
Menikmati kerang segar memang sedap dan manis isinya. Macam mana pula dengan kerang yang disejuk bekukan. Sebenarnya ada cara nak pastikan kerang yang disimpan dalam peti sejuk ini kembali segar.
Hanya dengan menggunakan teknik yang tepat ketika merebus, kerang kembali segar seperti baru dibeli. Jom cuba ikuti perkongsian Zila Nur Aril ini.
Ada orang cakap buat apa susah payah nak guna kerang fresh? Yang frozen ada, sama je kerang jugak. Mungkin sama dari segi bentuk rupa tapi tak pada rasanya ya.
Kerang fresh ni dia manisss dan juicy, yang frozen tu yang tahu je tahu.

Tips nak dapatkan kerang cantik macam ni:-
1. Rebuskan air bagi mendidih dulu baru masukkan kerang. Sekejap saja jangan biar sampai kerang terbukak sendiri.
2. Lepas tu jiruskan dengan air biasa atau air sejuk untuk hentikan proses memasak.

3. Terus kopek, jangan masukkan dalam peti ais.
** Pastikan kerang hidup, jangan masukkan dalam peti ais sebelum direbus. Saya tak letak garam masa rebus sebab saya buat niaga kuey teow kerang. Kalau sapa yang nak buat kerang rebus je tu boleh letakkan garam ya.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Teknik Lipat Baju ‘Tuck In’. Lagi Kemas, Tak Mudah Terlerai & Jimat Ruang

Guna konsep lipat baju dan ‘tuck in’ memang sangat mudah dan menjimatkan ruang. Lagi pun kalau anak kecil yang suka selongkar almari dan sepahkan baju, masih ada harapan lagi baju itu tak terlerai dari lipatan.
Hanya guna beberapa langkah ini, anda boleh buat. Hanya ikut je tip ini. Sesuai dibuat untuk baju anak-anak yang jenis sepasang dan kalau nak pakai pun tak adalah nak mencari pasangannya.
Perkongsian dari Puan Ikaa Baharin ini dengan langkah yang cepat akan memudahkan kerja ibu melipat kain. Lepas ni kena cuba ye!






Senang kan. Jadi lepas ni anda boleh cuba buat. Confirm masalah baju lain seluar lain dah tak berlaku lagi lepas ni kalau nak dipakaikan pada anak.
Sumber: Ikaa Baharin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Lelaki Suka Permainan Budak Perempuan Bukan Tak Macho. Mak Ayah Ada Peranan Sendiri Bagi Anak Faham Personaliti Mereka

Perasaan risau pasti timbul bila melihat anak lelaki suka bermain permainan untuk kanak-kanak perempuan. Puas dipujuk dan alih perhatian si cilik untuk bermain permainan yang sesuai dengan kanak-kanak lelaki ternyata mereka tak petah dan akan berbalik semula bermain dengan anak patung dan alatan memasak. Keadaan tersebut ada ketikanya kelihatan lucu namun sebagai ibu pasti terbit perasaan risau dengan anak lelaki yang semakin membesar itu.
Tak usah risau atau gusar dengan keadaan tersebut, saat mereka bermain dengan permainan yang dianggap feminin, anak lelaki anda masih tetap maskulin. Ini caranya:

Bermain masak-masak
Memasak sebenarnya bukanlah pekerjaan yang feminin kerana dalam dunia hari ini ramai tukang masak dan chef terdiri daripada orang lelaki. Jadi ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan oleh ibu bapa. Ajak si kecil anda menonton filem Chef yang mengisahkan seorang ayah yang menjadi chef di sebuah trak makanan miliknya dan ketika cuti sekolah dia akan mengajak anak lelakinya untuk membantu. Selain itu anda juga boleh ajak si kecil anda menonton program realiti masakan seperti Masterchef Junior yang memaparkan kanak-kanak memasak tanpa mengira gender.
Bermain dengan anak patung
Bermain dengan anak patung memang sukar untuk anda larang tambahan lagi jika anak anda bermain dengan kawan perempuan atau kakak mereka. Dengan bermain anak patung, anak anda sebenarnya akan memiliki pengalaman untuk mengasuh dan menjaga bayi. Apa yang perlu anda tegaskan adalah peranan mereka sebagai seorang lelaki atau ayah kepada anak patung tersebut supaya mereka tidak keliru dengan personaliti mereka kelak.

