Ramai ibu bapa, terutama ayah, membesar dalam suasana yang jarang mengungkap kata sayang. Kasih ditunjuk melalui perbuatan, bukan perkataan. Tapi dalam dunia hari ini, anak-anak terutama anak lelaki juga perlukan belaian emosi yang sama lembutnya seperti anak perempuan.
Mengucapkan “I love you” pada anak lelaki bukan tanda manjakan mereka. Ia tanda bahawa kita mahu mereka tahu, disayangi tanpa syarat. Bila anak tahu dirinya disayangi, dia akan membesar dengan keyakinan dan hati yang lembut. Anak yang tahu kasih sayang itu bukan hanya dari kejayaan, tapi dari kehadiran dirinya, akan lebih mudah mengasihi orang lain bila dewasa nanti.
Ads
Sayangnya, ramai ibu bapa masih segan untuk meluahkan kata sayang. Mungkin sebab takut anak jadi “lemah lembut” atau terlalu manja. Hakikatnya, kata-kata sayang bukan menjadikan anak lembik, tapi membina empati dan kekuatan dalaman. Anak lelaki yang dibesarkan dalam kasih sayang terbuka lebih tahu cara melindungi, menghargai, dan menyayangi orang lain dengan penuh hormat.
Ads
Cuba bayangkan, bila anak lelaki dengar “I love you” dari ibunya sebelum tidur, atau bila ayah tepuk bahunya dan cakap “Papa bangga dengan kamu.” Sekecil-kecil ayat itu boleh jadi kenangan paling besar dalam hidupnya. Ia menanam keyakinan, menenangkan jiwa, dan menjadi suara dalam kepala mereka setiap kali mereka rasa tak cukup baik di dunia luar.
Ads
Sebagai ibu bapa, jangan malu untuk tunjukkan kasih sayang melalui pelukan, ciuman, dan kata-kata lembut. Kerana anak lelaki yang tahu dirinya disayangi akan membesar menjadi lelaki yang tahu menyayangi. ❤️
Tidak semua orang melalui rutin harian yang sama. Ada yang mudah bangun awal kerana malamnya penuh dengan rehat, tetapi ada juga yang bangun lambat kerana sepanjang malam berjaga menjaga anak-anak. Malangnya, masih ada yang suka ‘judge’ atau mempertikai ibu bapa hanya kerana mereka bangun lewat.
Menjawab isu ini, seorang doktor yang juga ibu, Dr. Raihana Ismail, tampil menegur agar masyarakat berhenti cepat menilai kehidupan orang lain. Menurutnya, tidur adalah keperluan asas dan ubat terbaik untuk ibu bapa, apatah lagi yang mempunyai ramai anak kecil.
“Untuk orang yang ada ramai anak, sleep is medicine. Jangan kacau,” tulisnya dalam perkongsian di Threads.
Ramai mungkin tidak faham bahawa rutin ibu bapa, terutama yang anaknya masih kecil, sangat berbeza. Tidur malam jarang sempurna – ada anak yang menangis lapar, ada yang terjaga kerana mimpi, ada juga yang meragam tanpa sebab. Semua itu membuatkan ibu ayah terpaksa berjaga hingga mengorbankan waktu tidur sendiri.
Bila ada peluang tidur semula pada waktu pagi, ia bukan tanda malas tetapi satu cara tubuh memulihkan tenaga. Menurut Dr. Raihana, rehat yang cukup sangat penting supaya ibu bapa dapat mengurus emosi dengan lebih stabil dan terus kuat menjaga keluarga.
Perkongsian Dr. Raihana ini menerima banyak sokongan daripada netizen. Ramai ibu yang berkongsi pengalaman serupa – ada yang mengaku tidur tidak pernah lena sejak bergelar ibu, malah ada yang bersetuju bahawa “tidur demi mood yang aman” adalah benar-benar realiti.
Seorang pengguna menulis, “Anak seorang pun sleep is medicine toooo,” dan disambut dengan anggukan setuju ramai ibu ayah lain.
