Jangan berikan ubat sembarangan jika tidak mendapat nasihat doktor. Tidak kira pada bayi, kanak-kanak atau orang dewasa. Jika tersilap menyesal tak sudah.
Perkongsian dari Pegawai Farmasi, Mohd Dziehan Mustapa dalam facebooknya boleh dijadikan pengajaran dan peringatan buat semua.
——————————————————————–
Gambar ini adalah gambar “Ubat” yang diberikan kepada seorang anak kecil yang telah tiada lagi.
Hati si ibu rasa bersalah kerana atas desakan kaum keluarga yang ingin membantu telah mengesyorkan pemberian “ubat-ubat” tersebut kepada bayinya yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan genetik.
Setelah beberapa minggu anak kecil ini dipaksa makan “ubat-ubat” akhirnya anak kecil ini dikejarkan ke hospital apabila muntah hitam pekat keluar daripada mulut si kecil ini.
Sebelum ke hospital si ibu sempat bertanyakan kepada si penjual produk (ahli keluarga/sanak saudara) apa yang perlu dilakukan…inilah jawapan mereka;
Ibu: “Masa anak saya muntah. Hitam. Pekat. Likat. Saya terkesima. Saya tanya pada penjual apa perlu saya buat. Dia kata, jangan bawa ke hospital. Itu nyahtoksik. Itu proses membuang semua sisa penyakit. Itu tanda proses penyembuhan. Teruskan ambil ubat tersebut dalam tempoh dua minggu”
Hati si ibu ini tidak mahu ikut lagi saranan mereka. Anak kecil itu dibawa ke hospital. Apabila tiba di Hospital keadaan anak kecil ini semakin bertambah teruk setelah mengambil produk-produk ‘ubat’ tersebut.
Kelihatan anak kecil itu sudah tidak bermaya. Organnya membesar secara tidak normal, jaundice yang teruk (Kekuningan seperti dilumurkan kunyit satu badan). Pihak hospital cuba membantu anak kecil ini, namun apakan daya, Allah lebih menyayanginya.
Ads
Hati si ibu masih bersedih dan wujud rasa kekesalan;
“Saya tak dapat lupa macam mana anak saya meraung dan menangis tidak mahu makan ubat itu. Saya juga tak mampu lupa wajah anak saya, saat saya paksa dia makan nestum khas tersebut serta ubat-ubat segenggam yang perlu dihancurkan ataupun dibuka kapsul sebelum diberi kepada anak saya”
Ditambahkan lagi apabila ahli keluarga menyalahkan si ibu kerana bawa anak itu ke hospital. Bagi mereka punca kematian anak itu adalah kerana dibawa ke hospital dan tidak mengikut saranan mereka dalam rawatan menggunakan produk tersebut.
Perlu Dapatkan Nasihat Doktor
Entahlah…
Kesal sudah tidak berguna lagi. Semestinya seperti yang saya terangkan dalam wawancara pagi tadi, si penjual produk akan mencari pembeli produk mereka. Semestinya golongan yang terdesak dan berharap seperti si ibu ini telah menjadi mangsa tipu daya helah mereka.
Bayi tidak boleh diberikan ubat-ubatan sembarangan. Ahli profesional kesihatan juga sangat berhati-hati dalam pemberian ubat untuk golongan kanak-kanak terutama bawah umur 2 tahun.
Ads
Dos ubat juga sangat berbeza dan bergantung kepada berat bayi atau kanak-kanak tersebut. Tambah pula jika bayi atau kanak-kanak tersebut memang ada masalah kesihatan….sudah pasti bukan sebarangan ubat atau apa-apa produk tambahan boleh diberikan kepada bayi atau kanak-kanak istimewa ini.
Lihat sahaja…Apabila sudah nyawa terpisah dari jasad. Siapa mahu ambil tanggungjawab? Penjual mahu terima segala derita jiwa si ibu?
Untuk makluman ‘ubat-ubat’ ini dijual sehingga mencecah harga RM4 ribu. Begitulah terdesak dan berharapnya si ibu ingin melihat anak kecilnya sembuh…namun harapannya bertukar tragedi apabila si anak kecil itu bukan sahaja meninggalkannya buat selama-lamanya, malah meninggalkan rasa rasa perit derita dan kekesalan.
