Pa&Ma selaku medium keibubapaan nombor 1 di Malaysia yang kini telah menginjak ke usia 21 tahun menjadi pilihan mama papa untuk dijadikan rujukan. Dengan pelbagai tip perkembangan dan kesihatan anak serta ilmu parenting membuktikan Pa&Ma sentiasa dekat dan relevan di hati masyarakat Malaysia.
Sama seperti dua tahun sebelum ini, sekali lagi Pa&Ma memberi pengiktirafan kepada semua jenama berkualiti dan diyakini untuk dianugerahkan dengan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021. Ia merupakan tahun ketiga diadakan selepas diadakan buat julung kalinya pada tahun 2019.
Ads
Idea untuk mengadakan Jenama Pilihan Pa&Ma ini tercetus apabila melihat kerjasama yang baik daripada pihak terlibat dan ia menjadi inisiatif Pa&Ma untuk membantu mama papa di luar sana untuk memilih hanya yang terbaik buat si manja dan keluarga tersayang.
Anugerah berprestij ini telah diberikan kepada pelbagai jenama di bawah kategori Produk Ibu, Produk Anak, Rakan Hospital & Pakar serta Shopping & Libur. Sebanyak 40 jenama terpilih pada tahun ini dan kesemuanya dipilih berdasarkan kualiti serta kredibiliti masing-masing.
Ads
Diharapkan dengan anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma ini boleh menjadi rujukan kepada mama papa untuk membuat pilihan tepat buat seisi keluarga. Sokongan anda, menjadi tulang belakang Pa&Ma!
Untuk mengetahui senarai penuh Jenama Pilihan Pa&Ma 2021, mama papa boleh layari SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Banyak manfaatnya antaranya dapat menambahkan perbendaharaan kata, memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Selain itu, bahan bacaan juga perlu berkualiti dan berunsur Pendidikan dan Islamik agar dapat mempengaruhi kehidupan dan pemikiran anak-anak.
Bersesuaian dengan kepentiangan amalan membaca ini, pada 11 Disember 2019, Little Caliphs® International Sdn. Bhd, telah mengadakan Majlis Pelancaran Buku, hasil karya 7 orang penulis yang menyaksikan penghasilan sebanyak 10 buah buku terbitan Little Caliphs® International Sdn. Bhd. (LCISB) dan sebuah buku terbitan Sentap Press Sdn. Bhd.
Majlis Pelancaran Buku turut bersempena Seminar ‘Senior Teachers Training’ The Little Caliphs® Program yang dihadiri oleh 600 orang pengusaha dan guru-guru pada 11-13 Disember 2019 di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam.
Antara buku yang dilancarkan adalah buku hasil nukilan YBhg. Tuan Haji Roslan Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif, Little Caliphs® International Sdn. Bhd (LCISB), yang bertajuk ‘Saya Anak Bertuah’. Sinopsis buku ini memandu anak-anak agar menyedari hakikat betapa beruntungnya mereka menerima begitu banyak nikmat daripada Allah SWT dan perlunya melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT. Buku ke-2 ini merupakan kesinambungan penulisan buku Pertama yang bertajuk “Saya Sembah Allah’.
Untuk rekod, buku pertama tersebut turut terjual lebih dari 3,000 buah naskah. Di samping itu, turut di lancarkan bukU terbaharu dari YBhg. Puan Hajah Sabariah Faridah Jamaludin, Ketua Pegawai Akademik, Little Caliphs® International Sdn. Bhd. (LCISB) @ ‘Teacher Fari’ dengan bukunya yang bertajuk ‘Catching the Rainbow with Princess Solehah’ dan ‘Dari Quran ke Hatiku’. Buku ‘Catching the Rainbow with Princess Solehah’ ini merupakan buku ke-2 beliau setelah kejayaan buku pertamanya iaitu ‘Princess Solehah’ yang terjual lebih 1,500 buah naskah. Manakala buku ‘Dari Quran ke Hatiku’ terbitan Sentap Press Sdn Bhd pula telah menerima tempahan awal sebanyak lebih dari 500 buah naskah.
Buku ini merupakan sebahagian daripada kisah hidup penulis yang kebanyakkannya bersangkut-paut dengan Al-Quran. Harapan penulis agar pembaca terkesan dengan ayat Al-Quran dan berusaha menjadikan Al-Quran benar-benar berada di dalam hati pembaca.
