Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza yang bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Jantina anak kedua itu dikongsikan Aiman dan Zahirah ketika majlis gender reveal yang diadakan baru-baru ini dan dimuat naik pasangan ini menerusi Instagram masing-masing.
“It’s a baby girl! Alhamdullilah,” tulisnya di kapsyen.
Menerusi video yang dikongsikan itu, ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat Aiman dan Zahirah berkumpul meraikan majlis berkenaan dengan tema warna putih yang melatari keseluruhan majlis.
Malah Aiman dilihat kelihatan begitu teruja ketika jantina anak kedua itu diumumkan. Begitu juga dengan Zahirah yang kelihatan cukup cantik dan berseri-seri walaupun sarat hamil.
Ads
Meninjau diruangan komen, pasangan ini dihujani dengan ucapan tahniah malah mendoakan agar proses kelahiran cahaya mata kedua itu dipermudahkan.
Berkongsi kisah kehamilan kedua ini, Zahirah mengalami kenaikan berat badan sebanyak 10kg malah paling gemar masakan Melayu berbanding rutin pemakanannya sebelum ini.
Terdahulu, Aiman dan Zahirah mendirikan rumahtangga pada 20 Februari 2020. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Isaac Raees yang kini berusia tiga tahun.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemantauan ibu kepada pergerakan bayi dalam kandungan sangat penting agar dapat mengelakkan risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan atau still birth.
Menurut Dr. Dharmini Veerakumaran, Pakar Perbidanan & Sakit Puan , Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ialah 22 minggu. Namun, ini tertakluk kepada negara-negara yang mempunyai teknologi neonatal (bulan pertama kelahiran) yang tinggi iaitu kelengkapan ventilator, inkubator dan sebagainya seperti di Amerika dan Australia.
DEFINISI STILL BIRTH
Anda perlu faham definisi kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ini kerana jika bayi dilahirkan pada usia 20 minggu, dia dianggap gugur. Jika dilahirkan pada umur 24 minggu, barulah dia dikatakan sebagai lahir tidak bernyawa.
Dalam pada itu, terdapat dua jenis kelahiran tidak bernyawa yang perlu anda ambil tahu. Ia ada fresh still birth (FSB) di mana bayi meninggal dalam tempoh 48 jam sebelum kelahiran dan macerate still birth (MSB). MSB melibatkan bayi yang meninggal
lebih daripada 48 jam sebelum tarikh kelahirannya. Sehubungan itu, bagi kes-kes di mana si ibu tidak mengetahui usia sebenar kandungannya, maka mayat bayi yang beratnya 500 gram dianggap sebagai still birth.
CARTA PRGERAKAN BAYI ITU PENTING
Sewaktu kandungan mencecah usia 34 minggu, anda akan diminta untuk melakukan catatan di dalam carta pergerakan bayi. Biarpun kelihatan remeh, ia sangat penting untuk dititikberatkan.
Carta pergerakan yang anda perlu lakukan ini dapat dijadikan petunjuk sama ada bayi dalam kandungan sihat ataupun tidak.
PUNCA DARIPADA IBU
1.Umur
Masalah kematian bayi sewaktu dilahirkan sering terjadi di kalangan ibu yang terlalu muda iaitu umurnya bawah 20 tahun ataupun berusia (40 tahun ke atas).
2.Menghidap penyakit tertentu
Bagi anda yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan penyakit kronik yang lainnya, ketahuilah anda merupakan golongan berisiko terutamanya apabila tubuh tidak mampu lagi dapat meneruskan kehamilan.
3.Sindrom anti phospolipid (APS)
Ia merupakan sejenis penyakit di mana darah wanita hamil mudah beku. Apabila di dalam saluran darahnya mempunyai darah beku, ia boleh memasuki plasenta dan menyekat pengaliran darah, oksigen dan makanan kepada bayi.
4.Trauma
Kemalangan yang pernah berlaku seperti terjatuh, terhantuk dan yang seumpama dengannya boleh mendedahkan anda kepada risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan.
5.Tekanan
Apabila mengalami tekanan, tubuh akan mengeluarkan hormon stres di dalam darah dan memberi tumpuan hanya pada bahagian organ-organ yang penting. Oleh sebab itu, kelenjar adrenalin akan menjaga otak, jantung dan buah pinggang dalam keadaan darurat dan kurang memberi perhatian kepada bahagian rahim. Secara tidak langsung ia mendatangkan mudarat kepada bayi.
6.Sosial ekonomi
Still birth juga didapati terjadi kepada golongan ibu hamil yang terlalu miskin atau tiada pengetahuan asas bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan. Antara lain, jika ada di kalangan anda yang ambil alkohol atau dadah semasa hamil, ia bakal mendedahkan bayi kepada risiko still birth.
PUNCA DARIPADA BAYI
1.Pembesaran terbantut
Risiko still birth boleh berlaku sekiranya bayi tidak mampu untuk membesar dengan kadar sempurna.
2.Pembentukan kongenital
Lazimnya ia boleh terjadi kepada bayi yang mengalami masalah pembentukan organ dalaman tubuh seperti jantung. Sama juga halnya dengan yang mengalami kecacatan akal.
3.Air ketuban
Anda perlu tahu bahawa air ketuban yang kurang ataupun terlalu banyak pun boleh menyumbang kepada risiko still birth.
4.Plasenta
Masalah yang berlaku kepada uri seperti abruption placenta atau uri lekang juga boleh menjadi penyebabnya. Ia terjadi kerana uri lekang terlebih dahulu sebelum bayi berjaya dikeluarkan. Jadi, ia tidak dapat memberi bekalan oksigen pada bayi lalu menyebabkannya meninggal.
Manakala placenta praevia pula berpunca daripada pendarahan. Setiap kali pendarahan berlaku, plasenta tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan boleh menyebabkan nyawa bayi dalam kandungan terancam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Awal Februari lalu, video sambutan hari lahir suami yang dikongsikan oleh selebriti media sosial, Intan Salleh ternyata mendapat perhatian wargamaya bila mana dilihat ujian kehamilan yang turut dikongsikan Intan sebagai kejutan buat suaminya.
Pun begitu, Intan mengakui biarpun keputusan alat ujian kehamilan menunjukkan tanda positif, namun dia hanya dapat mengesahkan perkara itu selepas bertemu doktor.
Katanya, masih terlalu awal untuk berkongsi khabar gembira tersebut kepada umum selain akan sedia memaklumkan apabila sudah mendapatkan kepastian daripada pakar.
Namun dua keping gambar yang dimuat naik oleh Intan semalam di Instagramnya ketika bercuti bersama keluarga jelas menjawab segala persoalan.
“Bagi can la ek… tak tau nak tulis caption apa,” tulis Intan ringkas di kapsyennya.
Namun bukan kapsyen yang menjadi perhatian, sebaliknya baby bump ibu kepada dua cahaya mata ini yang menarik perhatian semua malah terlihat dengan jelas.
Biarpun tidak ada pengakuan atau pengumuman yang dikongsikan ibu cantik manis ini, namun sekeping gambar menjawab segalanya.
Ramai doakan Intan
Rata-rata seluruh pengikut Intan turut mengucapkan tahniah malah mendoakan kebahagian Intan selepas melalui waktu-waktu yang suram suatu ketika dahulu. Malah turut mendoakan agar kandungan Intan dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
“Tahniah bonda❤️❤️. Semoga dipermudahkan kesihatan sepanjang kehamilan ni”.
“I see something❤️❤️❤️❤️❤️ wishhh yang baik-baik UTK bonda❤️❤️❤️❤️❤️❤️”
“Semoga di permudahkan sepanjang mengandung dan kesihatan yang baik”
“Mintak-mintak baby girl…. Aaaminnnn”
Semoga yang baik-baik sahaja untuk Intan dan keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan kehamilan hingga detik melahirkan kelak. Tahniah Intan!
Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga bersama suaminya Aizam Yahya pada 21 Disember lalu selepas melalui detik hiba, akibat kegagalan rumah tangganya bersama suaminya yang terdahulu.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi detik cemas apabila isterinya, Datin Seri Nur Shahida dilaporkan mengalami pendarahan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, Aliff berkata, isterinya mengadu sakit dan mengalami pendarahan yang banyak secara tiba-tiba ketika dia sedang bersiaran langsung di Instagram.
“Masa ni semua jadi kelam kabut.. sepanjang perjalanan isteri saya mengalami pendarahan teruk,” katanya.
Sementara itu, terbaru dalam perkongsian Aliff dia berkongsi perkembangan Shahida yang kini terpaksa menaiki kerusi roda dan perlu hadkan pergerakan bagi mengelakkan pendarahan berlaku lagi.
“Isteri saya jadi macam ni sebab uri ke bawah sangat doktor cakap. Bahaya boleh berlaku pendarahan dan bahaya untuk baby dan ibu. Tengok kerusi roda ini teringat pula dengan arwah nenek palong. Inilah kerusi roda peninggalan yang digunakan oleh nenek saya. Terima kasih yang doakan untuk isteri saya dan anak-anak saya.
Bagaimanapun, Aliff memaklumkan, keadaan isteri dan bayi kini berada dalam keadaan stabil, namun Shahida perlu berehat untuk tempoh tiga hingga enam bulan.
Dalam posting tersebut juga, Aliff turut memberi pesanan hargailah pengorbanan ibu melahirkan kita.
“Kesiankan jadi orang perempuan ni macam-macam dugaan tak sanggup saya tengok tak boleh berjalan sampailah bersalin kalau masih tak sembuh,” tulisnya.
Dalam posting sebelum ini, Aliff memberitahu doktor dah scan kata baby masih okay, denyutan jantung pun okay. Cuma isteri saya kena baring dan berehat,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Aliff menitipkan ucapan doa dan berharap agar Shahida dan bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...