Hingga saat ini, ahli keluarga (yang menjual produk tersebut) masih salahkan si ibu tadi kerana tidak bagi makan ‘ubat-ubatan’ itu dengan betul. Si ibu dilabel ‘degil’ dan bukan salah ‘ubat’ tersebut. Allahuakbar….
Ads
Jadi Pengajaran
Jiwa saya sedikit kacau mendengar kisah ini. Kami pengamal kesihatan media sosial telah berkali-kali memberitahu bahaya produk-produk seperti ini, dijual oleh bukan orang yang ahli, dan bahayanya sesiapa sahaja yang ingin mengetahui berkaitan penyakit atau produk bertanyakan kepada si penjual produk.
Kami tahu ada dalam kalangan anda terdesak untuk mencari kesembuhan bagi penyakit yang anda atau ahli kaum keluarga anda alami. Namun kami dalam bidang kesihatan tidak akan memberi janji-janji kosong jika realitinya sesuatu penyakit itu tiada kesembuhan lagi dijumpai. Kami bukan menjual harapan.
Seluruh rakan M3 saya marah. Kami kesal, kami kecewa. Kenapa, nyawa bayi tidak berdosa dipermainkan?
Entah berapa ramai lagi mangsa mereka.
***********************
Saya tidak menyalahkan si ibu secara keseluruhan. Jika mereka tidak buka mulut, maka tidak juga kita semua tahu cerita. Tapi saya amat kesal dengan tindakan si penjual yang memberikan konsultasi kesihatan sewenang-wenang sedangkan mereka bukan ahlinya.
Nota:
Gambar merupakan rangkaian produk yang diberikan kepada si anak kecil itu. Kredit RuQayyah Muhd & Bel Nawhen untuk cerita asal dan gambar ini.
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemakanan anak boleh jadi punca kepada permasalahan kesihatan anak. Sebab itu bila anak sakit, ibu bapa kena periksa jenis makanan apa yang selalu anak makan.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan, bila anak sakit, terutama yang berkaitan dengan saluran pernafasan, ini sepatutnya ibu bapa kena perhatikan.
Biasanya bila anak sakit, saya akan cuba elak sebolehnya makanan yang akan perbanyakkan kahak.
Bila anak batuk atau selsema, saya suka buat sup atau singgang, yang mana kuantiti bawang putih dan halia saya lebihkan dari biasa.
Jika ada ibu ayah yang bawa anak mereka ke klinik, juga saya akan berikan maklumat makanan apa yang perlu dihentikan sementara dan makanan apa yang perlu diperbanyakkan untuk proses penyembuhan dengan lebih cepat.
Ada juga yang datang ke klinik, hanya dengan sebab berkahak tapi tiada batuk mahupun selsema. Bila diambil sejarah pemakanan secara ringkas, mereka memang ambil makanan penggalak kahak secara harian.
Tidak lupa juga untuk saya ingatkan ibu ayah yang ada anak yang diuji dengan asma, elakkan terus makanan penggalak kahak jika mampu. InsyaAllah asma akan jarang-jarang sekali nak dekat dengan anak.
Makanan, tidak dipanggil ubat. Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.
Follow saya di FB dan telegram t.me/sembangsihat untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Dah lama tak post gambar Abg..kesian Abg Imran…nak manja2 dgn Mama, but in the same time Mama tgh breastfeed adik…
“But Imran has been a very good boy..he is so independent now…cranky & tantrum seeking for attention tu mmg ada…tapi most of the time, dia akan buat Hal sendiri je…
“Ya Allah..aku rasa bersyukur sangat dgn semua rezeki & kebahagian yg kau Kurnia kan ini…Alhamdulillah..” katanya lagi.
Ini antara sindrom seorang ibu bila dah ada anak lebih seorang dan biasanya si kakak atau abang pun macam mula memahami keadaannya walaupun sekali-sekala ada rasa cemburu dengan adik.
