
Kad OKU sering disalah faham sebagai label, sedangkan hakikatnya ia adalah “kunci akses” kepada pelbagai kemudahan penting untuk anak-anak istimewa seperti dysleksia, autisme dan ADHD.
Masih ramai ibu ayah rasa segan atau takut stigma bila nak mohon Kad OKU untuk anak. Hakikatnya, perasaan malu itulah yang kadang-kadang membuatkan anak terlepas pelbagai kemudahan yang sepatutnya mereka nikmati. Jangan nafikan hak anak kita.
Apa Itu Kad OKU?

Kad OKU ialah pengiktirafan rasmi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada individu berkeperluan khas. Dengan pendaftaran sah ini, pemegang kad layak menerima pelbagai kemudahan dan keistimewaan daripada pihak kerajaan dan agensi berkaitan (tertakluk syarat semasa).
Manfaat Kad OKU Yang Ramai Tak Tahu
Berikut adalah antara manfaat utama yang boleh dimanfaatkan:
- Pengecualian bayaran MyKad, sijil kelahiran dan sijil kematian
- Pengecualian bayaran rawatan di hospital dan klinik kerajaan
- Pengecualian duti import alat sokongan
- Program Pendidikan Khas Integrasi daripada KPM
- Elaun sekitar RM150 sebulan untuk pelajar (tertakluk peruntukan)
- Bantuan kewangan pelajar OKU di IPT dan kolej
- Diskaun yuran pengajian di OUM
- Peluang pekerjaan sektor awam
- Waktu bekerja anjal
- Pencen terbitan untuk anak penjawat awam
- Sistem Penempatan OKU (SPOKU)
- Skim Bantuan Galakan Perniagaan
- Pelepasan cukai pendapatan
- Pengecualian cukai jalan
- Pengecualian lesen memandu
- Diskaun pengangkutan awam
- Pengecualian bayaran pasport
- Pengecualian lesen perniagaan
- Diskaun pembelian rumah
- Kadar sewa rumah lebih rendah
- Kemudahan Telekom Malaysia
- Khidmat kaunseling dan pemulihan
- Pelbagai bantuan JKM seperti EPC, BTB, BPT dan lain-lain
Manfaat “Hidden Gem” Kad OKU

1. Setaraf GL Kerajaan
Kad OKU membolehkan anak mendapatkan rawatan di hospital universiti seperti Hospital UKM, UIA dan UPM seperti pemegang GL kerajaan.
- Rawatan pakar percuma
- Fasiliti selesa dan kurang sesak
2. Diskaun Di Banyak Tempat
Walaupun tidak diiklankan, banyak tempat menawarkan diskaun:
- Pawagam
- Indoor playground
- Buffet termasuk musim perayaan
Tip: sentiasa tanya kerana diskaun boleh mencecah sehingga 50%.
3. Travel Lebih Mudah
Di KLIA terdapat kemudahan khas seperti:
- Priority check-in dan boarding
- Buggy ke gate
- Bilik sensory-friendly
Ada juga kes anak dibenarkan naik lebih awal bagi mengelakkan tantrum.
4. Roadtax Percuma Untuk Ibu Ayah
Jika anak mempunyai Kad OKU, ibu ayah boleh menikmati pengecualian roadtax (tertakluk syarat kenderaan tempatan dan dokumen lengkap).
Cara Semak Status Kad OKU
Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi:
👉 https://oku.jkm.gov.my/semakan_oku
Kenapa Kad OKU Penting Untuk Anak?
Kad OKU bukan tentang “label anak bermasalah”, tetapi membuka peluang kepada sokongan, rawatan dan pendidikan yang lebih baik.
Dunia mungkin tidak sentiasa memahami anak-anak istimewa kita, tetapi sekurang-kurangnya kita sebagai ibu ayah jangan menjadi penghalang pertama kepada hak mereka.
Kad ini bukan memalukan. Yang memalukan adalah apabila kita tahu ada bantuan, tetapi memilih untuk tidak memanfaatkannya.
💛 Jangan tunggu susah baru nak mohon. Daftar awal dan manfaatkan sepenuhnya.
Sumber: Spa.gov.my, malaysia.gov.my , Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM & Realiti AUTISME
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





