Bahaya demam chicken pox ni jangan dibuat main-main. Memang nampak tak bahaya dan akan baik sendiri.
Tapi ia sangat mudah berjangkit. Jadi bila anak anda kena chicken pox tolong jangan bawa dia pergi bermain di mana-mana tempat awam.
Mak ayah kenalah lebih alert tentang kesannya kalau dibiarkan anak yang demam chicken pox bercampur gaul dengan anak orang lain.
Ilmu perubatan yang dimiliki oleh Dr Taufiq Razif ini patut disebarkan kepada semua mak ayah. Apatah lagi beliau sendiri melalui pengalaman melihat kanak-kanak chicken pox bermain berhampiran anaknya.
Ini sebabnya kenapa beliau risau.
Terkedu saya bila isteri saya bagitahu ada budak yang tengah kena chicken pox tengah bermain-main di samping anak saya.
Ads
Kebetulan semalam cuti 1 Mei saya bawa anak saya bercuti ke Kidzoona.
Tempat tu memang penuh dengan puluhan kanak-kanak yang masih kecil. Hajatnya nak anak sihat la sikit dengan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh kan.
Tapi tiba-tiba isteri saya yang memang hampir tiap hari hadap budak chicken pox di Klinik Kesihatan perasan ada sorang budak ni ada ruam-ruam berair memenuhi muka dan lehernya.
Eh! Ni macam chicken pox! Terus kami report pada staff Kidzoona tu. Mereka terus nampak gelabah. Mereka pun tak perasan kot.
Ads
Kami dan staff Kidzoona terus la cari ayah si adik ni. Dalam 10 minit juga baru kami dapat detect si ayah ni.
Tapi Ya Rabb! Punyalah susah si ayah ni nak bawa anaknya keluar. Ayahnya macam tak acuh je.
Dekat setengah jam juga si ayah duduk kat situ tanpa berganjak. Saya dan isteri dah mula risau.
Ads
Tahu tak yang chicken pox ataupun cacar air ni boleh berjangkit melalui titisan air bila adik tu bersin ataupun batuk. Sekali batuk je agak-agak berapa orang budak kat dalam Kidzoona tu akan kena chicken pox tu nanti?
Penyakit ni memang tak bahaya dan boleh baik dengan sendirinya tapi penyakit ni akan sangat fatal pada orang yang ada sistem imun yang lemah ataupun ibu yang mengandung!
Kalau kena dekat kanak-kanak yang lemah sistem imunnya, virus Varicella-Zoster penyebab Chicken Pox ni boleh masuk sampai ke otak ( Encephalitis ) dan komplikasinya boleh menyebabkan kematian!
p/s : Antara simptom Chicken pox adalah demam yang disertai ruam cacar pada kulit yang bermula daripada bahagian kepala dan disertai batuk selsema
p/s : Boleh belajar lebih detail lagi tentang anak-anak kita di Telegram saya. Klik je link ni ye ⏩ t.me/NotaTaufiqRazif
p/s : Tolong jangan bagi isteri kita yang sedang HAMIL dekat dengan anak-anak yang kena Chicken Pox ni sebab sistem imun mereka tengahsangat lemah!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aku cuba move on dan berhenti pikir benda ni, tapi tak boleh. Hari-hari teringat, setiap masa. Bila teringat jadi marah, geram, sedih. Aku bersyukur walaupun emosi aku terkoyak teruk dengan kes ni, aku masih tidak bertindak di luar batasan.
Ramai orang pm aku tanya perkembangan kes anak aku, Hannah Khawlah yang patah paha 3 hari sebelum raya puasa hari tu. Aku diam je, aku malas nak jawab. Ada 4 5 orang jugak dari mereka yang aku stalk FB, nampak macam lawyer. Oleh itu, malam ni aku nak cerita kisah sebenarnya. Aku tahu ada yang sampai set see first profile aku semata-mata nak tahu perkembangan kes anak aku. Aku baca semua message request korang, tapi aku tak reply. Terima kasih kerana ambil berat.
Jadi, hari ni aku nak cerita la. Minggu lepas aku pegi IPD, jumpa pegawai penyiasat lagi sekali untuk tambah statement. Buat pengetahuan kalian, suspek masih belum dituduh. Aku faham kesukaran IO nak tuduh orang tanpa bukti yang kukuh, lagipun melibatkan arahan mahkamah.
Begini, tarikh 12/06/2018 lebih kurang pukul 6:50am aku siapkan anak aku. Anak sulung aku dah keluar awal-awal lagi dah dengan bini aku. Bulan puasa memang selalu bini aku keluar awal. Jadi, pagi tu aku tukarkan pampers dengan pakaikan baju pada Hannah. Aku seorang Penolong Pegawai Perubatan. Kira-kira sepanjang 10 tahun terlibat dengan bidang perubatan ni, rasanya tak kurang dari 100 pesakit dah aku simenkan. Dah beribu pesakit yang patah aku pernah saksikan dan bantu uruskan. Maknanya di sini, amatlah tidak logik jika aku terlepas pandang yang kaki anak aku patah dari rumah. Patah paha ni dok saja-saja pun sakit yang amat, apatah lagi kalau nak pakaikan pampers, pakai seluar. Lagi la kuat dia melalak.
