Ibu bapa perlu tahu cara yang betul ketika menjaga tali pusat anak sebelum tertanggal. Penjagaan yang betul amat penting untuk mengelakkan tali pusat anak terkena jangkitan kuman.
Doktor Taufiq Razif berkongsi tentang cara-cara menjaga saki baki tali pusat anak dengan cara yang betul dan kenal pasti jangkitan yang berlaku. Ilmu ini wajib ibu bapa tahu untuk elak sebarang komplikasi yang boleh berlaku. Ikuti perkongsian ini;
SEMUA MAK AYAH KENA TAHU ILMU TENTANG TALI PUSAT NI
Gambar tali pusat anak saya yang berumur 10 hari.
Ads
Ni saya nak kongsi ilmu nak tahu tempat tali pusat baby kita tu ada jangkitan ke tak. Cuba tengok di bahagian perlekatan tali pusat tu:
Ada tak merah merah
Ada tak bengkak
Ada tak nanah atau cairan keluar
Tali pusat tu berbau busuk ke tak
Bayi demam ke tak
Bayi nampak lemah dan taknak menyusu ke tak
Kalau TAKDE, Alhamdulillah tapi kalau ADA, kena pergi periksa cepat-cepat. Ada kemungkinan tali pusat tu dah kena jangkitan.
Ni ada beberapa benda yang kita TAK BOLEH buat supaya tali pusat anak kita tu tak kena jangkitan.
Jangan pakaikan pampers sampai tutup bahagian tali pusat anak kita. Kencing dan najis anak kita boleh kena tempat tu dan mengakibatkan jangkitan.
Jangan letak ubat entah apa-apa kecuali ubat yang disediakan oleh hospital.
Jangan sentuh bahagian tali pusat tu tanpa cuci tangan dulu. Kita tak tahu kuman jenis apa yang tengah berkeliaran di tangan kita. Sistem imun bayi kita tak sekuat orang dewasa.
Jangan paksa paksa tali pusat tu untuk tanggal cepat cepat. Tali pusat tu akan luruh sendiri. Biasanya dalam 3-10 hari. Kalau 3 minggu tak luruh lagi cepat cepat pergi jumpa doktor.
Jangan mudah percaya benda pelik-pelik yang tak ada dalam agama tentang tali pusat anak kita yang dah luruh tu.
WanitaPakistan lahirkan bayi lelaki ketika wukuf di Padang Arafah. Seorang wanita Pakistan melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat di Padang Arafah semasa kemuncak ibadah haji Sabtu lalu, lapor sebuah laman berita.
Bayi baru lahir itu memiliki berat 3.04 kilogram. Bayi berkenaan diberi nama Arafah sebagai penghormatan kepada lokasi di mana kemuncak ibadat haji berlaku.
Ketika kejadian, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu sedang hamil minggu ke-37. Dia melahirkan anaknya di tengah lautan jemaah haji yang berkumpul di padang tersebut.
“Kelahiran seorang anak adalah satu rahmat. Namun, menyaksikan kelahiran berlaku semasa ibadat haji sangat istimewa,” kata Dr. Amina Al Sheikh.
Beliau mengetuai pasukan perubatan yang menyambut kelahiran bayi itu. Ibu dan bayi itu dilaporkan stabil dan berada dalam pemerhatian lanjut.
Jangan buat main anak demam lebih tiga hari, lebih-lebih lagi apabila sudah diberi ubat demam tetapi suhunya masih tidak kebah. Keadaan ini sering membuatkan ibu bapa risau, namun masih ada yang memilih untuk menunggu dan hanya bergantung kepada ubat semata-mata.
Hakikatnya, anak demam lebih tiga hari bukan sesuatu yang wajar dipandang ringan. Jalan terbaik adalah dengan segera membawa anak berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan yang sesuai.
Ikuti nasihat daripada Dr Ezairy M. Sallih, seorang Doktor Otorinolaringologi (ENT), yang berkongsi panduan penting agar ibu bapa lebih peka dalam memantau kesihatan anak-anak.
“Doktor, anak saya sudah tiga hari demam, sakit tekak dan hari ini tak boleh makan, bahaya tak doktor?”
“Ibu saya dah dua bulan ada ketulan kat leher dia, tekan tak sakit, kena buang tak, doktor?”
Soalan-soalan seperti ini bukanlah jarang saya terima. Setiap hari, puluhan mesej masuk melalui media sosial dan emel berkaitan kebimbangan kesihatan seperti ini. Namun, jawapan yang diberikan secara umum tidak mampu menggantikan pemeriksaan sebenar oleh doktor.
