Intan Salleh kongsi usia kandungan anak ke empat sudah masuk 30 minggu, ramai teka baby girl. Personaliti media sosial, Intan Liana Salleh berkongsi penampilan terkininya yang sedang hamil anak ke empat.
Intan Salleh Kongsi Usia Kandungan Anak Ke Empat Sudah Masuk 30 Minggu, Ramai Teka Baby Girl
Kehidupan sebagai seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata tentunya bukan sesuatu yang mudah. Bagaimanapun walaupun sedang sarat namun Intan tetap kelihatan berstamina.
Wajahnya juga semakin berseri-seri sejak hamil anak ke empat. Mungkinkah kehamilan kali ini anak perempuan? Sama-sama kita nantikan. Kerap berkongsi momen-momen bersama anak-anaknya, Intan kelihatan cukup bahagia dengan kehidupannya sekarang.
Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Intan berkongsi penampilan terkininya.
“Bismillah, 30 minggu”- tulis Intan di ruangan kapsyen.
Perkongsian Intan dilaman Instagramnya mendapat respon daripada warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Ads
Untuk info, Intan sebelum ini merupakan bekas isteri kepada pemain muzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 11, dan Ariq Muqri, 9. Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya pada 20 Disember 2021.
Ads
Perkahwinan kedua ini, Intan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 4 September 2022, yang kini berusia 2 tahun. Terbaharu, Intan dan suaminya sedang menantikan kelahiran anak kedua mereka.
Nama Atikah Suhaime bukan asing dalam dunia hiburan. Memulakan kerjaya lakonan sejak usia muda, wajah lembut dan lakonannya yang bersahaja sering mencuri perhatian peminat drama Melayu tempatan.
Namun, sisi hidup Atikah berubah sepenuhnya selepas dia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Lokman Teh pada tahun 2022. Kini bergelar isteri dan juga ibu kepada si comel Lyla Mulan Teh, Atikah perlahan-lahan membina babak baru dalam hidupnya – lebih tenang, lebih matang, dan lebih bermakna.
Buat pertama kali menyambut Hari Ibu sebagai seorang ibu sebenar, Datin Atikah Suhaime mengimbau kembali detik yang mengubah seluruh hidupnya — saat melahirkan Lyla Mulan Teh.
Walaupun dirinya seorang yang sentiasa yakin dalam setiap keputusan besar hidup, namun bila tiba di bilik bersalin dan diminta menandatangani borang kelahiran, hatinya mula berbelah bagi. Dalam diam, dia hanya berharap satu — agar ibunya segera tiba ke hospital untuk memegang tangan dan menenangkannya.
“Rasanya sejak saya pregnant, saya selalu rindu my mom. Selalu nak clingy dengan dia. tiba-tiba macam tu, padahal sebelum tu selalu bergaduh. semua dah tahu saya bersalin ambil epidural, tapi orang tak tahu sebelum tu saya kena sign satu borang in case berlaku apa-apa komplikasi. Saya seorang yang sangat yakin tapi bila tengok borang tu terus rasa serabut, tertanya-tanya betul ke pilihan saya.”
Ketika itulah dia sedar, tiada siapa yang boleh mengganti tempat seorang ibu di sisi anaknya, terutama dalam saat paling mencabar dan penuh emosi seperti melahirkan zuriat sendiri.
“Suami saya pula sejenis yang dia cakap dia takut tengok jarum, jadi dia minta nak keluar. Masa tu ibu saya masih di airport tak sampai lagi, kebetulan saya bersalin mengejut. saya rasa keseorangan dan menangis je. Waktu tulah saya sedar yang saya perlukan ibu saya.”
Menjadi ibu bukan hanya tentang bayi, tapi tentang perkahwinan yang juga melalui fasa baru. Itulah realiti yang Atikah lalui selepas kelahiran Lyla. Hubungannya bersama suami tercinta, Datuk Lokman Teh, turut berubah. Perselisihan faham menjadi biasa — dua jiwa yang sama-sama belajar cara baru hidup sebagai ibu dan ayah.