Tuan-tuan, anak aku ni patah paha. Bukan patah jari kelingking. Patah paha ni aku cakap kau, kalau kena orang dewasa pun melalak macam nak putus nyawa. Ni budak 3 bulan, kalau aku pakaikan pampers dalam keadaan dia dah patah, memang dia dah menangis gila-gila la. Sehari dua tu anak aku selsema. Memang dia memerap sikit. Kalau letak dia menangis. Kena belai lebih. Amatlah tidak sama menangis budak tak sihat dengan menangis patah paha.
Nak kata patah dalam perjalanan ke rumah pengasuh, jarak rumah dia ke rumah aku tak sampai 30 langkah pun.
Berbeza masa aku pegi balik pukul 2pm, aku tengok je dah tahu kaki anak aku patah. Gambar pertama kat bawah ni adalah gambar yang aku ambik sebelum aku sentuh anak aku. Aku nampak kaki dia ada ‘obvious deformity’, terus aku snap gambar. Kemudian aku check, confirm patah.
Tiga hospital aku bawak, Hospital Shah Alam, PPUM dengan Hospital Serdang. Nak dapatkan rawatan terbaik punya pasal. Sedih tu tak payah cakap la. Sapa tak hancur hati tengok anak kecik macam tu dah terseksa.
Pengasuh cakap anak aku menangis sejak aku hantar dari pagi. Dia ingat menangis biasa-biasa, tengahari baru perasan kaki bengkak. Aku anggap ini cerita dongeng lagi merepek. Kalau ada yang kata pengakuan itu logik, bak sini aku cuba patahkan paha anak kau, aku nak tengok melalak tu jenis biasa ke jenis macam mana.
Kenapa ambik masa dari 7pagi sampai pukul 1:30 baru nak maklumkan aku yang anak aku menangis tak berenti? Masa aku pegi amik anak aku tu, belum sentuh pun dia menangis kuat gila. Aku angkat je, terus menangis selak, aku tak dapat nak bayangkan sakit dia tu macam mana. Menurut report pengasuh, katanya anak aku merengek ketika aku hantar pagi tu. Kena dukung manjang, letak je nangis. Baru aku tahu kalau budak umur 3 bulan pata paha dia akan merengek je. Dan bila dukung dia senyap. Sangat la kontra dengan realiti sebenar di mana kalau ada kepatahan, dukung lagi la kuat menangis kerana ada pergerakan, ini situasi yang berlaku masa aku pegi ambik anak aku petang tu. Aku tak nafikan anak aku ada merengek, tapi itu sebab 2 3 hari tu dia demam selsema.
Aku malas nak fikir banyak-banyak kenapa itu jadi begitu atau ini jadi begini, bukan tugas aku untuk menyiasat dan dakwa. Aku cuma pengadu. Aku tiada kuasa. Aku pun dah dimaklumkan oleh IO tentang SOP nak tuduh suspek dan aku akur.
Aku diberitahu kes tak dapat dituduh kerana itu la, kerana aku tak dapat buktikan anak aku dihantar dalam keadaan normal. Aku terkedu jugak la dengar. Aku anggap ini ketentuan dari Allah je la. Aku dah usaha pegi report polis, tapi keadilan bukan milik anak aku. Mungkin Allah bagi balasan dalam bentuk lain pada manusia yang datangkan kesakitan pada anak aku tu. Aku berserah je. Kalau Allah nak laknat hidup dia, maka terlaknatlah.
Jadi, itulah dia. Aku dah tak nampak jalan dah dengan kes ni. Anak aku pun dah makin sihat dan membesar dengan baik. Cuma nampak la kaki dia yang patah tu tak aktif sangat, bila meniarap dan nak pusing, kaki yang patah tu tak bergerak. Dia tak guna banyak kaki tu. Mohon doa supaya anak aku tiada kecacatan masa dia besar nanti.
Aku beranggapan dakwaan melalui criminal setakat ini gagal atau belum berjaya. Akan datang tak tahu. Atas nasihat peguam yang dilantik untuk kes ni iaitu Tetuan Redzuan& Faiezad dari The Law of Chambers, kalau possible dan ada peluang kami akan cuba dengan saman sivil.
Hari ini tentu ramai ibu bapa yang mula menghantar anak ke tadika. Risau anak menangis di hari pertama bersekolah. Macam mana nak elakkan ya?
Bagi yang baru pertama kali pergi ke tadika tentu berdebar-debar perasaannya. Si kecil mungkin sudah sedia maklum sejak lama lagi tentang kemasukan mereka ke sekolah.