Perlu difahami bahawa untuk mengenal pasti punca sebenar anak demam lebih tiga hari atau sebarang simptom lain, diagnosis yang tepat memerlukan beberapa langkah penting.
Sejarah kesihatan lampau pesakit perlu diketahui dengan jelas. Antaranya termasuk penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sejarah strok atau penyakit kronik lain. Maklumat ini sangat penting bagi memastikan rawatan yang diberikan selamat dan sesuai.
Selain itu, gejala dan simptom terkini pesakit juga perlu diterangkan secara terperinci. Tanpa maklumat lengkap, diagnosis tepat sukar diperoleh walaupun pesakit hanya mengadu demam yang berpanjangan.
Doktor perlu melihat sendiri keadaan keseluruhan pesakit. Ini termasuk cara pesakit berjalan, pernafasan, penggunaan alat bantuan seperti kerusi roda dan tahap kesedaran pesakit.
Semua pemerhatian ini tidak boleh dilakukan melalui perbualan atas talian sahaja. Inilah sebab utama mengapa anak demam lebih tiga hari perlu diperiksa secara fizikal oleh doktor.
Jika pesakit mengadu masalah pada telinga, hidung atau tekak, doktor akan melakukan pemeriksaan lebih terperinci di kawasan tersebut. Pemeriksaan ini dilakukan selepas pemeriksaan umum.
Contohnya, doktor akan menilai warna tekak, kehadiran bengkak, keadaan gigi, struktur tonsil dan kawasan sekelilingnya. Pemeriksaan sentuhan atau palpation juga dilakukan bagi mengenal pasti ciri pembengkakan dengan lebih tepat.
Pembengkakan pada leher boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti jangkitan kuman, ketumbuhan benign atau kemungkinan kanser. Semua ini memerlukan pemeriksaan secara dekat oleh doktor.
Selepas pemeriksaan fizikal, doktor akan mendapat gambaran awal tentang penyakit yang dialami. Seterusnya, ujian tambahan seperti ujian darah, x-ray atau imbasan akan dilakukan jika perlu.
Walau bagaimanapun, ada juga kes di mana diagnosis klinikal sahaja sudah mencukupi tanpa memerlukan ujian lanjut.
Oleh itu, jika anak demam lebih tiga hari atau anda mengalami sebarang simptom yang merisaukan, jangan berlengah untuk mendapatkan pemeriksaan doktor. Tidak semua persoalan boleh dijawab secara terperinci melalui media sosial.
Menjadi satu kesalahan bagi mana-mana petugas kesihatan untuk memberi diagnosis tanpa pemeriksaan fizikal. Kesihatan bukan perkara untuk dibuat percubaan.
Moga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membuka mata lebih ramai ibu bapa agar tidak memandang ringan isu kesihatan anak-anak. Sebarkan maklumat ini supaya lebih ramai yang kita sayang mendapat rawatan tepat pada masanya.
Sumber:Dr Ezairy M.Sallih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak boleh berurut dan berbengkung selepas bersalin. Inilah gambaran ramai buat wanita yang melahirkan anak melalui kaedah pembedahan. Sudahnya badan jadi gelebeh dan sukar untuk kurus. Betulkah kenyataan ini?
Doktor yang cukup dikenali di media sosial, Dr Erna Nadia, yang melalui pengalaman bersalin melalui pembedahan ini menyangkal fakta itu. Bukan cara kelahiran, pokoknya bergantung kepada diri kita sendiri.
Semoga pengalaman yang dilalui beliau ini dapat dijadikan inspirasi untuk ibu terus kekal sihat dan cergas.
Bersalin secara czer tak boleh kurus dan perut gelebeh? Masa mengandung tak boleh bersenam? Masa lepas bersalin tak boleh bersenam?
Salam & hello semua. Pada yang dah ikuti saya sejak lama dulu mesti tahu perjalanan saya mengandung kali kedua. Masa mengandung kali kedua, saya memilih untuk menjadi aktif.
Setiap kali ada pemeriksaan di klinik atau hospital, saya pasti akan tanya kandungan saya ok ke, kedudukan semua ok ke, janin membesar dengan ok ke dan boleh ke kalau saya bersenam. Jawapannya adalah ok.