Apa yang ditekankan Dr. Raihana, setiap keluarga punya cabaran tersendiri. Jadi, kita tidak wajar membandingkan rutin ibu bapa dengan orang lain yang kehidupannya lebih teratur. Lebih baik kita hulurkan empati dan sokongan kecil berbanding mengkritik tanpa memahami situasi.
💖 Pa&Ma percaya setiap ibu bapa sedang berjuang sehabis baik untuk anak-anak. Jadi, jangan cepat menilai hanya kerana mereka bangun lambat. Hakikatnya, malam mereka sudah dihabiskan dengan penuh pengorbanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak bawah tiga tahun memang selalu suka mengamuk sampai hempas-hempas badan. Situasi itu tentunya membuatkan ibu bapa menjadi bingung. Tertanya-tanya mengapa anak mereka jadi begitu.
Bagi ibu bapa yang selalu sangat mengalami situasi ini bila berdepan dengan anak usia setahun ke atas, elakkan bertindak mengikut perasaan. Perkongsian dari Ibu Rose yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan ini sangat bermanfaat.
Sayang, rileks ya. Jangan stress stress, nanti cepat tua. Abis susut kejelitaanmu. Baik, demi meredakan keresahan, biar ibu bantu sayang leraikan segala persoalan itu ya. Cuba sayang baca perlahan-lahan dan hadamkan apa yang Ibu bakal kongsikan.
Anak baru 1 tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat EGO CENTRIC. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia LEBIH FOKUS KEPADA DIRINYA.
Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.
Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak – triune belum begitu berkembang. Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.
Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, BILA ANAK RASA SELAMAT, PERKEMBANGANNYA CEPAT.
Pada usia 4 tahun ke atas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.
Haa..sekarang dah faham tak kenapa anak 2 tahun mengamuk? Selepas ini ibu ayah jangan bertindak ikut perasaan tetapi terus tegur dengan cara betul agar anak boleh memahami secara berperingkat mengikut usianya.
Ketika membesarkan anak perempuan, banyak cabarannya. Perlu diajarkan tentang pelbagai perkara terutamanya kehormatan diri. Itulah yang menjadi kerisauan ibu ayah apabila anak perempuan sepanjang mereka membesar.
Nak besarkan anak perempuan dengan baik perlu elakkan enam perkara ini. Jadikan perkongsian dari Ustazah Aminah Mat Yusoff ini sebagai panduan untuk kita semua.
Pesan Imam Al-Ghazali.. Jauhilah 6 perkara ini daripada anak perempuan
Beberapa orang sahabat tanya saya, apakah bekal yang terbaik untuk seorang anak perempuan agar mereka beroleh kebahagiaan, pandai bawa diri, menyejukkan hati dan menjadi bakal isteri yang dicari-cari?
Perkara yang paling penting dalam hidup seorang anak perempuan ialah persekitaran yang baik, selamat, mawaddah dan penuh dengan mahabbah.
Pesan Nabi SAW : عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « إياكم وخضراء الدمن » ، فقيل : يا رسول الله ، وما خضراء الدمن ؟ قال : « المرأة الحسناء في المنبت السوء »
Dari Abu Sa’id al Khudry radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jauhilah khadhraaad diman.”
Mereka berkata, “Apakah khadhraaad diman wahai Rasulullah?”
Baginda bersabda, “Wanita cantik yang tumbuh dalam lingkungan buruk.”
Dalam hadith ini Rasulullah SAW menyatakan pentingnya background family seorang perempuan. Anak yang didik dengan kasar, bebas, persekitaran yang tidak sihat sangat memberi pengaruh kepada pembentukan karekter dan sifatnya.
Ingat baik-baik pesan Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal):
Jauhi anak perempuan dari 6 sifat ini:
1. Al-Annanah : Suka mengeluh dan malas.
Anak perempuan yang dimanjakan, banyak mengeluh dan suka mengadu. Buat-buat sakit, penat dan rasa terbeban dengan tugasan hariannya. Berpura-pura sakit kerana malas, banyak tidur dan menghabiskan masanya dengan hiburan semata-mata.
