Aktres Anzalna Nasir mendedahkan dirinya dimasukkan ke hospital selama lima hari disebabkan mengalami kecederaan di bahagian otot, baru-baru ini.
Jelas Anzalna, kesakitan yang dialaminya itu berpunca akibat jatuh terlentang di rumah.
“Ketika itu, saya sedang bersiap untuk menghadiri sebuah majlis dan pada masa yang sama Mohamad Eidrees menangis.
“Saya pulak sejenis yang tidak suka membiarkan anak menangis lama dan perlu cepat untuk tenangkan dia.
Ads
“Sewaktu mahu berkejar mendapatkan Eidrees, saya jatuh terlentang. Namun, pada masa itu saya terus bangun, dukung dan sempat beri Eidrees makan.
“Tapi selepas masuk ke dalam kereta, badan saya tidak dapat bergerak. Suami terus bawa ke hospital dan setelah berjumpa dengan doktor telah disahkan otot saya bengkak,” katanya kepada Gempak.
Ads
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir akui keadaan kesihatannya belum pulih dan dikehendaki untuk menjalani rawatan fisioterapi.
“Eidrees tidak boleh dibawa ke hospital dengan keadaan tidak berapa okay lebih-lebih lagi dengan virus yang melanda.
“Boleh dikatakan setiap hari saya menangis rindukan Eidrees. Jadi saya minta ibu bapa datang bawa Eidrees lalu saya turun ke kereta untuk menyusu dan bermain dengannya.
Ads
“Kalau ikutkan, doktor minta untuk saya terus ditahan di hospital namun saya menolak.
“Walaupun masih sakit, saya tidak sanggup lagi. Bagi saya yang penting adalah Eidrees, sakit itu tolak ke tepi,” katanya lagi.
Pendarahan di awal trimester kehamilan sememangnya begitu membimbangkan. Risau janin masih belum kuat dan masalah lain pula yang akan timbul kelak. Apa sebabnya hal ini terjadi?
Adakah darah ini normal atau berbahaya? Pendarahan faraj semasa hamil trimester pertama adalah perkara biasa.
Dianggarkan lebih 20% kehamilan mengalami pendarahan ringan atau tompokan darah semasa mengandung dan kebanyakan mereka yang berdepan situasi ini dapat melalui kehamilan sihat.
Pendarahan implantasi
Selalunya punca darah keluar semasa hamil yang berlaku adalah tidak berbahaya walaupun sebelum seseorang individu tersebut menyedari diri sedang mengandung.
Biasanya pendarahan ini terjadi apabila telur yang disenyawakan melekat pada lapisan rahim. Ia dikenali sebagai pendarahan implantasi.
Tanda-tanda pendarahan implantasi adalah pendarahan ringan atau tompokan di sekitar tempoh jangkaan kedatangan haid. Namun tidak semua wanita akan melaluinya.
Umumnya istilah tompokan ini biasanya merujuk kepada beberapa titik darah dan tidak menutupi keseluruhan tuala wanita atau panty liner.
Punca pendarahan berat semasa awal kehamilan
Pendarahan faraj semasa awal kehamilan kadangkala menunjukkan masalah yang serius, seperti:
Keguguran
-Pendarahan, sakit perut dan sakit belakang adalah tanda biasa keguguran
-Pemeriksaan menunjukkan bahawa serviks terbuka
– Tisu mungkin tertolak keluar melalui serviks dan faraj
Kehamilan molar
– Keabnormalan persenyawaan yang mengakibatkan pertumbuhan tisu abnormal dalam rahim.
– Kehamilan molar bukanlah kehamilan biasa, tetapi pertumbuhan dalam rahim membawa kepada gejala tipikal kehamilan awal
– Bagi kehamilan molar separa, terdapat pertumbuhan tisu tidak normal bersama kehadiran janin yang mengalami kecacatan kelahiran teruk
Kehamilan ektopik
– Pendarahan faraj ringan dan sakit perut yang semakin meningkat mungkin menunjukkan kehadiran kehamilan ektopik
– Merupakan kehamilan luar rahim di mana telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim
– Untuk kehamilan jenis ini, embrio berada di dalam salah satu tiub fallopio. Apabila kehamilan membesar, tiub akan mengembang dan sakit perut akan menjadi teruk
– Dalam sesetengah kes, ia boleh memecahkan tiub fallopio sehingga mengakibatkan kehilangan darah yang banyak
Pendarahan subchorionic
– Dalam keadaan ini darah terkumpul di antara kantung kehamilan dan dinding rahim
– Ada kalanya, darah beku dalam rahim boleh dilihat semasa pemeriksaan ultrabunyi
– Biasanya badan akan menyerap semula bekuan darah ini, namun terdapat juga darah lama atau beku yang mengalir keluar daripada faraj.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Sekiranya terdapat isi rumah yang merokok, ia sememangnya memberikan kesan kepada si anak khususnya. Kesihatan anak akan terganggu dan salah satunya adalah berlakunya jangkitan kuman pada telinga mereka.
Semasa sesi live bersama Pa&Ma semalam, Dr Nik Hisyam yang merupakan Pakar Perunding Resdung, Sinus, Telinga , Tekak & Leher telah menjelaskan tentang hal ini.
Telinga manusia secara amnya terdiri daripada tiga bahagian iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam. Bahagian telinga tengah merupakan satu rongga kecil yang mempunyai udara. ia juga mengandungi struktur penting yang lain iaitu tulang telinga dan saraf kranial facial (NVII).
Saluran Eustachian (Eustachian Tube) menghubungkan telinga tengah dengan nasofarinks dan berfungsi untuk pengudaraan telinga tengah. Ia dipisahkan dari telinga luar oleh gegendang telinga.