Alhamdulillah saya kekal aktif dan saya memang suka berjoging. Boleh dikatakan hari hari walaupun mengandung. Cuma pace tu dah slow la. Tipu lah kalau saya kata saya boleh joging pace 5 waktu sarat.
Jika anda mahu bersenam, tanya pada doktor yang merawat anda. Berat terakhir sebelum saya bersalin adalah 73kg. Ya, saya gain 20kg semasa mengandung.
Saya memilih untuk bersalin secara czer untuk anak kedua ini. Walaupun boleh saja beranak secara normal.
Kenapa? Kerana saya mahu cuba. Jangan ikut saya. Ini saya sendiri sedang eksperimen dan mahu merasa pengalaman sendiri.
Doktor pakar yang buatkan czer saya ni memang hebat. Lukanya kecik tak sampai sejengkal dan Alhamdulillah sudah elok pulih.
Lepas saya bersalin tengah hari 20 may 20, lepas 6 jam baring, saya gagahkan diri untuk bangun. Malamnya saya sudah berjalan perlahan lahan mahu lihat baby dan hantar susu badan. Alhamdulillah ok saja. Esoknya saya dah tawaf satu hospital untuk berjalan slow slow.
Tak sakit ke? Alhamdulillah tidak. Misi misi terkejut pasai doktor depa ni tak reti duduk diam. Lepas balik rumah, saya mula buat kerja rumah sedikit sedikit.
Sebab apa? Sebab lepas bersalin tak elok hanya terbaring. Mudah mendapat darah beku dan anda akan jadi malas. Saya menyusu badan sepenuhnya. Alhamdulillah dah dua tahun pun masih menyusu badan.
Hari kelima selepas czer, saya dah panjat treadmill di rumah. Saya slow jog. Baby tido, saya lari. Saya makan seperti biasa. Tiada lauk pantang yang orang kita suka amalkan. Saya makan makanan yang sihat dan minum banyak air masak.
Masuk 2 bulan lepas bersalin, berat dah jadi 60kg. Saya teruskan aktiviti seperti biasa. Rahim kita akan mengecut sendiri dalam masa 8 minggu. Kalau kita menyusu badan, lagi cepat kecut. Allah dah aturkan dengan baik dah untuk kita. Inilah fisiology normal wanita selepas bersalin.
Mengurut? Ada. Saya memang suka orang datang urut walau tidak mengandung atau bersalin. Mengurut adalah terapi. Mana mungkin berat boleh normal, rahim kecut hanya dengan mengurut sahaja. Be rational. Lepas 4 bulan, berat saya jadi 55kg.
Dan saya masuk kerja seperti biasa. Ya saya ambil cuti lebih sebab saya nak jaga baby saya. Alhamdulillah sekarang berat maintain di 53kg dan perut saya tidak buncit.
Saya bukan post ini sebab nak menunjuk. Saya mahu anda ambil point dalam cerita saya yang marhaen ini. Saya eksperimen diri sendiri untuk buktikan yang beranak secara apa sekalipun, kena jaga diri dan kesihatan baik baik.
Saya tak amalkan sebarang produk. Bagi saya, nak sihat, tak perlu membazir. Jaga makan minum, makan makanan sihat, minum banyak air kosong sebab air kosong sejuk atau panad tidak ada kalori, menyusu badanlah dan bersenam.
Jika saya boleh dan ramai lagi yang lebih hebat pun boleh, kenapa tidak anda? Berhenti cakap tak boleh itu tak boleh ini. Kata kata itu doa.
Carilah ilmu yang betul dan amalkan gaya hidup yang sihat. Sebab badan kita bukan hanya penting selepas bersalin sahaja. Kita pakai hari hari sehingga akhir usia dan ianya amanah Allah swt pada kita. Jaga baik baik dan jadilah orang yang baik.
Inilah kisah hidup saya yang saya harap boleh menjawab banyak persoalan wanita yang asyik dimomokkan dengan itu tak boleh ini salah.
Jadilah manusia yang simple dan sihat. Jangan membazir.
Lagi pelik saya ini adalah saya tak minat mekap/berhias ( alat mekap pun tak ada), tak minat barang kemas dan suka drive. Saya suka beli buku. Tak ada tiktok, tak minat tengok video merapu.
Duit yang ada, simpan untuk masa depan dan pelajaran anak anak. Semoga kita semua boleh jadi sihat, baik dan comel.
Dr. Erna Nadia Jom kita wanita yang simple dan banyak ilmu; dunia & akhirat🙌🏻
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.