Intan Salleh selamat bersalin anak ke empat, “Alhamdulillah…cepat sangat kali ni.” Personaliti media sosial, Intan Liana Salleh berkongsi berita gembira kelahiran anak ke empatnya.
Intan Salleh Selamat Bersalin Anak Ke Empat, “Alhamdulillah…Cepat Sangat Kali Ni”
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Intan dan juga suaminya, Mohd Aizam berkongsi berita gembira itu.
Berikut antara gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram story Intan dan Mohd Aizam.
Bagaimanapun sama ada Intan mahupun suaminya tidak berkongsi jantina bayi yang baru dilahirkan itu.
Ads
Intan sebelum ini merupakan bekas isteri kepada pemain muzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 11, dan Ariq Muqri, 9. Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya pada 20 Disember 2021.
Perkahwinan kedua ini, Intan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 4 September 2022, yang kini berusia 2 tahun. Terbaharu, Intan dan suaminya sedang menantikan kelahiran anak kedua mereka.
Bukan calang-calang, anak kepada pelakon, Fatin Afeefa, si comel Ivy Herra Sophia membanggakan ibu dan ayahnya apabila memperolehi semua A dalam tujuh mata pelajaran dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik Fatin Afeefa, dia amat berbangga malah kagum dengan pencapaian cemerlang anaknya itu.
“Congrats Joyah,” tulisnya ringkas menerusi video berkenaan.
Tanpa mendedahkan nama sekolahnya, jelas si comel Ivy menunjukkan reaksi wajah yang cukup gembira ketika memberitahu markah peperiksaan subjek tahun 3 kepada ibunya.
Difahamkan, Ivy memperoleh 80 markah dan ke atas untuk tujuh subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Akhlak, Tauhid, Jawi dan Sirah. Memang terbaik!
Tidak hanya Ivy bahkan Fatin Afeefa juga turut membuat keputusan untuk menghantar anak lelakinya, Adam Aisy Arrian ke sekolah pendidikan agama untuk mempelajari dan mendalami al-Quran.
Terdahulu, Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada Disember 2022. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia tujuh bulan.
Fatin Afeefa turut mempunyai dua orang cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulunya dengan bekas suami, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
Weaning ialah proses berhenti menyusu secara berperingkat, sama ada dari susu badan atau botol. Ia bukan sekadar “berhenti susu” secara tiba-tiba, tapi satu perjalanan perlahan dan penuh emosi antara ibu dan anak.
Weaning boleh berlaku dalam dua bentuk:
Natural Weaning (Weaning Semula Jadi) Anak sendiri menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti menyusu, seperti menyusu semakin jarang, cepat hilang minat, atau lebih suka makan makanan pejal. Biasanya berlaku tanpa paksaan dan lebih tenang untuk ibu dan anak.
Gentle Weaning (Weaning Secara Lembut) Ibu mula mengurangkan sesi menyusu sedikit demi sedikit, dengan cara menggantikan susu dengan aktiviti lain seperti pelukan, membaca buku, atau bermain. Ini cara paling disarankan untuk elak anak rasa kehilangan atau trauma.
Bila anak dah mencecah umur empat tahun tapi masih mahu menyusu, ramai ibu mula rasa serba salah. Ada yang risau anak akan ‘terlalu manja’, ada pula yang malu bila orang sekeliling mula bertanya, “Eh, anak dah besar pun masih minum susu badan?”
Tapi sebelum kita terburu-buru nak ‘wean off’, penting untuk faham satu perkara, bagi anak, menyusu bukan sekadar tentang susu, tapi tentang rasa selamat, kasih dan kelekatan.
Pada usia empat tahun, susu bukan lagi keperluan utama dari segi nutrisi. Tapi dari segi emosi dan psikologi, ia masih sangat penting untuk sesetengah anak. Bagi mereka, saat menyusu adalah waktu eksklusif bersama ibu dan masa di mana mereka dapat peluk, rasa kulit ibu, dengar degupan jantung dan rasa tenang.
Anak yang masih menyusu sebenarnya sedang mencari rasa selamat. Mungkin dia baru ada adik, baru masuk tadika, atau melalui perubahan besar dalam hidupnya. Jadi, penyusuan jadi cara dia menenangkan diri.
Tak dinafikan, ibu pun ada rasa penat. Kadang anak menyusu waktu malam berkali-kali, sampai tidur pun terganggu. Ada juga ibu yang rasa bersalah antara nak teruskan atau nak berhenti.
Tapi jangan bimbang, setiap anak berbeza. Tidak ada masa ‘wajib berhenti’. Yang penting, lakukan dengan lembut dan bertahap, bukan secara mengejut.
