Tanpa sedar kita sendiri yang ajar anak kita supaya menyalahkan orang lain. Kita nampak perkara semacam ini mudah tapi banyak kesannya pada perkembangan anak-anak kita.
Perkongsian Ain Zul, ibu yang juga merupakan seorang doktor ini banyak benarnya. Kita sendiri tak sedar kita mendidik anak kita pada perkara yang salah. Jadi jom kita sama-sama perbetulkan.
Ni mummy share hasil dari kelas parenting yang mummy join.
Kita semua tak perasan pun, benda kecik macam ni bila di ajar dari kecik, anak tend to put the blame on others.
Mummy amek contoh si Aileen jatuh bila naik tangga, lepas tu dia menangis kan.
Nak anak diam, kita pun cakap ” Anak mummy jatuh ye, sape buat. Tangga ni buat ye. Ape lah tangga ni, mummy pukul tangga ni aipppppp apa buat aileen nangis niii!” Sambil tangan kita tepuk pukul tangga.
Ads
Ya Allah ??? salah rupanya cara tu. Mummy pun baru belajar tau.
Instead of menyalahkan benda lain, sebetulnya kita kena ajar anak kita supaya next time perlu hati-hati bila naik tangga. Kalau jatuh sekali, boleh cuba lagi. Mungkin dia tak extra careful pada awalnya. Haaaa cenggitu.
Ads
Kalau kita dah biasa buat konon-konon pukul barang sebab anak kita nangis, indirectly kita dah ajar anak kita supaya menyalahkan orang lain/benda di sekitar yang sepatutnya anak sendiri kena perbaiki diri.
Ads
So even buat-buat pukul barang pun tak boleh uuuuu!
Apetah lagi kita marah anak yang lain, contoh kalau ada dua beradik, adik nangis pastu ibu salahkan “Abang long, nape buat baby nangis?”
Itu pun salahhhhh. Boleh buat adik beradik lain rendah self esteem.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penggunaan gajet berlebihan dalam kalangan kanak-kanak boleh membantutkan perkembangan mental dan emosi selain berkemungkinan meningkatkan kadar rabun jauh pada usia muda.
Dalam aspek kesan penggunaan gajet kepada mata, ia boleh menyebabkan kanak-kanak berhadapan masalah rabun jauh dalam usia yang tidak sepatutnya, manakala dalam aspek mental dan emosi, ‘ketagihan’ gajet boleh membawa kepada sikap agresif jika tidak dapat menggunakan gajet.
Kanak-kanak tak boleh lebih 2 jam
Berkongsi mengenai kesan gajet kepada mata, Pakar Perunding Oftalmologi Dr Azura Ramlee daripada Prof Muhaya Eye & Lasik Centre (PMELC) berkata, peningkatan bilangan kanak-kanak mengalami rabun jauh atau ‘myopia’ akibat kerap menggunakan gajet adalah isu yang perlu ditangani pada peringkat awal.
“Penggunaan gajet terutamanya telefon pintar dan peranti tablet dalam kalangan kanak-kanak tidak seharusnya melebihi dua jam sehari,” katanya kepada Bernama.
Masalah rabun meningkat
Menurutnya, satu kajian pada 2005 mendapati kadar rabun kanak-kanak berusia tujuh tahun adalah 9.8 peratus manakala bagi kanak-kanak berusia 15 tahun pula adalah 34.4 peratus
“…kajian ini dilakukan pada 2005 dan penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak (ketika itu) masih rendah, kini statistik itu dijangka meningkat dengan penggunaan yang tidak terkawal. Ramai pesakit yang datang untuk rawatan penglihatan kabur mempunyai tabiat melihat skrin digital dengan lama,” jelasnya.
Mata cepat penat dan mudah pening
Tambah Dr Azura, selain myopia kanak-kanak turut terdedah dengan ketidakselesaan dan kekeringan mata (digital eye strain) akibat mata kurang berkelip kerana asyik melihat gajet.