Main pondok-pondok
Kanak-kanak lelaki dan perempuan memang suka bermain pondok-pondok kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama. Mereka juga boleh menerokai kreativiti mereka dengan membuat sendiri rumah mereka daripada kusyen, kain atau bantal yang ada. Mereka juga belajar untuk memastikan rumah mereka bersih dan baik. Apa yang perlu ditekankan untuk anak lelaki adalah mereka perlu membuat kerja-kerja seperti pembaikan atau mengangkat barang-barang berat yang ada dalam rumah permainan mereka. Meskipun hal tersebut boleh juga dilakukan oleh kanak-kanak perempuan, tapi kanak-kanak lelaki yang lebih sesuai untuk lakukan itu semua.
Mendandan
Seperti juga dengan chef, pendandan rambut juga ramai terdiri daripada kalangan lelaki. Oleh itu tak jadi masalah untuk si kecil anda suka mendandan sama ada diri sendiri, kawan-kawan atau mendandan anak patung mereka. Apabila anda juga termasuk dalam permainan mereka bertegaslah mengatakan rambut anda mahu dipotong atau dandan oleh abang kacak itu dan bukan dengan kakak cantik. Anda juga boleh membawa mereka ke kedai dandanan rambut yang majoriti pemotong rambutnya adalah lelaki. Di tempat itu, anak anda boleh melihat sendiri bagaimana sikap dan personaliti pendandan rambut lelaki.
Berbelanja dengan wang
Selain bermain masak-masak, mendandan dan bermain anak patung, kanak-kanak juga suka bermain dengan wang. Bukan perempuan sahaja yang suka membeli-belah kan, lelaki pada zaman kini juga suka dengan aktiviti sedemikian. Untuk menegaskan peranan anak lelaki anda dalam berbelanja mengikut gendernya, anda boleh minta mereka menjadi seorang ayah dan minta mereka membeli barang-barang keperluan rumah. Atau jadi pemilik restoran yang melayan pelanggan dan seterusnya mengambil bayaran daripada anda sebagai pelanggan tentunya menyeronokkan.

Tegaskan gender mereka
Sebagai ibu bapa, ketegasan anda perihal sikap yang perlu ada oleh anak lelaki bukan sahaja ketika mereka bermain, malah dalam aktiviti seharian lain juga. Memberi komen atau pujian yang menghasilkan kesedaran tentang gender mereka seperti, “Wah, kuatnya anak mama ni, boleh tolong mama angkat bakul kain.” Pasti memberikan impak yang bagus untuk si kecil anda.
Selain itu, dedahkan mereka dengan aktiviti lasak di luar rumah seperti bermain bola, berlari bersama kawan-kawan di taman permainan tentu juga menyeronokkan mereka. Jika ada kesempatan anda boleh libatkan mereka dengan kelab seperti taekwondo, silat dan sebagainya.
Sebaiknya hindarkan anak anda daripada menonton rancangan televisyen yang boleh membuatkan mereka keliru akan personaliti sebenar seorang lelaki yang banyak dipaparkan pada hari ini.
Peranan ayah juga penting, ajaklah anak lelaki anda bermain bersama kerana daripada ayahlah anak-anak belajar tentang dunia lelaki. Ia juga boleh merapatkan lagi hubungan antara anak dan ayah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Anak Panjat Kita Masa Solat, Tapi Tak Pernah Rasa Marah” Alif Ikut Cara Didikan Rasulullah

Bergelar seorang bapa di usia muda bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi Alif, kehadiran anak dianggap pembawa rezeki buatnya dan isteri.

Berkongsi mengenai cabaran dalam membesarkan anak-anak, Alif mengakui ianya bukanlah sesuatu yang mudah namun tetap menjadi momen indah buat dirinya dan kisah ini dikongsi dalam Anugerah BEST PAPA MILLENIAL 2022.
“Ada dugaan dan cabaran. Alhamdulillah sekarang bapa kepada 3 orang anak.”

“Setiap anak ada karakter sendiri, apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Dan Alif bangga jadi ayah kepada anak perempuan. Tak pernah ada rasa kasih sayang yang berbeza-beza setiap anak, kena adil. Alif percaya kita kena lead by example. Kalau diaorang nak bermanja, layan.”

Tambah Alif lagi, sebagai bapa kepada 3 cahaya mata dia menjadikan Rasulullah sebagai idola dalam mendidik anak-anak.
“Cara Rasulullah layan kanak-kanak, dengan kelembutan. Jadi Alif cuba buat benda yang sama.. anak datang tepuk-tepuk muka kita, panjat kita masa solat, tapi Alif tak pernah rasa marah. Kanak-kanak tetap kanak-kanak jadi kita layan sebaiknya.”

“Waktu Alif di rumah, bila ada masa terluang, Alif akan curi masa (Waktu main key point) contoh waktu anak sebelum tidur, selepas tidur atau hantar anak ke sekolah Alif akan ambik masa tu, pikul tanggungjawab supaya anak sentiasa rasa kehadiran ayah mereka.”

Pemenang Anugerah Best Papa Millenial 2022 ini turut berkongsi tip untuk tidak ‘stress’ dalam menguruskan keluarga tercinta kerana baginya ibu bapa perlu pandai menguruskan emosi sebelum menguruskan anak-anak.

“Antara saya dan isteri, Shadila of course kami bahagi-bahagi tugas. Daddy time, mommy time (Me time) perlu jugak dan sangat penting sebab kita pengendali kapal. Kena tahu masa untuk jaga anak-anak dan jaga diri sendiri, diri kita as parents. Kena sentiasa ada masa untuk diri sendiri barulah rasa lancar dan best je. Hantar anak-anak rumah atuk nenek dia, mama papa pergilah dating”

Siapa sangka dari seorang yang biasa-biasa kini dirinya antara selebriti dan pengacara pilihan ramai. Nak tahu perkongsian lebih tentang bagaimana Alif sebagai seorang papa dan suami melaksanakan tanggungjawabnya pada keluarga dalam kesibukannya bekerja, saksikan video di bawah.
Kredit: Majalah Pa&Ma

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