Namun, daripada cabaran itu, Atikah mula melihat sisi baru suaminya. Seorang ayah yang penyayang, rajin membantu, dan penuh empati terhadap keadaannya yang masih dalam fasa menyesuaikan diri.
“Dugaan lepas bersalin ni, hari-hari nak gaduh. Kenapa tak ada yang cerita tentang hubungan suami isteri lepas ada anak? Saya rindu suami tapi pada masa yang sama tak mahu jauh dari anak. bila dah ada anak ni, hubungan suami isteri dah lain tak sama macam kita bercinta dulu. Kalau dulu we’re partners in crime tapi sekarang partners in diapers.”
Katanya, cinta itu bukan hanya tidak berkurang — malah bertambah kerana dia jatuh cinta sekali lagi, kali ini dengan versi ‘ayah’ kepada suami yang dikasihi.
“Tak sangka saya nampak sisi lain suami saya. Yalah, dia lahir-lahir anak orang kaya. Jenis dia, dia bayar dan orang buatkan untuk dia semuanya. Menakjubkan bila hari pertama bersalin tu, saya tengok dia salinkan lampin anak. Bila tengok sisi dia yang lain tu, dah tentulah saya bertambah sayangkan dia. Dan syukur dia juga sangat memahami saya sebagai ibu yang baru bersalin dengan emosi yang tak menentu.”
Sebagai seorang ibu, pastinya ada harapan dan impian untuk si kecil. Atikah juga tidak terkecuali. Dia mahu segalanya terbaik buat Lyla Mulan Teh — dari segi pendidikan, peluang hidup, hingga kebahagiaan masa depan.
“Kalau boleh Atikah nak control hidup dia. Atikah nak dia jadi ballerina, kahwin dengan orang kenamaan, go to the best school. Kita akan plan macam-macam for our kids tapi apa yang kita rasa terbaik untuk dia tak semestinya terbaik untuk diri dia.”
Namun, dalam hatinya, dia juga sedar… apa yang ibu fikir terbaik, tak semestinya itu yang anak mahukan. Maka, dia hanya mahu Lyla tahu satu perkara: apa pun keputusan yang dibuat hari ini, semuanya lahir daripada kasih sayang dan harapan yang tulus. Dan satu hari nanti, dia hanya berharap anaknya akan faham, bukan membenci.
“I always thinking, apa yang mak dia buat sampai anak dia marah sangat dekat dia. I hope Mulan will always love me forever. I harap dia takkan jadi macam saya dulu yang selalu marah-marah mak saya. Baru saya tahu, ibu hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya. Harap-harap dia tak benci saya bila dia dah besar nanti.”
Kisah Datin Atikah Suhaime ini menjadi refleksi indah buat semua wanita yang melangkah masuk ke dunia keibuan. Ia bukan perjalanan mudah, tapi ia adalah perjalanan yang membina semula cinta, diri, dan pengertian.
Selamat Hari Ibu buat Datin Atikah Suhaime dan semua ibu hebat di seluruh Malaysia!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Talita seronok lekat ‘sticker’ pada adik, “Pantang tinggal kejap, habis di dekokan adiknya.” Raja Ilya yang dikenali dengan nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, selamat melahirkan anak keduanya pada pagi Selasa, 16 Oktober lalu.
Bayi lelaki seberat 4.7 kilogram (kg) itu dilahirkan melalui pembedahan di King Edward Memorial Hospital, Australia. Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garret pada 2018 dan menetap di Australia kerana mengikut suaminya yang merupakan warga negara itu.
Pasangan ini sudah memiliki seorang anak perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 2 tahun. Dalam satu perkongsian di laman Instagramnya, Ilya berkongsi gelagat anak sulungnya, Talita yang kelihatannya begitu menikmati momen ‘menghias’ adik lelakinya, Royal Abraham ketika ibunya sibuk di dapur.
While I was in the kitchen..
Pantang tinggal kan kejap, habis dia deco kan adik dia…kak long ni nak kene ni..- tulis ilya di ruangan kapsyen.