“Selain itu, melihat skrin digital dengan dekat dan silau daripada skrin akan turut mengakibatkan digital eye strain. Gejala digital eye strain termasuklah mata rasa penat, pedih, berair, gatal, penglihatan kabur dan pening,” katanya.
Menurutnya, American Academy of Pediatrics mengesyorkan tiada gajet bagi kanak-kanak di bawah dua tahun, satu jam sehari bagi yang berumur tiga hingga lima tahun, satu sehingga satu setengah jam sehari bagi kanak-kanak enam hingga 10 tahun dan dua jam bagi kanak-kanak 11 hingga 13 tahun.
Katanya, syor tersebut boleh dijadikan panduan bagi ibu bapa untuk mula mengawal waktu penggunaan anak-anak bermain gajet.
Kes yang sangat membimbangkan
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh dilaporkan berkata, pengaruh gajet terhadap kehidupan harian kanak-kanak di negara ini membimbangkan dan satu tinjauan pendapat dilakukan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara di Lembah Klang mendapati 78.3 peratus ibu bapa membenarkan anak-anak memiliki gajet.
Seorang ibu, Nurul Aida Abd Razak, 35, berkata anak lelakinya Muhammad Fahmy Mohamed Fadzly, 9, mula memakai cermin mata akibat rabun jauh sejak berusia enam tahun kerana gemar melihat telefon bimbit dalam keadaan gelap pada waktu malam untuk menonton kartun dan bermain permainan video.
“Kuasa kanta cermin mata anak saya kini 250 untuk kedua-dua mata…dan sekarang saya hadkan penggunaan gajet kepada dia, hanya boleh guna pada hujung minggu iaitu dalam satu hingga dua jam sehari,” katanya.
Beliau turut menyarankan agar ibu bapa lain memantau dan mengawal penggunaan gajet anak mereka supaya kanak-kanak ini tidak berisiko berhadapan dengan masalah penglihatan seperti yang dihadapi anaknya.
Beri kesan negatif pada emosi dan mental anak
Sementara itu, pakar psikologi kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, penggunaan gajet secara berlebihan dalam kalangan kanak-kanak boleh memberi kesan negatif kepada proses perkembangan mental dan emosi mereka jika tidak ditangani dengan baik.
“Misalnya, jika tiada gajet, mereka yang agresif akan marah dan pamer tingkah laku seperti tendang pintu, hentak meja dan lain-lain manakala golongan kurang agresif akan pamerkan reaksi marah terpendam seperti merajuk, berdiam diri dan melarikan diri,” katanya.
Ketagihan gajet boleh diatasi
Mohamed Fadzil berkata, ibu bapa boleh memainkan peranan dalam isu penggunaan gajet dengan mengurus secara produktif dan konstruktif iaitu mengawalnya secara tegas serta berkesan.
Tambah beliau, ketagihan kanak-kanak dengan gajet boleh diatasi secara perlahan-lahan melalui pendedahan kepada aktiviti lain misalnya melukis.
“Kanak-kanak boleh diajar dengan teknik ‘switch’ atau alih tumpuan kepada perkara lain apabila mereka mula tumpu kepada gajet. Ibu bapa perlu cekap untuk kawal dan selia anak tatkala menggunakan atau berhadapan dengan gajet,” ujarnya. – BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang kita tidak perasan kata-kata kita tanpa sedar memberi kesan pada anak yang masih kecil. Perkataan negatif seperti bodoh, lembap, lemah dan sebagainya sebaiknya dielakkan.
Ia membawa kesan negatif pada anak dan jika tidak dikawal sebaiknya, anak boleh terngiang-ngiang hingga dia membesar. Bahaya.
Perkongsian dari Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim ini mak ayah kena fahami.
Dengan anak, walau macam mana pun jangan sesekali panggil,
– bodoh – lembab – lemah – lembik – tak pandai
Dan yang seumpamanya.
