Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu kepada semua rakyat Malaysia agar mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa hari ini hingga 31 Mac dalam usaha kerajaan mencegah penyebaran baharu penyakit Covid-19.

Rakyat Terus Sambil Lewa, COVID-19 Mungkin Ada Gelombang Ketiga. Lagi Besar Dari Tsunami!
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Hari ini adalah hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita. Dengan kata-kata mudah, sila duduk di rumah dan jarakkan diri daripada orang lain,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau menggesa agar masyarakat membantu Kementerian Kesihatan dengan memainkan peranan masing-masing ke arah memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

“(Ini) kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Menegaskan bahawa kegagalan bukan pilihan dalam soal menangani Covid-19, Dr Noor Hisham turut memperkatakan tentang bahaya yang mungkin muncul jika masyarakat mengambil sikap sambil lewa.

IKLAN

“Kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami lebih-lebih lagi jika kita mempunyai sikap tidak kisah,” katanya.

Beliau mengakhiri hantaran itu dengan pesanan berikut kepada orang ramai, “Duduk di rumah dan jangan keluar.”

Rakyat Terus Sambil Lewa, COVID-19 Mungkin Ada Gelombang Ketiga. Lagi Besar Dari Tsunami!

IKLAN

Kerajaan mengambil keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac ini di seluruh negara untuk mencegah penularan baharu wabak Covid-19 yang dibimbangkan akan menjangkiti lebih ramai orang.

Malaysia mencatat dua kematian pertama akibat Covid-19 semalam. -Bernama

IKLAN

Sumber: SINAR HARIAN

Pa&Ma: Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab serta mengambil berat soal keselamatan orang lain, ikut setiap arahan yang dikeluarkan pihak berwajib.

Elakkan dari berkumpul di satu-satu kawasan sehingga membentuk sebuah perhimpunan atau keluar merentas negeri.

Setiap apa yang kita lakukan hari ini mungkin meninggalkan kesan buruk kepada diri sendiri atau orang lain pada masa akan datang.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI