“Aina…tutup peti ais tu. Kenapa asyik bukak je? Nanti habis rosak barang dalam tu!” Anak anda yang kecil ada tak buat tabiat ini? Dalam sehari asyik buka peti ais sahaja kerja mereka. Papa dan mama tentu naik rimas melihat tingkah laku tersebut. Memang kalau ada anak kecil yang sudah pandai ‘explore’ banyak benda, peti ais boleh jadi mimpi ngeri kepada ibu bapa.
Tetapi sebelum papa dan mama marah mereka cuba fahamkan dulu apa punca si kecil suka sangat ‘explore’ peti ais. Lepas dah tahu apa puncanya mungkin boleh buat langkah pencegahan dan keselamatan untuk elakkan anak daripada mendapat bahaya.
Sebenarnya ada beberapa sebab yang mungkin menyebabkan kanak-kanak kecil dari usia 10 bulan hingga 6 tahun sangat suka buka pintu peti ais. Ini antaranya:
1. Rasa ingin tahu yang sangat tinggi
Bayi dan kanak-kanak memang terkenal dengan sikap ingin tahu mereka yang tinggi. Mereka asyik lihat papa dan mama buka pintu peti ais jadi keinginan untuk mencuba turut ada dalam fikiran mereka. Bila dapat peluang memang tak akan dilepaskan.
Ads
2. Menarik perhatiannya
Bentuk objek peti ais itu sendiri sangat menarik perhatian si kecil. Apatah lagi jika selalu memerhatikan orang dewasa buka dan tutup pintu peti ais serta mengeluarkan pelbagai barangan daripadanya.
3. Kagum dengan pencapaian sendiri
Biasanya mula-mula si kecil hanya kerap berdiri depan peti ais sambil cuba membuka pintunya tetapi tidak berjaya. Namun, hasil tak mengenal erti putus asa jangan terkejut kalau anak anda akhirnya berjaya membuka sendiri pintu peti ais. Kali pertama berjaya, anak anda akan ketawa gembira dan bangga dengan pencapaiannya. Selepas itu mereka akan jadikan tabiat buka peti ais sebagai satu aktiviti wajib setiap hari. Bertabahlah mama!
Ads
4. Cari makanan atau minuman kegemaran
Oh, mereka tahu dalam peti ais ada banyak makanan dan minuman yang disimpan oleh papa dan mama.
Mungkin juga ada makanan dan minuman yang mereka tidak dibenarkan makan. Jadi si kecil berusaha untuk mendapatkan makanan dan minuman kegemarannya di dalam peti ais.
Ads
5. Melatih kemahiran tangan
Dari sudut positif, kebolehan si kecil membuka pintu peti ais adalah satu bentuk kemahiran motor halusnya apabila mereka semakin mahir menggunakan tangan. Jadi, tabiat membuka pintu peti ais boleh juga menjadi satu rangsangan positif pada perkembangan kemahiran tangannya.
6. Si kecil memang bijak
Bukankah sikap semula jadi si kecil memang meniru perbuatan orang dewasa. Sebenarnya mereka sedang meneroka persekitaran dan belajar banyak perkara daripadanya dan sememangnya si kecil anda budak bijak!
Jika anak anda sudah sampai peringkat tabiat ini, sentiasa utamakan keselamatan mereka terjamin. Berikut antara langkah keselamatan yang mesti dilakukan bagi mengelakkan anak diancam bahaya.
Jangan biarkan anak berseorangan di dapur kerana bimbang dia akan buka dan masuk dalam peti ais.
Jauhkan plug peti ais daripada jangkauan si kecil.
Jangan simpan ubat atau sebarang makanan/minuman yang tidak sesuai untuk anak kecil dalam peti ais.
Jika boleh segala makanan/minuman dalam botol/bekas kaca jauh daripada capaian anak bila dia membuka peti ais.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak suka menulis terbalik? Terapis cara kerja kongsi 4 puncanya. Latihan sensori sejak awal & permainan yang melatih memori boleh membantu mengatasi masalah ini.
