Ibu mana yang tidak cemas apabila anak terjatuh kemudian dihempap pula oleh seorang lelaki dewasa. besar pula tu badannya! Begitulah kisahnya dengan Sheila Razlan, isteri kepada Lan Solo yang berkongsi melalui laman Instagramnya tentang kejadian anaknya terjatuh semasa bermain luncur ais.
Kejadian tersebut terjadi di salah sebuah pusat membeli-belah terkemuka di negara ini. Menurut Sheila, anak ketiganya iaitu Akid terjatuh kerana tidak dapat mengimbangi badannya semasa meluncur ais lalu terjatuh. Kejadian ini yang berlaku secara mengejut, kemudian seorang lelaki berbangsa Inggeris pula terjatuh di atas badan anaknya.
Semasa dihempap lelaki tersebut, Akid tidak dapat bergerak dan hanya mampu menangis sahaja. Sheila dan Lan yang berada di luar gelanggang pada waktu itu segera berlari mendapatkan anak mereka.
Ads
Pun begitu, Sheila memuji tindakan pantas yang diambil oleh pihak di sana dan lelaki tersebut juga kelihatan risau kerana khuatir pinggang Akid patah. Maklum sajalah, berat Akid hanyalah 16kg berbanding tubuh sasanya dengan berat 90kg.
Sheila mengambil langkah untuk bertenang dan menyelesaikan perkara ni dengan cara baik. Sempat memberi cadangan, Sheila berharap pada masa akan datang gelanggang luncur ais akan dipisahkan mengikut kategori (untuk yang amatur dan profesional).
Bila Allah berkehendak serta menghendakinya dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka jadilah. Sama jugalah situasi yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini apabila langsung tak menjangka akan menerima kehadiran orang baru dalam keluarga sehinggalah tiba-tiba bersalin dengan sendirinya dan sangat mudah sekali.
Perkongsian seorang ibu, Nurul Atiqah, 24, dari Bintong, Perlis ini cukup menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Allah sehingga 9 bulan 10 hari dan anak yang dilahirkan juga cukup sifat dan sihat serta tiada apa-apa komplikasi.
Menurut Atiqah, ramai yang terkejut dan bertanya padanya adakah tak tahu langsung diri hamil? Jawapannya adalah YA sebab dia sendiri tak buka buku pink untuk buat pemeriksaan kesihatan bulanan. Malah tiada pun tanda-tanda alahan seperti mengandungkan anak sulung.
Lagipun yang buatkan dirinya hairan, haid tetap datang setiap bulan. Setiap hujung bulan haid akan datang seperti biasa. Anggaran lima ke enam hari. Dalam masa yang sama juga, makan pil perancang setiap bulan dan tak pernah skip.
Perut tak membuncit, tiada rasa gerakan
Tambah Atiqah lagi, sepanjang 9 bulan, dia tidak menyedari kehadiran janin di dalam rahimnya. Ini kerana tidak merasa sebarang pergerakan dan perut tidak membuncit begitu besar seperti pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertama.
“Berbeza dengan pengalaman saya melahirkan anak pertama dahulu. Perut besar, hidung kembang dan semuanya kembang. Syukur bayi saya sihat dan sempurna walaupun tidak pernah menerima sebarang rawatan.
“Sepanjang kehamilan juga saya tidak membuka buku rekod kesihatan ibu di klinik kesihatan dan sudah pasti tiada sebarang rekod kesihatan ibu dan anak di klinik kesihatan. Syukur Allah melindungi dan menjaga anak dalam kandungan sehingga lahir ke dunia,” ujarnya.
Beberapa jam sebelum bersalin perut sebu macam sembelit
Menceritakan pengalaman bersalinnya pula, Atiqah menyatakan sebelum bayi nak keluar, pada malam tersebut dalam jam 1 pagi rasa seperti perut masuk angin dan muntah beberapa kali.
“Apabila keesokan harinya, rasa tidak selesa di perut makin terasa seolah-olah sembelit ingin membuang air besar. Saya masuk ke dalam bilik air beberapa kali tapi rasa tidak selesa di perut makin menjadi.
“Saya membuat keputusan untuk ajak suami ke hospital tetapi oleh kerana dah tak tahan tiba-tiba rasa ada sesuatu keluar dan baru tahu itu adalah kepala bayi.
“Terus ke ruang tamu dan dalam tempoh itu, saya melahirkan bayi perempuan di atas sofa dengan disambut oleh suami. Saya meminta suami saya untuk menghubungi pihak ambulans.
“Sebelum pihak ambulans tiba ke kediaman kami, suami telah mengikat tali pusat menggunakan tali kasut. Perasaan saya waktu itu sangat terkejut dan gementar seluruh badan, begitu juga dengan suami,” kongsinya.
Bayi bertuah yang diberi nama Raiqa Hanania ini dilahirkan pada 19 Oktober 2022 (Rabu) jam 8.45 pagi dengan berat 3.7 kilogram dan disaksikan oleh abang sulungnya yang berusia 1 tahun 2 bulan.
Sehingga ke hari ini, Atiqah dan suaminya, Amirul seperti tak percaya lagi akan kehadiran bayi perempuannya yang selama ini menjadi rahsia Allah.
Apa yang paling lucu, semua kelengkapan bayi juga tak disediakan dan beberapa hari lahir terpaksa pakai dulu baju abangnya buat sementara waktu.
Moga baby Raiqa Hanania akan terus membesar dengan sihat dan menjadi anak solehaha dan penyejuk hati ibu ayahnya. Amin.
Tidak seperti apa yang difikirkan oleh kebanyakan individu, angin ahmar atau lebih dikenali sebagai strok bukan sahaja berlaku pada individu yang berusia, tetapi ia juga boleh dialami oleh kanak-kanak dan bayi yang baru lahir. Sama seperti individu dewasa berusia, bayi juga mempunyai risiko yang sama tinggi untuk mendapat strok.
Dalam 28 hari pertama, bayi biasanya mendapat strok, tetapi ia tidak disedari oleh ibu bapa. Walau bagaimanapun, kebanyakan individu tidak mengenalinya atau tidak pergi untuk mendapatkan rawatan doktor untuk strok dalam kumpulan usia yang mentah ini.
Apa itu strok?
Strok – adalah situasi di mana aliran darah ke otak terhenti atau turun ke bawah, mendapatkan kesan kepada arteri utama serta dalam otak. Strok berlaku apabila bekalan darah ke bahagian otak terputus. Terdapat dua jenis strok. Strok Ischaemic biasanya berlaku berpunca daripada penyumbatan dalam bekalan darah ke otak. Strok Haemorrhagic berlaku apabila darah mengalir keluar daripada saluran darah yang pecah ke dalam otak. Untuk individu dewasa, 80% daripada strok disebabkan penyumbatan dan 20% disebabkan pendarahan dalam otak. Bagi kanak-kanak, kedua-dua jenis strok mempunyai tahap risiko yang sama.
Bagaimana strok pada bayi baru lahir berlaku?
Dalam tempoh kehamilan, protein yang datang dari ibu kepada janin melalui plasenta boleh membantu mengurangkan risiko pendarahan. Namun, ia meningkatkan risiko pendarahan dan strok kepada janin. Darah beku boleh berkembang dalam plasenta dan bergerak ke peredaran darah pada bayi. Malahan, ia mungkin bergerak ke bahagian otak dan menyebabkan strok.
Kebanyakan strok pada bayi baru lahir berlaku dalam wad bersalin dan ketika waktu kelahiran. Kepala bayi boleh mengalami ketegangan yang luar biasa dalam proses kelahiran. Tekanan pada arteri dan urat pada kepala bayi adalah penyebab berlakunya darah beku dan strok. Tambahan pula, bayi yang baru lahir boleh mendapat darah beku dengan sendiri, memandangkan ketika mereka lahir, mereka mempunyai darah yang lebih pekat berbanding kita semua. Dalam masa beberapa hari selepas dilahirkan, dehidrasi boleh menjadi satu masalah, yang turut menjadi punca kepada darah untuk membeku.
Ibu bapa biasanya tidak dapat mengenal pasti simptomnya sehingga bayi lebih berusia, kerana strok pada bayi yang baru lahir tidak menunjukkan sebarang simptom klinikal. Simptom sering muncul pada kanak-kanak dan individu dewasa lebih berusia, seperti kesukaran bercakap, kebas pada sebelah bahagian, ketidakseimbangan, yang mana sukar atau mustahil untuk dikesan pada bayi yang baru lahir.
Simptom strok pada bayi baru lahir
Simptom strok pada bayi baru lahir sering berlaku dengan sawan – antara simptom strok yang paling dikenali. Sawan tidak mudah dikenal pasti pada kumpulan usia ini. Ia termasuk:
-Pergerakan raut muka yang berulang, termasuk menghisap, mengunyah atau pergerakan mata
-Pergerakan berbasikal atau mengayuh basikal yang tidak biasa
-Merenung
-Apnea, atau berhenti sejenak dalam pernafasan yang mempunyai hubung kait dengan melambatkan jantung
-Pergerakan berirama yang melibatkan otot muka, lidah, lengan, kaki, atau bahagian lain
-Kumpulan otot mengeras atau mengetat
-Pergerakan cepat, atau tunggal yang melibatkan sebelah lengan atau kaki atau seluruh badan
-Walaupun simptom utama strok pada individu dewasa adalah sebelah badan menjadi lemah, simptom ini mungkin tidak berlaku pada kanak-kanak memandangkan otak mereka belum cukup matang. Simptom lemah sebelah ini mudah dikenal pasti dan ia berlaku dalam 15% strok pada bayi baru lahir.