Sumber: ig Raja Farah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan risau jika bayi bangun menyusu dengan kerap kerana ia adalah keadaan normal bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu. Ramai membandingkannya dengan bayi yang menyusu susu formula kerana dia tidur nyenyak dan lebih lama.
Apa bezanya? Susu ibu lebih mudah dicernakan berbanding susu formula. Ia diserap dan melalui sistem pencernaan bayi dengan lebih cepat, sekali gus menyebabkan bayi kerap berasa lapar. Ia juga disebabkan amaun susu ibu yang dihisap bersesuaian dengan keperluan perut bayi yang kecil.
Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali dalam sehari. Bayi yang menyusu setiap dua jam sekali, itu petanda normal. Kekerapan itu akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak dalam minggu-minggu pertama kehidupan bayi. Menjelang usia satu hingga dua bulan, kekerapannya berkurang kepada tujuh hingga sembilan kali sehari. Anda hanya perlu menyusu mengikut permintaan. Kebanyakannya dalam sela masa satu setengah hingga tiga jam setiap kali.
Jangan sesekali membiarkan bayi baru lahir tidak menyusu melebihi empat jam terutamanya pada waktu malam. Waktu malam adalah masa yang sangat baik untuk menyusu dengan kerap bagi merangsang pengeluran susu yang lebih banyak. Pada ketika ini hormon prolaktin berada pada tahap yang paling tinggi.
Enam hingga lapan minggu pertama adalah masa di mana ibu dan bayi membina hubungan. Adakalanya bayi kerap menyusu disebabkan mahu berada dekat dengan ibu kerana berasa selesa dan selamat.
Kekerapan bayi menyusu sebenarnya baik bagi ibu untuk mengelakkan masalah payudara bengkak di awal kelahiran. Apabila payudara dikosongkan dengan kerap, ia akan menghantar signal ke otak untuk menghasilkan susu yang lebih banyak. Bayi juga berkemungkinan lebih kerap menyusu apabila berada dalam keadaan tidak sihat untuk mendapat lebih banyak antibodi bagi melawan penyakit ketika itu.
Adakalanya bayi akan mengalami fasa growth spurt di mana keperluan untuk menyusu lebih daripada kebiasaannya. Ia disebabkan oleh perkembangan fizikal seperti mula mengesot, mengiring, meniarap atau berjalan. Ia juga boleh disebabkan oleh perkembangan organ dan mental bayi. Apabila melalui fasa ini, bayi akan lebih kerap menyusu untuk mendapatkan khasiat daripada susu ibu.
Sementara itu pastikan yang lekapan di payudara semasa bayi menyusu adalah betul dalam usaha memastikan kekerapan bayi menyusu bukan disebabkan oleh masalah pegeluaran susu ibu. Jika lekapan mulut bayi tidak betul, ia akan mengakibatkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efisyen lalu menyebabkan bayi tidak mendapat susu secukupnya.
Jika berat meningkat secara normal, bilangan lampin basah sekurang-kurangnya enam kali sehari dan bayi ceria dan sihat, puan tidak perlu risau tentang kadar pengeluaran susu. Ia adalah satu tanda yang bayi puan menyusu secukupnya.
Di awal kelahiran, anda mungkin berasa letih untuk memenuhi keperluan penyusuan bayi disebabkan keadaan fizikal selepas bersalin dan masih berusaha menyesuaikan diri dengan rutin harian sebagai ibu menyusu. Cuba untuk ambil masa berehat atau tidur seketika ketika bayi tidur.
Jangan sibuk dengan kerja rumah. Anda perlukan rehat secukupnya supaya kekal sihat untuk menyusukan bayi. Jika ada kerja-kerja rumah yang perlu diselesaikan, minta bantuan suami atau keluarga. Tidur bersama bayi lebih memudahkan anda menyusukannya. Sentiasa menyusu dalam keadaan tenang tanpa rasa tertekan. Semat dalam minda yang ia adalah perkara normal.
Terkini, Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson kelihatan memadam segala hantaran terdahulu dalam akaun Instagramnya. Kelihatan hanya sebuah video buat tatapan umum.Dalam video pendek...