Orang lain panggil tak apa, tapi ibu ayah tak boleh. Jangan sesekali. Kita ni “Significant Person” pada setiap anak-anak.
Sangat berpengaruh. Sangat kuat ikatan. Sangat dipercayai. Sangat dihormati. Sangat penting pada anak.
Setiap perkataan kita akan memberi kesan yang mendalam. Jika baik yang kita sebut, maka beri kebaikan la pada anak.
Jika buruk yang kita sebut, maka beri keburukan la pada anak.
Sekali dah terlepas perkataan perkataan begini, percayalah sampai ke cucu cicit perkataan ini terngiang-ngiang di kepada anak. Aduhai.
Mana-mana ibu menyusu yang masih belum isi e-Filing LHDN, cepat ya isi sebelum 30 April. Jangan lupa claim peralatan penyusuan yang dah dibeli.
(Kalau belum daftar, kena daftar dulu. Cara nak daftar seperti berikut).
Cara daftar untuk kali pertama:
1. Klik http://edaftar.hasil.gov.my untuk daftar secara online. Klik ‘Borang pendaftaran online’ dan daftar.
2. Pergi cawangan LHDN terdekat untuk mohon nombor PIN e-filing individu (16 digit).
3. Lepas dah dapat nombor pin e-filing, pergi dekat website https://ez.hasil.gov.my/CI/ untuk login kali pertama. Masukkan nombor PIN dan nombor kad pengenalan.
4. Set semula password baru dan juga frasa keselamatan
5. Login sekali lagi di website yang sama dan masukkan nombor IC dengan password yang baru (PERINGATAN: jangan silap tekan password tau kat sini sebab hanya 3 kali percubaan je diberi. Kak Nad pernah tersilap password, sudahnya kena pergi semula pejabat LHDN. Haru!)
Bila dah berjaya masuk, ikut langkah berikutnya:
1. Pergi ke bahagian e-Filling, kemudian klik e-Borang
2. Lihat bahagian individu Pemastautin. Jika tiada punca perniagaan, klik e-BE. Jika ada punca perniagaan, klik e-B. Pilih tahun taksiran 2018.
3. Akan keluar paparan tentang maklumat yang perlu dilengkapkan seperti maklumat individu, maklumat suami/isteri, pendapatan berkanun dan jumlah pendapatan. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
4. Kemudian ada bahagian pelepasan cukai. Dekat sini ada bahagian pelepasan cukai bagi ibu menyusu. Boleh isikan mengikut perbelanjaan yang telah dibuat. Pastikan resit disimpan dengan baik ya sekiranya diaudit nanti.
5. Ada bahagian lain juga yang perlu diisi jika berkaitan. Biasanya untuk insurans kalau Kak Nad tak pasti, Kak Nad akan refer agent insurans Kak Nad. Pembelian alat sukan, komputer riba, smatphone, bahan bacaan, keahlian gym pun layak mohon pelepasan.
6. Selepas dah isi semua maklumat, klik teruskan, cetak draf borang, tandatangan & hantar. Nanti mommies akan nampak jumlah lebihan bayaran yang akan dimasukkan semula ke akaun bank mommies.
7. Paling penting, isilah maklumat dengan jujur dan berhemah untuk mengelakkan dikenakan penalti.
Cepat ya mommies selewatnya 30 April 2019. Jangan terlupa ok. Dan hanya layak bagi ibu-ibu menyusu yang bekerja dan layak membayar cukai, anak di bawah 2 tahun dan tahun taksiran hanya untuk 2 tahun sekali sahaja.
Paksa bersalin dilakukan bagi membantu mempercepatkan proses kelahiran apabila ibu masih belum mengalami kontraksi selepas cukup bulan. Ketahui 4 kaedah induce yang biasa dilakukan di hospital serta tip penting untuk ibu hamil.