Kes COVID-19 di Malaysia semakin digeruni kerana sudah melibatkan kematian. Kes ini telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Urusan pengebumian mangsa juga telah selamat dijalankan.
Memandangkan virus COVID-19 boleh berjangkit melalui sentuhan, ramai orang yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk menguruskan jenazah penyakit ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, jenazah COVID-19 akan diuruskan sama seperti pengurusan jenazah bagi pesakit Ebola Virus Disease (EVD).
Ia diputuskan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali ke-107 yang telah berlangsung pada bulan Februari yang lalu mengenai hukum Pengurusan Orang islam Yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola.
Ads
Kelonggaran ini diberikan sekiranya ada timbul kemungkinan yang memudaratkan nyawa pengurus jenazah yang terlibat dalam proses menguruskannya.
Untuk menjawab persoalan orang ramai tentang cara pengurusan jenazah COVID-19, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah berkongsi satu video menunjukkan tata cara tayamum yang dibuat ke atas jenazah COVID-19.
Semoga dengan perkongsian video ini dapat memberi kesedaran kepada kita agar memandang dengan lebih serius hal COVID-19 dan sedikit sebanyak memberi pencerahan tentang bagaimana jenazah penyakit ini diuruskan.
Seorang wanita di Jombang dekat sini dilaporkan meninggal dunia selepas menerima suntikan pemutihan di sebuah salon kecantikan yang tidak berdaftar.
Menerusi perkongsian suaminya, dia dan seluruh keluarga masih bersedih dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu namun memuat naik videonya untuk dijadikan pengajaran kepada orang ramai.
Tambah suaminya lagi, isterinya berada dalam keadaan sihat ketika ke salon kecantikan berkenaan pada Sabtu lalu untuk mendapatkan rawatan suntikan pemutihan.
Namun, hanya dalam tempoh 48 jam selepas rawatan, tahap kesihatannya merosot begitu pantas. Malah pada hari berkenaan isterinya juga pulang dengan perkhidmatan E-hailing kerana tidak berdaya selepas rawatan itu.
“Isteri saya pulang ke rumah menggunakan perkhidmatan e-hailing kerana tidak berdaya.
“Keadaannya semakin memburuk sehingga dia menghembuskan nafas terakhir pada pagi Isnin.
“Kesan sampingan yang dialami isteri saya sangat menakutkan. Saya berharap tiada lagi individu yang mengalami nasib serupa hanya kerana mahu cantik sekelip mata,” ujarnya menerusi TikTok pada Rabu.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memilih rawatan kecantikan dan mendapatkan khidmat daripada klinik estetik berdaftar yang dikendalikan oleh doktor bertauliah.
Kes penderaan bayi yang tular baru-baru ini bukan sahaja mengejutkan masyarakat, malah meninggalkan kesan emosi mendalam kepada ramai ibu bapa. Rakaman yang tersebar luas itu mengundang kemarahan serta kebimbangan, terutamanya dalam kalangan ibu bapa yang terpaksa mengamanahkan anak kecil mereka kepada pengasuh demi kelangsungan hidup.
Turut terkesan dengan kejadian tersebut, pelakon Datin Intan Najuwa tampil menyuarakan pandangan tegas mengenai tanggungjawab dan tahap kesihatan mental individu yang memilih kerjaya sebagai pengasuh, khususnya mereka yang menjaga bayi dan kanak-kanak kecil.
Intan atau nama penuhnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, menegaskan bahawa setiap individu yang ingin bekerja sebagai pengasuh perlu memastikan kesihatan mental berada dalam keadaan baik sebelum memikul amanah besar menjaga anak-anak orang lain.
Menurutnya, bayi adalah golongan paling lemah kerana belum mampu bersuara atau mempertahankan diri, sekali gus menjadikan empati dan kawalan emosi sebagai keperluan asas dalam profesion tersebut.
Menerusi satu perkongsian di platform Threads, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu menasihatkan individu yang tidak mampu mengawal emosi agar mencari pekerjaan lain demi mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Sekarang ini cerita dia kalau nak jadi pengasuh, tolong pastikan kesihatan mental awak okey dan mampu menjaga kanak-kanak terutamanya bayi.
Jika tak mampu mengendalikannya, lebih baik cari pekerjaan lain. Jangan aniaya anak orang,” katanya.
Kenyataan tersebut jelas mencerminkan kebimbangan terhadap keselamatan bayi-bayi kecil yang sepenuhnya bergantung kepada ihsan dan tanggungjawab orang dewasa.
Intan turut meluahkan kemarahan terhadap tindakan pengasuh yang didakwa mengasari bayi berkenaan. Walaupun kes penderaan bayi ini tidak melibatkan anaknya sendiri, Intan mengakui emosinya sangat terganggu sebagai seorang wanita dan bakal ibu.
“Walaupun bukan anak aku yang kena tapi kalau aku jumpa pengasuh itu, memang habis aku pijak-pijak kau.
Pakai kaki saja dekat bayi itu, sumbat masuk penjaralah orang macam ini,” luahnya dengan penuh emosi.
Kemarahan itu menggambarkan perasaan ramai ibu bapa yang merasakan bayi tidak sepatutnya menjadi mangsa kegagalan emosi dan sikap tidak berperikemanusiaan individu dewasa.
Dalam masa sama, Intan berharap pihak berkuasa tidak memandang ringan isu ini dan memastikan pelaku kes penderaan bayi menerima hukuman setimpal dengan perbuatan mereka.
“Apa-apa pun pihak berkuasa tolong jangan lepaskan orang jahat. Mereka layak dihukum atas apa yang mereka lakukan,” tambahnya lagi.
Lebih menyentuh hati, Intan turut mempertahankan golongan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak kepada pengasuh kerana tuntutan kerja dan kehidupan.
“Tak ada ibu yang suka-suka nak keluar kerja dan tinggalkan anak mereka dengan pengasuh.
Kebanyakan mereka tiada pilihan. Ini soal untuk terus hidup hari ini dan demi masa depan anak mereka. Jadi, tolonglah berempati,” jelasnya.
Luahan ini mencerminkan realiti ramai ibu dan bapa di luar sana yang terpaksa membuat keputusan berat demi kelangsungan hidup keluarga.
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang pengasuh yang didakwa mendera beberapa bayi di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Desa Petaling, Kuala Lumpur. Suspek, seorang wanita berusia 26 tahun, telah ditahan pada 16 Disember lalu bagi siasatan lanjut oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.
Kes penderaan bayi ini sekali lagi menjadi peringatan besar bahawa keselamatan anak-anak bukan perkara remeh dan tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan.
Selepas lama menanti akhirnya peminat dapat melihat wajah Tuah Alam, anak kesayangan hero Malaya, Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof.
Si comel Tuah Alam yang muncul buat pertama kali menerusi program Oh Baby Remy!: Tuah Oh Tuah itu semalam sudah tentunya mendapat perhatian ramai. Memang comel.
Berkongsi perkembangan terkini, Tuah Alam yang dilahirkan pada 27 Julai lalu kini sudah pun berusia empat bulan.
Tidak hanya muncul di kaca televisyen bahkan Remy tampil berkongsi wajah Tuah menerusi Instagramnya dengan meninggalkan kapsyen cukup manis.
Asid folik penting untuk wanita hamil dan yang merancang kehamilan. Ketahui fungsi, sumber semula jadi, dan peranan suami dalam memastikan kesihatan ibu dan bayi.