Perkongsian Raja Ilya menarik perhatian warga maya. Ramai yang geram dengan gelagat comel Talita serta kecomelan adik lelakinya tetap nyenyak tidur meskipun ‘diganggu’ oleh kakaknya.
Sebagai ibu ayah, tentu kita berasa bangga bila anak kelihatan matang, berdikari dan bijak menguruskan diri. Namun, tidak semua ciri “matang awal” itu petanda perkembangan sihat. Ada sebahagian kanak-kanak yang kelihatan tenang, rajin, dan ‘dewasa’ sebenarnya sedang memendam tekanan emosi yang dikenali sebagai Sindrom Hurried Child.
Dalam dunia serba moden, anak-anak semakin kerap terdedah kepada tekanan akademik, jadual padat, serta ekspektasi tinggi ibu ayah dan masyarakat. Dunia kanak-kanak sepatutnya dipenuhi permainan dan penerokaan, tetapi ada yang tidak sempat merasainya.
Sindrom Hurried Child merujuk kepada keadaan apabila anak dipaksa untuk membesar terlalu cepat, sama ada disebabkan tekanan akademik, masalah keluarga, atau gaya hidup yang menuntut mereka berkelakuan seperti orang dewasa.
Kanak-kanak ini kelihatan:
Namun di sebalik tingkah laku “dewasa kecil” ini, tersembunyi rasa takut, cemas dan keinginan untuk memenuhi harapan orang lain.
Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Evidence-Based Social Work turut menunjukkan bahawa sindrom ini boleh berpunca daripada dasar sekolah yang menekan, ibu bapa yang sibuk, serta masyarakat yang terlalu menekankan kejayaan.
Anak yang dibesarkan terlalu cepat belajar untuk menyimpan emosi sendiri. Mereka takut mengecewakan ibu ayah, lalu berusaha menjadi “sempurna” dalam segala hal.
Kesan yang sering berlaku:
Mereka kelihatan matang dari luar, tetapi di dalam, jiwa mereka masih kecil dan perlukan ruang untuk bermain, menangis dan melakukan kesilapan tanpa dihukum.
Ibu ayah boleh mula peka jika anak menunjukkan ciri seperti:
Jika berpanjangan, ia boleh menyebabkan kesan yang lebih serius seperti:
Antara punca utama sindrom ini ialah budaya perbandingan.
“Kenapa tak macam anak jiran tu?”
“Dia boleh, kenapa kamu tak boleh?”
Ayat sebegini membuat anak rasa tidak cukup baik dan terpaksa meniru orang lain. Mereka mula menyembunyikan keinginan sendiri kerana takut tidak disayangi.
Selain akademik, media sosial juga menyumbang kepada tekanan ini. Ramai kanak-kanak mula berfesyen seperti orang dewasa dengan memakai makeup, kasut tumit, dan pakaian yang tidak sesuai usia.
Fenomena “mini adults” ini kelihatan comel, tetapi jauh di sudut, ia memberi mesej kepada anak bahawa mereka perlu ‘dewasa’ untuk diterima.
Peranan kita sangat penting untuk mengurangkan tekanan anak. Antara langkah yang boleh diambil:
Setiap anak ada tempoh tumbesarannya sendiri. Jangan bandingkan.
Bermain adalah kerja anak kecil. Ia penting untuk perkembangan emosi dan sosial.
Anak perlukan masa rehat. Biarkan mereka bernafas tanpa tekanan.
Kadang-kadang mereka tak minta penyelesaian, hanya mahu difahami.
Fokus pada proses, bukan hasil. Sokongan ibu ayah membina keyakinan diri anak.
Ingatlah, anak bukan projek untuk dikejar atau perlumbaan untuk menang. Mereka adalah jiwa kecil yang perlukan kasih, ruang dan masa untuk membesar secara semula jadi.
Berilah mereka peluang menikmati zaman kanak-kanak – bermain, membuat kesilapan, bergelak tawa dan belajar dalam suasana ceria. Dengan sokongan lembut ibu ayah, insya-Allah mereka akan membesar menjadi individu yang seimbang, bahagia dan yakin diri.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...