Mungkin ada ibu bapa yang risau apabila anak kerap menunjukkan masalah ini dalam menulis. Puan Mahfuzah Zainol, Penolong Pengarah (Occupational Therapist) Kementerian Pendidikan Malaysia berkongsi tentang perkara ini.
Sebenarnya ada banyak faktor yang menyumbang kepada tulisan terbalik. 4 faktor yang saya amati sebagai terapis carakerja adalah:
#1. VISUAL MEMORY
Kemahiran mengingat secara visual amat penting dalam menulis. Kalau mudah lupa memang sukar nak ingat bentuk huruf. Apa yang ibu bapa boleh lakukan ialah berikan mereka masa.
Latih kanak-kanak untuk mengingat dengan aktiviti berbentuk sensori semasa mengenal huruf dan nombor. Lakukan pergerakan huruf dan nombor.
#2. MOTOR PLANNING SKILLS
Motor planning skills pula berkaitan dengan kemahiran menulis secara betul. Adakalanya kanak-kanak mula menggerakkan pensel untuk menulis dari bawah ke atas, walau pun sepatutnya ia perlu bergerak dari atas ke bawah.
Masalah motor planning ini menyumbang kepada kanak-kanak tersebut mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan mudah seperti menyalin, mengeluarkan pensel, menyimpan barang ke dalam beg.
#3. ORIENTATION SKILLS
Orientation skills ialah bermaksud kekeliruan dalam menentukan kiri kanan, atas bawah dan turutan.
Ia juga termasuklah turutan nombor, hari, bulan dalam tahun dan lain-lain lagi yang ada konsep urutan atau‘sequencing.’
Kekeliruan aspek ini juga menyumbang kepada masalah motor planning skills. Hendak mula dari mana, boleh menyebabkan kanak-kanak keliru. Cenderung untuk tulis terbalik.
#4. AUDITORY MEMORY
Auditory memory pula merujuk kepada kemahiran mengingat secara auditori. Contohnya dengar dan ingat, dengar dan tulis, dengar dan sebut semula.
Kemahiran ini boleh diasah kepada anak-anak anda dengan permainan-permainan kecil melibatkan ahli keluarga.
Bersunat, atau khatan, bukan sekadar satu amalan keagamaan atau budaya. Ia kini menjadi satu keperluan kesihatan yang diiktiraf secara perubatan. Video “Sunat Macam Kena Gigit Semut?” oleh Bintang Kecil bersama Hospital Islam Az-Zahrah memaparkan pendekatan moden dan mesra kanak-kanak dalam membantu ibu bapa memahami proses bersunat yang selamat, pantas dan tidak menyakitkan – sekaligus membuang rasa takut dalam kalangan anak-anak.
Teknologi Terkini dalam Prosedur Bersunat
Dalam video tersebut, doktor menjelaskan bahawa teknologi terkini seperti laser (diathermy) digunakan menggantikan kaedah gunting atau pisau tradisional. Kaedah ini:
Mengurangkan pendarahan
Mempercepatkan proses penyembuhan (1–2 minggu sahaja)
Kurang rasa sakit
Sesuai untuk kanak-kanak aktif dan lasak
💡 Tip untuk ibu bapa: Terangkan kepada anak bahawa alat moden digunakan dan ia tidak menyakitkan seperti yang dibayangkan. Tonton bersama video seumpama ini untuk bantu mereka lebih bersedia.
Kepentingan Bersunat dari Perspektif Kesihatan
Doktor menyatakan bahawa sunat membantu mencegah pelbagai penyakit seperti:
Fimosis (kulit zakar terlalu ketat)
Infeksi saluran kencing
Masalah kebersihan pada alat sulit
Risiko penyakit kelamin di masa hadapan
💡 Tip untuk ibu bapa: Gunakan bahasa mudah untuk terangkan kepada anak bahawa bersunat membantu menjaga “kebersihan anggota sulit agar tak gatal dan busuk”.
Peranan Ibu Bapa: Menyediakan Mental dan Emosi Anak
Ramai anak-anak takut untuk bersunat kerana stigma “sakit” yang diwarisi dari cerita orang dewasa. Video ini menekankan:
Ibu bapa perlu memberi penerangan yang betul dan positif
Elakkan menakut-nakutkan anak
Bina semangat anak sebagai ‘pejuang kecil’
💡 Tip untuk ibu bapa: Galakkan anak menonton watak kegemaran seperti Upin Ipin atau Ejen Ali yang ‘berani bersunat’. Jadikan ia pengalaman berani yang membanggakan.
