Walau macam mana susah sekali pun, elakkan memberikan anak makan makanan yang tidak sepatutnya. Dikhuatiri anak terkesan dengan pemakanan yang salah.
Perkongsian seorang pengguna Tik Tok yang menggantikan pemberian susu dengar air beras ini diselar oleh pegawai dietetik kerana ia sememangnya membahayakan kesihatan anak. Jangan risikokan anak sekalipun anda tidak mampu membeli susu.
Perkongsian Dietetion, Pn Fizah Sobri ini mak ayah perlu hadam sebaiknya. Jangan sesekali risikokan nyawa anak. Kasihanilah anak kita.
Sabar dengan Ujian hari Jumaat ni. Terketar-ketar jari type ni. Cara ini sangat membahayakan terutamanya bagi bayi bawah 6 bulan.
Apa yang dibuat oleh TT dalam keadaan ekonomi kerana terdesak bukan sebab yang baik untuk ambil video, tunjuk kepada public dan claim ia lebih baik dari bagi susu tin.
Keadaan terdesak akan membuat kita mengambil langkah extreme dan kadangkala salah dan tidak sesuai untuk melangsungkan hidup tapi bukan maksud kita perlu bangga dengan cara tersebut.
Ads
Yang kata saya hidup sihat sampai sekarang dengan cara macam ni anda mungkin 1 dari 1000 yang terlepas dari sakit waktu kecil tapi mungkin ada kesan waktu jangka panjang.
Tahukah anda kes kematian baby pada tahun 1980 adalah 26 dalam 1000. Kini 5 dalam 1000. Ini disebabkan ibubapa yang makin berilmu dan kemajuan perubatan.
Jika tak mampu ada cara
1. Sejak PKP 1.0 ada ramai NGO/ individu yang membantu memberi bantuan susu.
Ads
2. Buang malu minta bantuan dari masjid/klinik/adun terdekat untuk susu.
3. Boleh jumpa kaunselor laktasi nak mula semula susu ibu.
Anda tidak melihat kes usus bayi yang berdarah, tersumbat dan sakit duduk dalam ward akibat pemberian makanan/minuman yang tak patut.
Jangan tunggu terjadi sesuatu kepada anak baru nak menyesal dana ambil tindakan. Nauzubillah.
Ramai tanya, makanan apa yang baik untuk anak makan bila batuk berkahak. Yang paling utama, makanan ultra proses penggalak kahak kita kena cuba elakkan sebaiknya.
Menurut Dr Mazliana Mazlan, singgang ikan dan sup ayam, antara makanan yang wajib beliau buat bila anak tak sihat. Banyak bahan ramuan pemusnah kahak kita boleh letak dalam makanan macam ni.
Saya kongsi 6 jenis makanan yang boleh kurangkan kahak dari anak-anak.
1. Ikan
– Kandungan omega 3 bantu kurangkan radang dalam badan anak.
2. Bebawang
– Allium dalam bebawang sebagai antiradang untuk kurangkan penghasilan kahak.
3. Makanan tinggi fiber
– Buah dan sayur. Labu, sayur hijau, nenas, pear. Makanan tinggi fiber bantu cairkan kahak.
4. Calsicum
– Dalam capsicum, ada capsaicin. Unsur kimia yang bantu kurangkan kahak.
5. Air
– Wajib jadi kawan baik anak bila batuk. Air yang cukup, akan bantu pecah dan cairkan kahak anak. Air kelapa pun boleh.
6. Sup
– Makanan bersup dengan bahan ramuan tinggi nutrisi dan bahan ramuan yang boleh kurangkan kahak. Makanan utama yang perlu kita bagi bila anak tak sihat.
Makanan, bukan ubat. Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.
Kita cuba sama-sama ya. Banyakkan real food untuk anak, dan jauhkan sebaiknya makanan tinggi proses dari anak-anak.
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Endometriosis adalah keadaan di mana tisu yg menyerupai lapisan dalam rahim ( endometrium ) terdapat di luar rahim seperti tempat di sekitar rahim, ovari, dan tiub fallopian. Sangat biasa ditemui – 1 dalam 10 wanita mengalaminya. Kalau mak atau adik beradik perempuan ada endometriosis ni, selalunya anda akan ada juga.
Endometriosis – Penyakit Hantu
Masalah endometriosis ini akan mempengaruhi kesihatan reproduktif wanita. Boleh menimbulkan kesan jangka panjang pada kesihatan emosi dan aktiviti harian seseorang wanita.
Apakah simptom-simptom endometriosis?
Simptom biasa yang dialami pesakit termasuklah sakit pada pelvis, haid yang tak teratur atau kadang-kadang banyak. Untuk mereka yang dah berkahwin, mengalami kesakitan ketika membuat hubungan seks dan sesetengahnya ada masalah kesuburan.