Bekalkan anak-anak dengan ilmu agama, ilmu keduniaan, ilmu kehidupan, skill penting seperti masak, kemas rumah, menjaga kebersihan diri dan keluarga.
Ajari mereka cara hidup yang susah dan berdikari. Hadiahkan mereka dengan kata-kata semangat dan pujian bukan dalam bentuk meterial semata-mata. Sentiasalah berdoa, sedekahkah al-Fatihah untuk roh mereka setiap malam dan ajari mereka lazimi surah al-Qadr untuk selamat dari maksiat.
2. Al-Mananah: Suka mengungkit-ungkit
Setiap kebaikan yang dilakukan lalu disusuli dengan sikap mengungkit-ngungkit, akan menghilangkan pahala kebaikan. Ajar anak untuk jadi seorang yang ikhlas dan redha dengan setiap usaha yang dilakukan. Terapkan nilai afektif, nilai murni dalam kehidupan seharian. Ia melatih anak-anak melakukan rutin harian dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak rasa terbeban. Disiplinkan mereka dengan jadual kehidupan yang teratur dari awal, jika sudah terlambat anak-anak akan mengatur kehidupannya dengan cara yang salah.
3. Al-Hananah : Merindui orang yang tidak sepatutnya.
Bahaya jika anak perempuan mula menaruh minat dan merindui seorang lelaki yang bukan pasangannya. Ia sedang menghampiri fitnah dan kerosakan. Rasa cinta, rindu dan suka itu tidak salah tapi mesti berada pada landasan yang betul. Penting ibu ayah terapkan rasa malu pada anak-anak perempuan agar peribadi dan akhlaknya sentiasa terjaga.
4. Al-Haddaqah : Boros dan suka berbelanja. Habit ini boleh mengundang kecenderungan lain yang lebih bahaya. Jika tidak dapat penuhi keinginannya kerana tidak mampu dan keluarga tidak berduit mungkin anak ini akan sanggup berhutang, mencuri dan meminta-minta. Ajari anak cara berjimat cermat, membeli apa yang perlu dan tidak mengikut nafsu. Menjadi bebanan yang sangat berat pada ibu ayah dan juga suaminya jika sifat boros ini tidak dikawal dengan baik.
5. Al-Barraqah : Imam Al-Ghazali mentafsirkan perkataan ini dengan dua makna,
a) Melampau dalam berhias semata-mata untuk mendapat perhatian orang ramai. Perbuatan ini mempunyai unsur maksiat dan mendatangkan dosa. Sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah. Didik anak dengan sifat wasatiyyah iaitu bersederhana dari segala sudut. Sederhana ketika berhias dan berpakaian adalah lambang keindahan peribadi.
b) Bersifat selfish, pentingkan diri. Perumpamaan yang diberikan ialah menyembunyikan makanan yang sedap untuk dirinya dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain termasuk ahli keluarga atau suaminya.
6. Al-Syaddaqah : Banyak bercakap perkara yang sia-sia.
Lidah punca ke Neraka, juga punca ke syurga. Latih anak-anak menggunakan bahasa yang sopan dan sedap didengar. Ibu ayah yang suka bergaduh depan anak-anak akan mempengaruhi perwatakan dan pemikiran anak. Anak berubah menjadi ganas, menggunakan bahasa yang kasar dan melawan cakap kerana ia diserap melalui persekitaran dan cara didikannya.
Jangan tunggu anak-anak dah jauh tersasar kerana kita tidak mampu lagi berhadapan dengan mereka. Pastikan kawannya adalah orang yang baik dan boleh dipercayai, pastikan juga bahan bacaan anak-anak, web yang dilayari, idola anak-anak dan minat anak-anak. Semua itu akan mempengaruhi pemikiran dan karekter mereka.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk sahabat semua.
-Aminah Mat Yusoff –
#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati
Bantal bayi mungkin kelihatan selesa, tetapi pakar memberi amaran tentang risiko sesak nafas, SIDS dan bahaya tidur lain yang boleh mengancam keselamatan bayi.