Jatuh Waktu Main Luncur Ais, Lepas Tu Dihempap Mat Saleh 90kg. Anak Lan Solo Cedera

Share

Ibu mana yang tidak cemas apabila anak terjatuh kemudian dihempap pula oleh seorang lelaki dewasa. besar pula tu badannya! Begitulah kisahnya dengan Sheila Razlan, isteri kepada Lan Solo yang berkongsi melalui laman Instagramnya tentang kejadian anaknya terjatuh semasa bermain luncur ais.

Baca Artikel Ini: [Ibu Ayah Punca Anak Belajar Rampas Mainan Orang & Marah-Marah Bila Tak Dapat]

Kejadian tersebut terjadi di salah sebuah pusat membeli-belah terkemuka di negara ini. Menurut Sheila, anak ketiganya iaitu Akid terjatuh kerana tidak dapat mengimbangi badannya semasa meluncur ais lalu terjatuh. Kejadian ini yang berlaku secara mengejut, kemudian seorang lelaki berbangsa Inggeris pula terjatuh di atas badan anaknya.

Semasa dihempap lelaki tersebut, Akid tidak dapat bergerak dan hanya mampu menangis sahaja. Sheila dan Lan yang berada di luar gelanggang pada waktu itu segera berlari mendapatkan anak mereka.

Pun begitu, Sheila memuji tindakan pantas yang diambil oleh pihak di sana dan lelaki tersebut juga kelihatan risau kerana khuatir pinggang Akid patah. Maklum sajalah, berat Akid hanyalah 16kg berbanding tubuh sasanya dengan berat 90kg.

Artikel Menarik: [Malas Nak Layan, Bage Je Gajet Pada Anak. Sudahnya Ketagih Sampai Rosak Mata!]

Sheila mengambil langkah untuk bertenang dan menyelesaikan perkara ni dengan cara baik. Sempat memberi cadangan, Sheila berharap pada masa akan datang gelanggang luncur ais akan dipisahkan mengikut kategori (untuk yang amatur dan profesional).

Sumber: Sheila Razlan

IKLAN