Fungsi bahagian ini adalah untuk melaurkan bunyi dari bahagian luar ke telinga dalam dan fungi ini akan terjejas sekiranya terdpat cecair di bahagian telinga tengah yang menghalang (aliran) gelombang bunyi. Mengikut istilah perubatan, keadaan ini dikenali sebagai Otitis Media Effusion (OME).
Pengumpulan cecair pada bahagian telinga tengah boleh berlaku disebabkan beberapa faktor dan salah satunya adalah kerana pendedahan terhadap asap rokok.
1. Anak kerap menyentuh cuping telinga.
2. Apabila ada orang lain yang menyentuh telinganya, dia akan menangis.
3. Berlaku kemerahan di sekitar kawasan telinga.
4. Cecair seperti air atau nanah akan keluar melalui telinga.
5. Demam panas dan muntah-muntah.
6. Tidur anak sentiasa terganggu.
1. Masalah dengan pertuturan.
2. Perkembangan intelektual.
3. Kemahiran sosial.
4. Kemungkinan untuk pekak dan bisu.
Selain itu, Dr Hisyam juga sempat memberikan tip kepada ibu ayah yang mahu membersihkan telinga anak-anak mereka. Penggunaan pengorek telinga sama ada jenis besi atau kayu, sememangnya bahaya dan TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Apabila kita menjolok pengorek telinga ke dalam telinga, ia akan menolak wax (tahi telinga) semakin jauh ke dalam dan menyebabkan ia menjadi mampat.
Sekiranya mahu membersihkan telinga anak, gunakan putik kapas yang dicelup ke dalam minyak bayi. Harus diingatkan, putik kapas tadi hanya BOLEH digunakan pada kawasan CUPING TELINGA sahaja. JANGAN SESEKALI KOREK TELINGA ANAK!
Di dalam perkongsiannya, Dr Hisyam turut menegaskan sekiranya anda tidur berdengkur, ia bukan disebabkan letih atau anak sedang tidur lena. Ia adalah mitos! Perhatikan anak yang berdengkur ketika tidur, mulut mereka akan ternganga. Itu menunjukkan mereka bernafas menggunakan mulut dan bukannya hidung.
Anak yang kerap mengalami hidung tersumbat semasa tidur juga adalah tidak bagus. Ia menunjukkan kandungan oksigen tidak cukup dan mengganggu pernafasan si anak.
Masalah ini mungkin berpunca dari masalah resdung atau alergi terhadap habuk, debu dan asap rokok. Sekiranya anak-anak anda bersin pada waktu pagi, ia menunjukkan mereka mempunyai alahan terhadap debu hama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sakit ketika anda dalam fasa menyusukan anak adalah satu perkara yang menyusahkan dan memenatkan. Namun yang demikian, percaya atau tidak, menyusu anak anda ketika anda tidak sihat adalah selamat untuk anak anda, bahkan boleh jadi bermanfaat kepada mereka.
Dalam kebanyakkan situasi, jawapannya adalah boleh. Biasa untuk ibu merasa risau tentang kemungkinan untuk anda menjangkiti anak anda. Ini bagaimana menyusu ketika sakit boleh mendatangkan manfaat kepada bayi anda:
Ketika anda sakit, antibodi mula dihasilkan untuk melawan jangkitan dalam masa 24 jam pertama walaupun simptom belum mula muncul. Antibodi ini boleh kekal di dalam badan selama beberapa hari.
Dalam jangkitan virus pula, tempoh inkubasi boleh mengambil masa sekitar 5 hingga 7 hari, membolehkan antibodi terhasil disalurkan dalam bentuk susu badan kepada anak anda.
Ini bermakna, anak anda mendapat dos perlindungan daripada jangkitan flu atau selsema yang anda dapat tanpa mendedahkannya kepada jangkitan tersebut.
Walaubagaimanapun, anda tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila anak anda sudah mula bersin. Sekiranya anda mengalami jangkitan selsema yang biasa atau jangkitan virus berkaitan dengan sistem penghadaman – ataupun demam – tidak menjadi masalah untuk anda menyusu. Pastikan anda membasuh tangan anda sebelum sesi menyusu dan mengelakan daripada bahagian hidung atau mulut anda menyentuh muka atau tangan mereka. Sekirannya anda mengambil ubat, cuba untuk pam dan buang susu yang terhasil dalam tempoh waktu anda mengambil ubat..
Sekiranya anak anda di bawah usia 3 minggu, mereka terlalu lemah dan terdedah kepada jangkitan, justeru, menyusu badan ketika ini tidak digalakkan.
Sekiranya anda menghidap penyakit yang debilitatif (sakit jantung, buah pinggang atau anemia) atau kurang berat badan, cuba untuk elakkan menyusu kerana badan anda perlukan kalori dan lemak yang mencukupi sebelum anda boleh menghasilkan susu.
Sekiranya anda menghidap jangkitan yang teruk seperti TB yang tidak dirawat (mereka yang telah dirawat selama 2 minggu dibenarkan untuk menyusu), atau HIV/AIDS. Anda boleh menyusu jika dijangkiti Hepatitis A (jika anak anda mengambil globulin gamma) atau Hepatitis B (selepas anak anda mengambil globulin gamma dan diberi suntikan vaksin Hepatitis B)
Sesentegah bahan atau ubatan boleh menyebabkan anda tidak boleh menyusukan anak anda. Contohnya, ubat anti-barah, ubat untuk tiroid, ubat darah tinggi, penicillin, lithium, hipnotik atau perangsang, ubat tidur dan dadah atau alkohol. Sentiasa berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat kesihatan dan konsultasi.
Bila anda sakit, penting untuk anda minum air yang mencukupi untuk memastikan susu yang mencukupi dihasilkan dan juga untuk mengelakkan anda daripada tidak bermaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!