“Handedness” – simptom strok yang sering berlaku selepas tempoh kelahiran baru, antara tempoh 6 minggu hingga 6 bulan. Bayi dengan simptom ini akan gemar dan hanya menyukai sebelah tangan untuk melakukan segala perkara. Ibu bapa melakukan kesilapan dengan menganggap ia satu kelebihan bagi bayi pada usia ini. Untuk kanak-kanak yang sihat, simptom ini tidak biasanya muncul sehingga usia 12 bulan.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko strok pada bayi baru lahir. Jika bayi baru lahir mempunyai kecacatan kelahiran yang melibatkan jantung berlubang, darah beku boleh bergerak ke bahagian lain dengan mudah seperti jantung dan naik ke otak. Jika terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah berkaitan darah beku, bayi akan lebih berisiko untuk mendapat strok. Jangkitan yang serius seperti sepsis dan meningitis juga cenderung menyebabkan darah beku. Faktor risiko lain adalah seperti yang dijelaskan di atas, seperti dehidrasi.
Adalah penting untuk ibu bapa berwaspada kepada strok pada tempoh selepas dilahirkan. Jika terdapat sebarang simptom yang dikenal pasti, sila bawa bayi anda untuk berjumpa doktor. Ia bukanlah satu tindak balas berlebihan dalam perihal mencegah bayi anda daripada sebarang penyakit. Jika doktor anda bersetuju bahawa bayi anda mungkin mengalami strok, dia akan merujuk bayi anda kepada pakar pediatrik untuk melakukan pemeriksaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow! Demi untuk kembali langsing, ibu cantik yang juga pelakon popular Nora Danish hanya makan kurma lepas jam 6 petang setiap hari.
Ada ke ibu-ibu lepas bersalin yang berani cuba cara beliau ini. Tapi hasilnya memang mengagumkan kerana Nora nampak langsing dan menawan walaupun Mohamed Neqayl Nedim atau dipanggil Neyney baru nak masuk usia dua bulan.
Penampilan yang lebih menawan selepas melahirkan anak turut membuatkan ramai tertanya-tanya apa rahsianya kembali langsing dan menawan.
Memang gigih wanita ini ikat perut untuk kembali langsing lepas bersalin. Menurut Nora ketika mengandung beratnya naik sebanyak 15 kilogram dan semasa dalam tempoh berpantang dia turun sehingga 11 kilogram.
Bagaimanapun pelakon filem Bukan Cinta Malaikat ini memberitahu dia masih ingin menurunkan sebanyak 5 kg untuk mendapatkan berat ideal dirinya.
Oleh kerana bersalin secara pembedahan caesarean, Nora mengakui dia memerlukan masa untuk proses tersebut kerana tidak boleh lagi melakukan ‘work out’ di gimnasium.
Bagaimanapun Nora memberitahu amalan menjaga pemakanan sepanjang berpantang antara faktor utama membantunya turun berat badan.
Dia yang dijaga oleh Natalis Berpantang hanya makan lauk pauk yang dimasak secara bakar sahaja selain tidak mengambil nasi langsung. Bahkan lebih gigih, Nora hanya mengamalkan makan kurma sahaja selepas pukul 6 petang!
Selain sudah kembali sibuk dengan kerjayanya, ibu cantik ini juga semakin ligat melebarkan sayap perniagaannya. Terkini dia baru membuka sebuah salon rambut khusus untuk kaum wanita, Karvamy.
Dalam pada itu, sebagai ibu Nora meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang tanpa sensitif mengutuk dan menghina fizikal bayinya Neyney.
Sebagai manusia biasa dia turut bersedih apabila mengenangkan apa yang diucapkan oleh netizen terhadap fizikal bayinya yang kecil dan tidak berdosa yang dikatakan tidak comel.
Dia sama sekali tidak dapat menerima kata-kata kejian yang dilemparkan kepada seorang bayi yang suci dan tiada sebarang dosa itu.
Nora turut mengingatkan masyarakat agar berhati-hati dengan apa yang diucapkan dan ingat keluarga sendiri.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.