Risiko dan Komplikasi yang Perlu Diperhatikan
Walaupun teknologi kini sangat selamat, tetap ada risiko kecil seperti:
Pendarahan selepas bersunat jika terlalu aktif
Takut untuk buang air kecil, menyebabkan jangkitan
Kencing tak lawas kerana menahan kencing
💡 Tip untuk ibu bapa: Pantau anak selepas prosedur. Pastikan mereka rehat, tidak berlari, dan diberi ubat seperti diarahkan doktor.
Sunat dengan Senyuman
Sunat tidak lagi perlu ditakuti. Dengan sokongan ibu bapa, pendekatan mesra kanak-kanak dan teknologi moden, anak-anak kini boleh menjalani proses ini dengan senyuman – bukan tangisan. Jadikan sunat satu momen keberanian dan kematangan buat mereka, bukan satu trauma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Kelas anak saya ada 38 orang!” – Itu bukan luar biasa, tapi realiti biasa di sekolah rendah kebangsaan hari ini. Bila jumlah murid terlalu ramai dalam satu kelas, kesannya bukan kecil. Dari tumpuan belajar hingga kesejahteraan emosi, ramai yang terjejas tapi tidak sedar.
Kenapa Isu Ini Perlu Diberi Perhatian?
Murid sekolah rendah masih perlukan bimbingan dekat, perhatian individu dan sokongan emosi. Bila kelas terlalu ramai:
Cikgu sukar beri tumpuan kepada setiap murid.
Murid perlahan makin tercicir.
Kelas jadi bising dan susah dikawal.
Bagaimana Kelas Terlalu Padat Menjejaskan Anak?
Pembelajaran jadi superficial – tak sempat nak dalami topik.
Anak jadi pasif – takut nak bertanya dalam suasana yang sesak.
Sukar bina hubungan dengan guru – komunikasi jadi minimum.
Kekurangan interaksi dua hala – banyak masa dihabiskan kawal disiplin.
Kepentingan Kelas Yang Lebih Kecil
Lebih interaksi peribadi antara guru dan murid.
Mudah kenal pasti murid yang bermasalah.
Suasana pembelajaran lebih tenang dan fokus.
Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri murid.
Keburukan Jika Dibiarkan
Jurang pencapaian makin besar – Murid yang memerlukan bantuan khas makin tertinggal kerana guru tidak mampu beri perhatian khusus.
Anak jadi cepat hilang minat ke sekolah – Mereka rasa seperti tak difahami, tak dihargai, dan akhirnya putus asa dengan pelajaran.
Cikgu cepat penat dan stres – Keperluan untuk kawal kelas besar melemahkan motivasi guru dan menjejaskan kualiti pengajaran.
Murid jadi angka, bukan insan yang dikenali – Tiada ruang untuk guru kenal potensi, minat atau isu emosi setiap murid secara mendalam.
Kesan jangka panjang kepada sistem pendidikan – Jika dibiarkan, ia boleh melahirkan generasi yang tidak cukup bersedia dari segi ilmu dan emosi.
Peranan Siapa Untuk Ubah Keadaan?
Pihak Berkepentingan
Tindakan yang Dicadangkan
Kementerian Pendidikan
Kaji semula nisbah guru-murid dan tambah guru jika perlu.
Sekolah
Rancang agihan murid supaya lebih seimbang antara kelas.
Ibu bapa
Suarakan kebimbangan melalui saluran rasmi seperti PIBG.
Komuniti
Fahami dan sokong usaha pendidikan berkualiti untuk semua.
Anak sekolah rendah bukan sekadar ‘nombor dalam daftar’. Mereka insan kecil yang perlukan perhatian, sokongan dan ruang untuk berkembang. Bila kelas terlalu padat, siapa yang akhirnya rugi? Masa depan mereka – dan itu tanggungjawab kita semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.