Ada pesakit mengalami sakit berkaitan dengan usus, pundi kencing, bahagian belakang, peha atau sebahagian kaki. Walaupun begitu, ada je orang yang ada endometriosis ni takda apa-apa simptom langsung.
Lazimnya sakit disebabkan endometriosis ni berlaku dalam corak atau pola yang sama – jadi teruk sebelum atau semasa period. Ada perempuan yang mengalami sakit setiap masa tapi ada sesetengah perempuan pula, sakitnya datang dan pergi. Sakit ini akan hilang atau jadi berkurangan apabila wanita ini mengandung.
Apa sebabnya endometriosis?
Sebab sebenar tidak diketahui, sehinggakan cikgu saya di Universiti pun menggelarkan endometriosis ini sebagai “PENYAKIT HANTU” – maksud beliau tiada siapa yang faham apa sebenarnya penyakit endometriosis.
Walaubagaimanapun kita faham bahawa tisu atau sel endometrium yang berada di luar rahim ini akan memberikan respon yang sama seperti dinding rahim terhadap perubahan hormon yang berlaku pada setiap kitaran haid. Maka jika berlakunya luruhan dinding rahim pada setiap kitaran haid, perkara yang sama berlaku juga pada sel-sel tisu rahim yang berada di luar rahim ini.
Pendarahan ini menyebabkan sakit, inflamasi, pembentukkan parut dan seterusnya merosakkan organ-organ dalam pelvis. Sama konsepnya macam bila kita ada luka terkoyak, parut akan terbentuk kemudiannya sebagai langkah semulajadi penyembuhan, sama gak apa yang berlaku pada mereka yang ada endometriosis ini cuma proses ini berlaku dalam rongga pelvis. Takde lah nampak parut tu kat luaran.
Endometriosis boleh terjadi pada:
-Ovaries ( boleh membentuk kantung yang dikenali sebagai endometrioma atau ‘chocholate cyst’ ) – bukan sebab makan coklat jadi cmni ye
-Dalam peritoneum ( lapisan yg menyelaputi pelvis dan abdomen ) Pada Tiub fallopian -Pada rahim, belakang atau sekitar kawasan rahim -Kawasan antara vagina dan rektum
Endometriosis boleh terjadi pada dinding dalam rahim dinamakan adenomyosis dan amat jarang berlaku pada usus dan pundi kencing. Kadang-kadang merata tempat lain pun boleh ada endometriosis, tapi JARANG berlaku
Macam mana doktor tahu seseorang tu ada endometriosis?
Susah nak diagnos seseorang tu ada endometriosis atau tak. Kenapa?
Sebabnya simptom endometriosis ini berbeza antara individu, bukannya sama. Symptom endometriosis boleh menyerupai sakit disebabkan oleh penyakit-penyakit lain seperti irritable bowel syndrome atau pelvic inflammatory disease. Lain rawatannya. Ada je orang yang ada endometriosis tidak menunjukkan apa-apa symptom
So, bila berjumpa Dr, ada beberapa soalan yang biasa ditanya.
-Sakit tu ada pattern ke, ada kene mengena dengan apa-apa seperti period ?
-Mcm mana period ? – sakit ke atau banyak ke? -Kalau melakukan hubungan seks – ada sakit ? -Ada masalah ketika nak buang air besar atau kecil ketika period? -Susah nak mengandung ke? Lebih lebih lagi ada symptom-symptom yang saya da ckp tadi
Kemudian Dr akan menjalankan pemeriksaan untuk mengesan mana puncanya sakit tu. PASTIKAN anda ada peneman (chaperone) semasa pemeriksaan. Tak kira doktor tu doktor perempuan ke doktor laki. MESTI ADA CHAPERONE.
Mungkin lepas pemeriksaan, anda akan menjalani pemeriksaan ultrasound – pelvic ultrasound scan
Biasa saya akan buat scan dari bawah transvaginal untuk mereka yang dah berkahwin atau pernah lakukan hubungan seks untuk melihat rahim dan ovari dengan lebih dekat. Boleh la nampak kalau ada ‘cyst’ pada ovari.
Kalau ada cyst yg menyebabkan sakit ini, doktor akan berbincang utk pembedahan laparoskopi membuang cyst. Pembedahan ini bukan sekadar nak buang cyst, selain itu boleh melihat keseluruhan rongga pelvis dan abdomen untuk endometriosis. Kalau perlu sedikit sampel diambil untuk analisis makmal.
Kalau dah confirm endometriosis, apa rawatan akan diberikan?