Buku seterusnya yang akan dilancarkan merupakan hasil tulisan 6 orang penulis yang di antaranya merupakan pengusaha The Little Caliphs® Program. Buku Cerita Bertema (Thematic Story Books) ini mengandungi 8 siri tema yang di antaranya bertajuk ‘A Place We Call Home’ bagi tema Rumah, ‘Circle Time’ bagi tema Sekolah, dan ‘Up In The Jambu Tree’ bagi tema Pekerjaan serta lima tajuK yang lain. Buku-buku tema ini mengandungi kosa kata bergambar, fakta sainstifik, kosa kata Bahasa Arab, integrasi islamisasi, karakter berwarna serta mesej-mesej positif untuk menggalakkan pembacaan anak-anak di tadika dan juga di rumah.
LCISB amat berbesar hati dengan penghasilan buku-buku tersebut dan merakamkan penghargaan ucapan terima kasih serta syabas kepada para penulis hebat dengan hasil karya berikut:
i) Dari Quran ke Hatiku (Sabariah Faridah Jamaludin)
ii) Saya Anak Bertuah (Roslan Nordin)
iii) Catching the Rainbow with Princess Solehah (Sabariah Faridah)
iv) Thematic Story Books
1) Up in The Jambu Tree Solehah (Sabariah Faridah Jamaludin)
2) Emir’s Wonderful Family (Sabariah Faridah Jamaludin)
3) My Delicious Superheroes (Zulaikha Sulaiman)
4) Dates for Grandmother’s Iftar (Sharina Samsudin)
5) Abi’s Red New Car (Abdun Nizar Ahmad)
6) Circle Time (Abdun Nizar Ahmad)
7) A Place We Call Home (Nadia Zaifulizan)
8) Emir and The Big Slice of Cheese (Siti Farhan Mohamed)
Semoga dengan buku-buku ini menjadi sebahagian usaha dari Little Caliphs®untuk melahirkan generasi yang suka membaca dan menghargai ilmu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada apa yang membanggakan ibu ayah apabila anak mereka mencapai sesuatu kejayaan. Apatah lagi apabila ia dapat dikongsikan dengan ramai orang yang sama-sama memberi sokongan. Benarlah kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu.
Murid tahun lima dari Sekolah Kebangsaan (SK) TUDM, Madihah Nur Safiyyah Hanif Omar berkunjung ke Karnival Pendidikan Bestari hanya sekadar untuk suka-suka bersama famili, tetapi akhirnya pulang dengan kemenangan besar apabila dinobatkan sebagai juara Who Wants To Be A Genius Star pada Ahad lepas!
Kemenangan dalam pertandingan uji minda anjuran Nu Ideaktiv Sdn Bhd itu, menyaksikan murid terbabit layak memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM350 hasil kemenangan di pusingan awal dan akhir.
Madihah berkata, kemenangan tersebut adalah pencapaian dan hadiah terbesar bagi dirinya sejak dia mula aktif menyertai pelbagai pertandingan seumpama itu sejak tahun lalu.
Menurutnya, minat yang mendalam terhadap pengetahuan am selain apa yang dipelajari di sekolah membantunya untuk lebih yakin dalam menjawab soalan. Madihah turut berkongsi rasa gementar apabila menjadi tumpuan di pentas utama semasa pusingan akhir pertandingan itu.
Katanya lagi, sejak soalan pertama dia sangat yakin tetapi apabila tiba ke soalan kedua terakhir bernilai RM200 dia mulai gementar tetapi tetap memberikan jawapan tepat tanpa menggunakan talian hayat yang ada.
“Alhamdulillah saya jawab dengan betul sampai soalan terakhir bernilai RM300…dan saya rasa sangat gembira dan teruja.”
Madihah berkata, dia tidak berhasrat membelanjakan wang kemenangan itu sebaliknya mahu menyimpan hadiah yang disifatkan terbesar pernah dimenanginya.
Sebelum itu, Madihah menyertai pertandingan peringkat awal bersama beberapa lagi peserta lain di booth Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan memenangi wang tunai RM50 sekali gus melayakkannya ke pusingan akhir.
Acara pusingan akhir yang dibuat di pentas utama karnival menyaksikan kemeriahan daripada ratusan pengunjung yang memberi sokongan terhadap Madihah.
Madihah perlu menjawab sepuluh soalan dengan betul dan setiap soalan mempunyai nilai wang tunai sama seperti format rancangan Who Wants To Be A Millionaire yang pernah popular satu ketika dahulu di mana Dato’ Jalaluddin Hassan menjadi pengacaranya.
Dua talian hayat yang diberikan, iaitu bantuan awam dan panggilan telefon, namun Madihah hanya menggunakan satu talian hayat iaitu bantuan awam membuatkan suasana bertambah gamat.
Tahniah kepada Madihah! Semoga dengan lebih banyak penganjuran pertandingan berkualiti seperti ini dapat melahirkan lebih ramai murid berkualiti dan genius pada masa akan datang.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...