Sebagai ibu ayah tentu sahaja anda ada cara tersendiri untuk memastikan anak tidak menangis atau meraung bila kali pertama ke tadika. Dalam tempoh seminggu pertama hari sekolah, anda boleh praktiskan tip berikut ini.
1. Ambil cuti
Kalau ini adalah hari pertama anak memulakan alam persekolahan, apa salahnya ibu dan ayah atau salah seorang mengambil cuti. Sekurang-kurangnya ia sebagai tanda sokongan menghantar anak ke tadika untuk kali pertama. Bangunkan anak awal pagi dan siapkan sarapan kegemarannya. Kalau anak masih liat untuk bangun awal, jangan tengking atau marahkan dia. Bersabar dan kejut anak dengan lemah lembut supaya dia tidak akan meragam nanti.
2. Beri kata semangat
Berikan kata-kata pujian dan semangat kepada anak anda supaya dia tidak meragam semasa ditinggalkan di tadika.
3. Tunggu sebentar
Si kecil mungkin masih belum biasa ditinggalkan sendirian tanpa ibu atau ayah di sisi. Jadi apa salahnya tunggu seketika sehingga anak anda benar-benar dapat menyesuaikan diri di tadika. Jangan tinggalkan dia tanpa memberitahunya. Yakinkan si kecil yang dia akan gembira belajar bersama kawan-kawan di tadika.
4. Jangan lupa tinggalkan pesanan
Terangkan kepada anak yang anda akan kembali mengambil mereka selepas kelas pembelajaran selesai. Maklumlah jika tidak dipesan bimbang pula anak risau apabila tidak nampak kelibat anda di tadika.
5. Minta bantuan cikgu
Sekiranya anak anda jenis kuat menangis dan tidak benarkan anda pergi meninggalkannya, eloklah minta nasihat daripada pihak guru di tadika. Mungkin pihak tadika boleh cuba memujuk dan menenangkan anak anda atau memberi kebenaran kepada anda untuk menemani anak pada minggu pertama persekolahan.
6. Tanya pengalaman anak
Sebagai salah satu cara untuk menggembirakan anak, jangan lupa untuk mendapatkan maklum balas anak semasa di tadika dengan bertanyakan soalan yang positif seperti “tadi cikgu ajar apa?”, “tadi lukis apa?” dan “ramai kawan tak?” Secara tak langsung ia akan merangsang anak untuk seronok bercerita pengalaman pertamanya di tadika
Semoga dengan cara ini, anak akan lebih bersemangat untuk ke sekolah, ibu dan ayah pun senang hati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjaga anak perempuan tidak mudah. Anak lelaki dan perempuan kedua-duanya pun ada cabaran berbeza. Yang penting ibu ayah mesti tahu caranya.
Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan dalam mendidik cahaya mata perempuan. Apabila ibu bapa tahu cara untuk tackle situasi, proses mendidik dan menerapkan nilai murni lebih berkesan.
Kerana itu yang banyak janji
Dan hadis hadis Nabi
Tentang janji syurga pada yang mampu menjaga anak perempuan mereka!
Lahirnya mereka dengan karenah
Nak tunggu ke besar kemain payah
Penjagaan mereka sangat lah renyah
#1: DEKATKAN MEREKA DENGAN AGAMA
Bermula daripada awal umurnya
Segala hukum & inti agama wajib diajarkan si ibu dan bapa
Masuk sahaja umur baligh mereka
Si bapa wajib ajarkan hukum hakam darah haid & yang segala yang bersangkutan dengannya.
#2: PERLU DIAJAR SIFAT MALU YANG TINGGI
Anak perempuan ini
Juga wajib diajarkan sifat malu yang tinggi
Kerana malu itu sifatnya melindungi!
Melindungi maruah anak perempuan yang kita sayangi
Sungguh, Anak perempuan itu berbeza
Daripada anak laki laki
#3: CARA MENEGUR NADA TIDAK BOLEH TERLALU TINGGI
Nak Marah?
Tak boleh guna nada yang terlampau tinggi
#4: NAK SURUH MESTI PUJUK
Nak menyuruh?
Kena banyak guna pujukan dan berkata dari hati ke hati
Ya, kerana sensitiviti dan empati mereka biasanya terlebihlah tinggi!
Itulah anak perempuan kita
Membesarkannya sangat lah payah
Menjaganya tidaklah mudah.
IBU AYAH BERLAPANG DADA
Tetapi senyumlah wahai ibu ayah semua Ingatlah dan renungkanlah Sabda Nabi ini, nescaya semuanya akan jadi mudah dan indah :
” Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab, “Juga untuk seorang.” [HR Ahmad dan Al-Hakim].
Sumber: Taufiq Razif
Abi kepada 2 orang anak perempuan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.