tolong biarkan ibu mengandung menikmati mengidam mereka. Tak perlu nak rosakkan kebahagiaan orang lain!
“Kami bakal-bakal ibu dah ambil banyak makanan tambahan setiap hari. Jadi tolong biarkan kami puaskan mengidam kami ya?,” tambahnya lagi.
Ads
Terdahulu,Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos tahun lalu. Pada 18 Julai lalu, Intan berkongsi khabar gembira sedang hamil anak pertama mereka.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Nasi hujan panas ni memang legend bila tiba musim Raya, terutamanya masa open house! Warna nasi yang ceria, ada merah, hijau, kuning sudah tentu naik selera tengok.
Aromanya pula wangi semerbak dari rempah ratus, santan dan susu cair memang padu kalau dipadankan dengan ayam masak merah, acar jelatah dan dalca.
Tak hairanlah ramai jadikan nasi hujan panas sebagai hidangan utama waktu jamuan Raya bukan je sedap, tapi nampak grand dan meriah atas meja. Nak jamu tetamu pun rasa puas hati!
Namun tak semua tahu cara nak buat nasi hujan panas ni, nak tahu cara yang mudah , tukang masak, Nazri Mat Zain ni kongsi cara masak untuk sukatan 5kg.
Resepi Nasi Hujan Panas Style Papa
“Syukur Alhamdulillah. Busy siapkan order dari customer.. Lewat ckit Papa up menu hari ni..”
BAHAN-BAHAN
Beras Basmati Jasmine Pusa Cream 5kg Basuh dan rendam beras 20 minit dan toskan. Bawang Besar 4 biji Bawang putih. Selabu Halia 4 “ 4 sekawan Air 5 ltr Susu cair 1 tin. Pewarna kuning Telur, Hijau Apple dan Merah Setiap pewarna dicampurkan dgn sedikit susu cair. Garam, Aji n gula secukup rasa Majerin @ Minyak Sapi dan minyak masak untuk menumis.
PENYEDIAAN NASI HUJAN PANAS
1. Panaskan kuali dan masukkan majerin @ minyak Sapi yg dicampur dgn minyak masak anggaran dlm 1/2 kg (lebih ckit pun x pa) 2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan 4 sekawan 3. Bila bawang dah layu dan naik wangi tutup api tuang dlm rice cooker gas atau letrik. 4. Masukkan daun pandan, mskkan air 5 ltr 5. Masukkan garam, Aji n gula secukup rasa dan masak hingga air didih. 6. Masukkan susu cair 1 tin. 7. Masukkan beras yg telah ditos
8. Kacau sentiasa hingga air hampir2 kering, baru tutup dgn tudung periuk. 9. Tunggu nasi kering (masak) 10. Buka tudung periuk dan buatkan tiga lubang ditengah2 nasi tadi dan tuang pewarna. 11. Tudung semula periuk biarkan dlm 10 minit, baru buka dan gaul utk campurkan warna tersebut. Siapp
Antara lauk yang digandingkan bersama nasi hujan panas
Seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia lima tahun yang dilaporkan hilang setelah terjatuh di Sungai Skudai dekat Kampung Sepakat Baru pada Rabu, ditemukan meninggal dunia lewat malam tadi.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Kanan Penguasa Bomba, Saifulbahri Safar, mangsa ditemukan oleh anggota unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 130 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dengan kedalaman empat meter.
Kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang dilaporkan hilang setelah terjatuh di Sungai Skudai dekat Kampung Sepakat Baru pada Rabu, ditemukan meninggal dunia.
“Kami menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.59 petang. Sebaik menerima panggilan berkenaan, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan satu jentera ‘fire rescue tender’ (FRT) dan satu jentera unit perkhidmatan penyelamatan perawatan kecemasan (EMRS) dengan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dihantar ke lokasi.
“Anggota PKO kemudiannya bertindak membuat pencarian di sepanjang tebing sungai sepanjang 800 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh manakala anggota PPDA membuat operasi selama mengunakan teknik ‘swift wiping’.
“Mangsa kemudiannya ditemui sekitar jam 11.15 malam,” katanya.
Kemunculan anak pasangan selebriti dan usahawan berjaya, Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal sentiasa dinantikan oleh peminatnya.
Namun sekian lama menanti wajah comel Bilal, kelibat anak kesayangan pasangan ini hanya muncul sipi-sipi di Instagram ibunya.
Terbaru, Muhammad Bilal yang kini sudah pun berusia lapan bulan kini sudah pun didedahkan dengan pelbagai jenis rangsangan di rumahnya.
Melalui Insta Storynya, Neelofa turut memuat naik video comel Bilal yang begitu teruja.
“Masyaallah ada orang tu happy sangat at his first class,” tulisnya dikapsyen.
Menerusi kapsyen yang dikongsikan oleh Neelofa, Bilal memulakan kelas pertama dengan mengenal jenis haiwan melalui alunan lagu dan lampu-lampu.
Ternyata anak kecil itu begitu teruja hingga melompat-lompat kala di pasangkan lagu dengan intonasi yang sesuai ditambah pula dengan lampu-lampu yang menarik perhatian. Nampak Bilal cukup teruja dengan sesi pertama itu.
Dalam pada itu, perkongsian video yang dimuat naik oleh akaun kelab peminat Neelofa itu turut mendapat perhatian ramai.
Terdahulu, Muhammad Bilal dilahirkan pada 29 Januari yang lalu dan kini Bilal sudah pun berusia lapan bulan.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.