-Rawatan ubatan untuk mengawal rasa sakit
-Rawatan pil hormon -Pembedahan – laparoskopi atau laparotomi ( bergantung kepada tahap endometriosis )
Apa-apa pun bukan semua pilihan rawatan boleh diberikan kepada pesakit. Tahap endometriosis dan keadaan keseluruhan pesakit perlu diambil kira sebelum apa-apa rawatan diberikan. Sila berbincang dengan Dr terlebih dahulu
Satu lagi, endometriosis ni masalah kaum perempuan sahaja. Brader-brader kat luar sana jgn ler risau tak tentu hala. Walaupun sakit org perempuan, kena gak amek tahu utk tambah ilmu.
Ada sesetengah ibu yang memulakan penyusuan sebelum ini dan lepas dari tempoh dua tahun mula berkira-kira untuk mula nak bercerai susu (wean off) dengan anak.
Bagaimanapun ibu-ibu kena faham tentang satu perkara. Penyusuan susu ibu, berjaya dalam penyusuan penuh atau bercerai susu – semua ini adalah satu proses yang panjang. Bukan perkara yang boleh terus jadi atau berjaya dalam sehari dua sahaja.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Perunding Laktasi, Dr Nurhaya, beliau kurang bersetuju dengan sesetengah tips dan pilihan untuk meletakkan bahan-bahan di puting atau payudara dengan niat agar anak menolak untuk menyusu.
Perlu ingat penyusuan susu ibu adalah satu perjalanan yang sangat indah antara ibu dan anak. Sayang sekali sekiranya ia diakhiri dengan cara yang traumatis begitu bagi anak kecil.
Saya pasti kita juga tidak suka jika sesuatu yang kita sukakan dirampas dengan sekelip mata dan secara traumatis. Pasti jika boleh, kita akan meminta waktu untuk menerima hal tersebut secara perlahan-lahan supaya dapat membiasakan diri. Begitu juga dengan si kecil. Hormatilah perasaan dan jiwa manja mereka. Jangan diakhiri sesuatu yang indah bagi mereka dengan cara begitu.
Cerai susu atau “wean off” adalah satu proses. Ia boleh jadi satu proses yang cepat atau memakan masa berbulan-bulan.
Jom baca tips yang boleh dilakukan ibu semua untuk bercerai susu secara perlahan-lahan dan menjaga perasaan si kecil.
Apabila ibu memutuskan untuk bercerai susu atau wean off, jangan sesekali sengaja menawarkan si kecil untuk menyusu tanpa diminta.
Jika si kecil tak ingat, ibu pun terus saja leka kan dia lagi. Ingat, ini adalah langkah pertama yang paling penting!
Bila ibu tak offer menyusu badan dengan sengaja, tetapi lepas tu si kecil ada meminta, cuba alihkan perhatiannya dengan cara mengajak anak bermain dahulu.
Alihkan perhatian anak sehingga mereka lupa seketika dengan permintaan mereka tadi.
Ingat! Bercerai susu merupakan satu proses yang mengambil masa. Jadi, dengan mengalihkan perhatian atau lengahkan penyusuan, mungkin dari 10 kali penyusuan akan berkurang ke 8 kali. Kemudian turun lagi ke 6 kali sahaja dan seterusnya sehingga anak dapat bercerai susu.
Ibu juga tak boleh kalau anak tak menyusu langsung secara tiba-tiba. Nanti boleh terjadi bengkak payudara pula.
Apabila waktu malam pula, yang selalunya si kecil akan mula nak ‘mengempeng’ untuk menyusu, ibu boleh cuba buat “time out” atau hadkan masa penyusuan anak.
Contohnya, kata pada si kecik “Adik boleh menyusu tapi untuk 5 minit saja ya. Lepas 5 minit kita berhenti menyusu, okay? Kalau adik okay, baru ibu bagi…”
Dan bila nak dekat dengan 5 minit tu.. kata pada anak, “Okay, ibu kira sampai 20 lepas tu kita berhenti menyusu ya. Ibu tarik perlahan-lahan dari adik ya. Adik tak boleh marah ibu tau. Adik kan dah janji tadi.”
Mungkin kali pertama tidak berjaya. Tidak mengapa. Teruskan mencuba lagi sehingga berjaya.
Pada bila-bila masa sahaja, samada waktu makan, waktu bermain, waktu lengang bersama-sama, cuba banyakkan bercakap dengan anak yang mereka perlu berhenti menyusu. Cuba pahamkan mereka dengan alasan seperti mereka sudah besar.
Jangan beranggapan mereka tidak paham. Bercakap lah dengan lembut dengan mereka, ulang dan ulang.
Bila anak tidur, semasa separa sedar, cuba urut dan usap dahi mereka sambil berkata-kata apa yang ibu mahu sampaikan.
Ulang berkali-kali dan lakukan terturut-turut setiap malam. Kaedah bercakap dengan anak ketika minda separa sedar adalah salah satu teknik yang banyak dipraktikkan untuk membantu mengawal cara pemikiran anak.