Jangan hentikan sekaligus. Mula dengan mengurangkan sesi siang dulu. Gantikan dengan pelukan, membaca buku atau berbual sebelum tidur. Contoh:
“Hari ni kita tak menyusu ya, tapi mama peluk lama-lama sebab mama sayang.”
Anak biasanya minta susu sebelum tidur. Jadi ganti dengan rutin baru seperti berus gigi, baca buku, atau nyanyi lagu lembut. Lama-lama, dia akan faham bahawa waktu tidur tak semestinya ada susu.
Anak umur empat tahun dah faham bahasa emosi. Gunakan perkataan lembut:
“Mama tahu kamu suka menyusu sebab rasa tenang, tapi sekarang kamu dah besar. Kita cuba cara lain untuk tenang, boleh?”
Perkenalkan patung lembut, bantal busuk, atau selimut kegemaran. Bila rasa nak menyusu, dia boleh peluk benda tu untuk rasa selamat.
Setiap kali anak berjaya tak menyusu waktu siang atau malam, puji dia.
“Wah, abang dah tidur tanpa susu! Mama bangga sangat.” Pujian kecil begini beri motivasi besar pada anak.
Proses berhenti menyusu tak perlu jadi satu ‘perang’. Ia boleh jadi perjalanan lembut penuh kasih antara ibu dan anak. Ingat, menyusu lama bukan tanda anak manja ia tanda anak percaya dan selesa dengan kasih ibu. Dan bila tiba masanya, dia sendiri akan lepaskan dengan tenang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak 8 tahun suka matematik, sudah boleh tahu istilah juta hingga ke novemtrigintilion. Jika kanak-kanak lain yang berusia 8 tahun, sudah tentu suka bermain, lain pula kisahnya dengan Muhammad Rayyan Hakeem Mohd Syazlan Amirudin. Kanak-kanak ini lebih suka menghabiskan masa dengan mendalami ilmu Matematik.
Ibunya, Nurul Dalinatul Aini Mohd Dali yang menetap di Sheffield, United Kingdom (UK) berkata, dia dan suami, Amirudin Bahardin, menyedari minat Rayyan dalam Matematik ketika anaknya itu berumur lima tahun.
Kanak-kanak yang mesra disapa Rayyan, boleh mencongak operasi tambah, tolak, darab dan bahagi membabitkan angka yang besar.
Katanya, minat itu adalah hasil inisiatif dan keinginan Rayyan untuk belajar.
“Rutin harian Rayyan sama seperti kanak-kanak lain iaitu ke sekolah. Cuma, seawal umur lima tahun, dia sudah menghafal sifir dua hingga 12.
“Nampak minatnya serius kerana mencongak angka besar selain gemar menonton video berkaitan angka di YouTube.
“Disebabkan itu, Rayyan boleh tahu istilah juta, bilion, trilion, quadrilion, quintilion sehingga ke novemtrigintilion,” katanya.
Menurut Nurul Dalinatul Aini, sejak Disember tahun lalu, Rayyan mula menunjukkan kemahiran mencongak angka berkuasa besar.
Nurul Dalinatul Aini berkata, Rayyan juga sering memintanya dan suami memberikan soalan berkaitan Matematik bagi menguji kemahirannya.
“Setakat ini, Rayyan berkebolehan untuk mencongak nombor 22 sehingga 209.
“Rayyan juga terkenal dalam kalangan rakan sebaya dan guru dengan kebolehan Matematik malah pernah mendapat ‘Head Teacher’s Award’ untuk kemahirannya itu.
“Menurut guru, Rayyan sering ke hadapan untuk menulis di papan hitam bagi menjawab soalan atau kuiz Matematik di sekolah.
“Selain itu, Rayyan ingat semua nama-nama kuasa, suka bermain kiub rubik dan tidak suka menyelesaikannya mengikut warna seperti orang lain, tetapi mengikut coraknya,” katanya.
Meskipun sedar kelebihan dimiliki Rayyan, Nurul Dalinatul Aini mahupun suaminya tidak pernah beri tekanan kepada anak mereka itu.
“Kami tak pernah memaksa sebaliknya beri kebebasan untuk Rayyan memilih apa diminatinya dan bagi sokongan.
“Cuma pernah terfikir jika dia dapat masuk universiti pada usia yang muda. Tapi, itu semua terpulang padanya dan kalau boleh, kami hendak beri Rayyan kebebasan kerana mahu dia membesar serta bermain seperti kanak-kanak lain,” katanya.